kerja kursus morfologi (d20111049723 che norlia shafie)
TRANSCRIPT
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
1/25
1
BML 3053MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Perbandingan kata adjektif dalam TatabahasaDewan, Nahu Melayu Mutakhir, dan
Pelita Bahasa Penggal 1-111.
CHE NORLIA BT SHAFIE ( D20111049723)
KUMPULAN UPSI 08
AT05 : PENDIDIKAN BAHASA MELAYUSEMESTER 4, SESI 2012/2013
PENSYARAH E- LEARNING
PUAN HUSNA FAREDZA BT MOHAMAD REDZWAN
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASITARIKH SERAH : 5 MEI 2013
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
2/25
2
ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0 Pengenalan 3-4
2.0 Definisi Kata Adjektif
i. Nahu Melayu 4
ii. Nuhu Mutakhir 4
iii. Tatabahasa Dewan 5-6
3.0 Ciri-ciri Kata Adjektif 7-8
3.1 Penerang kata nama
3.2 Fungsi predikat
3.3 Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat
3.4 Kata adjektif boleh dibuat perbandingan
3.5 Imbuhan se- dan ter
3.6 Kata adjektif sebagai kata dasar dalam frasa
4.0 Perbandingan Kata Adjektif dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal, TatabahasaDewan dan Nahu Melayu Mutakhir
4.1 Kata Adjektif dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1, Tatabahasa
Dewan dan Nahu Melayu Mutakhir 9-17
4.2 Perbandingan/ Dapatan / Perbincangan 18-21
5.0 Kesimpulan 21
6.0 Rujukan 227.0 Lampiran 23-25
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
3/25
3
1.0. Pengenalan
Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Ini
adalah kerana bahasa Melayu mempunyai konsep morfologi dan sintaksis yang ringkas
dan mudah. Morfologi dalam bahasa Melayu lebih didasari gabungan morfem serta
proses pengimbuhan , pemajmukan dan penggandaan dalam menghasilkan pelbagai
jenis frasa. Gabungan frasa dan klausa pula akan membentuk ayat dasar yang menjadi
sumber kepada pembentukan ayat-ayat lain. Oleh itu, terhasilah jenis jenis ayat yang
pelbagai seperti ayat penyata, ayat seru, ayat perintah dan ayat tanya di samping ayat
aktif dan ayat pasif. Penggunaan pelbagai jenis kelompok ayat ini berfungsi untuk
menyampaikan maklumat, penerangaan dan membuat perhubungan
Kajian-kajian dalam bidang morfologi dan sintaksis wajar dibuat supaya bahasa Malayu
dapat difahami dan pelajari dengan lebih mendalam. Kini terdapat ramai penahu-penahu
bahasa dan pengkaji yang menghasilkan rumus dan peraturan dalam bidang bahasa
Melayu. Usaha-usaha ini akan menjamin bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa
yang unggul di peringkat antarabangsa.
Bidang yang mengkaji perkembangan nahu tatabahasa adalah bidang morfologi. Hal ini
jelas dilihat pada definisi yang diberikan oleh penahu-penahu bahasa terkenal.
Antaranya ialah:
i. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi
ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan. Kajian
morfologi meliputi aspek struktur, bentuk dan juga penggolongan kata.
Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau bunyi lambang yang
bermakna dalam sesuatu unit bahasa. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa
itu sendiri, sama ada berbentuk tunggal ataupun perkataan yang terhasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala
penggolongan kata pula proses mengkategorikan perkataan berdasarkan
bentuk dan fungsinya.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
4/25
4
ii. Menurut Kamus Dewan Edisi 4 , Morfologi telah ditakrifkan sebagai satu
kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Kajian yang
dimaksudkan adalah meliputi jenis pengimbuhan , kata terbitan dan juga
pemajmukan . Pengimbuhan adalah proses bagaimana suatu kata dasar
diperluaskan dengan menambah satu atau lebih imbuhan. Bentuk-bentuk
imbuhan ialah imbuhan awalan, akhiran , apitan dan juga imbuhan sisipan.
Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang telah
mengalami proses pengimbuhan dan berubah maksud nahunya.
Pemajmukan pula bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar
dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang bermakna.
iii. Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam telah menyetujui bahawa Morfologi
adalah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan
cara-cara pembentukannya. Definisi yang ringkas ini menjelaskan bahawa
kajian tentang bahasa adalah meliputi seluruh aspek tatabahasa termasuk
juga proses pembentukan dan struktur ayat.
Berdasarkan kepada beberapa definisi yang telah diberikan oleh para penahu bahasa,
jelaslah bahawa morfologi ialah satu kajian terperinci yang mengkaji nahu dan sistem
bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Perkembangan yang pesat dan mendadak
dalam bahasa Melayu .beberapa bahan yang boleh dijadikan rujukan dalam
membincangkan nahu bahasa Melayu telah diterbitkan . Antaranya Pelita Bahasa yang
ditulis oleh Zaba,Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim dan Nahu Mutakhir oleh
Asmah Hj Omar. Terdapat perbezaan pendapat tentang sesuatu nahu bahasa yang
dibincangkan dalam ketiga-tiga bahan tersebut. Perbezaan ini juga dipengaruhi oleh
zaman pengkaji yang berbeza. Nahu bahasa yang akan dikaji ialah Kata Adjektif.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
5/25
5
2.0. Definsi Kata Adjekt if
i. Menurut Zaba dalam Pelita Bahasa Penggal (2000:96) kata adjektif ialah segala
perbuatan yang menerangkan dari hal nama atau gantinya dinamakan sifat nama dan
satu lagi yang menerangkan hal perkataan-perkataan lain daripada nama atau gantinya
dinamakan sifat kata.
