kerja kursus pengajian am
TRANSCRIPT
961211095066
1.0 Pengenalan
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan
etnik bermula dari negeri Perlis hingga ke negeri Sabah. Dengan adanya kepelbagaian
kaum dan etnik, maka wujudnya pelbagai budaya bangsa, agama dan adat resam.
Antara kumpulan etnik yang terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina dan India.
Setiap etnik mempunyai adat yang tersendiri dalam segala urusan seperti kaum
Melayu yang mempunyai banyak adat tersendiri yang mana diwarisi daripada
generasi terdahulu dalam kehidupan seharian mereka.
Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun
tidak dapat dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran,
perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di
Malaysia.
Adat resam atau adat istiadat yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan
cetusan peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum
yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesebuah masyarakat menjalani
kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai menyempurnakan atau
melaksanakannya sebagai satu peraturan. Peraturan ini menjadi amalan dan
kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semulajadi di mana lama-kelamaan telah
menjadi satu kemestian yang diikuti secara turun-temurun bagi mengekalkan tradisi
sesuatu kaum itu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, adat bermaksud suatu peraturan yang
diamalkan secara turun temurun sejak dahulu kala di dalam masyarakat sehingga
merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.Adat juga didefinasikan sebagai
suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Kata majmuk adat ialah adat
istiadat.Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu perkataan ini boleh disamakan
dengan kebudayaan.Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud
istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial,
kepercayaan dan perundangan .
1
961211095066
Menurut Dr.Van Dijk mengatakan adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di
semua lapangan hidup dan semua peraturan dan tingkah laku. Adat diamalkan sekitar
2000 tahun dan berkembang bersama-sama dengan seluruh proses peradaban dan
ketamadunan melayu.Adat bukan sekadar kebiasan,keresaman tetapi cara hidup. Oleh
itu, kajian mengenai adat kelahiran masyarakat melayu telah dijalankan. Hal ini
adalah untuk mengkaji pengamalan adat kelahiran masyarakat melayu pada masa ini
Adat kelahiran ialah segala upacara yang dilakukan sejak seorang perempuan
Melayu mengandung hingga melahirkan anak. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat
Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun-temurun. Ia
merangkumi sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir. Bagi masyarakat
Melayu apabila seseorang wanita mengandung, berbagai-bagai adat diamalkan.
Antara contoh adat kelahiran ialah melenggang perut, tepuk mayang, memotong tali
pusat, mencukur jambul bayi, membelah mulut dan berpantang selepas bersalin. Ini
bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak dalam kandungan juga
ibu yang mengandung.
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang
terpaksa dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan
kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan
godaan atau gangguan mahkluk halus. Dalam masyarakat Melayu pada pendapat
umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa gembira akan melahirkan bayi
yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang mengandung
dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara – perkara yang buruk.
Oleh itu, kajian ini lebih menumpukan kepada adat kelahiran bagi masyarakat
melayu yang kebanyakkannya beragama islam, dan adat kelahiran ini mempunyai
beberapa peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas kelahiran bayi. Kajian ini juga
untuk mengenalpasti adat kelahiran bagi kaum Melayu yang masih diamalkan pada
masa ini. Hal ini kerana, pada zaman ini kebanyakkan adat turun temurun telah
dilupakan. Namun, masih terdapat segelintir masyarakat yang memahami kewajaran
dan logiknya mempelajari adt kelahiran bayi ini.
2
961211095066
2.0 Objektif Kajian
Antara objektif kajian yang pengkaji jalankan adalah:
1) Mengenalpasti adat kelahiran bayi oleh kaum Melayu di Kangar, Perlis.
2) Mengkaji adat kelahiran bayi yang masih diamalkan oleh kaum Melayu di
Kangar, Perlis.
3.0 Lokasi Kajian
Peta 1 : Negeri Perlis
Sumber : http://maps.google.com
Negeri Perlis merupakan salah satu daripada 14 negeri ( termasuk Wilayah
Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia). Negeri Perlis juga dikenali
sebagai negeri yang paling kecil di Malaysia yang terletak di utara Semenanjung
Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun. Kangar merupakan ibu negeri
Perlis. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 48,898 orang (2004). Ia terletak di
titik paling utara di Semenanjung Malaysia.
3
961211095066
Peta 2 : Bandar Kangar
Sumber : http://maps.google.com
Kangar merupakan ibu negeri Perlis, Malaysia. Ia mempunyai jumlah
penduduk seramai 48,898 orang (2004). Ia terletak di titik paling utara
di Semenanjung Malaysia dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis. Kawasan pusat
bandar di Kangar ialah Mukim Sena, yang menerima nama jolokan sebagai "Uptown
Sena".
