kerja kursus sejarah

35
PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Cikgu Lucy Suliman kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau kepada saya dalam menjalankan Kajian Kursus Sejarah ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri, Encik Piel Bin Haji Abeng yang telah membenarkan kami menjalankan kerja kursus ini sehingga selesai. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik Hassan Bin Haji Ismail dan Puan Norma Binti Kassim yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini. Sekalungan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu, berkongsi pendapat dan maklumat serta memberi komen ketika saya menyiapkan kerja kursus ini. Nur Eliyah Bte Hassan Kerja Kursus Sejarah PMR 2013

Upload: annur-san

Post on 29-Oct-2015

175 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus sejarah

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya

iaitu Cikgu Lucy Suliman kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau kepada saya

dalam menjalankan Kajian Kursus Sejarah ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada

pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri, Encik Piel Bin Haji Abeng yang

telah membenarkan kami menjalankan kerja kursus ini sehingga selesai.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu

Encik Hassan Bin Haji Ismail dan Puan Norma Binti Kassim yang telah banyak membantu dan

sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan kerja

kursus ini.

Sekalungan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang banyak

membantu, berkongsi pendapat dan maklumat serta memberi komen ketika saya menyiapkan

kerja kursus ini.

Akhir sekali, kepada mereka yang telah banyak membantu secara langsung mahupun

secara tidak langsung, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih. Semua tunjuk ajar, dorongan

dan bantuan yang telah diberikan dari mula hingga saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini

amatlah dihargai. Terima kasih.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 2: kerja kursus sejarah

OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu ekonomi tradisonal di Malaysia.

Kegiatan ekonomi tradisional yang saya pilih ialah perikanan. Kajian saya merangkumi objektif-

objektif berikut :-

1. Kajian sejarah tempatan ini membolehkan saya memahami dengan lebih dalam lagi

tentang kegiatan ekonomi tradisional yang terdapat di Malaysia. Penduduk negara kita

telah menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi tradisional seperti kegiatan pertanian,

perikanan dan perlombongan sebelum kedatangan kuasa Barat lagi.

2. Kajian ini juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang pelbagai jenis

ekonomi tradisional yang dijalankan di negara kita. Kajian ini turut mengelaskan

bagaimana pengusah-pengusaha kegiatan ekonomi tradisional ini menjalankan ekonomi

mereka sebagai sumber pendapatan untuk menjalani kehidupan yang lebih maju lagi.

3. Kajian tentang kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia ini juga dapat melahirkan rasa

bangga dalam diri saya. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya amat menghargai

perkembangan kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan di Malaysia kerana

kepelbagaian ekonomi tradisional ini telah menyumbangkan banyak kemajuan ekonomi

kepada negara kita sekaligus berjaya menjadi salah satu daripada sumber pendapatan

negara kita.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 3: kerja kursus sejarah

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian tentang ekonomi

tradisional Malaysia yang berkaitan dengan perikanan. Antara kaedah-kaedah tersebut adalah :-

1. Kaedah muat turun internet :

Saya menggunakan kemudahan ICT dengan melayari beberapa laman sesawang dan turut

memuat turun bahan yang berkaitan dengan kajian ini.

2. Kaedah penyelidikan perpustakaan :

Saya juga mengunjungi Perpustakaan Majlis Bandaraya Miri dan Pustaka Miri untuk

menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber

yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi

kajian saya.

3. Kaedah temu ramah :

Saya juga turut menemu ramah Encik Darman Bin Napi, seorang nelayan tradisional

untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 4: kerja kursus sejarah

HASIL KAJIAN

Bagi memenuhi kehendak Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013, saya dikehendaki

menjalankan satu kajian tentang kegiatan ekonomi tradisonal di Malaysia. Tajuk kegiatan

ekonomi tradisional yang dipilih oleh saya ialah perikanan.

(a) Maklumat Asas Kegiatan Perikanan di Malaysia

(i) Sejarah Kegiatan Perikanan di Malaysia

Di Malaysia, sejarah perikanan telah

bermula sejak zaman Paleolitik lagi. Penemuan

alat-alat menangkap ikan dari zaman itu

menunjukkan bahawa kegiatan menangkap ikan

merupakan antara aktiviti sara diri utama untuk

mendapatkan sumber makanan.