Budak kecil guru yang pandai rumahnya jauh
Saya sahaja itu senang siapa rajin
Perkataan yang bergaris merupakan sifat nama kerana menerangkan kata nama budak,
guru,rumah,saya, itu dan siapa.Sifat kata pula ialah perkataan yang menerangkan
perkataan selain kata nama dan kata ganti nama. Contohnya :
terbang tinggi baca lagi pergi segera belum tidur
tidak suka elok benar begitu juga terlalu jahat
Perkataan bergaris dalam frasa tersebut dianggap sebagai sifat kata. Berikut merupakan
ayat yang diberikan oleh Zaaba dalam membezakan sifat nama dan sifat kata.
i. Suaranya sangat perlahan (sifat nama)
ii Perlahan sedikit bercakap (sifat kata)
ii. Berdasarkan buku Nahu Melayu Mutakhir yang berpaksikan penghuraian kata sifat
dari Zaba , Asmah Hj Omar menyatakan bahawa kata sifat adalah subgolongan dari
golongan kata karyaan . Dilihat dari fungsinya dalam ayat , kata sifat mempunyai
persamaan dengan kata kerja tak transitif dalam erti kata kedua-duanya tidak
mengambil objek . Walau bagaimanapun terdapat perbezaan antara keduanya iaitu kata
sifat mempunyai penambah sendiri begitu juga dengan kata kerja. Selain itu kata sifat
boleh memasuki skala perbandingan sedangkan kata kerja tidak.
iii. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan ( 2010 ) , Kata adjektif dikenali
juga sebagai kata inti dalam binaan frasa adjektif . Frasa adjektif boleh terdiri daripada
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
6/25
6
hanya satu kata adektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan
unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata seperti kata bantu atau kata penguat.
Kata adjektif dapat dibezakan dengan kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang
boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat .Contohnya;
amat sakit,
sakit sungguh,
terlalu banyak ,
banyak sekali.
Dalam ayat pula , kata adjektif berfungsi bagi menerangkan keadaan atau sifat bagi
sesuatu kata nama atau frasa nama. Contohnya
1. Orang muda itu baik.
2. Pendapatnya lain sekali.
3. Reka bentuk rumah itu sangat lain.
4. Hujan pagi ini amat lebat sekali.
Perkataan yang berhuruf condong berfungsi sebagai pradiket dalam ayat yang
berkenaan manakala perkataan berhuruf tebal pula menjadi sebahagian
daripada frasa adjektif tersebut. Perkataan sangat dan amat menunjukkan unsur
keterangan kata penguat manakala sekali adala kata penegas.
3.0 . Ciri-cir i kata Adjektif.
Menurut Ahmad Khair dan Norliza Hj Jamaludin ,terdapat enam kriteria dalam
menentukan kata sifat yang perlu difahami.
1. Kata adjektif sebagai penerang kata nama.
Ciri utama dalam kata sifat adalah kata adjektif berfungsi sebagai penerang kata
nama. Dalam fungsi ini kata adjektif lazimnya hadir dalan frasa nama. Dalam
keadaan ini kata adjektif hadir selepas kata nama inti atau selepas kata hubung
relative yang atau selepas kata bantu. Contohnya;
- udara nyaman
- lelaki tampan
- kanak-kanak yang cerdik.
- pendapatan yang masih rendah.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
7/25
7
Dalam contoh ayat yang diberi dapatlah kita fahamkan kata adjektif berfungsi
sebagai penerang nama apabila kata adjektif hadir selepas kata nama atau
selepas kata hubung relatif yang dan juga hadir selepas kata relatif yang dan
kata bantu.
2. Fungsi predikat.
Kaataa adjektif boleh berfungsi sebagai pradikat iaitu pelengkap kepada
subjek.Contohnya
i. Adik bongsu saya rajin.
Adik bongsu saya ( subjek) dan rajin ( predikat)
ii. Sambutan hari kemerdekaan meriah sekali.
Sambutan hari kemerdekaa ( subjek) dan meriah sekali ( predikat)
3. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Kata penguat dalam bahasa melayu boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kata
penguat hadapan , kata penguat bebas dan kata penguat belakang. Contoh
penguat hadapan ialah terlalu, paling, makin dan kurang. Kata penguat bebas
pula ialah agak , sungguh dan amat. Manakala kata penguat belakang ialah
betul, sekali,benar dan nian. Kata penguat menjadi penanda bagi mengenal
pasti kata adjektif .
4. Kata adjektif boleh dibuat perbandingan.
Perbandingan kata adjektif dapat dilakukan sama ada perbandingan yang sama
tara atau perbandingan yang tidak setara . Perbandingan sama tara boleh
dilakukan dengan menggandingkan imbuhan se bersama-sama kata adjektif
atau menggandingkan perkataan sama dengan kata adjektif seperti dalam
contoh ayat yang diberikan.