Peta 3 : Kawasan kajian
Sumber : Kerja Lapangan 2015
4
961211095066
4.0 METODOLOGI
Pendahuluan
Menurut Hornby (1985) (dalam Nor Hidayah binti Mohamed,2004), metodologi
merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek
kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian,
sampel kajian, batasan kajian, instrument kajian dan produser analisis data bagi
menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka
rujuk mengenai perkara- perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran
dan analisis data. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti adat kelahiran bayi kaum
Melayu dan mengkaji adat kelahiran bayi kaum Melayu yang masih
diamalkan di kawasan Kangar, Perlis.
Instrumen kajian
Instrument ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep
yang berkaitan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam
kajian ini, instrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan
menggunakan borang temubual, borang soal selidik dan kaedah rujukan.
Kaedah Instrument kajian
Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temubual dan rujukan
Cara mendapatkan respoden
Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk dari kawasan Kangar.
Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada 9 orang lelaki dan 21
orang perempuan dari penduduk di kawasan Kangar akan diambil sebagai responden.
Responden terbatas kepada penduduk yang mendiami berhampiran kawasan Kangar
dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi
teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik
5
961211095066
persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini,
setiap penduduk di Kangar mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
seorang respoden. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang penduduk 30 set borang
soal selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh
data yang lebih tepat. Dalam kualitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemu bual.
Selain itu, kaedah rujukan akan dilakukan oleh pengkaji sendiri.
Cara mendapatkan maklumat/data daripada respoden
Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji buat untuk mendapat dan
mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah
diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik
terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah
mengenai maklumat diri responden manakala bahagian B adalah mengenai soalan
mengenai amalan adat kelahiran yang masih diamalkan oleh masyarakat di kawasan
Kangar.
Bahagian A Maklumat diri responden
Bahagian B Soalan adat kelahiran bayi
( soalan 1 – soalan 20 )
Selain itu, kaedah temubual digunakan. Dalam pada itu, pengkaji akan
menemu bual 3 orang yang tinggal di kawasan Kangar. Tujuan utama temu bual ini
adalah untuk mengetahui adat kelahiran bayi yang masih diamalkan di kawasan
Kangar, Perlis.
Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui
kaedah rujukan. Pengkaji telah merujuk buku, internet, dan Kamus Dewan Edisi ke-4
daripada Perpustakaan Negeri Perlis.
Memproses dan mempersembahan data
Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang
berbentuk pengkelasan soalan iaitu YA dan TIDAK. Kajian ini menggunakan
pengkelasan soalan iaitu 1= Ya dan 2= Tidak. Untuk memudahkan penganalisisan
data, pengkelasan soalan akan dikategori seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1 : Pengkelasan Soalan
YA 1
6
961211095066
TIDAK 2
Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan manual akan diguna
pakai. Oleh sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk
dianalisis. Data yang dikumpulkan akan disembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf
bar, carta pai dan jadual.
Rumusan
Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan
kesahan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengikut tatacara
kajian yang ketat dengan menepati prosedur kutipan data dan instrumen yang telah
dikenal pasti.
7
961211095066
5.0 Dapatan kajian dan perbincangan
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
responden terhadap mengenalpasti amalan adat kelahiran kaum Melayu di kawasan
Kangar, Perlis dan.mengkaji amalan adat kelahiran yang masih diamalkan di kawasan
Kangar, Perlis.
5.1 Demografi Responden
Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan masyarakat Melayu di
kawasan Kangar berdasarkan umur, jantina dan taraf perkahwinan.
Jadual 1 : Latar Belakang Responden
Bil Faktor Kategori Kekerapan Peratus
1 Jantina Lelaki 9 30%
Perempuan 21 70%
2 Umur 18-30 tahun 12 40 %
31-45 tahun 11 36.67%
46 tahun- ke
atas
7 23.33%
3 Taraf
Perkahwinan
Bujang 11 36.67%
Kahwin 18 60%
Lain-lain 1 3.33%
Sumber : Kajian Lapangan 2015
8
961211095066
Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina
Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina
30 %
70 %
Jantina
Lelaki
Perempuan
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Petunjuk :
Berdasarkan Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina
dalam kalangan masyarakat Melayu di kawasan Kangar. Daripada 30 orang yang
telah disoal selidik, seramai 9 orang responden adalah jantina lelaki bersamaan
dengan 30 %. Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah seramai 21 orang
responden bersamaan 70 %.
