kepentingan adat

Upload: shazwan-mokhtar

Post on 21-Jul-2015

7.095 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1

1.0

Pengenalan

Apabila kita berbincang mengenai topik masyarakat Melayu tradisional adalah siknifikan untuk mengetahui pengertian Melayu itu sendiri, hal ini penting bagi kita untuk mengetahui asal usul masyarakat Melayu yang merupakan bangsa dominan di Tanah Melayu dan wilayah nusantara yang lain. Oleh itu, dalam menelusuri estimologi perkataan Melayu pelbagai pendapat mengenainya. Menurut Werndly perkataan Melayu berasal daripada perkataan Melaju yang merupakan kata terbitan daripada kata dasar laju yang bermakna tangkas dan cepat. 1 Van der Tuuk pula berpendapat, perkataan Melayu bermaksud penyeberang dengan pengertian bahawa orang Melayu menyeberang atau menukar agamanya daripada Hindu-Buddha kepada Islam.2 Manakala Harun Aminurrahid pula mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu Malaya ataupun daripada perkataan Tamil iaitu Malai yang bererti bukit atau tanah tinggi. Sebagai kesimpulanya, takrif orang Melayu jika dilihat dari segi sosial dan budayanya yang lebih luas, meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan pulaupulau Melayu atau nusantara. Oleh yang demikian kelompok bangsa Melayu amat besar di dunia, namun disebabkan dasar penjajah telah memecah-belahkan orang Melayu bagi memudahkan mereka diperintah, maka batasan Melayu hanyalah merujuk kepada Malaysia sahaja.3 Masyarakat Melayu tradisional merupakan satu masyarakat yang unik, hal ini kerana masyarakat Melayu tradisional mampu mengekploitasi alam sekeliling dalam kehidupan seharian meraka. Perkara ini dapat dilihat dengan bagaimana masyarakat Melayu tradisional menjadikan sumber alam sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka, contohnya pembuatan bakul atau bekas daripada rotan, tembikar tanah liat, senjata tombak serta keris dan lain-lain lagi. Tambahan lagi masyarakat Melayu amat terkenal dengan nilai sopan santunnya dan semestinya keindahan serta keunikan adat dan istiadat Melayu. Lantaran itu, adat Melayu adalah tulang belakang dalam pembinaan peradaban Melayu yang tinggi, hal ini kerana terdapat pelbagai kepentingan yang boleh digarap menerusi pengamalan adat Melayu ini.

1 2

Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm1 Ibid, hlm 1 3 Ibid, hlm 3

2

Menurut Aziz Deraman (1975), adat itu adalah satu daripada perkara baharu yang lahirnya mengikut cara berfikir sesuatu bangsa itu, tambahannya lagi peraturan yang dijelmakan melalui adat resam, lembaga, tradisi, nilai budaya, keprcayaan dan peralatan-peralatannya telah dapat menggambarkan sesuatu penyata kehidupan manusia itu sendiri.4

Adat merupakan perkataan

yang berasal dari bahasa Arab, dengan makna kebiasaan. Namun dalam konteks masyarakat dan budaya Melayu dan Alam Melayu perkataan adat telah menjadi istilah dengan mengandungi makna yang luas dan mendalam, sehingga secara tradisi ia dapat disamakan dengan kebudayaan. Ia dapat dianggap sebagai asas sistem sosial dan kebudayaan Melayu. Tanggapan ini dapat dilihat pada penggunaaan konsep adat dalam karya-karya sejarah, perundangan dan bahan sastera lama dan juga dalam penggunaanya dalam kalangan kelompok masyarakat rumpun Melayu yang masih tradisional.5 Pekembangan adat Melayu juga mengambil kira dengan pengaruh agama Hindu dan Buddha sebelum datangnya Islam di Tanah Melayu, merupakan ujian pertama terhadap perkembangan adat yang mana telah melibatkan proses diffiusi assimilasi dan akultrasi terjadi hasil daripada pertembungan masyarakat dan budaya. Agama Hindu yang berasal dari India ini sememangnya telah mendapat tempat dalam kalangan penduduk tempatan Tanah Melayu . Hal ini dapat dibuktikan menurut Coedes we can say about the process of Indianization is no archaeological remains showing a trace of Indian origin from earlier that the 2nd century .6 Namun setelah kedatangan Islam, pengaruh Hindu dalam pelaksanaan sedikit sebanyak telah dicorak mengikut landasan syariah Islam. Oleh itu proses-proses pengislaman ini dapat dilihat menerusi tulisan-tulisan oleh sejarawan seperti, sufis played in the spread of Islam in the Malay Penisula and the surrounding islands of South-East Asia they were not so rigid and orthodox as the theologians.. 7 manakala menurut Hooker pula the foreign trade was in Muslim hands and thus the culture and ethos of the city-part were Muslim. 8

4

Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. t.tp: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. hlm 10-15. 5 A. Samad Idris, Nur halim Hj. Ibrahim, Hj. Muhd Tainu, Aharmala N.S (pngr.). 1994. Negeri Sembilan: Gemuk dipupuk, Segar disiram Adat Merentas Zaman. Negeri Sembilan: t.pt. hlm148 6 Coedes,G. 1962. The Making of South East Asia. London: Redwood Press Limited. hlm 50. 7 Jessy, Joginder Singh. 1972. Malaysia Singapore and Brunei. Pahang: t.pt. hlm 57. 8 Hooker, M.B. 1983. Islam in South-East Asia. Netherland: t.pt. hlm 1.

3

2.0

Konsep adat dalam masyarakat Melayu. Pembentukan masyarakat nenek moyang kita dizaman dahulu dibina atas permuafakatan,

bekerjasama, tolong-menolong, bantu membantu antara satu sama lain.9 Oleh itu, dalam memahami adat Melayu terdapat pelbagai takrifan yang boleh didapati. Antaranya, Menurut Dr. R. Van Dijk, adat merupakan semua kesusilaan dan kebiasaan masyarakat , manakala menurut Surjoyo adat ialah pencerminan daripada keperibadian sesuatu bangsa, merupakan salah satu penjelmaan daripada jiwa yang bersangkutan dari abad ke abad , kemudian menurut A.J.N Richards pula ( Colloquirally ), Adat can mean law, fashion or personal and social

behaviour, tambahan lagi menurut Mohd Koesnoe, Adat merupakan keseluruhan daripada ajaran-ajaran dan amalannya yang mengatur cara hidup dalam masyarakat. Amalan ajaranya yang mana langsung dilahirkan daripada tanggapan rakyat tentangnya .10 Selain itu, menurut Hazairin adat ialah renapan (sediment) kesusilaan dalam masyarakat dan menurut Dato Haji Mohd Said ( Buku kaitan P.B MPB ) adat ialah ketetapan atau aturan yang telah jadi biasa dengan orang ramai .11 Seterusnya dengan merujuk Kamus Melayu, karangan Tuan Haji Shamshuddin Mohd Yunus J.P adat merujuk kepada perbuatan berulangulang hingga menjadi tabiat keperangaian yang payah dipinda atau dibuang .12 Maka di sini dapatlah disimpulkan bahawa adat merupakan peraturan atau tatacara kehidupan bagi masyarakat Melayu yang mesti dipatuhi dari hari ke hari. Dalam masyarakat Melayu tradisional, adat digunakan sebagai peraturan hidup sesuatu masyarakat yang mana ianya berkembang mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri dan masyarakat berkembang mengikut keadaan sekelilingnya. Menurut Ahmad Hj. Yusof (1959) adat terbentuk melalui pemuafakatan masyarakat nyatalah pembentukan masyarakat (adat) nenek moyang kita di zaman dahulu dibina atas pemuafakatan, kerjasama, tolong-menolong, bantu membantu di antra sama lain . Mememetik kata-kata Ismail B. Abu Bakar, Dato Penghulu Istiadat Johor.1959, cara-cara dan aturan yang menunjukan bentuk dan rupa suatu bangsa

daripada segi pembawaan hidupnya yang membezakan dan memperkenalkan ia9

Ahmad Hj. 1959. Yusof, Sarenjis Mawar. Sungai Dua: PW Pustaka Remaja. hlm 5 Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 4. 11 Ahmad Hj. 1959. Yusof, Sarenjis Mawar. Sungai Dua: PW Pustaka Remaja. hlm 7 12 Ibid, hlm 7.10