1. Hubungan mereka berdua tidak semesra dahulu.
2. Perumahan di kawasan ini sama cantik perumahan di Taiping.
Perbandingan tidak setara pula menggunakan perkataan lebih dan kurang atau
digandingkan kata adjektif dengan imbuhan ter bersama bagi melakukan
perbandingan. Contohnya;
1. Anak bongsunya lebih manja berbanding anak-anak yang lain.
2. Rumah barunya kurang selesa berbanding rumah lamanya dahulu.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
8/25
8
3. Wanita itu merupakan pelakon terkenal di Malaysia.
5 Imbuhan se dan ter
Setiap golongan kata mempunyai imbuhan tertentu yang menjadi penanda bagi
golongannya. Bagi kata adjektif penanda golongannya dapat dilihat menerusi
imbuhan se dan ter. Imbuhan se dan ter ini menunjukkan perbandingan dan
darjah kepalinagan. Kedua-dua imbuhan ini dapat menunjukkan perbandingan
(mimbuhan se) atau darjah kepalingan imbuhan ter.
Contohnya;
Perkataan Imbuhan Kata terbitan
baik se sebaik
ter terbaik
luas se seluas
ter terluas
mahal se semahal
ter termahal
6. Kata adjektif sebagai kata dasar dalam frasa
Kata adjektif yang hadir dalam binaan frasa atau klausa atau ayat lazimnya
terdiri daripada kata dasar ( Norliza Jamaludin, 2011) Kata adjektif yang
menjalankan fungsi sebagai penerang atau predikat lazimnya merupakan
kata dasar.Contohnya
Zaman awal
Perkara aneh
Pemimpin bijak.
Contoh ayat;
Makanan di restoran itu enak sekali.
Kakak sulungnya tidak cerewek dalam memilih pakaiannya.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
9/25
9
4.0. Perbandingan pendapat tiga penahu bahasa dalam tiga buah buku
4.1. Perbandingan kajian kata adjektif berdasarkan Pelita Bahasa Penggal 1-111, Nahu
Melayu Mutakhir dan Tatabahasa Dewan
Nahu Melayu Zaba ( m/s 153-176) Nahu Mutakhir (m/s 165-179) Tatabahasa Dewan.(m/s 225-24)
Definisi
Zaaba mendefinisikan kata adjektif
sebagai kata sifat .Pada pendapat
Zaaba segala perkataan yang
menunjukkan sifat sesuatu nama ,
perbuatan atau keadaan.
Definisi
Asmah Hj Omar menyatakan
bahawa kata sifat adalah
subgolongan dari golongan kata
karyaan . Dilihat dari fungsinya
dalam ayat , kata sifat
mempunyai persamaan dengan
kata kerja tak transitif dalam erti
kata kedua-duanya tidak
mengambil objek Walau
bagaimanapun terdapat
perbezaan antara keduanya iaitu
kata sifat mempunyai penambah
sendiri begitu juga dengan kata
kerja.
Definisi
Menurut Nik Safiah Karim dalam
Tatabahasa Dewan ( 2010 ) , Kat
adjektif dikenali juga sebagai kat
inti dalam binaan frasa adjektif
Frasa adjektif boleh terdiri daripad
hanya satu kata adektif ata
beberapa perkataan yan
mengandungi kata adjektif da
unsur-unsur keterangan yang lai
seperti kata seperti kata bantu ata
kata penguat. Kata adjektif dapa
dibezakan dengan kata nama ata
kata kerja dengan cirinya yan
boleh didahului atau diikuti ole
kata penguat
Jenis
Zaaba membahagikan kata adjektif
kepada dua iaitu ;
i. Kata sifat nama.
Menurut Zaaba Kata sifat nama
Jenis
Dalam Nahu Mutakhir Asmah
Hj Omar mengelaskan kata
sifat kepada 15 iaitu
Jenis
Dalam kamus tatabahas
dewan Nik Safiah tela
menggolongkan kata adjekt
kepada Sembilan.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
10/25
10
merupakan kata yang
menerangkan sifat kepada
nama.
ii. Kata sifat kata.
Menurut Zaaba, sifat kata ialah
sesuatu perkataan yang
menunjukkan dari hal
perkataan lain selain nama.
i . Kata sifat tabii
Kata sifat ini memberi perincian
kepada kualiti tertentu yang ada
pada tabiat manusia.
i i . Kata sifat warna
Warna boleh berfungsi sebagai
kata nama dan kata sifat. Kata
sifat warna tidak pernah berdiri
sebagai unsure adverb atau
berfungsi secara langsung
sebagai adverb.
iii. Kata sifat ukuran
Kata sifat ini merujuk kepada
ukuran benda bernya dan tidak
bernyawa, konkrit ataupun
abstrak.
iv. Kata sifat bentuk
Kata sifat bentuk memberi
keterangan tentang sesuatu
bentuk dan pada lazimnya
kepada ciri benda yang bernyawa
atau tidak bernyawa dan konkrit
atau abstrak.
v. Kata sifat indera
Kata sifat yang menerangkan cirri
secuatu berdasarkan kesan yang
diperoleh melalui salah satu
daripada pancaindera.
vi. Kata sifat gabungan
indera.
Kata sifat ini mempunyai cirri dari
dua indera atau lebih. Contohnya
tenteram ( gabungan dengar dan
pandang)
i. Kata adjektif sifatan ata
keadaan.
Kata adjektif ini terdiri daripad
perkataan yang membe
pengertian sifatan atau keadaa
sebagai keterangan nama.
ii. Kata adjektif warna.
