kepentingan tenaga nuklear kepada pembangunan sesebuah negara

Upload: yana-japar

Post on 18-Oct-2015

339 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tenaga nuklear

TRANSCRIPT

7

Kepentingan tenaga nuklear kepada pembangunan sesebuah negaraOleh :Noorliyana binti Japar

1.0 PengenalanPerkembangan sains dan teknologi pada masa ini telah mendorong kepada kewujudan pelbagai jenis sumber tenaga alternatif bagi membantu manusia dalam pelbagai aspek. Salah satu sumber alternatif yang telah diwujudkan ialah tenaga nuklear. Tenaga nuklear biasanya dikaitkan dengan senjata moden yang digunakan sebagai alat pemusnah alam yang dapat membawa kecelakaan yang teruk kepada kehidupan manusia sejagat. Namun demikian, tenaga nuklear hanya pernah digunakan sebanyak dua kali untuk tujuan peperangan dan kedua-duanya dilepaskan oleh Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua apabila melancarkan peperangan ke atas Jepun.Tenaga nuklear ataupun turut dikenali sebagai tenaga atom ialah sejenis tenaga yang mengikat nukleus sesebuah atom. Tenaga nuklear ini dibebaskan daripada belahan atom atau percantuman nukleus atom yang mempunyai tenaga yang sangat tinggi. Tenaga nuklear ini sangat kuat sehingga dapat digunakan untuk pelbagai tujuan, malah tenaga nuklear ini juga telah dibuktikan dapat menggantikan tenaga yang dihasilkan oleh petroleum dan juga arang batu. Hal ini menjelaskan bahawa kita tidak dapat menolak hakikat bahawa tenaga nuklear ini akan menjadi lebih popular dalam masa hadapan. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan orang, tenaga nuklear ini lebih banyak membawa kesan yang buruk dan amat dahsyat kepada manusia sehingga mereka tidak memberikan ruang walau pun sedikit untuk memikirkan dan menilai kebaikan tenaga nuklear.Tenaga nuklear juga seharusnya dilihat dari sudut pandangan yang positif, bukan hanya sebagai senjata pemusnah yang boleh menyebabkan kemusnahan yang teruk sahaja. Tenaga nuklear juga sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan sesebuah negara. Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Perancis giat menjalankan kajian dan penyelidikan untuk memperoleh manfaat yang optimum daripada tenaga nuklear ini. Hal ini menjelaskan bahawa tenaga nuklear juga mempunyai kepentingannya yang tersendiri.2.0 Kepentingan tenaga nuklearWalaupun tenaga nuklear sering kali dilihat daripada sudut pandangan negatif oleh masyarakat dunia iaitu sebagai senjata pemusnah, tenaga ini juga sebenarnya mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Jika tidak, kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Perancis tidak akan menjalankan kajian dan penyelidikan yang khusus untuk tenaga nuklear. Tenaga nuklear ini juga turut ternyata menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. Berikut merupakan beberapa kepentingan tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara.