Menurut Haron Daud dalam bukunya yang bertajuk “Sejarah Melayu : Satu Kajian

Daripada Asal Pensejarahan Budaya”, kegiatan perikanan giat dijalankan oleh masyarakat

Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka Penyataan beliau dikuatkan lagi dengan mitos

tentang seorang pemuda bernama Badang. Menurut mitos itu, Badang telah menjadi perkasa

setelah memakan muntah jin yang mencuri ikan-ikan dari bubu miliknya. Kisah dalam mitos itu

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 5: kerja kursus sejarah

menggambarkan bahawa aktiviti menangkap ikan antara aktiviti penting untuk mendapatkan

sumber makanan pada masa itu.

Kegiatan perikanan tradisional dijalankan secara sara diri dan berskala kecil-kecilan

dengan melibatkan anggota keluarga sahaja. Aktiviti ini menjadi mata pencarian utama bagi

penduduk yang tinggal berhampiran dengan laut, sungai atau tasik. Mereka hanya menggunakan

teknik dan alat tradisional untuk menangkap ikan. Alat-alat yang digunakan bergantung kepada

kawasan tangkapan. Jaring, kelong dan pukat digunakan untuk menangkap ikan di laut manakala

pancing, jala, bubu, tangguk, lukah, tombak dan serampang digunakan untuk menangkap ikan di

sungai, tasik dan kolam. Kapal kecil dan perahu pula menjadi nadi utama bagi mereka untuk

turun ke laut atau sungai.

Nelayan tradisional menjadikan hasil tangkapan mereka sebagai sumber makanan utama

mereka sekeluarga. Jika ada tangkapan lebih, lebihan itu akan ditukar atau dijual untuk

mendapatkan barang keperluan lain. Selain daripada menjadi sumber makanan dan barang

jualan, ada juga hasil tangkapan yang akan diproses menjadi produk sampingan untuk

diperdagangkan. Antara produk-produk itu ialah ikan kering, ikan masin, ikan bilis, belacan,

keropok berasaskan makanan laut, cencaluk dan budu.

Setelah negara kita mencapai kemerdekaan, kegiatan perikanan turut berkembang pesat

seiring dengan kemajuan negara. Para nelayan yang dahulunya hanya menggunakan sampan dan

peralatan tradisional kini sudah mampu pergi ke laut dengan bot enjin dan peralatan-peralatan

yang moden. Dengan itu mereka boleh menangkap ikan jauh ke laut dan tidak hanya bertumpu di

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 6: kerja kursus sejarah

kawasan pinggir pantai sahaja. Hasil tangkapan juga semakin banyak sekaligus pendapatan

mereka juga turut meningkat. Maka dengan itu taraf kehidupan nelayan juga menjadi bertambah

baik. Namun begitu, masih ada lagi segelintir nelayan yang masih meneruskan tradisi

menangkap ikan dengan menggunakan cara dan alatan tradisional terutamanya nelayan berskala

kecil-kecilan yang menangkap ikan di pinggir pantai dan sungai.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 7: kerja kursus sejarah

(ii) Lokasi Kajian

Dalam menjalankan kerja kursus ini, saya telah memilih Kampung Piasau Utara, Miri,

Sarawak di Malaysia sebagai kawasan kajian. Saya memilih lokasi ini kampung ini merupakan

sebuah perkampungan nelayan yang berskala kecil-kecilan. Kedudukannya juga tidak terlalu

jauh dari sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri, Miri, Sarawak.

Kampung Piasau Utara di Miri terletak di pinggir Sungai Miri. Jauhnya lebih kurang 7

kilometer dari pusat bandaraya Miri. Kebanyakan penduduk Kampung Piasau Utara terdiri

daripada kaum Melanau. Namun ada juga kaum-kaum yang lain tinggal di sini. Kebanyakan

penduduk di Kampung Piasau Utara merupakan nelayan pinggir pantai yang menjalankan

kegiatan perikanan berskala kecil-kecilan namun kawasan bersebelahan dengan kampung ini

merupakan salah sebuah kawasan perindustrian yang maju di negeri Sarawak.

Peta 1 ialah peta menunjukkan daerah perikanan di negeri Sarawak.

