kepimpinan situasi
TRANSCRIPT
Kepimpinan Situasi
Kaedah kepimpinan situasi menerangkan bahawa pemimpin mesti menggunakan stail yang berbeza pada situasi yang berbeza. Model ini membenarkan kita sebagai pemimpin menganalisis situasi tertentu dan seterusnya menggunakan stail yang terbaik bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. Pemimpin mempelbagaikan stail kepimpinan mengikut kemahiran atau kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam organisasi.
Selain itu, tahap keupayaan dan persediaan seseorang pengikut menyempurnakan sesuatu tugas disebut sebagai kematangan iaitu ianya meliputi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal, keyakinan diri, komitmen, motivasi dan harga diri berhubung dengan sesuatu tugas.Mengikut teori kepimpinan situasi semakin matang tahap perkembangan pengikut, semakin tinggi tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan di dalam sesuatu tugasan, semakin tinggi tahap komitmen pengikutnya, maka pemimpin seharusnya mengurangkan stail kepimpinan yang berteraskan arahan tugasan dan penyeliaan yang ketat kepada stail yang berorientasikan hubungan dengan pengikut iaitu memberi sokongan (supporting).
Kesimpulannya dapatlah ditegaskan bahawa kepimpinan situasi ialah suatu proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan supaya dapat mencapai matlamat dalam sesuatu situasi tertentu.Seorang pemimpin yang berkesan adalah seorang pemimpin yang dapat mengubah gaya kepimpinannnya mengikut situasi yang berbeza. Iaitu seorang pengetua yang berkesan perlu mengamalkan stail kepimpinan situasi apabila menguruskan sekolah dan stail utama ialah stail membimbing diikuti oleh stail menyokong, mengarah dan mendelegasi. Stail mengarah selalunya digunakan terhadap guru-guru baru, stail membimbing terhadap guru-guru yang kurang berpengelaman dan stail mendelegasi terhadap guru-guru kanan.
Saya amat bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh saudari
Liew Soo Mee.Iaitu pendekatan situasi memberi kefahaman baru seperti situasi,
manusia, tugas, organisasi dan persekitaran juga memainkan peranan dalam
menentukan keberkesanan seseorang pemimpin.Iaitu seorang guru besar / pengetua
yang mengamalkan pendekatan berorientasikan manusia akan bertolak ansur dan
memberi peluang kepada orang bawahannya untuk bersama-sama membuat
keputusan. Mereka juga akan menerima pandangan dan cadangan guru. Manakala
guru biasanya berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada di bilik darjah iaitu untuk
menangani kerenah pelajar yang ramai bilangannya, memastikan matlamat
pengajaranya tercapai dan masa yang terhad.