2.1 Tenaga nuklear membekalkan sumber tenaga sesebuah negaraTenaga merupakan bahan utama untuk melakukan sesuatu aktiviti. Bekalan tenaga yang mencukupi adalah sangat penting untuk memastikan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Namun demikian, penggunaan tenaga secara berleluasa dan tidak terkawal boleh menyebabkan kesan-kesan yang tidak diingini terhadap alam sekitar. Malaysia mempunyai kedua-dua jenis sumber tenaga iaitu sumber tenaga konvensional dan sumber tenaga tidak konvensional. Sumber tenaga konvensional ialah sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui manakala sumber tenaga tidak konvensional merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sumber tenaga konvensional terbesar yang terdapat di Malaysia adalah merupakan hasil daripada petroleum. Namun demikian, hasil petroleum yang terdapat di negara kita ini bukannya semakin bertambah saban hari tetapi semakin berkurang saban hari. Hal ini mendorong kepada pencarian sumber tenaga yang baharu untuk membekalkan sumber tenaga.Kini, tenaga nuklear telah digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah sebagai penjana tenaga elektrik. Kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, dan Rusia telah membina loji penjanaan kuasa elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear bagi menampung penggunaan tenaga yang meluas di negara mereka. Walaupun pembinaan loji ini memerlukan modal yang sangat besar dan kepakaran yang sangat tinggi, ia tetap memberi keuntungan untuk jangka masa panjang. Atom tertentu seperti uranium sentiasa bertembung secara spontan dalam loji yang disediakan khas dan menghasilkan jumlah tenaga yang sangat besar. Menurut Tom dan Gena Metcalf (2007:86), tenaga nuklear telah menghasilkan tenaga elektrik untuk satu daripada lima rumah dan syarikat yang terdapat di Amerika Syarikat. 103 loji jana kuasa nuklear yang terdapat di 31 negeri telah membuktikan kecekapan mereka yang sangat hebat sejak belasan tahun yang dahulu kerana telah berjaya meningkatkan pengeluaran elektrik mereka sehingga 789 bilion kilowatt dalam masa sejam pada tahun 2004. Hal ini membuktikan bahawa tenaga nuklear boleh membekalkan sumber tenaga kepada sesebuah negara.Oleh yang demikian, kita hendaklah membuka minda kita dengan seluas-luasnya bahawa tenaga nuklear juga boleh menjadi sumber tenaga kepada sesebuah negara. Tenaga nuklear juga ternyata boleh menggantikan sumber tenaga konvensional yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum, gas asli dan arang batu sebagai sumber bahan api. Penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber kuasa elektrik juga semakin banyak digunakan, malah hampir 17% daripada penggunaan elektrik dianggarkan dihasilkan menerusi tenaga nuklear. Hal ini membuktikan bahawa pembangunan sesebuah negara sangat bergantung pada tenaga nuklear ini.

2.2 Sumbangan tenaga nuklear dalam bidang pertanianTeknologi nuklear merupakan salah satu teknologi moden yang berkembang pesat dalam bidang pertanian. Pemanfaatan teknik nuklear pada tanaman boleh digunakan untuk pembaikan jenis-jenis tanaman melalui mutasi dengan radiasi. Di Malaysia dan Indonesia, kegiatan penyelidikan aplikasi teknik nuklear dalam bidang pertanian khususnya untuk kebaikan tanaman telah dilakukan oleh Badan Tenaga Nuklir Nasional (Indonesia) dan Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, MINT (Malaysia). Tujuan pembangunan penelitian dan penyelidikan teknik nuklear untuk kebaikan tanaman ini adalah untuk memberi sumbangan kepada pihak kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan hasil tanaman negara.Penggunaan tenaga nuklear dalam bidang pertanian ini dapat menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik dan bermutu melalui kaedah pembiakan baka mutasi aruhan. Di samping itu, kegunaan tenaga nuklear dalam bidang pertanian juga dapat meningkatkan kesuburan tanah dan menyingkatkan tempoh kematangan sejenis baka tanaman. Penggunaan teknik isotop radioaktif dan sinaran pengklonan seperti sinar gama dan sinar-X berjaya meningkatkan hasil pengeluaran pertanian sehingga dapat mengeluarkan hasil yang banyak dalam tempoh masa yang singkat. Selain itu, teknologi nuklear juga boleh digunakan untuk membasmi serangga perosak tanaman seperti kumbang dan belalang. Tisu serangga diubah supaya ia mandul dan tidak dapat membiak untuk mengawal bilangan serangga perosak bagi memastikan tanaman berada dalam keadaan yang baik.Oleh yang demikian, tenaga nuklear ternyata turut menyumbang kepada pembangunan negara melalui aspek pertanian. Hal ini boleh dilihat daripada segi peningkatan pengeluaran hasil tanaman dalam tempoh masa yang singkat yang dapat meningkatkan ekonomi negara kita secara perlahan-lahan kerana negara kita juga merupakan negara pertanian dan ini membolehkan hasil-hasil pertanian turut menjana pendapatan negara. Hal ini seterusnya membolehkan negara bersaing dengan negara maju yang lain dan seterusnya saling bertukar teknologi untuk memastikan penggunaan teknologi nuklear dalam bidang pertanian di negara kita setanding dengan negara lain.

