kepentingan laras iklan

3
KEPENTINGAN LARAS IKLAN Iklan merupakan salah satu medium dalam memperkembangkan perniagaan. Iklan ini biasanya akan di papar di dalam bahan cetakan seperti surat khabar, majalah, dan lain-lain lagi.iklan ini akan menggunakan struktur ayat yang pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal,menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan,menggunakan ungkapan istilah dan juga menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik perhatian pengguna seperti kaedah umpan, pujukan, kemesraan, gesaan dan doa. Iklan ini amat penting dalam meningkatkan mutu perniagaan sebuah syarikat. Banyak kepentingan iklan dalam sesebuah perniagaan itu. Antaranya ialah untuk memperkenalkan atau mempromosikan sesuatu produk tersebut. Contoh iklan ini ialah iklan yang dicetak pada bungkusan barangan seperti termasuk kulit buku dan poster Melalui iklan ini para pengguna akan mengetahui tentang sesuatu produk barangan tersebut. Iklan ini akan memudahkan produk itu dipasarkan di merata tempat. Oleh itu, iklan itu amat penting dalam mempromosikan sesuatu produk kepada para pengguna. Selain itu juga, kepentingan iklan adalah untuk menjual objek yang diiklankan. Contohnya, sesuah syarikat perumahan mengiklankan rumah untuk di jual ataupun sebuah kereta baru yang telah dikeluarkan sebuah syarikat. Melalui iklan ini, objek ini akan mudah untuk dijualkan kepada orang ramai. Iklan ini amat penting untuk sebuah syarikat bagi memasarkan objeknya untuk

Upload: szuhady-penie

Post on 03-Jan-2016

2.605 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPENTINGAN LARAS IKLAN

KEPENTINGAN LARAS IKLAN

Iklan merupakan salah satu medium dalam memperkembangkan perniagaan. Iklan ini

biasanya akan di papar di dalam bahan cetakan seperti surat khabar, majalah, dan

lain-lain lagi.iklan ini akan menggunakan struktur ayat yang pendek dan banyak

menggunakan ayat tunggal,menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara

berkesan,menggunakan ungkapan istilah dan juga menggunakan pelbagai kaedah

untuk memujuk atau menarik perhatian pengguna seperti kaedah umpan, pujukan,

kemesraan, gesaan dan doa. Iklan ini amat penting dalam meningkatkan mutu

perniagaan sebuah syarikat. Banyak kepentingan iklan dalam sesebuah perniagaan itu.

Antaranya ialah untuk memperkenalkan atau mempromosikan sesuatu produk tersebut.

Contoh iklan ini ialah iklan yang dicetak pada bungkusan barangan seperti termasuk

kulit buku dan poster Melalui iklan ini para pengguna akan mengetahui tentang sesuatu

produk barangan tersebut. Iklan ini akan memudahkan produk itu dipasarkan di merata

tempat. Oleh itu, iklan itu amat penting dalam mempromosikan sesuatu produk kepada

para pengguna.

Selain itu juga, kepentingan iklan adalah untuk menjual objek yang diiklankan.

Contohnya, sesuah syarikat perumahan mengiklankan rumah untuk di jual ataupun

sebuah kereta baru yang telah dikeluarkan sebuah syarikat. Melalui iklan ini, objek ini

akan mudah untuk dijualkan kepada orang ramai. Iklan ini amat penting untuk sebuah

syarikat bagi memasarkan objeknya untuk dijual. Justeru, amat jelaslah bahawa iklan ini

adalah untuk menjualkan sesuatu objek yang telah diiklankan.

Di samping itu juga, iklan ini juga sebagai perhubungan sosial untuk masyarakat. Iklan

ini akan menjadi penghubung atau pemberi maklumat kepada masyrakat di sesuatu

tempat. Contoh iklannya adalah iklan pemberitahuan, seperti iklan tender, jawatan

kosong dan ucapan takziah. Iklan ini tidak menggunakan seni penampilan yang

menonjol. Jadi, iklan itu amat penting kepada masyarakat untuk mendapatkan sesuatu

maklumat penting dan terkini.

Page 2: KEPENTINGAN LARAS IKLAN

Dalam iklan ini juga ia menggunakan laras bahasa yang sesuai dan menarik perhatian.

Menurut Asmah Haji Omar,penggunaan bahasa dalam iklan mempunyai matlamat yang

tersendiri yang ditujukan kepada golongan pengguna sasaran. Penggunaan bahasa

dalam iklan amat penting membentuk persepsi para pengguna supaya mengubah sikap

mereka dan akhirnya mempengaruhi tindakan mereka. Mesej yang hendak

disampaikan melalui iklan harus mempunyai pelbagai strategi yang membawa ke arah

pengaruh yang positif (Asmah Haji Omar,1988). . Laras bahasa iklan mempunyai

kaedah-kaedahnya yang tersendiri. Antaranya ialah menggunakan perkataan-perkataan

yang boleh memujuk pengguna supaya tertarik untuk membeli barangan yang hendak

dipasarkan. Contohnya, . Rumah banglo harga sederhana yang murah khas untuk

keselesaan anda seisi keluarga. Ia juga menggunakan kaedah umpanan seperti

Tawaran Hebat! Separuh harga. Hanya dua minggu sahaja iaitu bermula 1 Mac hingga

14 Mac 2013. Banyak lagi kaedah yang digunakan untuk menarik iklan seperti kaedah

perbandingan, kaedah ajakan, kaedah meyakinkan dan lain-lain lagi. Justeru amat

jelaslah bahawa laras bahasa dalam iklan ini amat penting kepada para pelanggan.

Kesimpulannya, laras bahasa sangat penting kepada kita semua dan kepada

masyarakat di Malaysia pada amnya. Laras bahasa ialah penggunaan bahasa secara

khusus mengikut bidang penggunaannya atau pola penggunaan bahasa yang lazim

mengikut keadaan tertentu. Sesuatu laras bahasa boleh diteliti dari segi ciri keperihalan

dan ciri linguistik.