Kata adjektif ini terdiri daripad
perkataan yang membaw
pengertian warna sebagai unsur
keterangan.
iii. Kata adjektif ukuran
Kata adjektif ini membawa ukura
sebagai unsure keterangan.
iv. Kata adjektif bentuk
Kata adjektif ini membawa rup
bentuk sebagai unsur
keterangana.
v. Kata adjektif waktu
Kata adjektif ini membawa konse
masa sebagai unsure keterangan.
vi. Kata adjektif jarak.
Kata adjektif jarak ialah sejeni
perkataan yang membawa konse
ruang antara dua bentuk ata
keadaan sebagai penerang kat
nama.
vii. Kata adjektif cara
Kata adjektif ini membaw
pengertian keadaan kelakuan ata
ragam sebagai penerang kat
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
11/25
11
vii. Kata sifat waktu.
Kata sifat waktu boleh diwakili
seperti kata berikut; lama ,baharu
dan dalam rangkaikata seperti
baju baharu, kawan lama.
vi ii . Kata si fat jarak
Kata sifat subgolongan ini
menerangkan jarakantara dua
titik , yakni dari penutur kepada
yang dirujuknya.Contohnya
seperti jauh, dekat hampir.
ix. Kata sifat kecepatan
Kata sifat ini merujuk kepada
daya cepatnya sesuatu gerak
seperti cepat,laju, lambat.Ia boleh
berfungsi sebagai adverb gaya.
x. Kata sifat taraf.
Kata sifat ini merujuk taraf
seseorang dalam masyarakat
sama ada aspek kebendaan dan
bukan kebendaan.
xi. Kata sifat suhu
Kata sifat suhu membawa makna
sejuk panasnya keadaan alam
dan juga jasmani.
xii. Kata sifat emosi
Emosi merujuk kepada perasaan
yang muncul dan ada kalanya
meluap-luap disebabkan sesuatu
yang berlaku.
x ii i. Kata s ifat akal iah
Kata sifat ini membawa
penerapan fikiran atau akal. Ia
merujuk kepada sifat positif dan
nama.
viii.Kata adjektif perasaan
Kata adjektif ini membaw
perasaan sebagai konse
penerang kata nama dan diiku
oleh kata sendi nama.
ix. Kata adjektif pancaindera
Kata adjektif ini membaw
pengertian konsep rasa , pandang
dengar, bau,sentuh atau gabunga
kelima-lima pancaindera.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
12/25
12
juga pemikiran nagetif.
xiv. Kata si fat akhlak
Kata sifat ini menggambarkan
perangai seseorang menurut
peraturan peraturan agama dan
kesusilaan.
xv. Kata sifat kuasa tenaga
Kata sifat subgolongan ini diwakili
oleh kata-kata seperti
segar,sihat, lemah . Ia boleh
berfungsi sebagai adverb dan
gaya.
Bentuk kata sifat
Sifat nama
1. Sifat nama yanag
menerangkan sifat jati.
Contohnya;hitam, putih,
tinggi , rendah.
2. Sifat nama yang
menerangkan banyak
terbahagi kepada dua iaitu
i. banyak bilangan
contoh satu, sesuatu, beberapa
dan ramai.
ii. Banyak kadar atau sukatan
Contoh: banyak. Sedikit dan
separuh.
iii. Sifat nama yang menjadi
petunjuk.
Bentuk kata sifat
Menurut Asmah Hj Omar kata
sifat terdapat dalam bentuk
akar,berlapis , majmuk dan
gandaan.
i . Bentuk akar
Kata sifat dalam bentuk akar
adalah kata sifat yang hanya
terdiri daripada satu morfem
bebas dan tidak terdapat
padanya sebarang penambahan.
Contoh- besar,kecil , tua, muda,
cantik.
Kata sifat ini juga dikenali
sebagai kata sifat unggulan.
i i . Bentuk berlapis
Bentuk kata adjektif
Menurut Nik Safiah, kata adjekt
boleh terdiri daripada bentuk
bentuk berikut.
i . Kata adjektif tunggal.
Bentuk kata adjektif jenis ini terdi
daripada bentuk kata dasar iait
tanpa gabungan dengan imbuha
tau proses penggandaan.Kat
adjektif tunggal ini digunaka
dalam ayat sebagai pradiket da
sebagai penerang kata nama.Kat
adjektif ini boleh menerima kat
bantu ,kata penguat atau tanp
unsure-unsur tersebut.
Contoh-i.Warna kuning digema
oleh kakaknya.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
13/25
13
a. pertunjuk tertentu
contoh: ini,iyu,begini, demikian.
b. Petunjuk umum.
Contoh; lain,asing, barang dan
mana.
iv. Sifat nama yang menjadi
pencerita.
Contoh:tiap-tiap,masing-
masing.
2.Sifat kata
Menurut Zaaba , sifat kata
terbahagi kepada :
i. Sifat kata cara atau gaya
yang menerangkan cara
atau gaya bagaimana
sesuatu perbuatan
dilakukan.
ii. Sifat kata masa
menerangkan masa
iaitu bila berlakunya
sesuatu perbuatan. Ia
terbahagi kepada;
a. Menetukan bila.
b. Menentukan lama
c. Menentukan kali atau
ulangan
iii. Sifat kata tempat
menerangkan di mana
berlaku sesuatu
perbuatan .
Contoh- Biarlah dia berjalan
dahulu.
iv. Sifat kata sebab atau
Kata sifat ini terdiri daripada satu
morfem bebas dan sekurang-
kurannya satu morfem terikat.