Peta 2 ialah peta menunjukkan lokasi kawasan kajian iaitu Kampung Piasau Utara.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 8: kerja kursus sejarah

PETA 1

DAERAH PERIKANAN DI NEGERI SARAWAK

PETA 2

KAWASAN KAMPUNG PIASAU UTARA

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 9: kerja kursus sejarah

(iii) Latar Belakang Kegiatan Perikanan Tradisional

Kampung Piasau Utara merupakan salah sebuah perkampungan nelayan yang berskala

kecil-kecilan. Kampung ini terletak di pinggir Sungai Miri dan kebanyakan penduduknya terdiri

daripada kaum Melanau yang bekerja sebagai nelayan pinggir pantai.

Pekerjaan sebagai nelayan tradisional di kampung ini secara umumnya diwarisi secara

turun-temurun dan menjadi pekerjaan utama kerana mereka telah mendiami perkampungan yang

terletak di pinggir pantai atau sungai sejak dahulu lagi. Nelayan di kampung ini menangkap ikan

berskala kecil-kecilan bersifat sara diri. Hasil tangkapan menjadi sumber makanan diri dan

keluarga dan selebihnya akan dijual atau diproses sebagai sumber pendapatan untuk menyara

keluarga.

Kebanyakan taraf kehidupan nelayan tradisional di kampung ini agak rendah. Oleh itu,

kegiatan menangkap ikan mereka hanya terbatas di kawasan pinggir pantai atau sungai. Mereka

hanya mampu menangkap ikan menggunakan alat-alat tradisional seperti perahu, jala, pukat,

pancing, bubu dan lukah. Tenaga pekerja yang terlibat pula hanyalah di kalangan anggota-

anggota keluarga sahaja.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 10: kerja kursus sejarah

Nelayan tradisional kampung ini menjadikan hasil tangkapan mereka sebagai sumber

makanan utama mereka sekeluarga. Jika ada tangkapan lebih, lebihan itu akan dijual atau

diproses menjadi produk sampingan sebagai sumber pendapatan untuk membiayai perbelanjaan

keluarga dan persekolahan anak-anak. Antara produk-produk yang diproses atau dihasilkan

adalah seperti ikan kering, ikan masin, ikan salai, ikan bilis, belacan, budu, udang kering,

cencaluk dan keropok yang berasaskan ikan atau udang. Produk-produk sampingan yang

dihasilkan ini akan dijual sendiri atau dibekalkan ke kedai atau pasaraya untuk memantapkan

ekonomi mereka.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 11: kerja kursus sejarah

(iv) Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

Secara umumnya, penggunaan alat-alat menangkap ikan yang bersifat tradisional

membataskan kegiatan menangkap ikan di kalangan nelayan pinggir pantai Kampung Piasau

Utara ini. Akibatnya, taraf ekonomi mereka tidak begitu memberangsangkan seterusnya

membataskan perbelanjaan keluarga mereka termasuk kurang kemampuan mereka untuk

membiayai persekolahan anak-anak mereka. Hal ini akan mengakibatkan anak-anak tidak dapat

meneruskan persekolahan dan tanpa pendidikan, anak-anak ini akan mewarisi dan meneruskan

pekerjaan bapa mereka sebagai nelayan pinggir pantai.

Namun begitu, ada juga di antara nelayan tradisional atau pinggir pantai di kampong ini

sudah celik dan sedar akan potensi produk-produk sampingan yang diproses daripada hasil

tangkapan mereka. Mereka sedar bahawa penghasilan, pemprosesan dan penjualan produk-

produk ini mendatangkan pulangan yang lumayan yang membolehkan mereka meningkatkan

taraf ekonomi mereka. Di atas kesedaran itu, mereka mula berusaha untuk memproses dan

menghasilkan pelbagai produk sampingan untuk dibekalkan kepada penduduk-penduduk

setempat. Dengan pelbagai bantuan yang diberkan oleh pihak kerajaan dan sambutan yang

menggalakkan diterima daripada pelbagai pihak, perusahaan yang bermula secara kecil-kecilan

tadi akan mula berkembang sekaligus dapat menjana sumber pendapatan, menyediakan peluang

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 12: kerja kursus sejarah

pekerjaan, membangunkan kawasan setempat, merapatkan hubungan kemasyarakatan,

membangunkan kawasan setempat dan membina rangkaian perniagaan.