9
961211095066
Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur
Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan Umur
40 %
36.67 %
23.33 %
Umur
18 - 30 tahun
31 - 45 tahun
46 tahun - ke atas
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Petunjuk :
Berdasarkan Rajah 2 di atas pula menunjukkan demografi responden berdasarkan
umur 18-30 tahun, 31-45 tahun dan 46 tahun-ke atas di kawasan Kangar. Daripada 30
orang penduduk yang telah disoal selidik, seramai 12 orang responden berumur 18-30
tahun bersamaan 40 %. Sementara itu, bagi yang berumur 31-45 tahun adalah seramai
11 orang responden bersamaan 36.67%. Akhir sekali, seramai 7 orang responden
bersamaan 23.33 % bagi yang berumur 46 tahun- ke atas.
10
961211095066
Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan taraf perkahwinan
Rajah 3 : Demografi Responden Berdasarkan Taraf Perkahwinan
36.67%
60%
3.33%
Taraf Perkahwinan
Bujang
Berkahwin
Lain-lain
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Petunjuk :
Berdasarkan rajah 3 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan taraf
perkahwinan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kangar. Daripada 30 orang yang
telah disoal selidik,seramai 11 orang responden adalah masih bujang bersamaan
36.67%. Sementara itu bagi responden yang telah berkahwin adalah seramai 18 orang
responden bersamaan 60 %. Selain itu, seramai 1 orang responden untuk lain-lain
iaitu bersamaan 3.33 %.
11
961211095066
5.2 Adat kelahiran Kaum Melayu di kawasan Kangar, Perlis.
5.2.1 Adat Kelahiran Kaum Melayu
Jadual 2 menunjukkan senarai adat-adat kelahiran di kawasan Kangar, Perlis.
Jadual 2: Senarai adat-adat kelahiran di kawasan Kangar, Perlis.
Bil Adat-adat kelahiran di Kuala Perlis, Perlis.
1) Perkhidmatan Tuk Bidan
2) Melenggang perut
3) Mandi bunga dalam adat melenggang perut
4) Tepuk Mayang dalam upacara melenggang perut
5) Azan dan Iqamat
6) Membelah mulut
7) Mencukur jambul
8) Menanam uri
9) Memberi nama yang baik
10) Kenduri nasi kunyit pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi
11) Berpantang
12) Bertungku perut
13) Berbengkung
14) Berurut
15) Akikah
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan Jadual 2, didapati terdapat banyak adat-adat kelahiran yang
terdapat di kawasan Kangar, Perlis. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu
banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia
merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
1) Perkhidmatan Tuk Bidan
Adat ini masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melayu yang berpegang
teguh kepada adat khususnya di kawasan pedalaman Perkhidmatan tuk bidan
12
961211095066
digunakan untuk menentukan jantina seseorang bayi apabila seorang wanita
itu mengandung.
2) Melenggang Perut
Adat melenggang perut dilakukan bagi bakal ibu yang mengandung anak
pertama atau anak sulung ketika kandungan itu berusia tujuh bulan. Adat ini
bertujuan memelihara anak dalam kandungan dan dipercayai sempurna
sifatnya apabila lahir kelak. Jika amalan melenggang perut tidak dilakukan
dipercayai akan memudaratkan ibu yang mengandung. Kemungkinan ibu akan
mengalami kesulitan semasa bersalin.
3) Mandi Bunga
Upacara memandikan ibu mengandung dijalankan iaitu dikenali sebagai
mandi bunga kerana air mandian itu dibubuh tujuh jenis bunga yang
dimasukkan ke dalam buyung. Air di dalam buyung itu dititiskan air limau
nipis dan dibubuh juga sedikit bertih. Mandi bunga dikatakan baik dari segi
fizikal dan menguatkan semangat ibu mengandung.
4) Tepuk Mayang
Setelah selesai mandi bunga, ibu mengandung akan diberi persalinan. Apabila
selesai menukar pakaian, ibu mengandung disuruh berlunjur lurus dengan kaki
dirapatkan dan bidan akan melaksanakan upacara menghalau dan menjauhkan
kuasa ghaib. Mayang pinang muda yang masih di dalam kelopak dijampi.
Bidan berdiri tegak di belakang kepala ibu mengandung sambil menjampi
mayang. Kemudian, mayang akan dipukul di atas tangan kiri bidan tersebut
sehingga pecah kelopaknya. Upacara ini dilaksanakan kerana dipercayai si ibu
akan bersalin sebagaimana mudahnya mayang pecah.
5) Azan dan Iqamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya
manakala bayi perempuan akan diiqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi
tersebut akan melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih
merupakan amalan berunsur keagamaan.
6) Membelah/Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga
terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat
demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah
13
961211095066
Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air
madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke
dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu
menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini
sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.
7) Mencukur Jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat
potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari
tersebut. Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan
di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau
datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh
hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur
beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting
sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi.
8) Menanam Uri
Bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian
jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi
sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak
datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri
tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila
dewasa akan sukar dikawal perlakuannya.
9) Memberi Nama yang Baik
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud
yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi
mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri
atau anak-anak nabi akan dipilih.
