kepuasan kerja di kalangan guru - fp.utm.my · kenangan bersama tak mungkin hilang di memoriku, ......
TRANSCRIPT
i
KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU KEMAHIRAN HIDUP DI
ENAM BUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH MELAKA TENGAH
WAHIDA BTE SAUL HAMID
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
Saya/kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).
Tandatangan : __________________________
Nama Penyelia : MD.YUSUP BIN KAYAT
Tarikh : __________________________
* Potong yang mana tidak berkenaan
iv
DEDIKASI
Ku abadikan halaman ini istimewa buat.............
.......... suami tercinta Abdul Rahim Hj Shaik Mohamed.
Terima asih di atas kesabaran dan pengorbanan mu selama ini.
Untuk Ayahanda, Hj Saul Hamid, Ibunda Hjh Aishah.
Doa dan jasa kalian sumber kejayaanku.
Untuk Ibu Mertuaku, Hajah Maimon
Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan.
Untuk Puteraku, Moh Rafikqin
Teruskan jalan yang ku rintis ini sehingga ke puncak jaya.
Teman seperjuangan.. SPH PKPG
Kenangan bersama tak mungkin hilang di memoriku,
Suka duka perjalanan telah kita lalui bersama
Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani dan segala pujian
untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w.
Alhamdulilah berkat rahmat dan keizinanNya yang telah memberi semangat
dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini bagi
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Kemahiran Hidup.
Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya,
En. Md. Yusup bin Kayat yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat
dan motivasi yang amat berguna dalam usaha menyempurnakan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah - pensyarah yang pernah membimbing,
rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam meyiapkan
kajian ini, segala jasa baik yang diberikan semoga mendapat keberkatan di dalam
kehidupan kalian semua. Insyallah.
Wassalam.
vi
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji kepuasan kerja di kalangan
guru-guru Kemahiran Hidup di daerah Melaka Tengah. Batasan kajian di
tertumpu kepada pembolehubah- pembolehubah yang menyumbang ke arah kepuasan
kerja di kalangan guru KH di mana skop kajian ini menyentuh lima aspek kepuasan
kerja iaitu dari segi beban tugas, persekitaran, interaksi guru dengan rakan sekerja dan
pentadbir, peluang kenaikan pangkat dan kepuasan mengajar. Dalam kajian ini,
seramai 40 orang dipilih secara rawak mudah dari 6 buah sekolah Men di daerah
Melaka Tengah. Pengkaji menggunakan soalan selidik sebagai alat instrumen untuk
mengukur. Kejituan kajian bergantung kepada kejujuran responden menjawab soal-
selidik. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, menggambarkan guru-guru belum
mencapai tahap kepuasan kerja. Adalah diharapkan dari sudut profesion hasil kajian
ini dapat memberi panduan kepada guru dalam memotivasikan diri dalam tujuan
mencapai kepuasan kerja serta memperbaiki kekurangan yang ada. Dalam sesebuah
orgnaisasi pendidikan, kepuasan kerja memberi kesan kepada organisasi itu sendiri
kerana ia merupakan salah satu faktor kejayaan organisasi tersebut.
vii
ABSTRACT
The study was conducted for the job satisfaction of teachers in the
Malaca Tengah District. The focus of the study was towards the factors which
contributed to the job satisfaction among the kh teachers, whereby the scope only
focus on 5 aspects. The aspects are Burden Of Duties, Envoirment, Chances Of
Promotion and Salary and also the Satisfaction Of Teaching. In the study, a total of
40 participants were chosen on random from six secondary schools in the Malacca
Tengah District. Questionaire were used by the researches as the main instrument to
conduct the study. The success of the study depended on the honesty and sincerelity
of the participants in answering the questionaire. In conclusion, we can see that there
is still lack in the aspects of jobs satisfaction. It is also hoped that this study will be a
guideline for the teaching profession in motivating themselves in order to achieve job
satisfaction, overcome weakness and other shortcomings or problems.
