ker angka

Upload: alya-athirah

Post on 11-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bmm3105

TRANSCRIPT

1.0 KERANGKA PELAJARAN HARIAN

Bahan Bantu Mengajar :Video Amalan Menabung 2.Lembaran Kerja : 2.1Pentaksiran melengkapkan lembaran kerja bagi menghasilkan pengumuman 2.2 Pengayaan mencipta pengumuman lain Langkah 3 :1.0Pentaksiran - melengkapkan lembaran kerja bagi menghasilkan pengumuman 2.0Pemulihan tiada unsur KBAT 3.0Pengayaan mencipta pengumuman lain Set Induksi :1.0Video Amalan Menabung Murid berfikir apa yang perlu dikakukan sekiranya mempunyai wang yang lebih Murid berfikir apa kepentingan berjimat cermat Langkah 1 :Tiada unsur KBATLangkah 2 :Tiada unsur KBATPenutup :Membuat kesimpulan tentang kebaikan berjimat cermat Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia KSSRTahun : 3Tema : Ekonomi KitaTajuk : Berjimat Cermat Amalan MuliaKemahiran : Menulis

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkara-perkara yang tersembunyi, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kian mencabar. Ringkasnya, pemikiran boleh diertikan sebagai proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang berkaitan dengan melibatkan penggunaan pandangan, gambaran, simbol, perkataan, akal dan rangsangan atau dorongan yang tersembunyi.

Proses berfikir terdiri daripada interaksi atau hubungan yang berlaku di antara tiga elemen iaitu:a)pengetahuanb)kemahiran kognitifc)sikap dan nilai

Konsep Kemahiran Berfikir

Terdapat beberapa konsep yang sering digunakan dalam membincangkan kemahiran berfikir. Antaranya adalah pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi.Menurut Beyer (1985), pemikiran kritis ialahprocess of determining the authenticity, accuracy and worth of information or knowledge claim. Beliau menambah bahawa pemikiran kritis mempunyai dua dimensi utama iaitu kerangka minda dan beberapa operasi mental yang spesifik.Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir dapat dikaitkan dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, tetapi juga melihat perkara itu berdasarkan pelbagai perspektif bagi tujuan menyelesaikan masalah .Bagi Mayer (1977) pula, pemikiran adalah pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif bagi tujuan menyelesaikan masalah.Leming (1989), mendefinisikan pemikiran sebagai proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Gagasan ini juga mempunyai persamaan dengan pandangan Marzano (1970) yang melihat pemikiran sebagai proses menyelesaikan masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks.Alvino (1990) pula mengemukakan beberapa definisi yang dianggap mempunyai kaitan dengan konsep kemahiran berfikir ini. Antaranya:a)Taksonomi Blooms: Model pengajaran yang popular dengan mengkategorikan kemahiran berfikir daripada pengetahuan konkrit kepada abstrak, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Tiga kategori yang akhir dianggap kemahiran aras tinggi.b)Pemikiran kreatif: Cara melihat ataupun melakukan sesuatu yang dicirikan oleh empat komponen iaitu kelancaran dalam menjana idea, fleksibiliti (mengubah perspektif dengan mudah), ketulenan (menggambarkan sesuatu yang baru dan asli) dan elaborasi ( membina idea yang lain).c)Pemikiran kritis: Proses dalam menghuraikan ketulenan, ketepatan atau pun nilai bagi sesuatu perkara; ciri-ciri bagi kebolehan mencari sebab dan alternatif, melihat situasi secara keseluruhan, dan mengubah pandangan berdasarkan bukti. Kadangkala dipanggil juga sebagai pemikiran logikal dan pemikiran analitikal.d)Kemahiran berfikir: satu set kemahiran yang asas dan lanjutan serta subkemahiran yang menguasai proses mental seseorang. Kemahiran ini mengandungi pengetahuan, kecenderungan dan operasi kognitif dan metakognitif.

Teknik-teknik dalam kemahiran Berfikir

Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara analitis, krisis dan rasional boleh didapati daripada Cort Thinking Programme yang disediakan oleh Dr. Edward de Bono. Mengikut beliau, kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti berikut;a)Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam sesuatu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea atau isu semasa dari segi kebaikannya dan kelemahannya.b)Menggunakan teknik menyelesaikan masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu aternatif, kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan.c)Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan.d)Membimbing pelajar meneliti segala akibat (berikut sesuatu tindakan) yang mungkin berlaku dalam masa jangka pendek serta masa jangka panjang.e)Membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan orang lain.f)Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.