Bentuknya terhasil dengan
penambahan awalan seperti :
i.Awalan ter ini sangat produktif
dan berfungsi sebagai penetap
golongan. Makna yang didukung
ialah paling. Oleh itu kata sifat
berlapis dengan awalan ter
digunakan dalam pernyataan
perbandingan , khususnya dalam
darjah kepalingan iaitu darjat
tetinggi.
ii.Awalan ter yang kurang aktif
.Berfungsi sebagai pengubah
golongan dan dengan itu
diimbuhan kapada kata nama
dan kata kerja. Ia terdapat pada
kata-kata berikut ;
terkenal,ternama,terbilang dan
terhormat. Kata sifat ini
menduduki darjah neutral atau
biasa dalam perbandingan. Jika
ia hendak dimasukkan dalam
darjat kepalingan , maka
terpaksalah didahului oleh kata
paling. Contoh-
i. Dia seorang yang
ternama
ii. Dia seorang yang paling
ternama dalam
ii. Cara hidup penyanyi it
amat sederhana
.
ii.Kata adjektif terbitan.
Kata adjektif ini terdiri daripad
satu kata dasar yang menerim
imbuhan seperti awalan, apitan da
sisipan yang diganding pada kat
dasar itu.
Contoh termasyhur, kebaratan
gemuruh, gemilang dan seindah.
iii.Kata adjektif ganda
Kata adjektif ganda terhas
daripada proses mengulang kat
dasar adjektif. Ia dapat diterbitka
melalui 3 cara
i . Pergandaan penuh.
Contoh-besar-besar, cantik-cantik
tinggi-tinggi dan kuning-kuning.
ii. Penggandaan separ
adjektif. Ia berlak
dengan pengulanga
kata adjektif tanp
mengulang kat
imbuhannya.
Contoh- sepandai-pandai,sebaik
baik, sejernih-jernih dan setingg
tinggi.
iii. Penggandaan berenta
pula berlaku has
pengulangan kata dasa
berasaskan renta
bunyi tertentu dalam
kata dasar.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
14/25
14
tujuan yang menerangkan
mengapa dan kenapa.
Contoh-Mengapa engkau
lambat.
v. Sifat kata darjah atau
kadar yang
menerangkan bagi
menentukan dajah sifat
atau darjah perkataan
yang mengandungi
makna sifat.
Contoh-hampir kena.
vi. Sifat kata penentu yang
menerangkankeadaan
sesuatu perbuatan atau
sifat itu benar atau
tidak.
Contoh- Ia tentu datang.
ilmunya.
iii. Awalan ke.
Awalan ini hanya wujud ke-, tidak
produktif lagi dan hanya terdapat
pada perkataan kehormat.Kata
ini adalah kata yang dicipta
dalam awal tahun 1960-an untuk
mendukung konsep bahasa
Inggeris iaitu honorary.
iv. Awalan se-
Awalan ini mempunyai p[rinsip
sebagai penetap golongan
sahaja. Makna yang didukung
sama dengan conto- sepandai (
sama pandai dengan) sekaya
( sama kaya dengan).
Kata sifat dengan awalan se-
biasanya digunakan bersama-
sama dengan kata naf tidak.
Contoh- porak-peranda, compang
camping, kusut-masai dan kuca
kacir.
iv. Kata adjektif majmuk
Kata adjektif ini terhasil daripad
proses yang merangkakan du
kata adjektif majmuk dieja terpisa
dan bertindak sebagai satu unit.
Contoh- merah jambu,muda remaj
dan hijau daun.
Terdapat juga kata adjektif majmu
yang membawa maksud kiasa
ikaitu terdiri daripada simpula
bahasa. Contoh panjang tangan
buruk siku dan ringan tulang.
Selain itu ada juga kata adjekt
secara sekali imbas seolah-ola
kata adjektif majmuk . Binaanny
terdiri daripada bentuk frasa da
boleh menerima penyisipan d
antaranya. Contoh-riang gembira
miskin kaya dan tua muda.
Penggunaan
Sifat nama boleh digunakan
Pembentukan kata sifat
berlapis dengan penambahan
pinjaman.
Kata adjektif dalam bentu
perbandingan.
Kata adjektif dapat digunaka
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
15/25
15
sebagai
i. Penerang kata nama.
Contoh baju baharu.
ii. Cerita kepada nama
Contoh baju saya
baharu.
iii. Penggunaan kepada
penjenis dan pemadan
bilangan (penjodoh
bilangan ). Sifat nama
membilang dikhaskan
kepada pasangan
masing-masing iaitu,
a. Jika membilang
manusia digunakan
orang.
b. Jika membilang
binatang digunakan
ekor.
c. Jika membilang
benda yang dibulat
atau berisi
digunakan buah,
atau butir atau biji
d. Jika membilang
benda yang panjang
digunakan batang.
e. Jika membilang
benda yang panjang
lembut dan panjang
lebar digunakan
helai.
Penambahan pijaman termasuk
dalam golongan kata sifat.
Penambahan pinjaman yang
berkenaan adalah seperti
pro,anti,isme,wi,is dan lah.
Dalam Bahasa Inggeris kata-kata
yang mempunya pro dan anti
berfungsi sebagai kata sifat
Pro membawa maksud memihak
kepada sesaipa dan anti benci
terhadap. Sebagai bukti dapat
dilihat dalam ayat berikut
1. Antikomunis itu keluar
beramai-ramai
menyatakan sokongan
mereka kepada kerajaan.