In an education organisation, job satisfaction has an impact for the organisation itself,
because it is one of the factors for the success of each organisation.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
HALAMAN SENARAI JADUAL xii
HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 3
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Skop Kajian 9
1.7 Definisi Istilah Kajian 9
1.7.1 Guru 9
1.7.2 Kemahiran Hidup 10
1.7.3 Kepuasan Kerja 10
ix
1.7.4 Beban Tugas 11
1.7.5 Persekitaran 11
1.8 Penutup 12
BAB 2 PENDAHULUAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Teori Kepuasan Kerja 15
2.3 Beban Tugas 16
2.4 Peluang Kenaikan Pangkat 17
2.5 Interaksi Guru Dengan Rakan sekerja 18
dan Pentadbir
2.6 Persekitaran 20
2.7 Hubungan Kepuasan Dengan Prestasi Kerja 22
2.8 Motivasi dan Kepuasan Guru 23
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Tempat Kajian 25
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 28
3.6 Kajian Rintis 31
3.7 Prosedur Kajian 32
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 33
Analisis Data 34
x
Penutup 34
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 35
4.1.1.Bahagian A - Latar Belakang Responden 36
4.1.2 Bahagian B - Set item-item soal selidik 36
4.2 Latar Belakang Responden 37
4.2.1 Jantina 37
4.2.2 Bangsa 37
4.3.3 Pengkhususan 38
4.2.4 Umur 39
4.2.5 Pengalaman Mengajar 40
4.2.6 Bilangan Waktu Mengajar 40
4.3 Keputusan Kajian Bahagian B 41
4.4 Dapatan Persoalan 1 Kajian 44
4.5 Dapatan Persoalan 2 Kajian 47
4.6 Dapatan persoalan 3 Kajian 50
4.7 Dapatan Persoalan 4 Kajian 53
4.8 Dapatan Persoalan 5 Kajian 56
4.9. Penutup 57
xi
BAB 5 RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 58
5.2. Rumusan 61
5.2.1 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian A 62
5.3.0 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian B 63
5.3.1 Perbincangan Soalan Kajian 1 64
5.3.2 Perbincangan Soalan Kajian 2 65
5.3.3 Perbincangan Soalan Kajian 3 66
5.3.4 Perbincangan Soalan Kajian 4 67
5.3.5 Perbincangan Soalan Kajian 5 68
5.4 Cadangan Kajian 69
1.5.1 Cadangan Kepada Kementerian 70
Pendidikan
5.4.2 Cadangan Kepada Sekolah 71
5.4.3 Cadangan Kepada Guru 71
5.5 Kajian Pada Masa Hadapan 71
5.6 Kesimpulan dan Penutup 72
RUJUKAN 73
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Senarai Nama dan Bilangan Guru Di Enam Buah Sekolah 26
Hendak Dikaji
3.2 Saiz Sample Berdasarkan Populasi 27
3.5.1 Kandungan Soal Selidik 28
3.5.2 Persoalan Kajian dan Nombor Item 29
3.5.3 Skor Skala Likert 29
3.6.1 Nilai Alpha Cronbach 31
3.7.0 Skor dan Tahap Pertimbangan 34
4.3.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina 37
4.3.2 Taburan Bilangan Responden Mengikut Bangsa 37
4.3.3 Taburan Bilangan Responden Mengikut Pengkhususan 38
xiii
4.3.4 Taburan Umur Responden 39
4.3.5 Taburan Pengalaman Mengajar 40
4.5.1 Taburan Item-item Persoalan Kajian 1 43
4.6.1 Taburan Item-item Persoalan kajan 2 46
4.7.1 Taburan Item-item Persoalan Kajian 3 49
4.8.1 Taburan Item-item Persoalan Kajian 4 52
4.9.1 Taburan Item-item Persoalan Kajian 5 55
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan Purata Peratus Persoalan 44
Kajian 1
4.2 Taburan Purata Peratus Persoalan 47
Kajian 2
4.3 Taburan Purata Peratus Persoalan 50
Kajian 3
4.4 Taburan Purata Peratus Persoalan 53
Kajian 4
4.5 Taburan Purata Peratus Persoalan 56
Kajian 5
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Akuan Pelajar 76
B Contoh Borang Soal Selidik 83
C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 84
Sekolah-Sekolah Dari Jabatan Pendidikan
Melaka
Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 85
Di Sekolah-Sekolah Dari Kementerian Pendidikan
Surat Kebenaran Menjalankan kajian Di 86
Sekolah-Sekolah Pendidikan Di bawah Kementerian
Surat Menjalankan Kajian Rintis Di Sekolah 87
Menengah Kangkar Pulai
D Nilai Alpha Kajian Rintis. 88
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Harapan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020
telah memberikan suatu cabaran hebat dalam sistem pendidikan negara.