10) Kenduri Nasi Kunyit
Kenduri nasi kunyit diadakan pada majlis mencukur jambul bayi iaitu pada
hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Ia merupakan kenduri secara kecil-
kecilan akan diadakan sebagai tanda kesyukuran menerima ahli keluarga baru
dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang selamat.
11) Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa
14
961211095066
berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar
pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh
berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari
hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
12) Bertungku Perut Amalam ini dilakukan selepas bertangas dan membersihkan diri. Bahan yang
dijadikan tungku ialah sebiji batu pejal yang sederhana besarnya. Batu ini
perlu dipanaskan terlebih dahulu. Setelah panas, batu tungku tadi hendaklah
dibalut dengan kain. Kemudian ia diulitkan pada anggota tubuh badan wanita
berkenaan terutama bahagian perut, Bertungku dikatakan boleh
menghindarkan kulit perut serta anggota tubuh lain daripada menjadi
berkedut kedut.
13) Berbengkung
Amalan memakai bengkung masih dilakukan oleh kebanyakan wanita melayu
selepas mereka bersalin. Amalan berbengkung biasanya dilakukan dalam
masa pantang selama kira-kira 44 hari. Berbekung dapat memberi sokongan
kepada otot-otot perut dan mengendurkan otot-otot pada bahagian punggung
akibat kehamilan. Amalan ini juga memberi keselesaan kepada wanita selepas
melahirkan anak. 14) Berurut
Berurut selepas bersalin masih diamalkan oleh kebanyakan wanita Melayu.
Walaupun urut adalah perbuatan yang pasif, namun ia memberi keselesaan
kepada otot-otot badan yang menjadi tegang semasa proses kehamilan.
Biasanya urut dilakukan setelah disapu dengan minyak ubat. Ini bertujuan
untuk melicinkan pergerakan semasa proses mengurut dan badan juga tidak
terasa sakit.
15) Akikah
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak,
akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh
selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan
menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah
anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja
seumur hidup.
15
961211095066
5.3 Amalan Adat Kelahiran yang Masih Diamalkan di kawasan Kangar,Perlis.
5.3.1 Pengetahuan umum
Jadual 3 menunjukkan pengetahuan umum masyarakat mengenai amalan adat kelahiran di Kangar, Perlis.
Jadual 3: Analisis pengetahuan umum masyarakat mengenai amalan adat kelahiran di Kangar,Perlis.
Bil Pengetahuan Umum Ya Tidakf % f %
1 Adakah semua adat melayu dalam kelahiran masih diamalkan pada masa ini ?
13 43.33 17 56.67
2 Adakah masyarakat melayu sekarang memahami tentang adat dalam kelahiran bayi ?
7 23.33 23 76.67
3 Adakah anda pernah menghadiri majlis mencukur jambul bayi ?
11 36.67 19 63.33
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Rajah 4 : Peratusan Responden Terhadap Pengetahuan Umum Masyarakat
Melayu Mengenai Adat Kelahiran
Soalan Umum (1) Soalan Umum (2) Soalan Umum (3)0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
43.33 %
23.33 %36.67 %
56.67 %
76.67 %63.33 %
Ya Tidak
16
961211095066
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Rajah 5 : Responden Terhadap Pengetahuan Umum Adat Kelahiran
Ya34.44%
Tidak65.56%
Pengetahuan Umum
YaTidak
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan Jadual 4, didapati paling ramai responden menyatakan tidak
dengan penyataan masyarakat melayu sekarang masih memahami tentang adat dalam
kelahiran bayi iaitu seramai 23 orang bersamaan 76.67 % yang memilih tidak.
Responden yang paling sedikit menyatakan ya adalah pada penyataan tersebut juga
dengan seramai 7 orang bersamaan 23.33 %. Bagi penyataan mengenai pengamalan
masyarakat melayu dalam amalan adat kelahiran masih diamalkan, seramai 13 orang
bersamaan 43.33% yang memilih ya manakala seramai 17 orang bersamaan 56.67%
yang memilih tidak dengan penyataan tersebut. Bagi penyataan seterusnya kehadiran
masyarakat melayu ke majlis cukur jambul, seramai 19 orang bersamaan 63.33%
memilih tidak dan sebanyak 36.67% iaitu bersamaan 11 orang yang memilih ya
dengan penyataan tersebut.
17
961211095066
Berdasarkan rajah 5 memaparkan bahawa hanya mempunyai 34.44% yang
memahami dan mempunyai pengetahuan mengenai adat kelahiran. Namun demikian,
mempunyai 65.56% responden yang tidak memahami mengenai adat kelahiran.
5.3.2 Adat Sebelum Kelahiran
Jadual 4 menunjukkan adat sebelum kelahiran bayi yang masih diamalkan di kawasan
Kangar,Perlis.