2. Prokerajaan menang
dalam peperangan itu.
Penambahan isme diambil dari
bahasa Eropah tetapi kali ini
daripada bahasa Belanda .
Dalam bahasa Belanda golongan
yang dianggotainya adalah
golongan nama seperti halnya
dengan bahasa Inggeris. Oleh itu
isme boleh dianggap sebagai
akhiran sifat. Contoh
Sikap Kelantanismenya
menonjol-nonjol. Hal ini memberi
maksud kecenderungan atau
untuk menyatakan tiga darja
perbandingan iaitu,
i. Darjah biasa
Kata adjektif jenis ini digunaka
bagi menunjukkan darjah bias
seperti dalam contoh ayat berikut;
a. Dia hidup sederhana.
b. Tubuhnya menjadi kurus
c. Laut tenang diwaktu pagi.
ii. Darjah perbandingan
Kata adjektif digunakan untu
menyatakan darjah perbandinga
dengan dua cara;
a. Bandingan yang sama iait
menggunakan kata adjekt
dengan awalan se contoh
sebesar,sepandai, secantik
Contoh ayat.
a. Rumah Abu sebesar ruma
Chong.
b. Anak Aminah tidak setingg
anak Puan Kamariah.
c. Penyanyi itu secantik pute
raja.
Bentuk kata adjektif awalan se in
juga boleh bertukar ganti denga
perkataan sama. Contoh- sebes
boleh menjadi sama besar, setingg
boleh menjadi sama tinggi.
iii. Bandingan yang berbez
iaitu kata adjektif yan
menggunakan kat
penguat lebih ata
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
16/25
16
kefahamannya.
Akhiran wi adalah daripada
bahasa Arab dan berfungsi
sebagai pengubah golongan.
Kata dasar bagi pengimbuhan ini
adalah kata nama dunia, kimia,
sejarah dan Roma dan hasil
daripada pengimbuhan itu ialah
duniawi, kimiawi, sejarawi dan
Romawi. Akhiran ini kurang
produktif dan makna yang
didukunginya ialah sifat yang
mempunyai kaitan.
Penggunaan is hanya dihujung
kata sahaja tetapi oleh sebab
digemari orang ia juga digunakan
sebagai akhiran . Akhiran ini
dipinjam dari bahasa Belanda
melalui bahasa Indonesia.
Akhiran iah adalah pinjaman
daripada bahasa Arab dan
penggunaanya adalah terbatas
kepada perkataan-perkataan
tertentu seperti ilmiah dan
akaliah.
kurang, yang berfungs
sebagai bandinga
seperti contoh aya
berikut;
a. Rumah Ali lebih besa
daripada rumah Lim.
b. Gadis itu lebih canti
daripada kakaknya.
iii.Darjah penghabisan .
Penggunaan kata adjektif dalam
darjah penghabisan bole
dilakukan mengikut cara-car
berikut;
a. se+kata adjektif
gandaan+kata nama.
Contohnya-sepandai-pandai tupa
secantik-cantik bunga,setingg
tinggi gunung.
b. ter+kata adjektif
Penanda darjah penghabisan iala
awalan ter. Contohnya
terpandai,tertinggi,
terbaik,tercantik.
c. Paling+ kata adjektif
Penanda darjah penghabisan iala
kata penguat paling yang had
sebelum kata adjektif.contoh
paling pandai,paling tinggi,palin
baik,paling lazat.
d. Kata adjektif + sekali
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
17/25
17
Penanda darjah penghabisan iala
kata adjektif diikuti oleh kat
penguat sekali. Contoh-panda
sekali,cantik sekali, masyhu
sekali.Penanda darja
penghabisan ter,paling dan seka
tidak dapat hadir serentak dalam
sesuatu binaan ayat.
e. Ter{amat,sangat} +sekali
Awalan ter digabungkan denga
kata penguat bebas amat ata
sangat dan hadir sebelum kat
adjektif merupakan penanda darja
penghabisan.Contoh
Teramat pandai tesangat panda
Teramat baik tersangat baik
Teramat cantik tersangat cantik
f. Amat +kata adjektif+seka
Sungguh
Sangat
Binaan darjah penghabisan bole
juga menerima kata pengua
belakang sekali dengan kat
penguat bebas amat,sangat ata
sungguh yang hadir sebelum kat
adjektif.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
18/25
18
4.2Perbandingan tiga buah buku tentang kata adjektif
Setelah dilihat perbandingan antara tiga buah buku yang dikaji dapatlah disimpulkan
persamaan pendapat dan perbezaan pendapat antara mereka bertiga. Antaranya
4.2.1. Persamaan
1. Ketiga-tiga buah buku ini membincangkan perkara yang sama tetapi
mempunyai istilah yang berbeza.Pengistilahan yang digunakan oleh Zaba dan
Asmah Haji Omar adalah sama iaitu kata sifat.