Pembangunan sumber manusia melalui dasar sistem serta kemudahan pendidikan
yang baik merupakan jaminan yang kukuh bagi memenuhi matlamat wawasan negara
Selaras dengan itu penyemakan semula kurikulum adalah satu usaha
penambahbaikan yang bertujuan untuk memantapkan keperluan dan kehendak Akta
Pendidikan demi mempertingkatkan keupayaan dan kreadibiliti pelajar menghadapi
cabaran pendidikan abad ke 21.
Sesuatu kurikulum yang bersifat statik dan bertahan bertahun-tahun lamanya
sudah tidak lagi sesuai pada zaman ledakan pengetahuan dan kepesatan pembangunan
teknologi yang sedang di hadapi kini. Ia haruslah bersifat lebih dinamik, yang dilihat
pada keupayaannya menyesuaikan serta memenuhi kehendak dan tuntutan
semasa. Justeru itu penyemakan semula Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu ini
dibuat dengan mengambil kira keperluan, di samping mempertimbangkan keperluan
pembangunan negara, dan kehendak lain-lain stakeholders sistem pendidikan negara.
( Pusat Perkembangan Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia 2003 )
Jelas sekali, guru Kemahiran Hidup mempunyai peranan yang penting dalam
menentukan sejauh mana perancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
boleh berjaya mencapai segala objektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
2
Guru perlu komited kepada pelaksanaan kurikulum ini.
Tidak hairanlah saya katakan perkembangan kerjaya pendidikan memerlukan
peningkatan dan perkembangan pendidikan yang sistematik dan pantas.
Ini dibuktikan dalam Laporan Tahunan Pendidikan 1995, yang menyatakan bahawa
kancah perubahan yang pantas dan meluas serta cabaran yang hebat dalam pelbagai
bidang. Perguruan adalah suatu profesion yang matlamat utamanya adalah untuk
membentuk insan manusia yang sempurna. Peranan yang dimainkan oleh guru amat
penting dalam usaha mencorak generasi yang akan datang. Dalam usaha untuk
merealisasikan pendidikan ke arah teknologi, kepuasan kerja adalah perlu di kalangan
guru-guru Kemahiran Hidup kerana golongan inilah yang menjadi teras dalam
mencapai pendidikan negara. Sikap positif terhadap pekerjaan selalunya membawa
kepada prestasi kerja dan kepuasan kerja yang cemerlang, manakala sikap negatif
terhadap kerja boleh menyebabkan ketidakpuasan kerja.
Prestasi kerja yang cemerlang hasil daripada nilai kerja yang positif dan amanah akan
dapat meningkatkan produktiviti organisasi.
Banyak kehendak yang di perlukan oleh seseorang individu termasuklah yang
melibatkan kebajikan mereka seperti rawatan percuma, cuti tanpa rekod, elaun ,
bonus, gaji serta ganjaran, kenaikan pangkat dan inisiatif lain serta sentiasa
mewujudkan hubungan kemanusiaan antara pihak organisasi dan pengurusan.
Untuk mengukur kepuasan kerja di kalangan guru mungkin berbeza dengan pekerja di
sektor awam dan swasta yang lain. Ada yang berpendapat kerja seorang guru sangat
senang, kerja setengah hari, cuti banyak dan lain-lain lagi. Sebenarnya tugas guru
meliputi semua aspek kehidupan seharian seorang pelajar. Selain mengajar, guru
juga menyemaikan nilai-nilai murni agar pelajar yang dihasilkan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya. Guru juga terlibat dengan aktiviti ko -
kurikulum, aktiviti persatuan, kursus dalaman dan luaran. Semua ini memerlukan
komitmen yang tinggi di kalangan guru. Para guru memerlukan jaminan kebajikan
daripada majikan mereka supaya mereka boleh bekerja secara aman dan tenang.
Arus perkembangan teknologi yang semakin pesat telah memberi suatu
pembaharuan yang mendadak dalam organisasi pendidikan. Pihak kerajaan telah
3
mengambil berbagai langkah untuk menyedarkan anak bangsa dengan ilmu,
kemahiran teknologi
sebagai persiapan untuk menghadapi arus teknologi yang pesat berkembang, namun
begitu, masih ada lagi guru-guru yang merintih dan mengeluh akan perkembangan ini,
adakah guru sudah bosan atau jemu dengan profesionnya?
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangan ekonomi negara yang mendadak bukan sahaja menyebabkan
struktur dan sistem masyarakat berubah, malah sistem pendidikan turut berubah. Mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu telah mula diperkenalkan di Sekolah
Menengah mulai tahun 1989. Ini bertujuan untuk memberi persediaan awal kepada
pelajar apabila memasuki alam pekerjaan. Dalam kurikulum baru 2003, guru-guru
terpaksa memperlengkapkan diri dengan ilmu mengikut sukatan pelajaran terkini, di
mana kandungan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Teras dan Pilihan.