Jadual 4 : Analisis adat sebelum kelahiran bayi yang masih diamalkan di
kawasan Kangar, Perlis.
Bil Adat-adat Sebelum Kelahiran Ya Tidak
f % f %
1 Adakah amalan melenggang
perut masih diamalkan wanita
kini ?
0 0 30 100
2 Adakah wanita kini
mengamalkan mandi bunga
dalam adat melenggang perut
untuk menguatkan semangat
ibu hamil ?
0 0 30 100
3 Adakah anda mengetahui
amalan tepuk mayang adalah
adat dalam upacara
melenggang perut ?
0 0 30 100
Rajah 6 : Peratusan Responden Terhadap Adat Sebelum Kelahiran Masyarakat
Melayu
18
961211095066
Soalan Sebelum (1) Soalan Sebelum (2) Soalan Sebelum (3)0%
10%20%30%40%50%60%70%80%90%
100%
100 % 100 % 100 %
Ya Tidak
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Rajah 7 : Responden Terhadap Adat Sebelum Kelahiran Masyarakat Melayu
100%
Adat Sebelum Kelahiran
YaTidak
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan Jadual 6, didapati semua responden menyatakan tidak untuk
semua persoalan mengenai adat sebelum kelahiran iaitu seramai 30 orang bersamaan
100% . Persoalan yang ditujukan adalah pengamalan melenggang perut pada masa
kini, pengamalan mandi bunga serta pengetahuan responden mengenai tepuk mayang
dalam adat melenggang perut. Berdasarkan rajah 3, ini membuktikan amalan tersebut
19
961211095066
tidak diamalkan pada masa ini kerana ia merupakan amalan yang bertentangan
dengan syariat islam.
Berdasarkan rajah 7, memaparkan bahawa kesemua responden iaitu 100%
yang menyatakan amalan melenggang perut sudah tidak diamalkan di kawasan
Kangar.
5.3.3 Adat Semasa Kelahiran
Jadual 5 menunjukkan adat semasa kelahiran bayi yang masih diamalkan di kawasan
Kangar,Perlis.
Jadual 5 : Analisis adat semasa kelahiran bayi yang masih diamalkan di kawasan
Kangar, Perlis.
Bil Adat-adat Semasa Kelahiran Ya Tidak
f % f %
1 Adakah masyarakat sekarang masih
ada yang menggunakan
perkhidmatan tuk bidan untuk
menentukan jantina bayi ?
1 3.33 29 96.67
2 Adakah anda mengetahui bahawa
sunat memberi nama yang baik
kepada anak ?
28 93.33 2 6.67
3 Adakah anda bersetuju bahawa
berurut mampu memberi keselesaan
kepada otot-otot badan yang
menjadi tegang semasa proses
kehamilan ?
30 100 0 0
20
961211095066
Rajah 8 : Peratusan Responden Terhadap Adat Semasa Kelahiran Masyarakat
Melayu
Soalan Semasa (1) Soalan Semasa (2) Soalan Semasa (3)0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
3.33%
93.33% 100%96.67%
6.67% 0%
Ya Tidak
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Rajah 9 : Responden Terhadap Adat Semasa Kelahiran Masyarakat Melayu
65.56%
.34.44%
Adat Semasa Kelahiran
Ya Tidak
Berdasarkan Jadual 8, didapati paling ramai responden menyatakan ya
adalah pada penyataan soalan mengenai berurut semasa proses kehamilan iaitu
seramai 30 orang bersamaan 100%. Responden yang paling sedikit menyatakan tidak
adalah pada penyataan mengenai memberi nama yang baik kepada bayi adalah sunat
adalah seramai 2 orang bersamaan 6.67%. Manakala, responden yang memilih ya
21
961211095066
pada penyataan tersebut iaitu seramai 28 orang bersamaan 93.33%. Bagi penyataan
mengenai perkhidmatan tuk bidan dalam menentukan jantina bayi hanya 1 orang
bersamaan 3.33% yang memilih ya dan seramai 29 orang bersamaan 96.67% yang
memilih tidak dengan penyataan tersebut.
Berdasarkan rajah 9 memaparkan bahawa mempunyai 65.56% yang
memahami dan mempunyai pengetahuan mengenai adat semasa kelahiran. Manakala,
34.44% responden yang tidak memahami mengenai adat semasa kelahiran.
5.3.3 Adat Selepas Kelahiran
Jadual 6 menunjukkan adat selepas kelahiran bayi yang masih diamalkan di kawasan
Kangar,Perlis.
Jadual 6 : Analisis adat selepas kelahiran bayi yang masih diamalkan di kawasan
Kangar, Perlis.