(v) Masalah-masalah yang dihadapi oleh nelayan tradisional di Kampung Piasau

Utara, Miri, Sarawak

Seperti nelayan-nelayan tradisional di tempat-tempat lain, nelayan tradisional di

Kampung Piasau Utara juga menghadapi banyak kekangan masalah. Antara masalah-masalah

utama yang dihadapi oleh nelayan tradisional di sini adalah masalah kekurangan modal. Modal

yang kecil menyebabkan mereka hanya mampu menjalankan kegiatan menangkap ikan berskala

kecil-kecilan. Jumlah tangkapan yang tidak seberapa itu hanya membawa pulangan hasil yang

sedikit sahaja. Berbekalkan pendapatan yang tidak seberapa itu, mereka hanya mampu

menangkap ikan dengan menggunakan kaedah dan peralatan-peralatan tradisional.

Masalah modal yang kecil seperti yang dinyatakan di atas membawa nelayan-nelayan

tradisional ini kepada masalah kaedah dan peralatan-peralatan menangkap ikan. Dengan hasil

pendapatan yang tidak seberapa, nelayan-nelayan tradisional di Kampung Piasau Utara tidak

mampu membeli peralatan-peralatan moden. Ketidakmampuan ini menyebabkan mereka terus

menjalankan kegiatan menangkap ikan secara tradisional. Mereka masih lagi turun ke laut atau

sungai dengan menaiki perahu dan menggunakan peralatan-peralatan seperti jala, pukat kecil,

pancing dan bubu untuk menangkap ikan. Penggunaan perahu dan peralatan-peralatan

tradisional itu sudah pasti membataskan kawasan menangkap ikan di mana mereka hanya dapat

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 13: kerja kursus sejarah

menangkap ikan di kawasan setempat iaitu di pinggir pantai atau sungai sahaja dan sudah pasti

hasil yang diperolehi mereka tidak produktif.

Selain daripada masalah modal yang kecil, penangkapan berskala kecil-kecilan,

penggunaan peralatan-peralatan tradisional dan kawasan penangkapan ikan setempat, para

nelayan tradisional di Kampung Piasau Utara juga berhadapan dengan masalah hasil tangkapan

yang semakin merosot. Antara sumber-sumber yang menyebabkan hasil tangkapan mereka

merosot adalah seperti masalah penangkapan ikan secara berlebih-lebihan dan penggunaan pukat

tunda oleh nelayan-nelayan komersil yang berskala besar. Selain itu, masalah pencemaran air

yang diakibatkan daripada pembuangan sisa-sisa buangan kilang dan tumpahan minyak juga

turut menyumbang kepada masalah tersebut. Hal ini demikian kerana penggunaan pukat tunda

yang berleluasa dan air yang tercemar akan memusnahkan habitat dan kawasan pembiakan ikan.

Seterusnya, nelayan-nelayan tradisional juga berhadapan dengan masalah bekalan yang

tidak tetap akibat gangguan angin monsun dan musim tengkujuh. Selain itu mereka turut

menghadapi masalah permintaan dan harga yang tidak stabil. Kekurangan modal menyebabkan

mereka tidak mampu memiliki kemudahan mendingin beku, mengawet dan menyimpan ikan

seterusnya memberi kesan buruk kepada hasil tangkapan mereka. Cuaca yang terlalu panas

menyebabkan ikan cepat busuk atau rosak jika lambat dihantar ke pasaran. Ikan yang kurang

segar mendatangkan kerugian kepada mereka kerana harganya akan turun. Nelayan tradisional

juga selalu mendapat pulangan yang rendah daripada jualan ikan kerana ditindas oleh orang

tengah atau peraih ikan.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 14: kerja kursus sejarah

Peta Minda 1

Masalah-masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan tradisional di

Kampung Piasau Utara, Miri, Sarawak

Modal yangkecil

Tangkapan berskala kecil-kecilan dan di

kawasan setempat

Kaedah dan peralatan-peralatan

tradisional

Penangkapan yang berlebih-

lebihan dan penggunaan

pukat tunda oleh nelayan komersil

Bekalan dan permintaan yang

tidak stabil

Gangguan angin monsun dan

musim tengkujuh

Harga yang rendah dan

ditindas oleh orang tengah atau peraih

Ketiadaan kemudahan

mendingin beku, mengawet dan

menyimpan ikan

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Masalah-masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan tradisional di