2. Terdapat persamaan antara Nik Safiah et al. dan Asmah Haji Omar. Kedua-
duanya mempunyai jenis warna, ukuran, waktu, bentuk dan jarak. Yang lainnya
berbeza cuma dari segi penggolongan . Apa yang digolongkan oleh Asmah
sebagai tabii dan juga kuasa tenaga digolongkan oleh Nik Safiah et al sebagai
sifatan atau keadaan. Demikian juga dengan kecepatan , digolongkan oleh Nik
Safiah et al sebagai jenis cara. Manakala jenis indera dipecahkan oleh Nik Safiah et.
al dalam perasaan dan pancaindera. Manakala Abdullah Hassan dan Ainon Mohd
mengkelaskan jenis-jenis ini sebagai kata keterangan.
3. Darjah bandingan dalam bentuk kata adjektif Nik Safiah et.al digunakan untuk
menyatakan tiga darjah perbandingan iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan
darjah penghabisan. Manakala Zaba juga menyatakan perbandingan iaitu sifat kata
darjah atau kadar yang menerangkan bagi menentukan darjah sifat atau darjah
perkataan yang mengandungi makna sifat.
4.2.2 .Perbezaan.
1. Dalam definisi kata sifat, Zaba berbeza daripada Nik Safiah et. al kerana beliau
membahagikan kata adjektif kepada dua subgolongan , iaitu sifat nama dan sifat
kata. Pembahagian ini berdasarkan fungsi kata sifat yang hadir dalam struktur
ayat atau frasa. Jika kata sifat tersebut menerangkan kata nama atau ganti
nama, maka kata tersebut tergolong dalam sifat nama. Berbeza dengan Nik
Safiah et al , iaitu kata adjektif adalah perkataan yang menjadi unsur inti dalam
binaan frasa adjektif. Dalam binaan frasa adjektif ini , kata adjektif boleh hadir
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
19/25
19
secara sendirian atau hadir bersama-sama perkataan lain seperti hadir bersama-
sama kata bantu atau kata penguat. Manakala Asmah Haji Omar berdasarkan
Nahu Zaba telah menggunakan kata sifat dalam definisinya sebagai
subgolongan kata karyaan.
2. Nik Safiah et. al(2010) mengkelaskan kata adjektif kepada sembilan jenis iaitu
sifatan atau keadaan,warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak ,cara, perasaan dan
pancaindera..Asmah(1986) membahagikan kepada sebelas jenis iaitu
tabii,warna,ukuran,bentuk , indera, gabungan indera, waktu , jarak,
kecepatan,kuasa tenaga dan taraf. Manakala Asmah(2009) membahagikan
kepada lima belas jenis iaitu tabii, warna, ukuran, bentuk,indera, gabungan
indera, waktu, jarak, kecepatan, kuasa tenaga, taraf, suhu, emosi, kerja akaliah
dan kata sifat akhlak. Hal ini berbeza daripada Nahu Melayu Zaba yang
mengkelaskan kata tersebut kepada dua iaitu kata sifat dan kata nama.
3. Menurut Nik Safiah, jenis sifatan atau keadaan memberi pengertian sifatan atau
keadaan sebagai unsur keterangan nama. Berbeza dengan Asmah Hj Omar
yang memperincikan kata sifat itu sebagai kata sifat tabii , yang memberi
perincian kepada kualiti yang ada pada tabiat atau perangai manusia. Manakala
dalam Nahu Melayu Zaba menerangkan sifat nama yang menerangkan sifat jati.
4. Bentuk Kata adjektif yang dinyatakan oleh Nik Safiah et.al dibahagikan kepada
empat iaitu tunggal, terbitan, gandaan, majmuk dan perbandingn. Beliau turut
menerangkan setiap kategori tersebut. Bentuk terbitan terbahagi kepada
awalan ter- dan se-, apitan dan sisipan em,-el,-er dan in. Berbeza dengan
Asmah, beliau menyenaraikan empat jenis iaitu akar, berlapis, majmuk dan
gandaan. Bentuk berlapis terbahagi kepada awalan ter-, ke- , se dan penambah-
penambah pinjaman iaitu pro- dan anti-, -isme, -wi,-is dan iah. Namun begitu,
beliau tidak menerangkan tentang bentuk majmuk dan gandaan. Manakala
dalam Nahu Melayu Zaba telah menyatakan bahawa penambahan yang
digunakan untuk menerbitkan sifat kata daripada perkataan lain ada kala berlaku
pergandaan, penggunaan imbuhan se, me dan ter.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
20/25
20
5. Asmah Hj Omar telah membahagikan jenis kata adjektif kepada sebelas pada
tahun 1986, namun telah menambah kepada lima belas pada tahun 2009 dalam
Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Di sini menunjukkan beliau telah
menambah kata sifat taraf, kata sifat suhu, kata sifat emosi , kata sifat akaliah
dan kata sifat akhlak. Kata sifat emosi, merujuk kepada perasaan yang muncul
dan ada kalanya meluap-luap disebabkan sesuatu yang berlaku. Ada yang
negatif dan positif dan pada abad ke-21, muncul kata teruja yang sama dengan
bahasa Inggeris excited.