4

daripada bangsa-bangsa lain maka jadilah adat dan istiadat itu perkara-perkara yang dipegangi kuat dan sangat di cemburukan hingga terjadilah bidal atau sebutan orang-orang dahulu .13 Oleh itu, amalan adat yang disampaikan melalui ungkapan adat meliputi pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu, iaitu sosial budaya berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, ekonomi, sosial politik bulat air keranan pembentung, bulat manusia kerana muafakat, hukum pusaka selingkar kaum, adat selingkar negeri, hakam berkampung pagar kampong, bernegeri berpagar negeri dan keagamaan syara mengata adat memakai.14 Lantaran itu, apabila bercakap tentang istilah adat istiadat, ianya lebih merujuk kepada aturan atau adat dalam pengertian upacara tertib-tertib yang berlaku pada zaman raja-raja yang melibatkan penobatan, pengurniaan dan juga pemakaman. Mengenai tatasusila pula merangkumi susunan kaedahkaedah baik, kerana melaluinya ditetapkan batas antara buruk dan baik. Perbezaan antara Islam dan sistem adat memang ada, namun pada tahap sistem ekonomi sosio budaya Melayu telah berlaku rationalisasi di mana hukum Islam diberi keutamaan mengatasi hukum adat. Sebaliknya di mana hukum adat itu berbeza seperti dalam sistem pembahagian harta, jurai keturunan ataupun upacara tertentu seperti perkahwinan maka selama hukum adat itu tidak dilarang oleh hukum syara maka ia boleh dilakukan. Adat menjadi demensi tempatan kepada kehidupan masyarakat Melayu yang sudah menyebatikan Islam sepenuhnya. Justeru, kedua-dua wujud selari tanpa terlalu banyak perselisihan kerana keduaduanya mendukung nilai yang sama dalam perjalanan masyarakat. Secara umumnya adat Melayu disebut adat istiadat atau adat resam Melayu dapat dibezakan melalui 3 kelompok adat. Pertamanya, adat sebenar adat, iaitu adat yang berasaskan ajaran agama Islam yang berbentuk hukum syara. Adat inilah yang tidak boleh dianjak alih, tidak boleh diubah dan ditukar salian. Dalam ungkapan adat dikatakan, dianjak layu, diumbut mati atau dikatankan, bila dianjak ia membunuh, bila dialaih ia membinasakan.15 Seterusnya ialah adat yang diadatkan, ianya merujuk semua ketentuan adat istiadat yang diberlakukan atas dasar musyawarah dan muafakat serta tidak menyimpang daripada adat sebenar adat. Adat ini dapat berubah sesuai dengan perubahan zaman dan masyarakat pendukungnya. Adat yang diadatkan13

Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm X. 14 Mohd Rosli Saludin. 2007. Hari-hari Mendatang Adat Pepatih. t.tp: Goal Intelligent Publishing. hlm 6 15 Abdul Latiff Abu Bakar, Hapipah Husin (pngr.). 2004. Kepimpinan Adat Perkahwinan Melayu Melaka. Melaka: Institut Seni Melaka. hlm 61

5

ini dahulu dibentuk melalui sidang-sidang kerapatan adat, terutama di pusat-pusat kerajaan, sehingga terbentuklah ketentuan adat yang diberlakukan bagi semua kelompok masyarakat.16 Pembahagian adat yang ketiganya ialah adat yang teradat, yakni kebiasaan yang diperlakukan dalam masyarakat, yang tidak jelas asal usulnya, tetapi tidak bertentangan dengan adat sebenar adat dan adat yang diadatkan.17 3.0 Kepentingan adat dalam masyarakat Melayu. Sejajar dengan itu, perlbagai kepentingan yang dapat digarap menerusi amalan adat dalam masyarakat Melayu tradisional yang mana ia mencakupi dari aspek cara kehidupan seharian serta hidup bermasyarakat, adat istiadat raja atau sultan di peringkat istana mahupun dalam kalangan rakyat, dan juga sosio ekonomi masyarakat yang lebih merujuk kepada sistem warisan atau pembahagian harta. Dalam pada itu juga, menerusi perkembangan adat ini maka lahirnya Hukum Adat yang mana menjadi undang-undang atau peraturan dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional. Hukum adat ini terbahagi kepada 3 iaitu Adat Istiadat Raja, Adat Temenggung dan Adat Pepatih, ketiga-tiga hukum adat ini adalah cukup penting bagi masyarakat Melayu yang mana masih lagi didapati kelangsungan pengamalannya hingga kini. 3.1 Kepentingan adat dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat Melayu. Pertamanya, di peringkat permulaannya pengamalan adat masyarakat Melayu dapat dilihat menerusi institusi kekeluargaan. Hal ini adalah penting bagi memastikan seluruh ahli keluarga mempunyai tanggungjawap dan sentiasa menjaga tatasusila, perkara ini adalah mesti bagi setiap ahli keluarga kerana setiap anggota keluarga membawa nama baik keluarga yang menjadi kebanggaan. Walaubagaimanapun, pengamalan adat masyarakat Melayu ini adalah lebih berbentuk lembut dan santun keadaannya. Ibu bapa merupakan pemerintah dalam rumah tangga seperti raja dan permaisurinya yang mesti ditaati dan dihormati oleh sekalian yang ada di dalam rumah.18 Maka muncullah pepatah Melayu mengenai didikan anak-anak, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

16

Abdul Latiff Abu Bakar, Hapipah Husin (pngr.). 2004. Kepimpinan Adat Perkahwinan Melayu Melaka. Melaka: Institut Seni Melaka. hlm 61 17 Ibid. hlm 61 18 Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 6

6

Anak-anak wajib taat kepada ibu bapa dan beradab sopan. Contohnya bagi anak lelaki hendaklah apabila duduk mengadap ibu bapa, dilarang duduk terkangkang dan bersengkeling kaki di atas kaki atau dengan cara baiknya bersila. Manakala bagi Anak perempuan pula dimestikan duduk dalam keadaan tetap dan dirapatkan kedua paha dan kakinya atau dengan cara baiknya lagi duduk bersimpuh, tidak bersila tetapi berdiri lulut.19 Kepentingan yang diperolehi menerusi adat ini ialah untuk mendidik anak-anak untuk beradap sopan dengan orang tua di samping memenuhi tuntutan agama Islam, yang mewajibkan anak taat kepada ibu bapa. Selain itu, menerusi adat Melayu juga turut disebut mengenai tanggungjawap anggota keluarga terhadap masyarakat perkara ini adalah penting bagi mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan saling bantu- membantu. Adat ini lebih dikenali sebagai adat resam sekampung, menurut Syed Alwi (1986); Adalah diadatkan oleh adat resam Melayu dari zaman dahulu supaya tiap-tiap seorang penduduk di dalam sesebuah kampong atau mukim yang sudah dewasa, yang laki-laki daripada mereka terutamanya, berhubung rapat dengan ketua kampong atau penghulu mukimnya supaya hal keadaannya diketahui dan ada dalam perhatian ketuanya .20 Perkara ini dapat dilihat apabila menjadi adat kebiasaan bagi setiap keluarga untuk prihatin terhadap masyarakat setempat. Contohnya, apabila terdapat jiran baharu yang berpindah ke kawasan kediaman atau kampung, maka perlu anggota keluarga sebagai jiran keluar bertegur sapa dan membantu jiran tersebut. Kemudian jika terdapat terdapat jiran yang sakit atau kemalangan, anggota keluarga juga perlu menghulurkan bantuan atas kesusahan yang mereka alamai dan jika pula terdapat jiran yang meninggal dunia, maka bukan saja anggota keluarga malah masyarakat setempat yang lain juga perlu hadir untuk menziarah dan menguruskan jenzah hal ini kerana dalam pengurusan jenazah adalah fardhu kifayyah dalam Islam.21