Bil Adat-adat Selepas Kelahiran Ya Tidak
f % f %
1 Adakah amalan bertungku perut
masih diamalkan pada masa ini ?
21 70 9 30
2 Adakah anda memahami kaedah
berbengkung selepas bersalin ?
19 63.33 11 36.67
3 Adakah berpantang selepas bersalin
mampu menjaga keselamatan ibu ?
30 100 0 0
4 Adakah anda tahu bahawa akikah
adalah sunat dilakukan pada hari
ke-7 selepas kelahiran seorang
bayi ?
23 76.67 7 23.33
Rajah 10 : Peratusan Responden Terhadap Adat Selepas Kelahiran Masyarakat
Melayu
22
961211095066
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Rajah 11 : Responden Terhadap Adat Selepas Kelahiran Masyarakat Melayu
77.5%
22.5%
Adat Selepas Kelahiran
Ya Tidak
Sumber : Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan Jadual 10, didapati paling ramai responden menyatakan ya
dengan penyataan soalan mengenai amalan berpantang selepas bersalin iaitu seramai
30 orang bersamaan 100% yang memilih ya. Responden yang paling sedikit
menyatakan tidak adalah pada penyataan amalan bertungku perut adalah seramai 9
orang bersamaan 30%. Manakala, responden yang memilih ya pada penyataan
23
Soalan Selepas (1) Soalan Selepas (2) Soalan Selepas (3) Soalan Selepas (4)0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
70% 63.33%
100%
76.67%
30% 36.67%
0%
23.33%
Ya Tidak
961211095066
tersebut iaitu seramai 21 orang bersamaan 70%. Bagi penyataan pemahaman kaedah
berbengkung seramai 19 orang bersamaan 63.33% yang memilih ya dan seramai 11
orang bersamaan 36.67% yang memilih tidak dengan penyataan tersebut. Bagi
penyataan seterusnya ialah pengetahuan mengenai sunat melakukan akikah, seramai 7
orang bersamaan 23.33% memilih tidak dan sebanyak 76.67% iaitu bersamaan 23
orang yang memilih ya dengan penyataan tersebut.
Berdasarkan rajah 11 memaparkan bahawa mempunyai 77.5% yang
memahami dan mempunyai pengetahuan mengenai adat selepas kelahiran. Manakala,
22.5% responden yang tidak memahami mengenai adat semasa kelahiran.
Adat Kelahiran Kaum Melayu yang Masih Diamalkan di kawasan Kangar,
Perlis. ( dapatan daripada kaedah temu bual )
Jadual 7 : Analisis Adat Kelahiran Kaum Melayu yang Masih Diamalkan
di kawasan Kangar, Perlis
Bil Adat kelahiran
yang masih
diamalkan
Informan 1 Informan 2
1 Adakah
masyarakat
Melayu
sekarang
masih
memahami
adat
kelahiran ?
Tidak kerana masyarakat Melayu
sekarang kurang mengambil tahu
tentang adat- adat Melayu. Mereka ini
mungkin hanya mengetahui amalan
cukur jambul dan belah mulut tetapi
selebihnya tidak.
Tidak kerana ada setengah adat
kelahiran yang bertentangan
dengan syariat Islam. Jadi,sudah
tak diamalkan sekarang. Mungkin
hanya sedikit adat kelahiran iaitu
yang diamalkan kini yang
masyarakat melayu tahu seperti
berpantang dan bertungku perut.
2 Adakah anda
mengetahui
dan
memahami
upacara
Ya memandangkan saya sudah
berkahwin, jadi saya mengetahui cara
nak cukur jambul bayi. Majlis ini
selalunya diadakan 7 hari selepas
kelahiran bayi.
Saya hanya tahu sedikit saja pasal
upacara ini sebab saya tak kahwin
lagi. Jadi tak tahu sangat. Tetapi
saya pernah menghadiri majlis
cukur jambul anak kakak saya
24
961211095066
mencukur
jambul bayi ?
untuk mengetahui bagaimana ia
dilakukan dengan lebih jelas.
3 Adakah anda
tahu amalan
melenggang
perut
merupakan
salah satu adat
kelahiran ?
Ya tetapi hanya sedikit yang saya tahu
sebab ibu saya pernah memberitahu
kepada saya tentang amalan tersebut.
Namun, masyarakat sekarang dah tak
buat sebab amalan tersebut
bertentangan dengan syariat.
Tambahan lagi, masyarakat sekarang
sudah berpengetahuan dan
membezakan amalan yang karut dan
yang betul.
Tidak, tak pernah tahu pun adanya
amalan ini.
Berdasarkan Jadual 7 di atas, pengkaji telah menemu bual 2 orang penduduk
yang mendiami kawasan Kangar, Perlis untuk mendapatkan maklumat tentang amalan
adat kelahiran yang masih diamalkan di kawasan Kangar, Perlis. Kedua-dua
penduduk tersebut dijadikan sebagai informan untuk membantu pengkaji dalam
menyiapkan temu bual ini.