6. Zaba telah membahagikan kata sifat kepada dua iaitu kata yang menerangkan
nama sebagai sifat nama manakala yang menerangkan selain daripada sifat
nama disebut sifat kata. Ahli bahasa moden yang menggunakan istilah sifatdalam pengkajian mereka ialah Asma Haji Omar manakala Nik Safiah el,at
menggunakan kata adjektif kerana istilah ini selaras dengan istilah bahasa
Inggeris iaitu adjective. Pengaruh ini juga mungkin disebabkan Nik Safiah el.at
adalah seorang yang telah terdidik dengan bahasa Inggeris dan melanjutkan
pengajiannya dalam kesusasteraan Inggeris
5.0. Perbincangan
Berdasarkan persamaan dan perbezaan yang telah dikenal pasti oleh tokoh-tokoh dan
daripada kajian saya sendiri, dapat saya gariskan bahawa keadaan ini berlaku kerana
beberapa sebab iaitu:
1. Setiap ahli bahasa buku Tatabahasa seperti Asmah Haji Omar , Zaba dan Nik
Safiah et al, dan lain-lain mempunyai pemahaman sendiri tentng tajuk kata sifat atau
kata adjektif. Mereka telah membuat kajian yang terperinci sebelum menghasilkan
sesuatu tajuk atau sesebuah buku. Penekanan yang dibuat dianggap sebagai sesuai
dengan zaman itu dan masih boleh digunakan paa asa kini.
2. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga telah disusun dengan lebih jelas
dari segi definisi, bentuk dan jenis kata adjektif berbanding buku Tatabahasa lain seperti
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
21/25
21
Nahu Melayu Zaba dan Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar kerana telah ada
penambahbaikan mengikut masa dan keadaan sekarang serta kajian yang lebih
terperinci.
3. Perbezaan zaman antara buku yang dihasilkan membuatkan saya sukar untuk
memahami hurai daripada Nahu Melayu Zaba. Ini membuatkan saya sukar untuk
membuat banding beza yang jelas antara ketiga-tiganya. Namun demikian saya dapat
memahami apa yang ingin mereka sampaikan.
4. Asmah Hj Omar telah membahagikan jenis kata adjektif kepada sebelas pada
tahun 1986, namun telah menambah kepada lima belas pada tahun 2009 dalam Nahu
Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Di sini menunjukkan beliau telah menambah kata sifat
taraf, kata sifat suhu, kata sifat emosi , kata sifat akaliah dan kata sifat akhlak. Kata sifat
emosi, merujuk kepada perasaan yang muncul dan ada kalanya meluap-luap
disebabkan sesuatu yang berlaku.
6..0 Penutup
Kata adjektif secara umumnya berfungsi menjadi predikat ayat, boleh mendahului kata
penguat, boleh mengikuti kata penguat, boleh diikuti unsur keterangan dan tidak boleh
hadir di hadapan kata kerja.Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada
kata nama atau kata kerja dengan ciri yang boleh didahului atau diikuti oleh kata
penguat
Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa
Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana
sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai
diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak
berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok,
ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa
Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita negara untuk
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
22/25
22
RUJUKAN
Asmah Hj Omar,( 2009) Nahu Melayu Mutakhir edisi kelima,Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2010)
Tatabahasa Dewan Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zaba, ( 1965) , Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-111, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
23/25
23
LAMPIRAN
Sifat Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas,kejap, secantik, terkuat
warna Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
ukuran Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam,besar, sebesar, terpanjang, ternipis
bentuk Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
waktu Lama, lambat, lewat, segera, suntuk,lampau, lalu, silam.
jarak Dekat, hampir, jauh
cara Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap,lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera
- rasa
- pandang
- dengar
- bau
- sentuh
Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas,payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licinAdjektif perasaan Takut, seram, benci, rindu, marah, senang,
gembira.
Jenis-jenis Kata Adjekif oleh Nik Safiah et. al
1. Sifat/keadaan - Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama/frasa nama.
2. Warna - Menunjukkan warna sebagai unsur keterangan sesuatu kata nama/frasa
nama
3. Ukuran - Menunjukkan ukuran sebagai unsur keterangan kata nama/frasa nama.
4. Bentuk - Menerangkan rupa bentuk sesuatu kata nama/frasa nama.
5. Waktu - Menunjukkan maksud masa sebagai unsur keterangan.
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
24/25
24
6. Jarak - Menunjukkan maksud jarak atau penerang kepada kata nama/frasa
nama.
7. Cara - Menunjukkan keadaan atau ragam sebagai unsur penerang kata
nama/frasa nama.
8. Perasaan - Menunjukkan maksud perasaan sebagai unsur keterangan kata
nama/frasa nama.
9. Pancaindera - Menunjukkan maksud sifat, keadaan atau rasa yang dapat
dikesan oleh pancaindera
Penerangan Tentang Jenis Kata Adjekt if
Pembahagian Kata Sifat oleh Zaaba
KATA SIFAT
SIFAT NAMA SIFAT KATA
CONTOH :
Perlahan sedikit bercakap
Saya lama di situ
Burung itu terbang terlalu tinggi
CONTOH :
Suaranya sangat perlahan
Rumah lama itu sudah runtuh
Bukit itu terlalu tinggi
-
8/13/2019 Kerja Kursus Morfologi (d20111049723 Che Norlia Shafie)
25/25
25
JENIS KATA ADJEKTIF
1986 2009
1. Tabii
2 .Warna
3. Ukuran
4 .Bentuk
5. Indera
6. Gabungan Indera
7 .Waktu
8. Jarak
9 .Kecepatan
10.Tenaga
11.taraf
1. Tabii
2. Warna
3. Ukuran
4. Bentuk
5. Indera
6. Gabungan Indera
7. Waktu
8. Jarak
9. Kecepatan
10.Tenaga
11.Taraf
12.Suhu
13.Emosi
14. Kata Kerja Akaliah
15 Akhlak
Jenis-jenis Kata Adjektif oleh Asmah Hj. Omar