19

Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 6 20 Ibid. hlm 7 21 Ibid. hlm 8

7

Malah menurut Islam juga, apa yang dikatakan jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling kita dalam lingkungan 40 buah rumah. Maka apabila berlakunya peristiwa yang dinyatakan tadi maka dimestikan untuk ziarah jiran tersebut. Adat Melayu mengkehendakan supaya berbuat baik dan memahami terhadap jiran. Dalam pada itu, terdapat juga adat atau tatacara apabila hendak berkunjung ke rumah jiran, dimestikan memakai pakaian dengan lengkapnya menutup aurat dan perlu membuka selipar atau kasut di luar jiran tersebut. Perkara ini adalah penting bagi menghormati tuan rumah yang diziarahi serta bagi menjaga hati mereka agar senang hati menerima kita sebagai tetamu. Dalam pada itu juga, menerusi adat yang terdapat dalam institusi kekeluargaan turut juga dinyatakan adat bersunat ataupun berkhatan. Apabila telah dirasanya seorang anak lelaki itu sudah cukup umur oleh ibu bapa yang mana menurut kebiasaan masyarakat Melayu ialah pada umur 10 hinnga12 tahun. Maka anak itu akan disunatkan, dengan bantuan Tok Mudin. Anakanak yang bakal bersunat akan dimandikan, diandamkan dan dipakaikan pakaian indah-indah seperti pengantin. Seterusnya akan diadakan kenduri dan dijemput kaum kerabat dan jiran untuk hadir. Terdapat sesetengah tempat, anak-anak akan khatam mengaji al-Quran terlebih dahulu dihadapan gurunya. Antara persiapan untuk bersunat ialah termasuk kain putih sepanjang 5 hasta, seekor ayam jantan, sebiji buyong air, sebatang batang pisang, sirih pinang, duit pengeras atau upah dan juga dikenali dalam istilah sedekah. Sebelum upacara anak tersebut akan mandi sepuah-puasnya.22 Kepentingan bagi pelaksanaan adat ini ialah untuk memenuhi kehendak ajaran Islam yang mana anak lelaki perlu disunatkan dan juga acara kenduri diadakan untuk menghebahkan kepada masyarakat bahawa anak lelaki mereka telah bersunat. Di samping itu, tidak ketinggalan juga dengan adat beranak atau bersalin. Menerusi adat ini Terdapat lima peringkat dalam menjalankan adat ini. Peringkat pertama iaitu adat lenggang atau kirim perut yang dilakukan semasa ibu mengandung. Peringkat kedua pula ialah adat semasa hari beranak atau bersalin. Peringkat ketiga ialah adat mencukur kepala dan memberi nama anak. Peringkat keempat ialah adat semasa ibu berpantang setelah bersalin dan peringkat yang kelima ialah adat ibu mandi bersintok limau bagi membersihkan diri selepas bersalin. Sehubungan dengan itu, adat berlenggang atau kirim perut dijalankan kepada wanita yang genap tujuh bulan hamil. Kelengkapan yang biasa digunakan, 7 helai kain, 1 gantang beras, 1 biji kelapa, beberapa urat benang mentah, satu batang damar, sedikit minyak kelapa, 1 tepak sirih dan pengeras. Bagi

22

Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 10-11

8

masyarakat Melayu tradisional adat ini penting kerana kononya untuk mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan, disamping untuk menjaga kandungan daripada jatuh atau gugur. Walaubagaimanapun, setelah kedatangan Islam adat ini tidak lagi diamalkan kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam.23 Sebagai tambahan, semasa bayi dilahirkan dia disambut oleh bidan dengan jampi serapah, kemudian pusat bayi tersebut dipotong dengan menggunakan cincin emas, setelah pusat tersebut luruh dengan sendiri ianya tidak akan dibuang tetapi disimpan demi kepentingan sebagai alat berhikmat untuk berdamai sebarang kekeruhan dalam keluarga. Manakala untuk kepentingan bagi memastikan anak-anak tersebut mengingati keluarganya apabila telah besar, uri yang lahir bersama-sama dengan bayi tersebut akan dimasukan ke dalam tempurung kelapa dan dicampurkan dengan garam sedikit, bagi anak lelaki urinya akan ditanam di bawah rumah berhampiran dengan tiang seri, manakala bagi anak perempuan urinya akan ditanam dipintu gerbang rumahnya kerana dipercayai apabila ia besar akan mudah dilamar orang.24 Lantaran itu, menurut kepercayaan masyarakat dahulu kala, apabila ibu bakal melahirkan anak akan ada hantu syaitan yang akan datang untuk memakan darahnya dan akan ada yang merasuk bayi tersebut. Maka langkah-langkah diambil untuk mengelakkannya iaitu kelengkapan seperti kelapa, damar dan beras disediakan sekali lagi. Digantungkan dibawah rumah tepat-tepat dibawah ibu yang akan digantung daun mengkuang dan duri-duri salak, serta dipangkahkan dengan kapur dibilik ibu bersalin dengan disertakan jampi serapah. Kemudian dikepala bayi juga akan dipangkahkan dengan minyak yang dicampurkan dengan arang kayu.25 Kemudian semasa hari mencukur kepala dan memberi nama anak- kebiasaan akan

diadakan majlis ini selepas 7 hari anak tersebut dilahirkan dengan kenduri nasi kunyit. Kaedahnya, bayi tersebut akan digunting sedikit rambutnya, kemudian akan ditepung tawar sedikit, ditebarkan sedikit kunyit dan bertih. Rambut bayi tersebut akan dimasukan ke dalam air di dalam kelapa. Aturan cara ini dilakukan oleh orang lelaki terlebih dahulu dan kemudiannya orang perempuan. Setelah itu barulah anak tersebut diberikan nama, kelapa yang berisi rambut akan ditanam beserta anak pokok. Kepentingannya ialah untuk meraikan dan tanda kesyukuran akan lahirnya anak tersebut. Di samping, sebagai peringatan atas masa anak tersebut dilahirkan,23

Abdul Jalal Ajmain, Sim Chee Wing & Sim Hock Hye. 1960. Adat-adat Melayu. Singapura: Educational Book Centre. Hlm 35-37 24 Ismail Hamid.1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm94 25 Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 15