Kampung Piasau Utara, Miri, Sarawak

Page 15: kerja kursus sejarah

(vi) Cadangan dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi

oleh nelayan-nelayan tradisional di Kampung Piasau Utara, Miri, Sarawak

Kerajaan negara Malaysia adalah sebuah kerajaan yang amat prihatin terhadap kebajikan

rakyatnya. Seiring dengan peredaran masa dan kemajuan negara, pihak kerajaan telah

mengambil banyak langkah untuk memajukan perindustrian perikanan negara termasuk

menaikkan tarak kehidupan para nelayan tradisional di seluruh negara termasuklah nelayan-

nelayan tradisional di Kampung Piasau Utara, Miri, Sarawak.

Di antara langkah-langkah yang telah dibuat pihak kerajaan termasuklah menubuhkan

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Koperasi Nelayan. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

bahagian Miri terletak tidak jauh dari Kampung Piasau Utara dan berperanan membantu para

nelayan termasuk nelayan tradisional dalam menentukan gred dan harga ikan di pasaran, mencari

pasaran baru untuk memasarkan hasil tangkapan dan menggalakkan dan memajukan penternakan

akuakultur dengan cara memberi khidmat nasihat dan bantuan kewangan. Koperasi Nelayan

pula ditubuhkan untuk membantu para nelayan terutamanya nelayan tradisional dalam

mendapatkan bantuan kewangan untuk membeli peralatan-peralatan moden. Pihak kerajaan juga

telah memberi bantuan subsidi diesel kepada para nelayan. Bagi nelayan-nelayan tradisional

yang baru memiliki bot berenjin, bantuan sudsidi diesel ini amat membantu mereka.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 16: kerja kursus sejarah

Selain daripada itu, pihak berkuasa juga telah mengetatkan undang-undang perairan

negara. Mereka telah memperketatkan undang-undang untuk pihak-pihak yang

bertanggungjawab mencemarkan laut yang boleh memusnahkan habitat dan kawasan pembiakan

ikan seperti kilang-kilang dan kapal-kapal minyak. Pihak berkuasa seperti Polis Marin juga

mempergiatkan rondaan dan kawalan perairan supaya dapat mengawal penggunakan pukat tunda

daripada berleluasa sekaligus memastikan perairan kita bebas daripada pencerobohan nelayan

luar dan gangguan lanun demi memastikan keselamatan para nelayan kita.

Seterusnya, pihak kerajaan dan badan-badan tertentu juga turut membantu para nelayan

termasuklah nelayan-nelayan tradisional di Kampung Piasau Utara dalam usaha untuk

meningkatkan taraf ekonomi mereka. Dengan pelbagai bantuan yang diberi dan disediakan oleh

pihak kerajaan dan badan-badan tertentu, para nelayan pinggir pantai dan tradisional digalakkan

melibatkan diri dalam bidang penternakan dalam sangkar dan tukun tiruan seperti menternak

ikan, udang, ketam, ikan dan kerang. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk menternak ikan

dan udang air tawar di dalam kolam. Mereka juga turut diberi bimbingan dan bantuan untuk

mengusahakan industri hiliran dalam menghasilkan produk-produk sampingan yang mendapat

sambutan hangat seperti keropok lekor, belacan, cencaluk dan lainj-lain lagi.Semua usaha ini

dibuat bertujuan untuk membantu dalam menaikkan taraf ekonomi para nelayan tradisional

khususnya di Kampung Piasau Utara supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 17: kerja kursus sejarah

Peta Minda 2

Cadangan dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh

nelayan-nelayan tradisional di Kampung Piasau Utara, Miri, Sarawak

Penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan

Koperasi Nelayan

Memberi khidmat nasihat dan bantuan

kewangan

Memberi bantuan sudsidi diesel kepada nelayan tradisional

Mengetatkan undang-undang pencemaran

laut

Membuat rondaan untuk mengawal penggunaan pukat tunda daripada berleluasa dan

Mengalakkan dan membantu perusahaan industri hiliran

dalam menghasilkan produk-

Mengalakkan dan membantu penternakan dalam sangkar,

tukun dan kolam

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Cadangan dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah-

masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan tradisional di Kampung Piasau Utara, Miri,

Sarawak

Page 18: kerja kursus sejarah

untuk menjamin keselamatan nelayan

produk sampingan

RUMUSAN

Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu tradisional. Kegiatan

perikanan di Malaysia sudah bermula sejak zaman prasejarah lagi dan merupakan pekerjaan

utama bagi masyarakat Melayu yang tinggal di tepi laut dan sungai. Seiring dengan peredaran

masan dan kemajuan negara, kegiatan perikanan di Malaysia turut berkembang pesat. Namun

begitu, dalam dunia yang serba maju ini masih ada lagi segelintir masyarakat nelayan yang

masih meneruskan tradisi dan mengamalkan kegiatan perikanan secara tradisional.

