keperluan ict dalam kalangan guru matematik

Upload: fatimah-anith-munirah

Post on 05-Jul-2018

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Keperluan ICT dalam Kalangan Guru Matematik

    1/7

    INTEGRATING ICT INMATHEMATICS CLASSROOM

    (KMP 6033)

    KEPERLUAN PENGUASAAN ICT DALAM

    KALANGAN GURU MATEMATIK

    OLEH :

    FATIMAH ANITH MUNIRAH BINTI MOHD BADRI

    (M20142001316)

    NAMA PENSYARAH :

    PROF. MADYA DR. H . NOOR SHAH BIN H . SAAD

  • 8/16/2019 Keperluan ICT dalam Kalangan Guru Matematik

    2/7

    ‘Keperluan penguasaan ICT dalam kalangan guru matematik dalam abad

    ke-21 adalah menjadi satu kemestian. Bincangkan.’

    Pendidikan ialah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada

    seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Sebagai guru yang

    berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini, kita perlu melangkah

    sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi sebagai langkah awal demi

    menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa dalam membina negara bangsa

    yang mampu berdiri gah di persada dunia. Ledakan ICT telah menyebabkan kualiti

    perkhidmatan dan peranan guru berubah. Penguasaan ICT dapat membantu guru

    menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan

    kehendak semasa. ungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi

    permintaan masyarakat setempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya

    menjadi rujukan dan idola dalam masyarakat. !emahiran guru dalam bidang ICT dapat

    membantu pelajar"pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan

    minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu

    pengetahuan. #al ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang

    berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan

    Pendidikan $PIPP%.

    ICT ialah pelbagai bentuk alat dan sistem yang digunakan dalam memproses,

    mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui

    media elektronik. &aksud integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

    $PdP% matematik adalah penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,

    mengukuh dan menambah kemahiran murid menggunakan ICT. Integrasi ICT dalam PdP

    dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran yang bermaksud guru menggunakan ICT dan

    aspek pembelajaran di mana murid menggunakan ICT. Integrasi teknologi dalam p 'p

    memerlukan guru yang bersedia dan (leksibel menggunakan teknologi dalam pengajaranharian mereka. Pengetahuan asas dalam penggunaan teknologi belum mencukupi bagi

    membolehkan seseorang guru itu mengabungkan teknologi dalam PdP. )lemen yang

    penting dalam mengintegrasikan teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran

    dan implikasinya dengan teknologi. Penggabungan ICT dalam PdP memerlukan kemahiran

    dan komitmen guru secara tekal dan ber(okus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT

    terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula iaitu daripada persediaan

    sebelum mengajar, semasa dan penilaian selepas proses PdP. !egagalan guru dalam

    membuat perancangan teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses PdP kurangberkesan.

    2

  • 8/16/2019 Keperluan ICT dalam Kalangan Guru Matematik

    3/7

    *eleven keperluan ICT kepada setiap guru adalah dapat m eningkatkan pendekatan

    pedagogi guru. +alam proses pengajaran dan pembelajaran pada asasnya berkehendakkan

    seseorang guru berkemahiran mengaplikasikan pelbagai strategi dalam pengajarannya bagi

    memudahkan pemahaman dalam kalangan murid. Teknologi pengajaran antaranya

    merupakan suatu alat yang sangat mempengaruhi proses pembelajaran murid. Ini

    bermakna dalam proses menimba ilmu dan memberi pemahaman pembelajaran kepada

    murid"murid, guru bersama murid harus mampu meneroka pelbagai kaedah, teknik dan

    aktiviti secara menyeluruh dan bersepadu setiap masa dalam bilik darjah. Penggunaan

    teknologi hendaklah digabung jalinkan bersama pedagogi tertentu. uru perlu

    mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti PdP. ICT dalam PdP akan

    membawa kepada kaedah"kaedah yang baru dan inovati( dalam pembelajaran dan

    penilaian.

    Teknologi juga dapat merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan

    bimbingan yang minimum. Sebagai contohnya, dengan kalkulator dan komputer, murid"

    murid dapat mengkaji lebih banyak contoh ataupun perwakilan matematik berbanding

    melaksanakannya secara manual. -kibat daripada ini, murid"murid dapat membina dan

    meneroka konsep konsep matematik dengan lebih mudah dan senang. !apasiti untuk

    menjalankan pengiraan dengan alat teknologi dapat memperluaskan bentuk masalah

    matematik yang perlu diperkenalkan kepada murid"murid. !eadaan ini membolehkan murid"

    murid menyelesaikan prosedur"prosedur matematik yang rutin dan bukan rutin dengan lebih

    pantas dan tepat. /usteru, murid mempunyai lebih banyak masa untuk memberi tumpuan

    dan (okus kepada permodelan dan konseptual matematik yang lebih rumit dan sukar.

    Penglibatan murid"murid dengan idea"idea matematik yang abstrak juga dapat

    dipupuk melalui penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran matematik. Teknologi

    memperkayakan kualiti dan jenis penyiasatan matematik dengan memberi satu laluan untuk

    mengkaji idea"idea matematik daripada pelbagai perspekti(. Pembelajaran murid"muriddibantu dengan maklumbalas yang dapat dihasilkan oleh teknologi. Contohnya, gra( yang

    tepat dapat dihasilkan dan dilihat dengan serta merta berpandukan data"data yang

    ditakri(kan oleh murid. &urid dengan mudah dapat menganalisis gra( yang dicipta dan

    menghasilkan rumusan mereka sendiri. Teknologi memberikan satu (okus di mana murid"

    murid dapat berbincang dan bertukar pendapat antara satu sama lain dan juga dengan guru

    tentang objek yang dipaparkan pada skrin.