Ciri-Ciri Utama Kemahiran Berfikir

a)Kemahiran berfikir secara kritisKemahiran berfikir secara kritis ialah kemahiran menilai sesuatu masalah secara logik dan munasabah. Melalui kemahiran ini, guru perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang berikut:i.menganalisis sesuatu masalah secara terperinciii.menyenaraikan ciri-ciri utnuk mendapat gamabaran yang lebih menyeleluruh mengenai sesuatu konsepiii.kemahiran untuk membuat aktiviti-aktiviti banding bezaiv.menyusun isi dalam bentuk menaik atau menurunv.membuat keputusan rasionalvi.membuat penilaian secara menyeluruh.

b)Kemahiran berfikir secara kreatifGuru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut:i.menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalahii.membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana guru perlu memutuskan satu tindakan wajariii.membuat hubung kait antara konsep-konsep yang berbezaiv.meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana guru dapat membayangkan apa yang akan berlaku dalam sesuatu situasi yang bermasalah.v.membuat hipotesis iaitu membuat pernyataa masalah yang boleh diuji kesahannya.vi.mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh.vii.mengitlak iaitu membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat pernyataan-pernyataan umumviii.menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan antara konsep-konsep yang berlainanix.membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu yang abstrak di dalam pemikirannya.x.merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang boleh digunakan dalam proses pengakaran dan pembelajaran.

c)Kemahiran berfikir secara menaakulKemahiran berfikir secara menaakul ialah satu kemahiran di mana guru perlu membuat pemikiran tahap tinggi dengan membuat interpretasi, analisis, sintesis dan penilaian untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini akan membantu guru membuat keputusan yang logik dan rasional terhadap semua permasalahan yang dihadapi olehnya.

d)Strategi berfikirStrategi berfikir ialah proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi langkah-langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif untuk mengkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Sumber rujukan:

Dr. Ragbir kaur A/P Joginder Singh. (2006).Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2006).Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme Keguruan). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2005).Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd.

http://lailaberfikir11m.blogspot.com/2012/09/kemahiran-berfikir-dalam-pengajaran-dan.htmlMengikut kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strateg juga bermaksud kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.Dengan perkataan yang lain strategiini merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Oleh itu, konsep strategi dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penentuan kaedah dan teknik mengajar sahaja. Oleh hal yang demikian, di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajran merangkumi pertimbangan-pertimbangan berikut :i)penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.ii)Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan.iii)Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.iv)Pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum.v)Penggunaan bahan pelajaran engikut keperluannya untuk setiap kaedah dan teknik mengajar.vi)Pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperlihatkan daripada beberapa contoh berikut :i)strategi penggabungjalinan kemahirn-kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis.ii)Strategi penyerapn nilai-nilai murni dalam pengajarn sesuatu mata pelajaran.iii)Strategi integrasi fkt-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran.iv)Strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhn kelas dengn kaedah kumpulan.v)Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dlam kelas bercantum.Secara ringkasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan strategi pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.1.1Strategi utama dalam pengajaran kemahiran berfikirStrategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu strategi pemusatan guru, pemustan murid, berasaskan sumber/bahan, berasaskan tugasan/aktiviti (Mok Soon Sang, 2010). Tetapi strategi untuk pengajaran kemahiran berfikir hanya melibatkan strategi pemusatan murid, berasaskan sumber/bahan dan strategi tugasan/aktiviti.1.1.1Strategi Pemusatan MuridProgram KBSR menekankan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu, dalam strategi ini murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid ini digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Pengajaran dalm bilik darjah pemusatan murid menggalakkan lebih banyak penglibatan murid apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal. Antara teknik yang digunakan dalam strategi ini dalah kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran.1.1.2Strategi berasaskan sumber/bahanBahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, video cakera padat, televisyen, projektor dan komputer. Bahan pembelajaran pula adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercerita, radas, alat-alat ujikaji dan komputer.Penggunaan multimedia,CD ROM,Internet, E-mai, halaman web dan pelbagai sofware yang merangsangkan oleh guru dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran bolehperkembangan minda dan daya intelektual pelajarDalam menjalankan aktiviti pengajaran menggunakanbahan atau sumber, aktiviti pembelajaran boleh dilakukan oleh pelajar sendiri tanpa melibatkan penglibatan guru. Ini membantu mereka untuk cuba menyelesaikan sesuatu masalah dan mencapai sesuatu keputusan. Ini menggalakan pemikiran kritis dan kritikal.1.1.3Strategi berasaskan tugasan/aktivitiAktiviti melibatkan tugasan yang disediakan oleh guru dan dilaksanakan oleh murid-murid untuk mencapai objektif pelajaran. Melaui aktivitimurid, potensi intelek, rohani, sosial dan jasmani mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh danseimbang. Di samping itu, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan melaui aktiviti berasaskan tugasan. Terdapat beberapa jenis aktiviti dan tugasan yang boleh dijlankan antaranya ialah aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membina model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya.Posted byEszri sies, Nor akmar Manap, Rahaida Ab Rahimat17:30No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestThursday, 15 December 2011Strategi dan Teknik Mengajar BerfikirPengenalan

Penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah selari dengan matlamat. Falsafah Pendidikan Negara untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di dalam pengajaran bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya berfikir secara kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baru. Kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang boleh mendorong kearah meningkatkan kemahiran berfikir. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Kepakaran guru amat diperlukan dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi dan teknik yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

2.0 STRATEGI DAN TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIR

Rajendran ( 2010) menghuraikan pelbagai strategi dan teknik mengajar kemahiran berfikir yang boleh diamalkan oleh guru-guru di bilik darjah. Strategi dan teknik tersebut diringkaskan dalam Rajah 1 berikut;

2.1 TEKNIK PENYOALANKaedah yang paling kerap dan popular digunakan oleh guru-guru untuk merangsang pelajar berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah teknik penyoalan. Guru-guru boleh membentuk dan mengemukakan soalan-soalan mengikut aras seperti yang dikelaskan dalam Taksonomi Bloom.

Posted byEszri sies, Nor akmar Manap, Rahaida Ab Rahimat23:58No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestASAS KEMAHIRAN BERFIKIRUNIT 1 DEFINISI DAN KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR1.0 KONSEP DAN DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)

Unit ini bertujuan untuk memapar dan membincangkan topik-topik berkaitan dengan definisi dan konsep Kemahiran Berfikir. Anda akan didedahkan dengan konsep-konsep berkaitan seperti penggunaan Taksonomi Soalan (Taksonomi COGAFF, dari Bloom (1956) dan Krathwohl (1964)); elemen-elemen seperti kognitif, afektif, metakognitif, dan reflektif dan kaitannya dengan pembelajaran; konsep berhubung dengan Kecerdasan mental (IQ) dan Kecerdasan Emosi (EQ) dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya konsep berhubung dengan kebolehan melahirkan idea dan berkomunikasi dalam konteks penggunaan dakwaan dan hujah juga akan disentuh dalam unit ini. Kandungan Unit 1 secara khusus adalah seperti berikut:

1. Konsep dan definisi Kemahiran Berfikir (KB)1.1 Konsep1.2 KB Dari Perpepektif Sejarah1.3 Definisi1.4 Domain Kognitif1.5 Domain Afektif1.6 Metakognitif1.7 Reflektif

2. Kemahiran Berfikir dan kaitannya dengan pengajaran dan pembelajaran;2.1 Penggunaan soalan COGAFF Taxonomy2.2 Penggunaan peta-minda2.3 Penggunaan graphic-organizer2.4 Penggunaan de Bono CoRT 1

3. EQ (Kecerdasan Emosi) dan kaitannya dengan pembelajaran4. Kemahiran berfikir dari perspektif komunikasi: penyataan idea dan pendapat.4.1 Penyataan dakwaan4.2 Penyataan hujah4.3 Dakwaan objektif4.4 Dakwaan subjektif4.5 Hujah yang baik4.6 Hujah tidak baik4.7 Hujah yang valid4.8 Hujah yang tidak validhttp://kemahiranberfikir2282.blogspot.com/