9

maka akan diukur jangka umur anak tersebut berdasarkan besar pokok yang ditanam pada waktu majlis adat dijalankan. Kemudian menerusi adat ibu berpantang ialah selama 40 hari bermula dari waktu bersalin, di adatkan ibu itu berpantang yang mana dilarang untuk membuat sesuka hati termasuk apa yang hendak dimakan, kerja rumah. Sehinggakan ditegah untuk bagun dari tempat rehatnya yang mana pada waktu ini ibu diberi makan jamu dan bertungku oleh bidan. Perkara ini adalah

penting bagi memastikan ibu benar-benar sihat dan memberi masa untuknya mengumpul tenaga serta pulih daripada luka-luka atau pendarahan sewaktu bersalin. 3.2 Kepentingan adat perkahwinan masyarakat Melayu Sejajar dengan itu tidak ketinggalan juga dengan adat yang berkaitan dengan hubungan sosial seperti perkahwinan. Justeru, adat resam nikah kahwin ini merupakan antara adat yang paling dititik beratkan dan kebiasaannya berkehendakan modal dan belanja yang besar. Terdapat tiga fasa dalam pengamalan adat ini, fasa pertama ialah mengandungi adat menilik atau

menengok, adat meminang atau bertunang dan adat hantar belanja. Hal ini bagi memastikan calon menantu dan pasangan hidup anaknya merupakan daripada keturunan anak baik-baik dan mempunyai akhlak budi pekerti yang tinggi. Maka ibu bapa akan menilik atau menengok apabila ibu bapa dirasakan telah sampai waktunya anak-anak meraka sesuai untuk mendirikan rumah tangga maka, meraka akan mencari calon yang sesuai dengan mengambil kira keturunan dan dengan siapa dia bersahabat. Kemudian barulah rombongan untuk meminang pihak perempuan.26 Namun pihak perempuan kebiasaannya akan minta waktu untuk mendapat kata sepakat keluarga. Setelah itu pihak perempuan akan menghantar wakil untuk tanda setuju atau tidak. Seterusnya pada kebiasaan waktu inilah diletakkan kadar belanja,syarat-syarat, mas kahwin dan tarikh langsung. Apabila telah mendapat keputusan pihak lelaki akan menghantar tanda iaitu apabila pinangan telah diterima. Kebiasaan sebentuk cincin daripada pihak lelaki kepada perempuan dijadikan tanda.27 Kepentingannya ialah sebagai satu tanda perjanjian yang mana kedua-dua pihak bersetuju untuk dijodohkan. Jika pihak perempuan menolak atau membatalkan sebarang tanda ikat janji harus dipulangkan.26

meminang dan bertunang apabila telah

mendapat calon yang sesuai dan kata sepakat, maka ibu bapa pihak lelaki akan menghantar

Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 20 27 Ibid. hlm 22

10

Akhirnya adat hantar belanja

dan akad, mengikut adat lama hantaran belanja akan

dilakukan dahulu kemudiannya majlis akad. Namun kebiasaannya kedua-dua majlis ini djalankan serentak. Hantaran berupa, mas kahwin, cincin, kain dan baju, kuih juadah, buahbuahan, tepak sirih dan air mawar. Hantaran dibawa dengan cara berarak. Sebelum diakad nikah akan diserah dahulu barang hantaran.28 Adat ini penting kerana sebagai hadiah atau penghargaan kepada pihak perempuan yang bakal menjadi teman hidup. Di samping menunaikan hukum syara terlebih dahulu untuk resminya sebagai suami isteri. Sejajar dengan itu, fasa kedua pula merujuk kepada adat berendam dan berasah gigi dan adat berinai. Berandam dan berasah gigi- akan dilakukan 3 hari sebelum majlis persandingan, maka anak dara akan diandamkan oleh tukang andam yang diupah. Apabila selesai diandamkan, giginya pula diasah kemudian dimandikan dengan ayer daun dan buah limau purut. Maka tangan dan kaki diinaikan. Kepentingan menerusi pelaksanaan adat ini ialah bagi mencantikkan bakal pengantin dan meratakan gigi yang tidak rata. Di samping kepercayaan untuk membuang sial dan malang. Berinai di pelamin- kebiasaannya dilakukan dalam kalangan keluarga sahaja. Merangkumi 3 peringkat iaitu, berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Kepentingan bagi adat berinai di pelamin ini pula tidak mempunyai peranan yang besar dalam acara majlis perkahwinan, melainkan untuk memeriahkan lagi suasana majlis dalam kalangan keluarga.29 Fasa 3 pula meliputi, adat bersanding. Persandingan dilakukan di atas singgahsana bagi persemayaman Raja Sehari dengan Permaisurinya. Sebelum pengantin disandingkan, acara perarakan akan diadakan terlebih dahulu dengan telah persiapkan pakaian Melayu Asli. Kemudian hadirin yang datang menepung tawar pengantin di pelamin dengan dimulakan kaum keluarga dahulu. Maka tetamu yang hadir disediakan juadah makanan dan majlis dijalankan secara rewang dengan bergotong-royong.30 Kepentingannya ialah sebagai acara kemuncak majlis perkahwinan, bagi menunjukkan dan menghebahkan kepada masyarakat bahawa pasangan telah sah menjadi suami isteri. Di samping meraikan pasangan yang baru saja diijab kabulkan.

28

Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. hlm 24-25 29 Ibid. hlm 27-30 30 Ibid. hlm 31-37

11

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, adat masyarakat Melayu tradisional sememangnya mencakupi seluruh gaya hidup masyarakat Melayu iaitu bermula daripada rumah dan kemudiannya diperingkat komuniti atau masyarakat. Oleh itu, setiap adat-adat yang diamalkan ini sememangnya mempunyai kepentingannya yang tersendiri yang mana akhirnya membentuk satu identiti masyarakat Melayu. 4.0 Konsep hukum adat dan kepentinganya terhadap masyarakat Melayu tradisional Falsafah hukum adat ialah didasarkan pada cara berfikir secara kongkrit. Manusia sejak mula ia dicipta tidak bebas, yang mana ia selalu bergantung dengan alam sekelilingnya, sama ada alam zahir mahupun ghaib. Maka dengan itu seseorang itu tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat malah merupakan satu kesatuan yang harmoni. Kesatuan tersebut diibaratkan seperti jasad manusia dengan bahagian tubuhnya, jika satu bahagian sakit, bahagian lain juga sakit.31 Pengertian dan konsep hukum adat pula dapat dijelaskan melalui sistem hukum adat terdapat perpaduan daripada prinsip kebebasan yang memperhatikan sepenuhnya kaedah-kaedah susila dengan prinsip taat kepada kebulatan kehendak daripada masyarakat.32 Oleh itu, hukum adat dapat ditakrifkan sebagai keseluruhan daripada adat yang ternyata dalam kerukunan, iaitu keseluruhan daripada keputusan-keputusan dan aturan-aturan yang mengenai hubungan masyarakat. Dalam erti kata lain, hukum adat merupakan sebahagian adat, iaitu kaedah-kaedah yang mempunyai pengukuhan ( sanction ).Hukum adat juga merupakan norma-norma atau kaedah yang bersumberkan pada perasaan keadilan rakyat yang selalu berkembang dan meliputi peraturan-peraturan tingkah laku manusia dalam kehidupan seharian masyarakat.Setiap pelanggaran hukum adat (sivil/jenayah) merupakan satu gangguan kepada masyarakat. Oleh itu, jika seseorang melanggar hukum adat dia perlu menyeimbangkan kembali. Contohnya, bagi seorang perogol atas kesalahan yang dilakukannya menyebabkan dusunnya kotor maka ianya perlu disucikan dengan membuat kenduri dan memohon maaf secara terbuka seterusnya dikahwinkan dengan perempuan tersebut.

31

Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 12. 32 Ibid. hlm 13.

