kerajaan pelbagai segmen...

1
Istikhomah dalam pembelajaran saham DALAM apa bidang sekalipun, jika kita ingin berjaya, kita per- lu istikhomah, tidak berputus asa jika gagal dan menyegera- kan untuk menyelesaikan masalah yang menimpa diri. Percayakah anda jika saya katakan bahawa untuk menja- di mahir meramal pergerakan turun naik saham serta mem- baca sentimen pasaran me- merlukan masa hampir setiap hari melihat pergerakan harga saham? “Sekiranya seseorang yang ingin mahir dalam berurus nia- ga saham secara aktif, mem- buat pemilihan kaunter yang betul dan sentiasa meraih ke- untungan, perlu memperun- tukkan masa hampir setiap hari. Bagaimana pula sekira- nya seseorang itu mempunyai pekerjaan atau aktiviti lain yang menyukarkan mereka untuk melihat pergerakan sa- ham sepanjang hari?”. Maksud saya di sini sentia- sa melihat pergerakan saham atau mengambiltahu perkem- bangan dunia saham bukan bererti perlu berada di depan skrin sepanjang hari. Bukan bermaksud setiap hari membuat kajian saham secara terperinci dari segi ana- lisis teknikal dan fundamental tetapi dengan melihat pergera- kan saham secara istikhomah atau konsisten. Sekiranya kita mempu- nyai masa yang banyak untuk mengikuti perkembangan pa- saran saham, itu lebih baik kerana ini mempercepatkan proses pembelajaran. Tetapi seperti yang kita sedia mak- lum, setiap orang mempunyai aktiviti dan tugas seharian. Tidak ramai orang yang mempunyai banyak masa ter- luang melainkan jika bidang tugas mereka sememangnya berada di depan skrin melihat pergerakan saham sepanjang hari sepertimana tugas dealer dan remisier di syarikat broker saham. Justeru, saya sebagai re- misier di syarikat broker sa- ham yang sepanjang hari meli- hat pergerakan saham akan memberikan garis panduan bagaimana memperuntukkan masa beberapa minit setiap hari untuk menjadi pedagang saham aktif atau untuk mer- aih keuntungan dalam masa singkat atau sederhana secara konsisten. Juga, kita hanya perlu fokus pada beberapa perkara pen- ting sahaja dan tidak perlu membuat kajian terperinci lagi menyeluruh yang mengambil masa yang lama. Dengan adanya penasihat dan pembimbing, ia akan mempercepatkan proses sese- orang itu menjadi mahir dan juga mengurangkan kesilapan sekiranya seseorang itu bela- jar melalui pengalaman tanpa dibantu atau dibimbing. Bilakah masa yang sesuai atau terbaik untuk membeli saham? Sebagai yang sedia maklum, Bursa Malaysia mempunyai dua sesi iaitu pagi dan petang. Sesi pertama dibuka pada pukul 9 pagi sejajar dengan bursa saham negara-negara Asia seperti Jepun, Singapura, China dan Jakarta yang mula dibuka antara 9 dan 10 pagi. Sekiranya pasaran saham Amerika Syarikat pada ma- lamnya ditutup tinggi, secara automatik walaupun pasaran saham kita tidak 100 peratus bergantung pada mana-mana bursa asing, indeks pasaran sa- ham kita juga akan dibuka naik di awal dagangan. Walau bagaimanapun, pem- baca dinasihatkan untuk meng- kaji carta pergerakan indeks FBM KLCI serta lain-lain faktor untuk meramal sentimen pasa- ran semasa. Pesanan beli dan jual saham boleh dilakukan dengan mem- buat pesanan beli sewaktu pasaran belum dibuka. Dalam erti kata lain, selepas pasaran ditutup, anda boleh memasuk- kan pesanan membeli dalam masa 24 jam cuma pesanan beli itu akan dipadankan semasa pasaran saham didagangkan. Tetapi untuk mendapatkan harga yang sesuai, pesanan beli lebih baik dilakukan sema- sa pasaran saham diniagakan. Kita boleh meletak harga yang sesuai kerana kadangkala pesanan yang dibuat semalam kemungkinan akan terus di- padankan sekiranya pasaran dibuka jatuh. Maka, untuk membuat pesanan beli lebih baik dibuat sewaktu pasaran diniagakan berbanding dengan pesanan jual. Pesanan jual lebih baik di- lakukan selepas waktu urus niaga pasaran saham telah ditutup sekiranya pada hari tersebut pesanan jual belum lagi dipadankan. Sebagai contoh, kita mem- beli saham syarikat ABC pada harga RM1.10 dan harga telah pun naik menjadi RM1.20. Kita menjangkakan bahawa harga saham akan naik lagi keesokan hari. Justeru, kita tidak mele- takkan pesanan menjual de- ngan segera. Walau bagaimanapun, pada malamnya, indeks pasaran saham Amerika Syarikat DJIA telah jatuh dengan banyak disebabkan adanya berita ber- bentuk negatif di pasaran du- nia. Maka, kita menjangkakan bahawa kemungkinan indeks pasaran saham akan terkesan maka kita pun meletakkan pesanan jual pada harga RM1.18 iaitu lebih rendah sedikit dari harga tutup semalam sebelum pasaran dibuka. Tindakan kita meletakkan harga yang rendah sedikit dari harga penutup semalam di- sebabkan kita menjangkakan harga pembukaan pasaran di awal pagi akan dibuka rendah atau indeks pasaran saham jatuh sejajar kejatuhan harga- harga saham di papan Bursa Malaysia. Kita sambung topik ini di minggu hadapan. Jangan lupa untuk mengikuti sambungan- nya. CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria

Upload: lythuy

Post on 07-Aug-2019

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerajaan pelbagai segmen pelaburanwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/09/21062017...UTUSAN MALAYSIA • RABU 21 JUN 2017 UTUSANBIZ 17 Kerajaan pelbagai

17UTUSANBIZUTUSAN MALAYSIA • RABU 21 JUN 2017

Kerajaan pelbagai segmen pelaburan

Eraman Malaysia tawar hadiah RM1 juta

Istikhomah dalam pembelajaran saham

Oleh NUR HANANI [email protected]

� KUALA LUMPUR 20 JUN

KERAJAAN akan mempel-bagaikan perdagangan dan pelaburan meliputi sektor

perkhidmatan serta industri seni kreatif untuk tidak hanya tertum-pu kepada segmen elektrik dan elektronik (E&E) .

Menteri Perdagangan Antara-bangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sek-tor E&E diakui memberi sum-bangan signifikan kepada negara, namun sektor-sektor lain perlu diberi tumpuan.

Katanya, sektor perkhidmatan dan industri seni kreatif memiliki potensi tinggi untuk diperluaskan lebih-lebih lagi Malaysia mempu-nyai bakat serta tokoh dalam bi-dang tersebut yang mampu dike-tengahkan.

“Dari segi segmen perkhidma-tan, negara dilihat boleh mem-perkasakan lagi perkhidmatan perundangan berbanding banyak mengimport servis perundangan dari luar negara.

“Dalam perkembangan lain, MITI (Kementerian Perdagan-gan Antarabangsa dan Industri) mengunjurkan pertumbuhan da-gangan berkembang pada lima peratus pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Laporan MITI 2016 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Per-dagangan Antarabangsa dan In-dustri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan serta dua Timbalan Menteri Per-dagangan Antarabangsa dan In-dustri, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Chua Tee Yong.

Menurut laporan itu, Malaysia mengekalkan jumlah nilai da-gangan yang tinggi iaitu RM1.485 trilion pada 2016, eksport menin-gkat sebanyak 1.1 peratus kepada RM785.93 bilion manakala import meningkat sebanyak 1.9 peratus kepada RM698.66 bilion, mem-berikan lebihan dagangan seba-nyak RM87.27 bilion.

Liberalisasi perdagangan se-rantau dan kemudahan telah ba nyak menyumbang kepada pergerakan barangan di antara negara di ASEAN.

Jelas laporan itu lagi, sebagai ra-kan dagang yang pen ting dan strate-gik bagi Malaysia, ASEAN te lah menyumbang sebanyak 27.1 pera-tus daripada jum lah perdagangan Malaysia pada tahun 2016, dengan nilai sebanyak RM402.66 bilion. Menurut Mustapa, MITI se-

dang giat meningkatkan usaha-usaha mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala, melalui la-watan rasmi, pertemuan dengan perwakilan asing, Program Pro-mosi Malaysia (MPP), lawatan kerja serta Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM).

Katanya, pada 2016 Malay-sia telah berjaya mendapatkan pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik berjumlah RM207.9 bilion, men-ingkat sebanyak 7.7 peratus teru-tamanya dalam projek berkualiti tinggi.

“Sektor perkhidmatan meru-pakan penyumbang utama ke-pada jumlah pelaburan dengan sumbangan sebanyak 67.9 pera-tus dari jumlah pelaburan bagi 2016.

“Dalam pada itu, selain dari-pada promosi pelaburan dan dasar, MITI juga akan terus mem-bangunkan industri aeroangkasa dengan kerjasama pemain indus-tri,” tambah beliau.

SEPANG 20 Jun – Malaysia Airports Niaga Sdn. Bhd. (Airports Niaga) atau Eraman Malaysia menawar-kan hadiah bernilai RM1 juta kepa-da orang ramai menerusi Kempen Peraduan Beli-Belah Extravagan-za Eraman 2017 yang bermula Ju-maat lalu sehingga 31 Mei 2018.

Antara hadiah yang ditawar-kan adalah tiga buah kereta jenis BMW 318i yang merupakan had-iah utama, pakej percutian di negara ASEAN, beg tangan ber-jenama, mata ganjaran percuma daripada Petron dan voucer beli-belah di Eraman.

Kempen tersebut terbahagi kepada tiga sesi iaitu musim per-tama bermula 15 Jun sehingga 14 Ogos 2017, musim kedua (1 November sehingga 31 Disember 2017) dan musim terakhir (1 April sehingga 31 Mei 2018).

Majlis pelancaran Kempen Pe-raduan Beli-Belah Extravaganza Eraman 2017 itu disempurnakan oleh Pengerusi Malaysia Airports Niaga Sdn. Bhd, Datuk Seri Mi-chael Yam Kong Choy di Lapa-ngan Terbang Antarabangsa Kua-la Lumpur (KLIA), di sini Jumaat lalu.

DALAM apa bidang sekalipun, jika kita ingin berjaya, kita per-lu istikhomah, tidak berputus asa jika gagal dan menyegera-kan untuk menyelesaikan masalah yang menimpa diri.

Percayakah anda jika saya katakan bahawa untuk menja-di mahir meramal pergerakan turun naik saham serta mem-baca sentimen pasaran me-merlukan masa hampir setiap hari melihat pergerakan harga saham?

“Sekiranya seseorang yang ingin mahir dalam berurus nia-ga saham secara aktif, mem-buat pemilihan kaunter yang betul dan sentiasa meraih ke-untungan, perlu memperun-tukkan masa hampir setiap hari. Bagaimana pula sekira-nya seseorang itu mempunyai pekerjaan atau aktiviti lain yang menyukarkan mereka untuk melihat pergerakan sa-ham sepanjang hari?”.

Maksud saya di sini sentia-sa melihat pergerakan saham atau mengambiltahu perkem-bangan dunia saham bukan bererti perlu berada di depan skrin sepanjang hari.

Bukan bermaksud setiap hari membuat kajian saham secara terperinci dari segi ana-lisis teknikal dan fundamental tetapi dengan melihat pergera-kan saham secara istikhomah atau konsisten.

Sekiranya kita mempu-nyai masa yang banyak untuk mengikuti perkembangan pa-saran saham, itu lebih baik kerana ini mempercepatkan proses pembelajaran. Tetapi seperti yang kita sedia mak-lum, setiap orang mempunyai aktiviti dan tugas seharian.

Tidak ramai orang yang mempunyai banyak masa ter-luang melainkan jika bidang tugas mereka sememangnya berada di depan skrin melihat pergerakan saham sepanjang hari sepertimana tugas dealer dan remisier di syarikat broker saham.

Justeru, saya sebagai re-misier di syarikat broker sa-ham yang sepanjang hari meli-hat pergerakan saham akan

memberikan garis panduan bagaimana memperuntukkan masa beberapa minit setiap hari untuk menjadi pedagang saham aktif atau untuk mer-aih keuntungan dalam masa singkat atau sederhana secara konsisten.

Juga, kita hanya perlu fokus pada beberapa perkara pen-ting sahaja dan tidak perlu membuat kajian terperinci lagi menyeluruh yang mengambil masa yang lama.

Dengan adanya penasihat dan pembimbing, ia akan mempercepatkan proses sese-orang itu menjadi mahir dan juga me ngurangkan kesilapan sekiranya seseorang itu bela-jar melalui pengalaman tanpa dibantu atau dibimbing.

Bilakah masa yang sesuai atau terbaik untuk membeli saham?

Sebagai yang sedia maklum, Bursa Malaysia mempunyai dua sesi iaitu pagi dan petang. Sesi pertama dibuka pada pukul 9 pagi sejajar dengan bursa saham negara-negara Asia se perti Jepun, Singapura, China dan Jakarta yang mula dibuka antara 9 dan 10 pagi.

Sekiranya pasaran saham Amerika Syarikat pada ma-lamnya ditutup tinggi, se cara automatik walaupun pasaran saham kita tidak 100 peratus bergantung pada mana-mana bursa asing, indeks pasaran sa-ham kita juga akan dibuka naik di awal dagangan.

Walau bagaimanapun, pem-baca dinasihatkan untuk meng-kaji carta pergerakan indeks FBM KLCI serta lain-lain faktor untuk meramal sentimen pasa-ran semasa.

Pesanan beli dan jual saham boleh dilakukan dengan mem-buat pesanan beli sewaktu pasaran belum dibuka. Dalam erti kata lain, selepas pasaran ditutup, anda boleh memasuk-

kan pesanan membeli dalam masa 24 jam cuma pesanan beli itu akan dipadankan semasa pasaran saham didagangkan.

Tetapi untuk mendapatkan harga yang sesuai, pesanan beli lebih baik dilakukan sema-sa pasaran saham diniagakan.

Kita boleh meletak harga yang sesuai kerana kadangkala pesanan yang dibuat semalam kemungkinan akan terus di-padankan sekiranya pasaran dibuka jatuh. Maka, untuk membuat pesanan beli lebih baik dibuat sewaktu pasaran diniagakan berbanding dengan pesanan jual.

Pesanan jual lebih baik di-lakukan selepas waktu urus niaga pasaran saham telah ditutup sekiranya pada hari tersebut pesanan jual belum lagi dipadankan.

Sebagai contoh, kita mem-beli saham syarikat ABC pada harga RM1.10 dan harga telah pun naik menjadi RM1.20. Kita menjangkakan bahawa harga saham akan naik lagi keesokan hari. Justeru, kita tidak mele-takkan pesanan menjual de-ngan segera.

Walau bagaimanapun, pada malamnya, indeks pasaran saham Amerika Syarikat DJIA telah jatuh dengan banyak disebabkan adanya berita ber-bentuk negatif di pasaran du-nia.

Maka, kita menjangkakan bahawa kemungkinan indeks pasaran saham akan terkesan maka kita pun meletakkan pesanan jual pada harga RM1.18 iaitu lebih rendah sedikit dari harga tutup semalam sebelum pasaran dibuka.

Tindakan kita meletakkan harga yang rendah sedikit dari harga penutup semalam di-sebabkan kita menjangkakan harga pembukaan pasaran di awal pagi akan dibuka rendah atau indeks pasaran saham jatuh sejajar kejatuhan harga-harga saham di papan Bursa Malaysia.

Kita sambung topik ini di minggu hadapan. Jangan lupa untuk mengikuti sambungan-nya.

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

Penempatan persendirian Maxis jana RM1.7 bilionKUALA LUMPUR 20 Jun – Ma xis Bhd. (Maxis) meng umumkan latihan pembinaan tempahan (book-building) bagi terbitan 300 juta saham baharu secara penempatan persendirian kepada pelabur berjaya menjana hasil sekitar RM1.7 bilion.

Menurut Maxis, latihan itu telah menerima permintaan daripada pelabur institusi tempatan dan asing dengan permohonan buku tempahan terlebih langganan (oversubscribed).

Katanya, harga terbitan telah ditetapkan pada RM5.52 bagi setiap penempatan saham, iaitu diskaun kira-kira enam peratus pada harga penutup Maxis pada 16 Jun lalu, telah menjana dana RM1.656 bilion.

“Hasil baharu ini akan mengukuhkan kedudukan kewangan kumpulan dan akan memberi fleksibiliti bagi membiyai yuran peruntukkan spektrum masa depan dan strategi pertumbuhan.

“Kami menjangkakan penempatan persendirian ini akan selesai pada akhir Julai 2017,” jelas Maxis dalam kenyataan di sini hari ini.

Maxis dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia sebelum ini menyatakan cadangan menerbitkan 300 juta saham baharu di bawah penempatan persendirian kepada para pelabur melalui latihan pembinaan tempahan.

Menurutnya, terma dan syarat terperinci berkenaan penempatan saham berkenaan akan ditentukan apabila proses tempahan selesai.

MUSTAPA MOHAMED bersama watak Ejen Ali menunjukkan buku Laporan Tahunan 2016 MITI di Menara MITI, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI

Kempen pemeriksaan 20 mata percuma ProtonKUALA LUMPUR 20 Jun – Proton Holdings Berhad (Proton) men-gadakan kempen pemeriksaan 20 mata percuma kepada pelanggan-nya sempena Hari Raya Aidilfitri di semua pusat perkhidmatan Proton yang diiktiraf.

Proton dalam kenyataannya memberitahu, kempen tersebut adalah sebahagian daripada pro-gram keselamatan Proton di se-luruh negara untuk melakukan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma sebelum memula-kan perjalanan jarak jauh.

Jelasnya, Proton turut me-nyediakan perkhidmatan mu-dah alih sebagai kemudahan tambahan kepada pelanggan yang tidak ber kesempatan untuk menghantar kereta mereka un-tuk diperiksa.

“Berdasarkan maklum ba-las positif yang diterima daripada kempen sebelum ini, Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) me-minta Proton untuk membuka

stesen mudah alih khusus kepada pengguna Proton yang meng-gunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) bermula hari ini hingga 22 Jun.

“Selain itu, khemah mudah alih Proton akan ditempatkan di lima stesen Petronas yang terletak di Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan pada 21 hingga 23 Jun. Perkhidmatan akan diberikan pada pukul 10 pagi sehingga 5 pe-tang di semua lokasi,” jelas syari-kat itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, antara pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma itu termasuk pemeriksaan tayar, sistem brek, suspensi, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, suis dan paras cecair kenderaan.

Tambahnya, pemilik Proton turut diberikan buah tangan se-bagai penghargaan di atas soko-ngan mereka terhadap kempen berkenaan.

KHEMAH mudah alih Proton ditempatkan di stesen minyak untuk kemudahan pengguna.

Fuel Frenzy Petronas Dagang tawar hadiah menarikKUALA LUMPUR 20 Jun – Petronas Dagangan Berhad (PDB) mena-warkan hadiah menarik sepan-jang kempen Fuel Frenzy bermula 9 Jun lalu hingga 31 Julai ini di lebih 1,000 stesen Petronas selu-ruh negara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yu-nus berkata, kempen itu mena-

warkan satu hadiah utama dan 40 pemenang hadiah saguhati setiap hari.