Bahagian Teras meliputi bidang pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, manakala
Bahagian Pilihan merangkumi empat bidang pembelajaran iaitu Kemahiran Teknikal,
Ekonomi Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan. (Pusat
perkembangan kurikulum: Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan
(1-3).
Guru terpaksa menghadapi cabaran ini serentak dan juga menyediakan diri
kerana subjek ini mempunyai skop yang luas dan ini merupakan satu cabaran bagi
guru Kemahiran Hidup yang sedang mengajar agar dapat menyampaikan pengajaran
dengan lebih berkesan.
Sejauh manakah mata pelajaran Kemahiran Hidup mencapai matlamatnya dapat
dilihat dari segi keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran di sekolah. Mata pelajaran
kemahiran Hidup kini telah memasuki musim keempat sejak pelancarannya pada
tahun 1989. Menurut Mahadevan (1990), di kalangan guru pula kebanyakan mereka
merasakan garis panduan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah kabur,
4
walaupun mereka telah mengikuti kursus dalam perkhidmatan, namun kajian
menunjukkan keberkesanan belum lagi mencapai tahap yang boleh dibanggakan.
Hari ini, berbagai masalah yang berkaitan dengan kebajikan, motivasi
kepuasan bekerja di kalangan guru sering diperkatakan. Pendedahan telah dibuat
dalam media massa bercetak dari semasa ke semasa. Guru diharapkan dapat menjadi
pendidik, kaunselor, mentor, pemimpin, rajin, petah bercakap berbudi bahasa, kaya
ilmu, bijak mengurus dan yang terkini bestari, sedangkan kebajikan yang sepatutnya
dinikmati oleh para guru tidak diperolehi seperti skim perkhidmatan , gaji, suasana
persekolahan, peluang kenaikan pangkat . (Berita Harian, 26 Mei 1997)
“Guru Tertekan Akibat Beban Tugas”, hakikatnya sekarang, kebanyakan guru
kita sibuk dengan pelbagai tugas sehinggakan kebanyakan mereka kelihatan terkejar-
kejar di antara satu tugasan dengan tugasan yang lain. Pengagihan tugas yang tidak
seimbang di antara guru dalam setahun, sikap pentadbir yang suka pilih kasih,
tugasan sampingan sering dibebankan ke bahu guru oleh beberapa pihak atasan.
Kebiasaannya sebilangan kecil guru hanya mampu bertahan lama kerana pada
hakikatnya ganjaran kenaikan pangkat secara pratikalnya lebih terbatas dalam rangka
relatif. Ramai di antara mereka yang meletak jawatan atau kehilangan semangat
apabila gejala ketidakadilan berleluasa. (Dewan Masyarakat; Februari 1993)
Kemuncak dari rasa tidak kepuasan ini, dilihat apabila pihak Kesatuan
Perguruan Kebangsaan (KPPK) melalui Setiauasaha Agung N. Subramaniam telah
menyarankan untuk mengambil tindakan apabila memulakan pemulauan kegiatan
ko- kurikulum dan aktiviti di luar waktu sekolah. Perkara ini timbul apabila ada
penolakan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tuntutan elaun kerja
lebih masa kepada guru-guru di bumi Malaysia. Perkhidmatan lain boleh membuat
tuntutan tetapi bidang pendidikan tidak menjanjikan apa-apa. ( Utusan Malaysia, 22
Julai 1997 )
Di Malaysia, terdapat beberapa kajian berkaitan dengan tekanan guru yang
telah dijalankan oleh Norkiah (1980), Nor Azzuddin (1990), Siti Rohani (1991), Md
Hassidin (1995), Chong (1994), Junaidah (1995) dan lain-lain.
5
Kajian ini semakin mendapat perhatian dalam tahun 1990 an. Kajian Md Hasidin
(1995) pula secara khusus mendapati semua kakitangan sumber kemahiran Hidup
Sekolah Menengah Johor mengalami tekanan berbanding dengan mereka yang tidak
memegang jawatan. Tekanan kerja guru seringkali dikaitkan dengan kepuasan kerja
guru. Menurut kajian Siti Rohani (1991), yang telah mengkaji pengaruh faktor
sekolah ke atas tekanan guru dengan menggunakan soal-selidik yang diubahsuai
daripada Kynacou dan Sutcliffer (1979). Subjek kajian beliau terdiri daripada 200
orang guru yang dipilih secara rawak dari 10 buah sekolah menengah di Seremban.