Nelayan tradisional khususnya yang tinggal di lokasi kajian iaitu Kampung Piasau Utara,

Miri, Sarawak yang terletak di pinggir Sungai Miri sudah mendiami kawasan pinggir pantai itu

sejak zaman-berzaman dan kebanyakan daripada mereka mewarisi pekerjaan sebagai nelayan

tradisional secara turun-temurun. Mereka menjalankan kegiatan menangkap ikan berskala kecil-

kecilan dan terbatas di kawasan setempat sahaja seperti di pinggir pantai dan sungai. Hasil

tangkapan akan dijadikan keperluan diri sendiri dan lebihan hasil akan dijual atau diproses. Hasil

tangkapan yang sedikit menyebabkan mereka tidak mampu membeli peralatan-peralatan moden

dan keadaan ini memaksa mereka meneruskan kegiatan menangkap ikan menggunaan kaedah

dan peralatan-peralatan tradisional seperti perahu, jala, pukat kecil dan pancing. Nelayan

tradisional menjadikan hasil tangkapan sebagai sumber makanan keluarga manakala lebihan

tangkapan akan dijual atau diproses menjadi produk sampingan untuk mendapatkan sumber

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 19: kerja kursus sejarah

pendapatan. Antara produk-produk sampingan yang mereka hasilkan adalah seperti belacan, ikan

masin, ikan kering, ikan bilis, budu dan cencaluk.

Nelayan tradisional berhadapan dengan pelbagai masalah. Antara masalah-masalah

utama yang dihadapi oleh mereka termasuklah kekurangan modal. Dengan pendapatan yang

kecil, mereka tidak mampu membeli peralatan-peralatan moden sekaligus membataskan kawasan

penangkapan dan terpaksa meneruskan kegiatan dengan kaedah tradisional. Selain itu, mereka

turut berhadapan dengan jumlah tangkapan yang semakin berkurangan akibat daripada aktiviti

penangkapan ikan secara berlebih-lebihan dan penggunaan pukat tunda secara berleluasa oleh

nelayan komersil serta pencemaran air akibat daripada pembuangan sisa toksid dan tumpahan

minyak yang memusnahkan habitat dan kawasan pembiakan ikan. Gangguan angin monsun,

musim tengkujuh, ketidakmampuan memiliki kemudahan mendingin beku, mengawet ikan dan

menyimpan ikan, ketidakstabilan hasil tangkapan dan permintaan serta penindasan harga

daripada orang tengah dan peraih juga merupakan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh

nelayan tradisional.

Namun begitu, pihak kerajaan negara kita amat prihatin terhadap masalah-masalah yang

dihadapi oleh rakyat khususnya masalah-masalah yang melanda kaum nelayan tradisional.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan-badan tertentu untuk menaikkan

tarak ekonomi mereka sekaligus membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.

Nelayan-nelayan tradisional di Kampung Piasau Utara, Miri, Sarawak tidak ketinggalan dalam

usaha-usaha ini. Di antara langkah-langkah yang telah diambil untuk memantapkan ekonomi

mereka adalah seperti menubuhkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Koperasi Nelayan

yang memainkan banyak peranan dalam usaha membantu para nelayan terutamanya nelayan

tradisional. Antara peranan-peranan itu termasuklah memberi khidmat nasihat dan bantuan