12

Dalam pelaksanaan hukum adat, dilaksanakan secara musyawarah yang mana orang-orang tua terlibat secara langsung dalam penggubalan dan menjatuhkan hukum. Penyelesaian masalah adalah secara kekeluargaan dan tiada konsep mahkamah. Maka dengan itu, ciri-ciri hukum adat secara umumnya ialah sama seperti dengan adat, hukum adat tidak ditulis disampaikan secara lisan daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya. Hukum adat ini berasaskan tingkah laku manusia dan budaya setempat.Berbentuk kebudayaan, kesusilaan dan pendidikan ketua masyarakat merupakan ketua bagi hukum adat, yang menjadi tempat rujukan dan boleh bertindak sebagai penguatkuasa. Dalam pada itu, dalam masyarakat Melayu terdapat 3 bentuk hukum adat iaitu Adat Istiadat Raja, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Seterusnya jika ditelusuri faktor-faktor kemunculan dan perkembangan hukum adat masyarakat Melayu ini juga berkait rapat dengan kepercayaaan animisme dalam kalangan masyarakat yang berbentuk Fetishism (alam) dan Spiritualism (roh). Contohnya, sebelum membersihkan hutan terdapat hukum adat untuk menyediakan habuan untuk penunggu hutan tersebut. Masyarakat dahulu juga percaya akan adanya roh jahat dan roh baik.Pengaruh agama Hindu juga memberi sumbangan dalam perkembangan kepada hukum adat. Contohnya, pengaruh kerajaan Srivijaya melahirkan adat hidup bersuku serta warna kuning untuk Raja. Selain itu, perkembangan hidup masyarakat Melayu juga mengambil tempat, apabila masyarakat mulai hidup dengan lebih kompleks lagi maka adat-adat sedia ada dikukuhkan lagi dengan menjadikannya hukum adat yang patut dipatuhi semua masyarakat. 4.1 Adat Istiadat Raja dan kepentingannya. Sehubungan dengan itu dalam mengenali konsep Hukum Adat Istiadat Raja dapatlah dilihat menerusi Syed Alwi (1960), iaitu Adat Istiadat Raja mula berkembang semenjak zaman Sultan Iskandar Shah ataupun yang digelar Sultan Muhammad Shah Zallallah Filalam (Parameswara), sultan pertama dan pengasas kerajaan Negeri Melaka. Kemudiannya berkembang dalam semua kerajaan negeri-negeri Tanah Melayu. Pada zaman Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, maka teraturlah adat istiadat yang mana dihimpunkan dalam beberapa fasal yang menjadi rujukan hingga sekarang.

13

Namun setiap negeri mempunyai perbezaan dan cara yang tersendiri.33 Sebagai contoh di Perak, antara tokoh yang bertanggungjawap dalam pengendalian Adat Istiadat Pertabalan Perak ialah Raja Ahmad Shah, baginda merupakan seorang pawang Diraja Perak dan juga merupakan putera kepada Sultan Abdul Malik, Sultan Perak ke-19. Baginda berperanan dalam menjaga Jin Kerajaan Perak di Benting Beras Basah dan Tebing Batang Air Sungai Perak. Baginda juga berperanan dalam menjalankan istiadat tabal pusaka dan bersiram, yang mana setiap bakal Sultan Perak perlu menziarahi makam-makam marhum terdahulu.34 Dalam meninjau Adat Istiadat Raja ini dapatlah dilihat menerusi beberapa aspek antaranya, Adat Istiadat Bahasa Raja. Adat ini merujuk kepada peraturan dalam bercakap atau berinteraksi dengan raja. Oleh itu, perbahasaan khas kepada raja ialah titah, sabda, patik, murka, kurnia, anugerah, santap, beradu, sila, gering, mangkat, semayam, bersiram, pacal. Kemudian terdapat juga Adat Istiadat Pakaian Raja, sebagai tegahan bagi golongan rakyat biasa dilarang memakai pakaian bewarna kuning dan memakai keris berhulukan harubi emas berat sebunggal. Namun walaubagaimanapun, terdapat keadaan-keadaan tertentu rakyat dibenarkan tetapi haruslah mendapat perkenan raja itu sendiri,35 maka bagi sesiapa yang langgar akan dihukum oleh raja. Seterusnya, rakyat juga ditegah memakai pakaian yang nipis sehingga berbayang dan ternampak kulit badannya, apabila mengadap raja di balairong seri. Pelaksaan adat istiadat ini sememangnya terlalu siknifikan dalam masyarakat Melayu. Kepentingan yang dapat dilihat ialah warga kuning sememang lambang kedaulatan bagi seorang raja yang menunjulkan kekuasaan baginda. Penggunaan bahasa dan pakaian yang berlainan, menunjukkan jurang perbezaan antara raja, pembesar dan rakyat. Hal ini disesuaikan dengan kedudukan raja sebagai pemerintah negeri dan berkuasa mutlak terhadap segalanya. Sultan merupakan lambang perpaduan rakyat dan dianggap keramat serta mempunyai kuasa sakti. Sultan sesebuah negeri juga, mempunyai daulat apabila ditabal melalui upacara pertabalan sultan dan jika terdapat rakyat yang menderhaka kepada sultan akan ditimpa tulah.36

33

Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 55. 34 _________ . 2000. Makam-makam Diraja dan Benting Beras Basah. Kuala Lumpur: Jawatankuasa Kecil Cendermata, Darjah Pertabalan dan Tanda Kenangan Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. 35 Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 57. 36 Gullick, J.M. 1978. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 65.

14

Lantaran itu dalam menyemai sikap taat dan hormat kepada raja dapatlah dijelaskan menerusi pelaksanaan Adat Istiadat Mengadap Raja. Apabila menyembah raja haruslah dengan menyusun jari sepuluh dan mengangkat kedua belah tangan hingga kedua hujung jari tangan mencecah dahi antara dua belah kening. Kemudian semasa untuk menyembah memohon diri hendak keluar, tidak dibenarkan untuk membelakangkan baginda sesudah ia menyembah, dengan cara berundur 3 tapak ke belakang, kemudia berteleku menyembah sekali lagi, sesudah itu bangun dan undur perlahan-lahan berundur 3 tapak kemudian barulah boleh berpaling keluar daripada majlis. Di samping itu, terdapat juga Adat Bertutur atau Berhadapan dengan Raja, yang mana rakyat mahupun pembesar tidak dibenarkan berkata-kata keras, menengking dan kasar dihadapan mahupun terhadap raja. Cara bertutur dengan baik ialah dengan lembah lembut dan sopan. Hal ini kerana, selepas kedatangan Islam, Raja-Raja Melayu telah menggunakan gelaran Sultan dan mengamalkan konsep ajaran hadith, raja sebagai bayangan Allah di alam atau di muka bumi Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh. Menurut Sejarah Melayu, menerusi ajaran ini seseorang yang berbuat kebaktian kepada raja, sama seperti berbuat kebaktian kepada Allah dan Rasul-Nya.37 Adat Istiadat Raja juga merangkumi Adat Istiadat Penggunaan Nobat dan Alat Kebesaran. Nobat merupakan antara alat kebesaran raja yang masih diguna pakai hingga kini. Antaranya gendang nobat, nafiri, serunai dan gendang nengkarah. Kemudian antara lagu nobat ialah Raja Berangkat, Puteri Mandi Mayang dan Nobat Tabal. Kepentingan nobat dimainkan untuk pertabalan Sultan, istiadat Hari Keputeraan Sultan, Istiadat menjungjung duli, keberangkatan Sultan, upacara pemakaman dan semua yang berkaitan dengan istana. Seterusnya ialah alat kebesaran yang digunakan untuk raja ialah, Tanjak Diraja, Keris Kerajaan, Darjah Kebesaran, Pedang Kerajaan, Cogan, Cop Mohor, Payung Kuning dan lain-lain. Kepentingan bagi penggunaan alat kebesaran ini ialah kesucian seseorang sultan itu dihubungkan dengan penggunaan alat kebesaran.38 Disamping, merupakan alat yang penting untuk pertabalan bagi seseorang Sultan, yang mana dengan adanya alat kebesaran ini barulah seseorang pewaris takhta itu boleh menaiki takhta. Alat kebesaran juga melambangkan identiti bagi sesebuah negeri.

37

Abdullah Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications. hlm 378. 38 Gullick, J.M. 1978. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 66.

