kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.docx

3
KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Seri Indah; Pemanis kata selamat datang, Salam sejahtera pembuka madah. Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta para hadirin yang saya hormati sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari yang indah ini ialah ‘Kepentingan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat’. Hadirin sekalian,  Amalan gaya hidup sihat boleh d idefinisikan sebagai amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Hal ini demikian, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang- kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Tuan tuan dan puan puan yang saya kasihi sekalian, Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang mengikut hierarki pyramid makanan. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung

Upload: lua-c-wei

Post on 14-Apr-2018

331 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.docx

7/27/2019 KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.docx

http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-mengamalkan-gaya-hidup-sihatdocx 1/3

KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT 

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Seri Indah;

Pemanis kata selamat datang,

Salam sejahtera pembuka madah.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya hormati Tuan Pengerusi

Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta para hadirin

yang saya hormati sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari yang indah ini

ialah ‘Kepentingan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat’. 

Hadirin sekalian,

 Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan

kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan

masyarakat. Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya

kepada manusia. Hal ini demikian, dengan mengamalkan gaya hidup sihat,

seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang

hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-

kurangnya tiga kali seminggu.

Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu

seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan

akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan

melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan

untuk meningkatkan produktiviti negara.

Tuan tuan dan puan puan yang saya kasihi sekalian,

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil

makanan yang seimbang mengikut hierarki pyramid makanan. Oleh itu, tubuh

orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat

dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak

mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol

yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung

Page 2: KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.docx

7/27/2019 KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.docx

http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-mengamalkan-gaya-hidup-sihatdocx 2/3

koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana

mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

 Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau

beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan

seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan

akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain

badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika

badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga

cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan

secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang

itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pancreas berfungsi dengan baik.

Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari,

diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dikesan lebih awal melalui peralatan

moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan

dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatanmoden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah

terhantuk baru nak tengadah.

Tuntasnya, ingin saya tegaskan di sini bahawa amalan gaya hidup

sihat memang perlu dijadikan budaya untuk menjamin kebahagiaan hidup.

Jadi, setiap individu perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk kekal

hidup dengan bahagia kerana kesihatan melambangkan kebahagiaan.

Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk

melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan.

Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi

realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul,

yang ringan sama dijinjing.

Page 3: KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.docx

7/27/2019 KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.docx

http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-mengamalkan-gaya-hidup-sihatdocx 3/3

Sebelum saya mengundurkan diri saya dari pentas serba cantik ini,

izinkanlah saya menyampaikan serangkap pantun:

Ikan di air terlihat-lihat,

Ikan bernama si ikan laga;

 Amalkan gaya hidup sihat,

Makan minum hendaklah dijaga.

Sekian, terima kasih.