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 20: kerja kursus sejarah

kewangan, menggalakkan industri hiliran dan penternakan dalam sangkar atau kolam. Tidak

ketinggalan, subsidi diesel turut diberikan. Selain itu, pihak kerajaan juga turut mengetatkan

undang-undang pemcemaran air dan membuat rondaan untuk mengawal penggunaan pukat tunda

serta menjamin keselamatan para nelayan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan perkembangan kegiatan

perikanan di negara kita kerana kegiatan perikanan yang dahulunya diusahakan secara sara diri

dan berkonsepkan tradisional kini semakin berkembang maju seiring dengan peredaran masa dan

pembangunan negara. Penglibatan banyak pihak terutamanya pihak kerajaan negara yang amat

prihatin, kini industri perikanan di Malaysia telah berkembang pesat dan kita seharusnya

berbangga dan bersyukur apabila industri perikanan kini telah menjadi salah satu penyumbang

ekonomi negara sekaligus berjaya menaikkan taraf ekonomi para nelayan dan menjadikan

kehidupan mereka bertambah baik.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 21: kerja kursus sejarah

TUGASAN 2

Soalan:

Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa

Malaysia. Berikan pendapat anda.

Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia bermaksud kegiatan ekonomi yang dijalankan

secara bersama untuk kepentingan demokratis. Kegiatan ini telah dijalankan sejak zaman-

berzaman dan banyak mengalami perubahan ke arah kemajuan dan kemakmuran negara setelah

melalui pelbagai fasa sejarah yang berlaku di negara kita.

Kegiatan ekonomi tradisional merupakan salah satu faktor penting dalam

memperkukuhkan semangat nasionalisme di Malaysia. Hal ini demikian kerana kegiatan

ekonomi tradisional menggalakkan rakyat negara kita yang berbilang bangsa menghargai tradisi

bangsa dengan mengekalkan sumber-sumber ekonomi tradisional samada yang berasaskan

pertanian, perikanan atau perlombongan. Buktinya, rakyat di Malaysia tidak bergantung kepada

bahan-bahan yang diimport dari luar negara semata-mata malahan turut mengeksport hasil-hasil

ekonomi tradisional ke luar negara. Sehingga ke hari ini, hasil-hasil daripada kegiatan ekonomi

tradisional menjadi salah satu sumber pendapatan negara sekaligus memantapkan ekonomi

negara Malaysia yang kita sayangi.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 22: kerja kursus sejarah

Selain itu, ekonomi tradisional juga memupuk semangat kekitaan dalam kalangan rakyat.

Sebagi contohnya, pada zaman penjajahan Inggeris dahulu negara kita banyak menerima

kedatangan kaum imigran dari negara China dan India. Walaupun kedatangan mereka telah

mencorakkan pelbagai kaum dan sosio-ekonomi dipisah-pisahkan pada zaman penjajahan

Inggeris, namun bidang ekonomi tradisional di negara kita tidak pernah bersifat perkauman

malah diusahakan secara bersama-sama dalam suasana yang harmoni. Sejak dahulu hingga kini,

mereka sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain. Rakyat berbilang kaum

yang hidup dalam suasana harmoni menjadikan negara Malaysia yang kita cintai aman dan

makmur.

Di samping itu, kegiatan ekonomi tradisional turut memupuk semangat setia negara.

Contohnya, rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum kaya dengan pelbagai jenis

makanan tradisional. Meskipun mereka berlainan kaum dan kepercayaan, mereka hidup dalam

suasana harmoni malah turut mempromosikan makanan-makanan tradisional yang dihasilkan

daripada sumber-sumber tradisional kepada pelancong-pelancong asing. Hal ini telah

memperkenalkan dan mempromosikan negara Malaysia yang kita sayangi ke mata dunia

sekaligus menarik kedatangan lebih ramai pelancong asing ke negara kita. Kini, bidang

pelancongan menjadi salah satu sumber pendapatan negara.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dan bersyukur kerana

negara kita bukan sahaja aman makmur malah kaya dengan hasil ekonomi tradisional. Kegiatan

ekonomi tradisional di negara kita sentiasa berada di landasan yang betul dan mewujudkan

peluang pekerjaan dan hasil yang berpanjangan. Sebagai warganegara yang berbangga dan

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013

Page 23: kerja kursus sejarah

bersyukur, kita tidak boleh membiarkan ekonomi tradisional ini pupus ditelan zaman tetapi kita

mestilah sentiasa berusaha secara produktif dan berganding bahu dalam usaha untuk memajukan

bidang ekonomi tradisional sekaligus membangunakan negara Malaysia yang kita sayangi.

Nur Eliyah Bte HassanKerja Kursus Sejarah PMR 2013