15

5.0 5.1

Adat Pepatih dan Adat Temenggung serta kepentingannya. Adat Pepatih. Dalam membincangkan konsep Adat Pepatih dalam masyarakat Melayu dapatlah diketahui

bahawa adat ini berasal dari Pulau Sumatera, daerah Minangkabau, Indonesia. Adat ini hanya diamalkan di Negeri Sembilan, Naning dan Alor Gajah di Melaka. Namun didapati bahawa Adat Pepatih ini masih banyak yang tidak ditulis, sedangkan yang tertulis sangat sedikit iaitu kumpulan Hukum Adat dari Sungai Ujong, kumpulan undang-undang Minangkabau dari Perak dan satu lagi dari Kuala Pilah. Pada dasarnya Adat Pepatih dan Adat Temenggung dikatakan sama di sebabkan datang dari punca yang sama, tetapi berubah corak dibawah pengaruh Hindu. Adat ini diasaskan oleh Sikalokduni ( Datuk Pepatih Nan Sebatang ). Hukuman adat adalah berkonsepkan pemulihan.39 Kepentingan pelaksanaan Adat Pepatih ini dapat dilihat menerusi struktur

pemerintahannya. Menurut Adat Pepatih, Negeri Sembilan dibahagikan kepada 13 Luak iaitu Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Inas, Linggi, Gemencheh, Ayer Kuning, dan daerah Tungku Besar Tampin. Menurut perlembangan adat kedudukan Luak-luak tidak setaraf. Menurut Adat Pepatih lagi pemerintah pertama sekali terletak dalam tangan mamak ( saudara lelaki tertua kepada ibu ), kemudian ketua perut, buapak, lembaga, luak, undang seterusnya Yamtuan Besar. Sistem pemerintahan menurut konsep Adat Pepatih adalah sistem demokrasi dalam istilah moden.40 Raja memerintah alam, Undang memerintah luak, Lembaga memerintah suku dan Buapak memerintah anak buahnya. Di samping itu, Adat Pepatih juga memainkan peranan yang penting dalam susunanmasyarakatnya. Adat Pepatih bersendi pada sistem unilateral-matrilineal, iaitu setiap orang lelaki

mahupun perempuan menarik garis keturunan melalui orang perempuan sahaja, merujuk kepada nasab ibu. Masyarakat dibentuk melalui suku, suku merujuk kepada kesatuan gabungan daripada perut yang masing-masing mengakui sama nenek moyangnya.

39

Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 111. 40 Ibid. hlm 113-114

16

Terdapat 12 suku dalam Adat Pepatih. Antaranya, Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Batu, Tiga nenek, Tanah Datar, Seri Melenggang, Seri lemak, Batu Belang, Anak Acheh dan Anak Melaka.Biduanda merupakan suku yang mempunyai kedudukan istimewa, kerana menurut anggapan Adat Pepatih mereka ialah suku peribumi dan mempunyai hak mutlak untuk menjadi Undang luak.41 Menerusi aspek kekeluargaan pula, terdapat banyak kepentingan yang diperolehi menerusi apa yang telah digariskan oleh Adat Pepatih ini. Pertamanya, dalam soal perkahwinan danpenceraian., banyak dipengaruhi dengan hukum syara terutamanya mengenai nikah dan talak.

Adat Pepatih melarang keras perkahwinan dalam satu suku, di samping larangan-larangan perkahwinan menurut syara. Jika seorang suami hendak menceraikan isterinya mestilah ia melalui satu pertimbangan yang mendalam tentang alasan bagi sesuatu penceraian. Pada umumnya, golongan orang tua akan turut hadir bagi membantu untuk mencapai penyelesaian bagi pertikaian yang kecil atau bagi sesuatu keputusan yang diambil secara tergesa-gesa. Keputusan menjatuhkan talak adalah langkah terakhir iaitu apabila pendamaian tidak mungkin tercapai lagi. Kemudian, dalam pewarisan harta pula Adat Pepatih membawa konsep kolektif terhadap sistem pewarisan harta pusaka, iaitu setiap ahli wairs tidak mempunyai hak milik atas harta peninggalan atau harta pusaka tetapi hanya mempunyai hak pakai. Harta pusaka ialah hak milik suku dan lazimnya terdiri daripada tanah-tanah kampung, sawah, dusun dan rumah keluarga. Disamping itu, terdapat juga harta pusaka sendiri yang merujuk harta warisan perempuan daripada ibu bapanya. Namun secara keseluruhannya yang berhak mewaris adalah digalurkan kepada anak perempuan sahaja. Mengenai harta pembawaan, iaitu harta suami yang diperolehi sebelum perkahwinan dan harta dapatan iaitu harta isteri yang diperolehi sebelum berkahwin, apabila pemiliknya mati maka berpindah kepada keturunan perempuan.42

41

Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 115. 42 Ibid. hlm 116.

17

5.2

Adat Temenggung Selesai dengan Adat Pepatih, kemudian akan dijelaskan berkenaan dengan konsep Adat

Temenggung. Adat ini berasal dari Palembang, Indonesia dan diamalkan di negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan dan juga Melaka. Kumpulan peraturan Adat Temenggung antaranya Undang-undang Melaka, Undang-undang Johor dan Sembilan Puluh Sembilan Undang-undang Perak. Namun karangan penuh mengenai Undang-undang Adat Temenggung masih lagi belum ditulis secara lengkap. Hukuman adat adalah berkonsepkan untuk memberi pengajaran. Adat Temenggung diasaskan oleh Sutan Paduka Basa ( Datuk Tamanggungan ). Secara keseluruhannya Adat Temenggung mengamalkan konsep pemerintahan aristokrasi. Raja/Sultan berkuasa mutlak memerintah. Istilah Adat Temenggung pada asalnya tidak digunakan, tetapi istilah Adat Melayu atau Adat Kampung. Kemudian istilah Adat Temenggung digunakan bagi adat yang bukan daripada Adat Pepatih.43 Adat Temenggung yang berkembang dipesisiran pantai ini juga telah menghapuskan suku kerana banyak terjadinya perkahwinan endogamy dan pemerintah daerahnya beraja yang banyak kuasa penuh dan harta pusaka turun menurun kepada waris anak lelaki dan perempuan serta harta sepencarian dibahagi dua jika terjadi penceraian. Justeru, menerusi sistem masyarakat dan perkahwinan Adat Temenggung dapatlah dilihat apabila Mengamalkan sistem masyarakat bilateraal, maka sistem perkahwinan yang digunakan ialah sistem endogami. Masyarakat Adat Temenggung tidak mengamalkan hidup secara suku. Sama seperti Adat Pepatih, sistem perkahwinan banyak dipengaruhi dengan hukum syara meliputi soal larangan kahwin, nikah, cerai, rujuk dan nafkah. Adat Temenggung, memberi kelebihan kepada jurai keturunan lelaki, hal ini kerana lelakilah yang bertanggungjawap ke atas keluarga termasuklah dalam member nafkah.

43

Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.hlm 157-158.