Menurut kedua-dua informan yang ditemu bual, mereka mengatakan bahawa
tidak semua adat kelahiran yang masih diamalkan. Informan pertama menyatakan
bahawa masyarakat Melayu sekarang kurang mengambil tahu tentang adat- adat
Melayu dan mereka ini mungkin hanya mengetahui amalan cukur jambul dan belah
mulut tetapi selebihnya tidak. Manakala informan kedua menyatakan bahawa ada
setengah adat kelahiran yang bertentangan dengan syariat Islam. Jadi,sudah tak
diamalkan sekarang. Mungkin hanya sedikit adat kelahiran iaitu yang diamalkan kini
yang masyarakat melayu tahu seperti berpantang dan bertungku perut.
Seterusnya, amalan kedua iaitu amalan upacara mencukur jambul bayi dalam
adat kelahiran. Bagi informan pertama menyatakan bahawa dia sudah berkahwin, jadi
dia mengetahui cara nak cukur jambul bayi. Majlis ini selalunya diadakan 7 hari
selepas kelahiran bayi. Informan kedua pula menyatakan bahawa dia hanya tahu
sedikit saja pasal upacara ini. Tetapi informan kedua pernah menghadiri majlis cukur
jambul anak kakak dia untuk mengetahui bagaimana ia dilakukan dengan lebih jelas.
Amalan melenggang perut merupakan adat kelahiran. Bagi informan pertama
menyatakan bahawa masyarakat sekarang dah tak buat sebab amalan tersebut
25
961211095066
bertentangan dengan syariat. Tambahan lagi, masyarakat sekarang sudah
berpengetahuan dan membezakan amalan yang karut dan yang betul. Akhbar Berita
Harian juga turut menyatakan amalan melenggang perut bertentangan dengan islam
iaitu dalam artikelnya ‘Antara Islam dan Adat Resam’. Informan kedua pula
menyatakan bahawa dia tidak tahu mengenai amalan melenggang perut.
6.0 Rumusan
6.1 Pengenalan
Secara kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui adat
kelahiran di kawasan Kangar, Perlis. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti
adat kelahiran kaum Melayu di kawasan Kangar, Perlis dan mengkaji adat kelahiran
yang masih diamalkan di kawasan Kangar, Perlis.
Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang penduduk yang
tinggal di kawasan tempat kajian telah dipilih sebagai responden kajian ini.
6.2 Kaedah kajian dan demografi responden
Terdapat 3 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah
soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah rujukan. Dalam menjalankan kaedah soal
selidik, seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak daripada populasi
tempat kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 9 orang lelaki dan 21
orang perempuan telah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik tersebut dan
kebanyakan daripada kalangan umur 18-30 tahun. Manakala pengkaji juga telah
menemu bual 2 orang penduduk yang tinggal di kawasan tempat kajian untuk
mendapatkan pandangan mereka berkenaan objektif kajian yang ingin dikaji.
26
961211095066
Setelah mengumpulkan data daripada responden dan temubual, dalam aspek
penganalisisan data, pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh sebab itu, kekerapan
dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis.
6.3 Adat kelahiran bayi kaum Melayu di kawasan Kangar, Perlis
Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat 3 peringkat adat kelahiran di
kawasan Kangar. Menurut rujukan yang dijalankan bahawa 3 peringkat adat kelahiran
ialah sebelum, semasa dan selepas kelahiran.
6.4 Adat kelahiran bayi kaum Melayu yang masih diamalkan di kawasan
Kangar, Perlis
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak semua adat kelahiran bayi
diamalkan oleh masyarakat Melayu pada masa ini. Menurut soal selidik yang
dikumpulkan, pengkaji mendapati majoriti responden menyatakan bahawa
kebanyakan adat kelahiran sudah tidak diamalkan iaitu adat melenggang perut, tepuk
mayang dan mandi bunga kerana ada sesetengah amalan dalam adat kelahiran
bertentangan dengan islam.
Selain itu, amalan semasa dan selepas kelahiran masih diamalkan pada masa ini
iaitu mencukur jambul, membelah mulut, berpantang, bertungku perut dan
berbengkung. Responden menyatakan YA bahawa amalan semasa dan selepas
kelahiran masih tidak bertentangan dengan islam.
6.5 Kesimpulan
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati terdapat 3 peringkat dalam adat
kelahiran bayi di kawasan Kangar, Perlis iaitu sebelum, semasa dan selepas kelahiran.
