kepentingan geografi dalam kurikulum sekolah

10
Disediakan oleh : Manisah Binti Muhamad Shukur KEPENTINGAN GEOGRAFI DALAM KURIKULUM SEKOLAH

Upload: cik-manis

Post on 24-Jul-2015

102 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Geografi Dalam Kurikulum Sekolah

Disediakan oleh :Manisah Binti Muhamad Shukur

KEPENTINGAN GEOGRAFI DALAM KURIKULUM SEKOLAH

Page 2: Kepentingan Geografi Dalam Kurikulum Sekolah

Subjek Geografi di dalam kurikulum sekolah

Kandungan mata pelajaran Geografi digubal berdasarkan pemahaman bahawa bumi dan alam sekitarnya adalah ruangan kediaman manusia.Kandungan ini merangkumi kajian tentang interaksi manusia dengan alamsekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kajian ruangan merangkumipemahaman murid tentang Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal dan Geografi Manusia. Aspek-aspek ini dikaji dalam pelbagai komuniti di peringkat tempatan,kebangsaan dan antarabangsa

Page 3: Kepentingan Geografi Dalam Kurikulum Sekolah

Matlamat subjek GeografiKurikulum Geografi membolehkan murid

memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab,bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.

Page 4: Kepentingan Geografi Dalam Kurikulum Sekolah

Objektif subjek Geografi

munghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalamorganisasi ruangan

memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti danmengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuatkeputusan dengan bertanggungjawab.

mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografiberbentuk kuantitatif dan kualitatif.

Page 5: Kepentingan Geografi Dalam Kurikulum Sekolah

menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusiaberasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysiadan negara-negara lain.

mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negaralain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya.

memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam,kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengannegara lain.

Page 6: Kepentingan Geografi Dalam Kurikulum Sekolah

menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar sertapentingnya menguruskan alam dan sumber denganbertanggungjawab dan bijaksana.

mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografinegara Malaysia yang istimewa dan unik.

menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuatkesimpulan yang rasional serta mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana danbertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadapperasaan serta keperluan orang lain.

Page 7: Kepentingan Geografi Dalam Kurikulum Sekolah

Kepentingan Geografi dalam Kurikulum Pengajian Sosial

•Geografi merupakan satu subjek yang amat penting untuk dipelajari oleh semua individu.

• Hal ini demikian kerana subjek ini memberikan pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.

•Dalam aspek Pengajian Sosial, kemahiran geografi, geografi fizikal dan manusia dan kajian geografi membolehkan setiap individu mengamalkan pengetahuan dan kemahiran geografi, nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kehidupan seharian.

Page 8: Kepentingan Geografi Dalam Kurikulum Sekolah

•kepentingan geografi dalam kurikulum pengajian sosial adalah untuk melengkapkan diri setiap individu dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan.

•Subjek geografi juga menyediakan diri setiap individu untuk menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat

Page 9: Kepentingan Geografi Dalam Kurikulum Sekolah

•Kandungan subjek geografi amat relevan dan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan bidang Pengajian Sosial dalam aspek kehidupan manusia.

•Geografi juga penting untuk memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai amanah, bersyukur, kesederhanaan, bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alam sekitar. 

•Pemahaman setiap individu tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitiviti murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global.

Page 10: Kepentingan Geografi Dalam Kurikulum Sekolah

TAMAT