18

Maka dengan itu dalam aspek pemberian harta lelaki mempunyai autoriti yang lebih.Setiap pihak yang bercerai hendaklah mengembalikan harta kepunyaan masing-masing. Diperuntukan bahawa jika suami lalai dalam menaruh wang simpanan nafkah atau gagal untuk mengembalikan harta kepunyaan isterinya. Maka dia bersalah menurut undang-undang. Pada umumnya di seluruh negeri Tanah Melayu telah ditentukan seorang isteri yang dicerai berhak mendapat bahagian dalam harta sepencarian dan pembahagiannya. Seterusnya dalam menjelaskan sistem kewarisan Adat Temenggung ini, dapatlah dilihat bahawa Adat Temenggung mengamalkan sistem individual yang mana harta peninggalan dibahagikan kepada semua ahli waris mengikut kadar tertentu. Hal ini berdasarkan sistem kewarisan Islam yang menekankan sistem kewarisan secara individual. Menurut hukum Adat Temenggung, ibu atau isteri akan mendapat satu bahagian daripada harta peninggalan suami (sekiranya meninggal dunia), dan anak-anak akan diagihkan mengikut kaedah islam. (Faraid). 5.3 Kepentingan umum Hukum Adat Istiadat Raja, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Sehubungan dengan itu sebagai umunya pelaksanaan Hukum Adat Istiadat Raja amat penting bagi seseorang pemerintah dalam menjadi seorang raja atau sultan yang disegani dan berdaulat. Selain menerusi konsep daulat dan juga penggunaan alat kebesaran yang dibincangkan sebentar tadi. Menurut Tardjan (1964), apabila seorang raja mempunyai budi pekeri yang baik dan sifat adilnya. Maka rakyat akan bertambah kasih dan saying kepada raja. Oleh itu. Dalam adat atau syarat menjadi seorang raja perlulah, pertama tua hati betul, kedua bermuka manis dan ketiga berlidah fasih dan keempat bertangan murah adanya. Demikianlah syarat-syarat bagi segala raja itu.44 Selain itu, pengamalan Adat Pepatih dan Adat Temenggung pula dapat dilihat kepentinganya dalam mencipta satu masyarakat yang teratur dan memenuhi syarat keamanan dan keadilan. Hal ini kerana hukum adat yang digubal itu meliputi sosial, ekonomi dan politik. Oleh itu, ianya dapat menghapuskan konflik antara ahli-ahli masyarakat yang berbeza status, malah membentuk satu perilaku manusia, khususnya yang diperlukan untuk membentuk seorang manusia yang

44

Tardjan Hadidjaja. 1964. Adat Raja-Raja Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. hlm 60.

19

budiman dan beradat.45 Maka dengan itu, tidak hairanlah kepentingan adat dapat dilihat sebagai wadah penyambung jati diri bagi masyarakat Melayu. Di samping itu, kepentingan adat ini juga mencakupi peranan sebagai lambang patriotisme masyarakat Melayu tradisional. Perkara ini dapat dilihat menerusi penglibatan British dalam hal ehwal Naning yang mengamalkan Adat Pepatih. Dalam Adat Pepatih penghulu merupakan seorang yang mempunyai budi yang dalam dan bicara yang halus, memiliki sifat benar, penyampai, amanah dan cerdik. Beliau juga bertanggungjawap memelihara anak buahnya di dunia dan akhirat, dengan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan dalam pada masa yang sama penghulu hendaklah sentiasa ingat dan menjaga adat. Maka dengan itu, Penghulu Dol Said memainkan peranan dalam mempertahankan adat, memelihara harta dan anak buah daripada gangguan dan pencerobohan bangsa asing iaitu British.46 Sejajar itu, melalui pengamalan adat ini juga secara tidak langsung memberi identiti terhadap sesebuah masyarakat. Hal ini dapat dilihat, apabila Adat Pepatih hanya diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan, Naning dan Alor Gajah, manakalah Adat Temenggung di negeri-negeri Melayu yang lain. Perkembangan hukum adat sebenarnya merupakan titik tolak dan penyumbang kepada perkembangan sesebuah tamadun masyarakat, kerana hukum adat digubal mengikut kesesuaian masyarakat selaras dengan peredaran zamannya (Fleksibel). Dalam masyarakat Melayu juga adat yang terpenting dalam menghubungkan kepercayaan. Hal ini kerana adat menyentuh proses kehidupan manusia sejak dilahirkan hinggalah ajalnya, seperti mana yang terkandung dalam adat resam kelahiran hinggalah kematian masyarakat Melayu. Peraturan-peraturan adat ini sebernarnya bersumber daripada konsep rites de passage yang diamalkan dalam kalangan suku-suku primitif.47 Justeru, hukum adat sebenarnya, dapat menegakkan keadilan sosial dalam kalangan masyarakat serta menentukan tanggungjawap dan hak setiap anggota masyarakat. Hal ini kerana, pembinaan adat juga mengambil kira pemuafakatan antara anggota masyarakat. Adat dilihat sebagai prinsip hidup masyarakat manusia itu yang asasi, tetap dan kekal tanpa mengalami perubahan ataupun berubah dengan kadar yang amat kecil dalam masa yang amat panjang.48 Oleh itu, setiap masalah yang timbul dalam kalangan keluarga seperti pembahagian harta atau45 46

Abdul Latiff Abu Bakar (pngr.). 2001. Adat Melayu Serumpun. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka. hlm 87. Ibid. hlm 12. 47 Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 92. 48 A. Samad Idris, Nur halim Hj. Ibrahim, Hj. Muhd Tainu, Aharmala N.S (pngr.). 1994. Negeri Sembilan: Gemuk dipupuk, Segar disiram Adat Merentas Zaman. Negeri Sembilan: t.pt. hlm149

20

masalah di peringakat komuniti seperti kecurian atau kehilangan akan dapat diatasi melalui hukum adat yang sedia ada. Lantaran itu, pelaksanaan hukum adat ini juga tidak hanya berkepentingan terhadap masyarakat yang mengamalkannya malah masyarakat luar juga. Hal ini dapat dilihat dengan jelas menerusi Adat Kedim Berkedim yang terkandung di dalam Adat Pepatih, kepentingan adat dilihat sebagai medium bagi memperbanyakkan bilangan rakyat atau masyarakat dalam negeri dan juga anak buah. Maka dengan itu, apabila perantau atau anak dagang itu datang ke wilayah Adat Pepatih ini, mereka akan dijadikan anak angkat oleh ketua suku yang tertentu. Oleh itu secara tidak langsung anak dagang tadi secara automatiknya tertakluk dengan hukum Adat Pepatih dan akan mendapat tempat tinggal serta berguna mendatangkan kemakmuran yang lebih kepada suku.49 Seterusnya, apabila diamati kembali ungkapan adat itu sememangnya mempunyai beberapa fungsi yang boleh kita fikirkan bersama. Antaranya, adat sebagai punca gagasan atau idea kepada khalayak adat, yang mana penyampaiannya penuh dengan emosi dan penghayatan. Perkara ini dapat dilihat setiap tingkah laku masyarakat Melayu mempunyai aturan-aturannya yang tertentu. Seperti contoh, adat perkahwinan yang mempunyai 3 fasa, dari peringkat merisik hinggalah ke persandingan. Perkara ini adalah penting bagi memastikan perkhwinan yang utuh serta jalur keturunan yang baik-baik.50 Kemudian, adat juga sebagai sumber penerimaan maklumat kepada setiap anak buah atau khalayak yang mana akan dijelaskan isu-isu atau kaedah adat dari pemimpin adat. Maka dengan secara tidak langsung mewujudkan suasana saling kebergantungan antara masyarakat Melayu itu sendiri. Hal ini kerana, adat dan hukum adat ini sememangnya kebanyakan tidak ditulis, jadi ianya disampaikan secara lisan. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin mengetahuinya perlulah merujuk dengan orang yang ahli ataupun ketua adat.51

49 50

Abdul Rahman. 1964. Dasar-dasar Adat Pepatih. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. hlm46. Mohd Rosli Saludin. 2007. Hari-hari Mendatang Adat Pepatih. Bukit Mertajam: Goal Intellegent Publishing. hlm 158 51 Mohd Rosli Saludin. 2007. Hari-hari Mendatang Adat Pepatih. Bukit Mertajam: Goal Intellegent Publishing. hlm 158