    Teknologi memberi peluang kepada guru untuk memilih dan mengubahsuai tatacaraproses pembelajaran mengikut pelbagai kehendak dan rentak murid"murid. &urid"murid

    3

  • 8/16/2019 Keperluan ICT dalam Kalangan Guru Matematik

    4/7

    yang mempunyai perhatian yang mudah diganggu, sekarang dengan teknologi, mereka

    dapat menumpu perhatian yang lebih ber(okus terhadap menyelesaikan tugasan matematik

    dengan menggunakan teknologi seperti komputer. &urid"murid yang menghadapi masalah

    dengan prosedur"prosedur matematik yang tertentu pula, dapat memperkembangkan dan

    meneroka pemahaman matematikal yang lain dahulu, yang kemudiannya dapat membantu

    murid"murid ini belajar dan memahami prosedur"prosedur itu. Peluang dan kemungkinan

    yang begitu meluas dalam melibatkan murid"murid dengan cabaran"cabaran matematik

    dapat dipertingkatkan lagi dengan penggunaan teknologi.

    Selain itu, pembelajaran matematik perlu menekankan konsep dan pengetahuan

    matematik, bukan hanya pengiraan untuk menghasilkan jawapan. Penggunaan komputer

    dalam pengajaran matematik boleh membantu mencapai matlamat ini. Penggunaan

    teknologi bukan sahaja dapat memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah boleh

    merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. -ktiviti penyelesaian masalah

    adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Laporan Cockcro(t $0123%

    menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa

    matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan

    (ahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.

    !eadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar.

    &asalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer. Perisian komputer

    yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep

    dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.

    Penggunaan teknologi juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok,

    mencabar dan berbentuk penerokaan. &ultimedia adalah teknologi maklumat terkini yang

    membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, gra(ik dan animasi. &ultimedia

    berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang

    menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsepdengan cepat dan mudah. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam

    pendidikan matematik dengan membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan

    kepada pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri

    berdasarkan kemampuan masing"masing. Ia sekaligus memudah dan mempercepatkan

    ke(ahaman sesuatu konsep matematik dan menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan

    menyeronokkan.

    Selain itu, penggunaan teknologi juga dapat menggalakkan murid merealisasikankonsep pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran terarah kendiri yang merupakan

    4

  • 8/16/2019 Keperluan ICT dalam Kalangan Guru Matematik

    5/7

  • 8/16/2019 Keperluan ICT dalam Kalangan Guru Matematik

    6/7

    daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan

    komunikasi. Pembaharuan pendidikan dari segi PdP, sistem pengurusan pembelajaran dan

    peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.

    Peranan guru masih dominan walaupun ICT telah mengatasi sebahagian besar

    masalah dan kelemahan pengajaran konventional dan pengajaran tradisional. uru bukan

    sahaja menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar malah turut menjadi pendorong

    kepada kejayaan pelajar. Penggunaan ICT dalam pendidikan perlu dianggap sebagai satu

    alat untuk menyampaikan isi kandungan mata pelajaran, bukannya alat yang mengantikan

    peranan guru dalam mendidik pelajar. -nggapan bahawa penggunaan teknologi dalam

    bidang pendidikan mengurangkan peranan dan bilangan guru kerana teknologi berupaya

    menyediakan sesi PdP yang lebih canggih dan menarik adalah salah. Proses pembelajaran

    memerlukan interaksi sesama manusia. Peranan guru sebagai pendidik, pendorong, dan

    pemberi motivasi tidak dapat diambil alih oleh teknologi. 7amun dalam 6aman ledakan ICT

    guru tidak boleh mengenepikan ICT dalam PdP mereka.

    Secara kesimpulannya, penggunaan ICT dalam bilik darjah dalam konteks ini secara

    spesi(iknya merujuk kepada proses dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran.

    !ewujudan teknologi dalam pendidikan matematik bukan sahaja mengubah corak dan cara

    guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh

    murid. &atlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja

    berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia

    sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui.

    Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam

    pendidikan sejagat sudah sampai masanya ke arah mewujudkan generasi berteknologi

    mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k"ekonomi selaras dengan konsep

    Pembelajaran -bad ke"30 yang ingin dicapai. Institusi pendidikan sebagai wadah terpentingsemestinya melakukan inovasi drastik ke arah pencapaian matlamat. Potensi dan teknologi

    yang amat canggih perlu dimana(aatkan sewajarnya dan sepenuhnya. 8leh hal yang

    demikian, guru sepatutnya melengkapkan diri mereka tentang pengetahuan yang berkaitan

    dengan ICT. Ini kerana perubahan teknologi telah meningkatkan tuntutan terhadap tugas

    sebagai seorang guru walaupun terpaksa berhadapan dengan persoalan adakah mereka

    mampu untuk mengguna dan mengintergrasi ICT dalam pengajaran mereka di samping

    membimbing pelajar menguasai aras"aras pengetahuan tinggi.

    6

  • 8/16/2019 Keperluan ICT dalam Kalangan Guru Matematik

    7/7

    7