2.3 Peranan tenaga nuklear dalam bidang perubatanKini, penggunaan bahan radioaktif dan sinaran mengion dalam bidang perubatan terus berkembang dan ia juga merupakan teknik yang diterima pakai secara meluas untuk tujuan diagnosis dan terapeutik. Teknik diagnosis merupakan kaedah pemeriksaan untuk menentukan atau menilai keadaan sesuatu penyakit. Selain itu, teknik diagnosis ini juga melibatkan penggunaan bahan radioaktif atau sinaran seperti sinar-X yang lebih dikenali sebagai radiografi diagnosis dan merupakan teknik yang terbaik untuk tujuan diagnosis. Terapeutik atau lebih dikenali sebagai teknik radioterapi atau terapi sinaran pula merupakan kaedah rawatan yang menggunakan sinaran mengion bertenaga tinggi yang diujukan kepada bahagian badan atau organ-organ tertentu untuk membunuh sel-sel kanser.Para saintis juga telah berjaya menggunakan pancaran radioaktif yang dihasilkan oleh tenaga nuklear untuk rawatan penyakit yang dihidapai oleh manusia. Salah satu kegunaan radioaktif yang penting adalah untuk mengubati penyakit barah yang dihidapi oleh seseorang individu. Pancaran gama boleh digunakan untuk membunuh sel pelbagai jenis barah. Sebagai contoh, pesakit yang menghidapi barah pangkal rahim dan pesakit payu dara akan diberikan rawatan kemoterapi yang bertujuan untuk memusnahkan sel barah yang terdapat dalam badan pesakit tersebut. Selain itu, pesakit tiroid juga boleh dirawat dengan menggunakan radioaktif iodin-131 yang disuntik ke dalam aliran darah untuk menentukan sama ada kelenjar berfungsi dengan normal atau tidak. Di samping itu, sinar-X juga boleh digunakan untuk mengesan penyakit bagi seseorang individu.Oleh yang demikian, tenaga nuklear ternyata memberi sumbangan yang sangat penting dalam bidang perubatan. Pelbagai jenis penyakit seperti ketumbuhan otak, kanser tulang, penyakit buah pinggang, sakit jantung dan sebagainya akan dapat dikesan dan seterusya dapat merawat penyakit-penyakit ini dengan menggunakan teknologi yang dihasilkan oleh tenaga nuklear. Apabila penyakit-penyakit ini dapat dikenal pasti sebelum ianya semakin teruk dengan menggunakan teknologi nuklear dalam bidang perubatan, pelbagai rawatan akan diambil untuk memastikan pesakit cepat sembuh daripada penyakit yang dihidapi oleh mereka dan seterusnya mencari rawatan baru untuk penyakit-penyakit yang belum mempunyai cara rawatan yang khusus. Oleh itu, teknologi nuklear ini dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit dan seterusnya dapat menyelamatkan banyak nyawa manusia.