21

Pengamalan adat dalam masyarakat Melayu juga dapat dilihat sebagai pembawa amanat. Hal ini dapat dilihat apabila melalui hubungan komunikasi ungkapan adat itu mempunyai amanat yang akan disampaikan kepada khalayak masyarakat Melayu yang lain. Oleh itu bahasa yang disampaikan adalah secara indah, sebagai contoh dalam memperlihatkan bahawa Adat pepatih itu menyuruh masyarakatnya mencari indok semang,

Kalau jadi pergi ke pecan, yu beli belanak pun beli, ikan panjang beli dahulu. Kalau cari sanak pun cari, Indok semang cari dahulu. 52 Oleh itu, selain dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin adat dengan masyarakat, secara tidak langsung mendidik nilai moral melalui kata-kata kiasan adat simbol-simbol dan lambanglambang dalam gaya bahasa yang digunakan untuk menyampaikan adat tersebut. Tujuan hukum adat, di samping untuk menghapuskan konflik antara ahli-ahli masyarakatnya yang berbeza status, ialah untuk membentuk satu perilaku atau peradaban yang sama. Jelasnya hukum adat adalah pemangkin norma dan nilai sesuatu masyarakat. Dalam hal ini, adat juga boleh dilihat sebagai satu perilaku manusia, khususnya yang diperlukan untuk membentuk seorang manusia yang budiman dan beradat. Orang yang kurang baik budi pekertinya dianggap sebagai orang yang tidak tahu beradat. Orang yang beradat ialah orang yang bertertib, berhemah tinggi dan tahu mambawa dirinya dalam majlis-majlis yang tertentu. Hal ini kerana, salah satu nilai orang Melayu yang didukung bersama ialah konsep budi. Peribahasa dan pantun Melayu penuh dengan rujukan-rujukan kepada konsep budi ini. Seorang Melayu mestilah tinggi budinya dan Melayu yang sempurna ialah mereka yang diiktiraf sebagai orang yang budiman atau orang yang berbudi mulia.53 Sehubungan itu, adat juga penting dalam mengekalkan dan menegakkan tuah dan maruah, harkat dan mertabat serta mengukuhkan kedudukan dan fungsi adat itu sendiri. Hal ini kerana masyarakat Melayu secara turun-temurun telah membentuk lembaga adat tempatan. Lembagalembaga adat inilah yang secara terus-menerus diwarisi dan menjalankan semua hukum adatnya. Lembaga ini pula dengan penuh kearifan menjadi penegak adat, yang selanjutnya mengfungsikannya untuk kesejahteraan lahiriah dan batiniah masyarakatnya. Dengan kedudukan yang terhormat itu, kelembagaan ini memiliki fungsi yang teramat luas. Salah satu fungsi

52 53

Abdul Rahman. 1964. Dasar-dasar Adat Pepatih. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. hlm47. Abdul Latiff Abu Bakar (pngr.). 2001. Adat Melayu Serumpun. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka.. hlm 12.

22

utamanya ialah menjadi paying atau penaung masyarakat agar wujud masyarakat yang bersatu, aman dan damai, sejahtera dan beradap.54

6.0

Kesimpulan

Tuntasnya pengamalan adat dalam masyarakat Melayu adalah penting sekali. Hal ini kerana menerusi adat-adat tersebut maka terbitlah suatu cara hidup masyarakat Melayu yang harmonis dan tersusun. Sehubungan dengan itu tanpa adat masyarakat Melayu tiadak akan mempunyai suatu sistem cara hidup yang teratur, walaupun sesetengah pendapat atau pandangan masyarakat zaman kini beranggapan bahawa adat Melayu adalah tidak releven sememangnya tidak boleh diterima. Hal ini kerana sememangnya adat-adat Melayu mempunyai kepentingan, fungsi dan kebaikannya yang tersendiri malah telah disesuaikan mengikut kehendak hukum Islam selepas kedatangan Islam. Tambahan pula, adat Melayu tersusun melalui norma hidup dan latar belakang masyarakat Melayu itu sendiri, semestinya ianya sesuai dengan masyarakat Melayu itu sendiri. Lantaran itu, adat Melayu juga dapat disesuaikan dengan perkembangan semasa asalkan tidak bercanggahan dengan konsep adat itu sendiri. Sehubungan dengan itu, ungkapan adat itu sendiri adalah suatu cabang daripada khazanah warisan budaya Melayu yang perlu dipertahankan. Secara keseluruhannya adat itu juga adalah bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan menerusi tradisi lisan. Di samping itu, sebagai ungkapan lisan ia bersifat kolektif dan fungsional iaitu dicipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Pertumbuhannya bermula dengan ungkapan yang sederhana susunan dan sebutan ayatnya terutama dari segi unsure estitikanya. Sebenarnya ungkapan ini telah lama berkembang dalam masyarakat Melayu iaitu sejak zaman orang-orang Melayu belum lagi mengenal huruf dan tulisan.55 Adalah jelas bahawa masyarakat Melayu itu kaya dengan nilai-nilai yang seharusnya dipraktikan oleh masyarakat dewasa ini yang kononnya moden. Tambahan lagi, nilai-nilai ini bukan sahaja penting untuk membentuk keperibadian dan entity orang Melayu itu sendiri, tetapi nilai-nilai ini juga seharusnya dijadikan panduan hidup individu dan masyarkat Melayu. Nilai Melayu bukan sahaja kaya dengan ilmu pengajaran, tetapi yang penting sekali, nilai tersebut berteraskan Islam. Sesuatu nilai itu, walaubagaimanapun murni tujuannay, tidak akan bermakna jika ia tidak dipatuhi dengan perasaan takut, hormat dan taksub.56

54

Abdul Latiff Abu Bakar, Hapipah Husin (pngr.). 2004. Kepimpinan Adat Perkahwinan Melayu Melaka. Melaka: Institut Seni Melaka. hlm 59 55 Mohd Rosli Saludin. 2007. Hari-hari Mendatang Adat Pepatih. t.tp: Goal Intelligent Publishing. hlm 148 56 Norbaya Musa. 1995. Adat: Antara Tradisi dan Moden. Utusan Malaysia. 24 Januari.

23

Rujukan _________ . 2000. Makam-makam Diraja dan Benting Beras Basah. Kuala Lumpur: Jawatankuasa Kecil Cendermata, Darjah Pertabalan dan Tanda Kenangan Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. A. Samad Idris, Nur halim Hj. Ibrahim, Hj. Muhd Tainu, Aharmala N.S (pngr.). 1994. Negeri Sembilan: Gemuk dipupuk, Segar disiram Adat Merentas Zaman. Negeri Sembilan: t.pt. Abdul Jalal Ajmain, Sim Chee Wing & Sim Hock Hye. 1960. Adat-adat Melayu. Singapura: Educational Book Centre Abdul Latiff Abu Bakar (pngr.). 2001. Adat Melayu Serumpun. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka.. Abdul Latiff Abu Bakar, Hapipah Husin (pngr.). 2004. Kepimpinan Adat Perkahwinan Melayu Melaka. Melaka: Institut Seni Melaka Abdul Rahman. 1964. Dasar-dasar Adat Pepatih. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. hlm47 Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ahmad Hj. 1959. Yusof, Sarenjis Mawar. Sungai Dua: PW Pustaka Remaja. Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. t.tp: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Coedes,G. 1962. The Making of South East Asia. London: Redwood Press Limited Gullick, J.M. 1978. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm Hooker, M.B. 1983. Islam in South-East Asia. Netherland: t.pt. Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jessy, Joginder Singh. 1972. Malaysia Singapore and Brunei. Pahang: t.pt. Mohd Rosli Saludin. 2007. Hari-hari Mendatang Adat Pepatih. t.tp: Goal Intelligent Publishing. Norbaya Musa. 1995. Adat: Antara Tradisi dan Moden. Utusan Malaysia. 24 Januari. Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Tardjan Hadidjaja. 1964. Adat Raja-Raja Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara