kerja khusus pt3 nurin 4

Upload: harissa-hariff-pauzi

Post on 04-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja pt3

TRANSCRIPT

Pada hari ini dalam tahun 1841, James Brooke telah diangkat menjadi pemerintah di Sarawak bergelar Rajah Sarawak oleh Pangeran Muda Hashim, wakil Sultan Brunei di satu perhimpunan ramai di bandar Kuching, Sarawak. Pada hari itu juga Pengeran Muda Hashim telah memberikan kepada James Brooke satu perjanjian mengenai pertukaran pemerintahan Sarawak kepada James Brooke. Antara lain surat itu menyatakan bahawa Pangeran Muda Hashim menyerahkan kepada James Brooke pemerintahan Sarawak serta jajahan takluknya, hasil cukainya serta segala tanggunggawab pada masa yang akan datang; James Brooke mengaku iaitu undang-undang dan adat istiadat orang Melayu di Sarawak hendaklah dihormati dan dipelahara selama-lamanya kerana negeri Sarawak itu adalah takluk Sultan Brunei, Pengeran Muda Hashim dan Raja-raja Melayu. Dengan pelantikan James Brooke sebagal Rajah Sarawak bererti tamatlah pentadbiran Pengeran Mahkota di Sarawak. Pengeran Mahkota Muhamad Salleh adalah seorang pembesar Brunei yang direstui oleh Sultan Omar Ali Salfuddin II memerintah di Sarawak. Beliau adalah orang yang mula-mula membuka bandar Sarawak yang kemudian dinamakan Kuching. Pada masa Pengeran Mahkota Muhamad Salleh memerintah di Sarawak, ia telah bertindak keras dan zalim terhadap orang-orang Melayu, Bidayu dan Cina, yang diketuai oleh Datu Patinggi Ali. Apabila James Brooke menjadi Rajah Sarawak beliau telah memecat Orang-orang Besar Brunei yang memegang jawatan kerajaan di Sarawak dan mengangkat ketua-ketua orang Melayu Sarawak memegang jawatan dalam kerajaan, iaitu Datu Patinggi Ali, Datu Temenggung Mersal, Datu Bandar Ranca, Muhammad Lana Ali, Abdul Ghafur dan Pangeran Matusin, yang menjadi tempat James Brooke mendapatkan nasihat mengenal pemerintahan Sarawak. Oleh kerana James Brooke yang menjadi Rajah Sarawak itu hanya bertaraf sebagal Gabenor dengan kuatkuasa surat Perjanjian yang telah diperbuat dengan Pangeran Muda Hashim, dan negeri Sarawak masih takluk di bawah kuasai Sultan Brunei, maka pada bulan Julai 1842, la telah pergi ke Brunei dengan tujuan hendak mendapat pengesahan daripada baginda Sultan Brunei mengenai kuasanya di Sarawak. Di Brunei, Brooke telah berunding dengan Sultan Omar Ali Saifuddin. Hasil daripada rundingan itu pada bulan Ogos 1842, baginda telah membuat perjanjian dengan James Brooke, yang antara lain menyebutkan bahawa Sultan Brunei menyerahkan negeri Sarawak serta segala cukal hasil negeri kepada James Brooke, dan James Brooke hendaklah membayar kepada Sultan Brunei tiap-tiap tahun wang sebanyak $2500/=. Dengan itu maka James Brooke telah mula berkuasa di Sarawak dengan rasminya dan bermulalah sejarah moden negeri Sarawak.

1. Lahir 13 Oktober 18621. Cucu kepada Datu Bandar Abg. Haji Bolhasan Keturunan Datu Patinggi Ali1. 1887 Berhidmat sebagai guru dengan gaji RM 101. 1890 berkhidmat sebagai juru ukur di Pejabat Tanah.1. 1917 menjadi Polis degan pangkat Sab-inspektor1. 1921 dikurniakan pangkat Datu Muda setelah kemangkatan ayahnnya.1. 1924 mengantikan ayahnya sebagai Datu Bandar.1. 1937 Di beri gelaran Datu Patinggi.1. Menjadi penasihat kepada Rajah Vyner Brooke terutama berkaitan orang Melayu.1. 1946 mula menunjukkan penentangan penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.1. Menolak pemberian wang RM 12,000 dari kerajaan Brooke untuk menyokong penyerahan tersebut.1. Enggan mengangkat sumpah taat setia kepada kerajaan baru dan meninggalkan jawatan dalam Majlis Tertinggi1. 1. Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub dilahirkan pada 3 Januari 1928 di Bintulu Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi dan Sekolah St. Joseph, Kuching hingga tingkatan 5. Beliau telah lulus Sijil Seberang Laut Cambridge dan menyambung pengajian ke peringkat Universiti pada tahun 1954 hingga 1959 di Southampton University, England dan mendapat pendidikan dari School of International Law, Hague, Holland, beliau juga mempunyai kelulusan Barrister-at-law dari Lincolns Inn, London. Beliau telah memulakan kerjayanya pada tahun 1948 sebagai Pegawai Percubaan (kadet) Bumiputera Sarawak. Beliau menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sehingga dinaikkan pangkat menjadi Magistrate. Dari tahun 1959 hingga 1963, beliau dilantik sebagai Pegawai Perundangan Sarawak, di samping bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Crown Council dan Stipendiary Magistrate.1. Beliau adalah tokoh utama dari Sarawak yang dipilih Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam usaha meyakinkan rakyat Sarawak, sekali gus mendapat sokongan padu rakyat negeri itu dalam pembentukan Malaysia.1. Beliau antara tokoh politik paling berjasa memainkan peranan penting di sebalik penubuhan Malaysia. Putera Kenyalang ini tidak pernah berputus asa meredah kampung-kampung untuk memberikan penerangan kepada rakyat Sarawak. Dalam bidang politik Sarawak, Abdul Rahman berjaya membentuk kerajaan campuran dengan menyatukan Parti Bumiputera dan Parti Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB). Semasa menjadi Ketua Menteri Sarawak ketiga, beliau merupakan satu-satunya pemimpin yang berjaya memujuk kumpulan komunis di Sarawak kembali ke pangkuan masyarakat yang turut melakar sejarah kejayaan Operasi Sri Aman.1. Pada tahun 1963, Tun dilantik menjadi Menteri Muda di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan. Seterusnya pada tahun 1964, beliau dilantik pula menjadi menteri Muda Kementerian Kehakiman sebelum bertukar portfolio sebagai Menteri Tanah dan Galian Persekutuan hingga 1969. Tun juga pernah bertugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Membaca Al-Quran selama 3 tahun (1968-1971). Beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran Persekutuan dari tahun 1969 hingga 1970. Beliau kemudiannya memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak selama 11 tahun bermula 1970 hingga 1981. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pensyarah Sementara di Muslim College, Earling London dari tahun 1986 hingga 1990.1. Tun juga merupakan Yang Di Pertua BINA (Angkatan Nahdatul Islam Bersatu Sarawak) dari tahun 1969 hingga 1986 dan sehingga kini masih menjadi Ahli Majlis Tertinggi RABITAH ALAM ISLAMI (Muslim World leugue, Makkah) selain menjadi anggota Muslim World Congress, Karachi Pakistan. Semenjak tahun 1970 sehingga ke hari ini, Tun masih lagi aktif dalam mengajar ilmu-ilmu agama Islam dan sering menganjurkan kegiatan dakwah di kediaman beliau di Surau Sri Bahagia, Kuching Sarawak."Saya dan rakyat tidak bersetuju dengan penyerahan Negeri Sarawak kepada Kerajaan British!...Saya dan rakyat mencintai kemerdekaan negeri ini, tanah tumpah darah saya..."

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (13 October 1862 21 November 1946) was Sarawak's independence patriot. He fought peacefully against the British colonisation of Sarawak after the World War II.He was the son of Datu Bandar Abang Haji Mohammad Kassim; who ruled Kuching as a mayor under the White Rajah's administration. He was also the grandson of Datu Bandar Abang Haji Bolhassan and a descendant of Datu Patinggi Ali who fought to achieve Sarawak's independence from Brunei.After the death of his father in Mecca, in 1921, he was given the title Datu Muda. In 1924, he became the Datu Bandar. He was given the title Datu patinggi in 1937.Datu Patinggi Abang Haji Abdillah is a respected Bumiputra leader in Sarawak.He made it clear when he said"Me and my people would never agree with the cession of Sarawak to the British Crown!...We cherish the independence of this state where we were born...""Saya dan rakyat tidak bersetuju dengan penyerahan Negeri Sarawak kepada Kerajaan British!...Saya dan rakyat mencintai kemerdekaan negeri ini, tanah tumpah darah saya..."In a meeting with British officials, he clearly protested the cession of Sarawak to the British Crown; stating that the cession is illegal as the cession is not accepted by majority of the Bumiputra. Datu Abdillah is a major proponent of Anthony Walter Dayrell Brooke as the fourth White Rajah of Sarawak.However, the cession went on and Datu Patinggi Abang Haji Abdillah resigned from the State Supreme Council. Since then, he started to oppose the British government in his speeches. Datu Abdillah opposed the use of violence.Realising the political threat, government officials in Sarawak were sent Circular no.9, which threaten the officials to be fired if they oppose the British Crown. Perhaps following the footsteps of Datu Patinggi, many of the Bumiputra officials resigned from their posts. A charismatic leader, Datu Abdillah managed to unite the Dayaks and Malays into one entity.Fearing a revolt, the British government resorted to the divide and conquer tactic. The British tried to spark the sense of animousity between the Malays and the Dayaks, however with little success.Unfortunately, after his death the anti-cession movement lost its momentum and is quickly disorganized without a brilliant leader. The violent techniques used by some anti-cessionists activists further quell the fire of patriotism.