2.4 Tenaga nuklear dalam bidang perindustrian.Dalam zaman moden yang serba canggih ini, terdapat lebih daripada dua dozen isotop radioaktif yang biasa digunakan untuk di dalam bidang industri. Isotop radioaktif merupakan isotop yang mengeluarkan beberapa bentuk radiasi seperti sinaran alfa, beta dan gama. Sinar alfa, beta dan gama mempunyai kuasa yang berbeza untuk menembusi sesuatu benda. Sebagai contoh, sinar alfa dapat menembusi sehelai kertas yang nipis, tetapi tidak dapat menembusi kepingan aluminium yang nipis. Sinar beta pula dapat menembusi kepingan aluminium nipis yang tidak dapat ditembusi oleh sinar alfa, tetapi tidak dapat menembusi kepingan timah yang nipis. Sinar gama pula boleh menembusi kertas, aluminium dan kepingan timah yang nipis tetapi tidak dapat menembusi kepingan timah yang tebal. Hal ini menunjukkan bahawa setiap sinaran radiasi mempunyai peranan yang tersendiri.Ciri-ciri radiasi ini menunjukkan bahawa isotop radioaktif boleh dikesan dalam sistem walaupun sinaran-sinaran ini tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia. Apabila cara ini digunakan, isotop radioaktif lebih dikenali sebagai pengesan. Fungsi isotop radioaktif sebagai pengesan dapat dilihat apabila berlakunya kebocoran paip dengan menggunakan natrium-24. Natrium-24 ini dapat digunakan untuk mengesan rekahan yang berlaku dalam tuangan logam. Kebanyakan saluran paip telah ditanam di bawah tanah dan menjadikan ia sangat sukar untuk mengetahui sama ada dan di mana kebocoran paip telah berlaku. Apabila sedikit radioaktif natrium-24 ditambah atau pun dicampur ke dalam sistem paip yang mengalirkan air atau petroleum, kebocoran paip akan mudah untuk dikesan. Hal ini kerana apabila kebocoran paip berlaku, natrium-24 akan mengalir ke dalam tanah dan menyebabkan sinar beta dan gama mudah dikesan oleh alat-alat pengesan sinaran. Selain daripada mengesan kebocoran paip, pancaran radioaktif dalam bentuk radioisotop ini juga boleh digunakan untuk mengawal mutu keluaran kilang dan juga turut boleh menguji usia batu-batan dam bidang geologi.Kemajuan dalam teknologi nuklear ini ternyata memberi manfaat yang sangat banyak dalam bidang industri. Dengan menggunakan teknologi yang dikembangkan daripada tenaga nuklear, kebocoran paip yang berlaku di dalam tanah telah dapat dikesan tanpa perlu untuk menggali semua kawasan yang ditanam paip untuk mencari tempat berlakunya kebocoran paip tersebut. Sebaliknya, jika teknologi nuklear ini tidak dapat mengesan berlakunya kebocoran dan tempat yang berlakunya kebocoran paip, akan banyak masa, tenaga dan kos akan terbuang begitu sahaja. Hal ini kerana setiap kawasan aliran paip yang dikenal pasti berlaku kebocoran paip akan digali semula untuk menggantikan atau membaiki paip yang telah bocor dan perkara ini bukannya mengambil masa, kos dan tenaga yang sedikit. Oleh itu, dengan wujudnya teknologi nuklear ini, kebocoran paip akan dikenal pasti dengan mudah dan pantas tanpa perlu membuang masa, tenaga dan juga kos. Hal ini membuktikan bahawa teknologi nuklear dalam bidang perindustrian memberi manfaat yang sangat berguna kepada kehidupan manusia dan seterusnya kepada pembangunan sesebuah negara.

2.5 Tenaga nuklear dalam bidang ketenteraan

-tknlgi nuklar srg dieksploitasi utk mbt senjata nuklear. Cthnya, bom atom, bom nuklear n peluru bpandu nuklear. D smpg itu, kpl selam nuklear yg prtama tlh dlancarkan pd thun 1954.2.6 Tenaga nuklear dalam bidang pendidikan. Disiplin sains & tknoloi spt kimia, genetik, fizik, biologi, biokimia, kejuruteraan dsbnya amat bgantung kpd teknologi nuklear. R&D bdg2 tsbt mperlukan teknologi nuklear 3.0 Penutup Umumnya, TN memainkan prnn pntg. Nmn, pmbgnn ngra amat bgntg kpd thp pkmbgn tknlg tsbt. Apa yg pntg ialah TN itu x hrus dslhgunakan oleh pihak2 ttntu @pun oleh kuasa2 besar.Bibliografi Tenaga nuklear. Diperoleh pada Mei 01, 2013 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_nuklear.Nuklear dalam kehidupan manusia. Diperoleh pada Mei 01, 2013 daripada http://www.lovehijau.com/2011/10/nuklear-dalam-kehidupan-manusia.htmlLampiran