Daripada ketiga-tiga peringkat tersebut, didapati amalan sebelum kelahiran bayi
merupakan peringkat paling dominan yang tidak diamalkan di kawasan Kangar, Perlis
Daripada dapatan kajian ini, diharapkan adat kelahiran bayi masyarakat Melayu
masih diamalkan oleh penduduk yang tinggal di kawasan Kangar agar adat warisan
tidak terus hilang.
27
961211095066
RUJUKAN
A.Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Mohammad, 1995. Adat Dan Pantang Larang
Orang Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Adilah Mohammad Halim (2012). Adat Kelahiran Masyarakat Malaysia. Dicapai
pada Mac 4, 2015, dari https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-
resam-kelahiran-masyarakat-malaysia-19/
Google Maps (2015). Dicapai pada Februari 29, 2015, dari https:// maps.google.com
Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Syed Alwi Sheikh Al-Hadi,1986. Adat Resam Dan Adat Istiadat Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
28
961211095066
LAMPIRAN
Foto 1: Majlis cukur jambul bayi
29
961211095066
Foto 2 : Upacara membelah mulut bayi
Temu Bual
Bil Adat kelahiran
yang masih
diamalkan
Informan 1 Informan 2
1 Adakah
masyarakat
Melayu sekarang
masih memahami
adat kelahiran ?
2 Adakah anda
30
961211095066
mengetahui dan
memahami
upacara mencukur
jambul bayi ?
3 Adakah anda tahu
amalan
melenggang perut
merupakan salah
satu adat
kelahiran ?
BORANG SOAL SELIDIK
Kerja Khusus Pengajian Am
Makluman kepada respoden :
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS) untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik untuk mengkaji adat kelahiran oleh kaum melayu dan mengenalpasti adat kelahiran yang masih diamalkan oleh kaum melayu di Kangar, Perlis. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia hanya digunakan untuk kepentingan kajian sahaja.
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
Tandakan ( ) pada yang berkenaan.
1) Jantina
Lelaki
Perempuan
2) Umur
18 – 30 tahun
31 – 45 tahun
46 – ke atas tahun
31
961211095066
3) Taraf Perkahwinan
BUJANG
BERKAHWIN
LAIN-LAIN
BAHAGIAN B
Berdasarkan pada kenyataan yang diberikan, jawab soalan berikut dengan
jujur dan telus. Baca dengan teliti setiap kenyataan. Pilih satu jawapan dengan
menandakan ( ) dalam ruang berkenaan.
NO SOALAN YA TIDAK
1) Adakah semua adat melayu dalam kelahiran masih diamalkan
pada masa ini ?
2) Adakah masyarakat melayu sekarang memahami tentang adat
dalam kelahiran bayi ?
3) Adakah anda pernah menghadiri majlis mencukur jambul bayi ?
4) Adakah masyarakat sekarang masih ada yang menggunakan
perkhidmatan tuk bidan untuk menentukan jantina bayi ?
5) Pada zaman dahulu, pantang larang amat dititikberatkan kepada
wanita hamil, adakah wanita kini masih mempercayai pantang
larang turun-temurun yang mampu memberi kesan yang baik
kepada ibu dan anak ?
6) Adakah amalan melenggang perut masih diamalkan wanita kini ?
7) Adakah wanita kini mengamalkan mandi bunga dalam adat
melenggang perut untuk menguatkan semangat ibu hamil ?
32
961211095066
8) Adakah anda mengetahui amalan tepuk mayang adalah adat
dalam upacara melenggang perut ?
9) Adakah anda mengetahui bahawa azan dan iqamat didengarkan
di telinga bayi adalah untuk menghalau jin dan syaitan dari
menghampiri bayi ?
10) Wajarkah amalan membelah mulut diteruskan pada masa ini ?
11) Adakah anda mengetahui uri bayi tidak boleh ditanam sesuka
hati untuk menjaga keselamatan bayi tersebut ?
12) Adakah anda mengetahui bahawa sunat memberi nama yang baik
kepada anak ?
13) Adakah anda memahami dengan jelas upacara mencukur jambul
bayi ?
14) Adakah masyarakat sekarang masih mengadakan kenduri nasi
kunyit pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi ?
15) Adakah berpantang selepas bersalin mampu menjaga
keselamatan ibu ?
16) Adakah amalan bertungku perut masih diamalkan pada masa
ini ?
17) Adakah anda memahami kaedah berbengkung selepas bersalin ?
18) Adakah anda bersetuju bahawa berurut mampu memberi
keselesaan kepada otot-otot badan yang menjadi tegang semasa
proses kehamilan ?
19) Adakah anda mengetahui bahawa pemakanan ibu selepas
bersalin mampu mempengaruhi kesihatan anak ?
20) Adakah anda tahu bahawa akikah adalah sunat dilakukan pada
hari ke-7 selepas kelahiran seorang bayi ?
33