Katanya, setiap pemenang hadiah utama akan menerima bekalan minyak percuma selama setahun manakala pemenang hadiah saguhati menerima bau-car minyak bernilai RM100.

“Secara keseluruhan, sepan-jang 53 hari kempen ini, ia akan

menawarkan 2,000 hadiah un-tuk dimenangi. Setakat ini, 11 pemenang hadiah utama dan 440 pemenang hadiah saguhati telah diumumkan.

“Kempen ini adalah ganja-ran terbesar kami tahun ini bagi menghargai para pelanggan setia dan memenuhi keperluan mere-ka,” katanya selepas majlis ber-buka puasa PDB di sini semalam.

MOHD. IBRAHIMNUDDIN MOHD. YUNUS (empat dari kiri) bersama rakan strategik perniagaan kempen ‘Rehat Dulu Minum Kopi’ pada majlis berbuka puasa Petronas Dagangan Berhad bersama media di Hotel Impiana Kuala Lumpur, kelmarin. – UTUSAN SAIFUL BAHARI ASHARI

Malaysia rekodkan 920,624 syarikat perniagaan aktif Oleh NABILA YASMIN [email protected]

KUALA LUMPUR 20 Jun – Malaysia merekodkan sejumlah 920,624 syarikat perniagaan yang aktif beroperasi di negara ini pada ta-hun 2015 berbanding 663,010 pada 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rah-man Dahlan berkata, ia meru-pakan pertumbuhan tahunan sebanyak 6.85 peratus dan pen-ingkatan itu sejajar dengan per-tumbuhan pesat ekonomi negara dalam tempoh lima tahun terse-but.

Beliau berkata, kesemua syari-kat perniagaan tersebut telah menjana pengeluaran (output) sebanyak RM2.5 trilion dengan kadar pertumbuhan 7.0 peratus setahun.

Katanya, dari segi struktur terkini ekonomi negara, sektor pembuatan kekal sebagai pe-nyumbang utama kepada nilai

pengeluaran negara yang buat pertama kalinya mencecah RM1.1 trilion.

“Dari segi struktur terkini ekonomi negara, sektor perkhidmatan masih kekal sebagai penyum-bang utama dengan 52.6 peratus, mening-kat daripada 51.0 pera-tus, diikuti sektor pembuatan 26.3 pera-tus berban ding 25.6 peratus.

“Namun, bagi sek-tor perlombongan dan kuari, walaupun menja-di penyumbang ketiga terbesar, sektor ini menunjukkan penyusutan sumbangan daripada 14.0 peratus kepada 10.5 peratus.

“Penyusutan ini terutamanya disebabkan oleh penurunan har-ga minyak dan gas pada tahun tersebut yang memberi kesan ke-pada sumbangan bagi sektor ini,” katanya dalam pembentangan Laporan Penemuan Utama Banci

Ekonomi 2016 di sini hari iniTeks ucapan beliau dibaca-

kan oleh Ketua Perangkawan, Dr. Mohd. Uzir Mahidin.

Tambah Abdul Rah-man, keseluruhan nilai tambah yang di jana oleh syarikat pernia-gaan aktif pada tahun 2015 adalah sebanyak RM983.0 bilion de-ngan industri pengek-strakan petroleum dan gas menjana nilai tam-bah tertinggi iaitu se-banyak RM92.3 bilion.

“Hasil Banci Eko-nomi juga merekod-

kan sejumlah 8.7 juta pekerja di sektor swasta pada tahun 2015 dengan peningkatan 4.6 peratus setahun sejak 2010.

“Dalam tempoh lima tahun tersebut, sebanyak 1.7 juta peker-jaan berjaya diwujudkan dengan 59.0 peratus daripadanya adalah dalam sektor perkhidmatan,” ka-tanya.

Sektor E&E diakui memberi sumbangan signifikan kepada negara, namun sektor-sektor lain perlu diberi tumpuan.”

MUSTAPA MOHAMEDMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

ABDUL RAHMAN DAHLAN