Empat faktor menunjukkan guru mengalami tekanan iaitu beban tugas, tekanan masa,
keadaan persekitaran serta kerjasama sekolah. Menurut Tan (1996) menyenaraikan
sepuluh punca tekanan guru dikenalpasti dalam kajian di SRJK( c) daerah Gombak,
antaranya saiz kelas yang besar, gaji yang rendah, sikap buruk pelajar, kerap menjadi
guru ganti, terlalu banyak kerja pekeranian serta kurang kerjasama dari ibu bapa. Ini
bererti guru-guru Kemahiran Hidup dibebani pelbagai masalah dalaman dan luaran.
Faktor Kewangan juga antara pekara penting yang menjadi faktor pengukur
kualiti para guru. Tugas guru sememangnya banyak. Tidak sekadar mengajar, mereka
juga terpaksa melakukan kerja lebih masa di luar bidang rasmi mereka (Utusan
Malaysia 15 Mei 2001). Setiap pihak harus berusaha memainkan peranan yang
terbaik untuk membantu golongan ini dalam menangani dan menjalankan
tanggungjawab dengan baik dalam profesion yang mereka ceburi agar dapat ia
menjadi faktor penggalak motivasi kepada kepuasan kerja guru.
Semakin banyak diperkatakan, semakin kusut masalah yang dialami oleh para
guru yang melibatkan kepuasan bekerja. Adakah benar guru menyambung pelajaran
semula di sebabkan sudah hilang kepuasan diri. Persoalan ini sukar dipastikan, oleh
yang demikian kaijan ini di rasakan perlu untuk mengkaji sejauh manakah kepuasan
kerja guru Kemahiran Hidup.
6
1.3 Penyataan Masalah
Kepuasan kerja dilihat sekiranya ia dapat menyesuaikan diri dari organisasi
tempat ia bekerja. Di samping itu, kesetiaan dan komitmen yang ditunjukkan serta
wujud suasana kerja yang ceria menggambarkan bahawa tahap kepuasan kerja telah
dicapai. Justeru, kerjaya dalam bidang Pendidikan memerlukan minat, kesungguhan,
dedakasi serta motivasi yang tinggi. Perkembangan dan kemajuan dalam kerjaya
guru adalah idaman semua pendidik. Dalam menghadapi situasi ini guru tidak lari
dari masalah-masalah dan isu-isu hangat yang berkaitan dengan kebajikan, beban
tugas, minat, kurang pengalaman dalam bidang, rungutan elaun, ketiadaan pembantu
makmal, kerja-kerja di bengkel.
Reformasi yang berlaku dalam sistem pendidikan kini menjadikan
pentadbiran sekolah semakin kompleks. Walaupun pada dasarnya tugas guru hanya
mengajar, tetapi lebih kepada bebanan tugas lain. Adakah faktor-faktor ini telah
menunjukkan bahawa kepuasan kerjaya di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup
semakin berkurangan?
Guru-guru Kemahiran Hidup diharapkan dapat melalui suatu anjakan paradigma
ke arah mencapai matlamat dalam pekerjaan. Suatu pendekatan akan dibuat melalui
tinjauan yang akan dibuat ke atas enam buah sekolah Menengah Daerah Melaka
Tengah. Tinjauan ini akan dilakukan ke atas guru-guru yang mengajar Kemahiran
Hidup Tingkatan 1-3 .
Aspek-aspek yang akan dikaji akan difokuskan kepada faktor peluang kenaikan
pangkat dan gaji, interaksi guru dengan rakan sekerja dan pentadbir, beban tugas,
persekitaran dan kepuasan mengajar.
7
1.4 Persoalan kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan mengenai
kepuasan bekerja di kalangan guru Kemahiran Hidup
1.4.1 Adakah guru dibebani dengan tugas- tugas perkeranian di sekolah selain
waktu mengajar?
1.4.2 Adakah suasana persekitaran bengkel yang selesa dan ceria memberi
kepuasan kerja dalam pengajaran guru?
1.4.3 Adakah gaji yang diterima setimpal dengan kerja anda sebagai seorang guru
yang berpengalaman?
1.4.4 Adakah interaksi anda dengan pengetua dan rakan sekerja
mesra?
1.4.5 Adakah anda berpuas hati mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup ?