kerja kursus sttq ku 2008
DESCRIPTION
assignment kursus sijil tinggi tarannum darul quran malaysia 2008TRANSCRIPT
KURSUS SIJIL TINGGI TARANNUM AL-QURAN
TAJUK TUGASAN
Pengenalan Tarannum Bil Quran Serta
Mengarabkan Tarannum dan Suara untuk Bacaan Al-Quran
HASAN ASH-SHUKRY BIN ABDULLAH
8
013
ANJURAN
DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN
TEMPAT
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
TARIKH
2 MAC HINGGA 2 MEI 2008
KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1. PENGENALAN 1
2. MENGARABKAN TARANNUM SERTA SUARA 5 UNTUK BACAAN AL-QURAN
2.1 Ilmu Al-Aswat – Sebagai Induk 6
2.2 Ilmu Tajwid 9
2.3 Ilmu Tarannum 9
2. 4 Ilmu Tartil (Lahjah Arabiah) - Korikolum Bersepadu 19
2. 5 Peranan Komponan-komponan Penting 20
3. PENUTUP 21
4. RUJUKAN 22
1. PENGENALAN
Tarannum adalah suatu ilmu atau qaedah suara yang dipelbagaikan mengikut
proses nada, rentak dan irama tertentu.
Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama: alunan atau bentuk bunyi.
Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda
Baginda:
حسن لنبى أذن ما لشىء الله أذن ما البخارى( )رواهبالقرأن. الترنم
"Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran".
Sejarah Tarannum
Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda
memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan
lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur
sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA
dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah b
Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah
sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.
Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka
Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan
berlagu RasuluLlah SAW itu.
Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu
pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu
tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya:
A. Misri (Mesir).
B. Hijazi (Mekah dan Madinah).
C. Iraqi.
D. Kurdi (sempadan Iraq dan Turki).
E. ‘Ajami (Iran) dan lain-lain.
Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri.
Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum
atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut
budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.
Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri
Aliran Hijazi
Padang pasir.
Bukit bukau.
Suhu tinggi.
Lalu: irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.
Aliran Misri
Lembah nil.
Subur menghijau.
Suhu sederhana.
Lalu: irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.
Asal Ilham Tarannum
Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak
zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung,
bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun
didalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Nagham, ataupun ilmu Al-Maqamat.
Hukum Umum Bertarannum
Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami
bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut;
1. Fardhu (kifayah) – jika hanya dengan berlagu sahajalah masyarakat ingin
mendekati Al-Quran.
2. Sunat – jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus – untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh – jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram – jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan
lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.
Sabda RasuluLlah SAW:
وإياكم ،وأصواتها العرب بلحون القرأن اقرؤوا فإنه ،الفسق وأهل الكتابين أهل ولحون ترجيع بالقرأن يرجعون قوم بعدي سيجئ
حناجزهم يجاوز والنوح. ال والرهبانية الغناء شأنهم. يعجبهم من وقلوب قلوبهم مفتونة
والبيهقي( الطبرني )رواهBacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan
jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja
membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah
terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya.
Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum
syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur),
kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah
SWT.”
Falsafah Tarannum
Suatu usaha bernilai tinggi bagi menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar
kepada keagungan Allah Tuhan Pencipta.
2. MENGARABKAN TARANNUM SERTA SUARA UNTUK
BACAAN AL-QURAN
)يوسف: تعقلون لعلكم عربيا قرءانا أنزنـه انا 2)
“Sesungguhnya Kami telah turunkan kitab itu sebagai Al-Quran yang keadaannya dalam bahasa Arab, mudah-mudahan kamu memikirkannya”.
Sesungguhnya pada ayat di atas, Allah SWT. menjelaskan secara berseni sekali
bahawa manusia patut memikirkan keberadaan Al-Quran itu yang diturunkan di dalam
bahasa arab, suatu bahasa yang sangat terkenal kompleks itu. Tidak ada bahasa di dalam
dunia yang mempunyai cabang ilmu yang sangat luas untuk memahami, menutur dan
menjiwainya seperti bahasa Arab. Untuk memahami bahasa Arab sahaja sudah
memerlukan ilmu-ilmu seperti nahu, sorof, bayan, mantiq dan lain-lain. Untuk menutur
(membaca) Al-Quran pula memerlukan ilmu-ilmu khusus seperti ilmu tajwid dan tartil.
Untuk menjiwainya memerlukan ilmu al-aswat (ilmu teknik mengeluar suara – vokal)
sebagaimana sabda RasuluLlah SAW.
يزيد الحسن الصوت فاءن بأصواتكم القرأن حسنواحسنا القرأن
( الحاكم دان النسائ الدارمي، ماجه ابن داوود، أبو أحمد، حديث (
“Perelokkanlah (bacaan) Al-Quran kamu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang elok boleh menambahkan keelokan bacaan Al-Quran itu).”
Bertitik tolak dari kefahaman hadis inilah, Kerajaan Malaysia melalui agensinya
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus-Kursus Tahsin
Al-Quran.
Seorang pakar Tarannum tanah air, Al-Fadhil Tuan Haji Nik Jaafar Nik Ismail (1)
menjelaskan: untuk menguasai ilmu tarannum, sekaligus mengarabkannya semestilah
dengan menguasi ilmu-ilmu berikut secara bersepadu;
a). Ilmu al-aswat – sebagai induk.
b). Ilmu tajwid.
c). Ilmu tarannum.
d). Ilmu tartil (lahjah arabiah) - korikolum bersepadu.
2.1 Ilmu Al-Aswat – ٍٍٍٍ Sebagai Induk
Tarannum dan ilmu al-aswat (ilmu suara) adalah pasangan kembar yang tidak dapat
dipisahkan kerana tarannum (lagu) itu berdiri diatas suara yang diperindahkan. Suara
yang sebaliknya pula bakal mencacatkan tarannum.
Suara suatu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Ada insan yang
dianugerahkan suara merdu dan bertenaga dengan semulajadi. Ada insan yang
mempunyai suara yang bertenaga tetapi tiada kemerduan dan kelembutan. Ada insan
yang mempunyai suara yang agak lembut dan sedikit kemerduan tetapi tidak pula
bertenaga. Disebabkan perbezaan-bezaan ini, maka seseorang qari itu semestilah
mempelajari, memahami dan mengguna-pakai ilmu-ilmu berikut mengikut urutannya;
(1) Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1998), Qawaidut Tarannum, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd.
2.1.1 Mempelajari ilmu tangga-tangga suara (do-re-mi-fa-so-la-ti-do).
2.1.2 Memahami pola dan kemampuan suara sendiri.
2.1.3 Memahami dan memperatikkan suara yang sesuai untuk pembacaan Al-
Quran.
2.1.4 Selalu mendengar dan mempelajari kaedah mengeluarkan suara mengikut cara
Qari-qari arab misri yang muktabar.
Disebut supaya mempelajari cara mengeluarkan suara Qari-qari arab Mesir yang
muktabar berbanding cara Qari-qari arab seperti hijazi dan lain-lain ialah kerana gaya
suara mereka lebih lembut, jelas satu-persatu mengikut huruf-huruf dan budaya suara
mereka yang hidup berhampiran sungai nil itu lebih hampir dengan masyarakat melayu.
Malah jika dikaji dan dinilai dari sudut kesenian, kita akan dapati bacaan mereka sangat
bertepatan dengan sifat sebutan Al-Quran yang lembut dan mudah (layyin/sahlin) serta
sifat bacaan RasuluLlah SAW. yang jelas satu-persatu (harfan-harfan). Memerhati cara
mengeluarkan suara Qari-qari arab, kita akan dapati mereka menggunakan kedua-dua
rongga mulut (al-jauf) dan hidung (al-khaisyum) (1) lafaz sebutan tetap dikeluarkan
melalui lidah tetapi gema suara mereka sedikit condong ke arah rongga hidung selain
memenuhi rongga mulut. (sekitar enam puluh peratus gema dari rongga al-jauf dan empat
puluh peratus gema dari rongga al-khaisyum) . Cara mengeluarkan suara (vokal) sebegini
menyebabkan suara mereka kedengaran lebih manis dan merdu.
(1) Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1998), Qawaidut Tarannum, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd.
Seorang pakar tarannum Mesir, Syeikh Fatihi Hassan Maliji (1) menjelaskan para
Qari hendaklah “menjauhi daripada menggetarkan suara atau menggerakkan suara dan
mengombakkan suara dengan kuat (berlebihan sehingga boleh menjejaskan kualiti suara
dan menyebabkan lari dari kaedah maqam asal)”.
Johan Qari Peringkat Antabangsa 1999, Hj Che Yahya Daud mendedahkan rahsia
tambahan kearaban suara di dalam Tarannum seperti yang diamalkan oleh Qari-qari
mesir yang muktabar seperti berikut;
1. Suara turun menjunam.
2. Suara naik mencanak.
3. Suara turun dan buka.
4. Suara goncang.
5. Suara goyang.
6. Suara semacam seruling (flute).
7. Suara gantung (separuh ihtilal al-lahn).
8. Suara meletup-letup.
Sungguhpun dilarang meniru penyanyi untuk melagukan Al-Quran, tetapi terdapat
satu hadis RasuluLlah memuji seorang sahabat Baginda, Abu Musa Al-Asy’ari RA, yang
membaca Al-Quran dengan suara semacam seruling. sabda RasuluLlah SAW:
رواه) داوود آل مزامر من مزمارا اعطيت لقدومسلم( البخارى .
Sesungguhnya bertuah engkau dianugerahkan Allah dengan (suara semacam) seruling dari jenis seruling keluarga Nabi Daud AS.
(1) Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kertas Kerja: SMTQPA, Kota Bharu. 4 & 5 Ogos 2007.
Pakar Tarannum Melayu Klasik, Datuk Mohamed Hasri menambah: Qari-qari
dikira lebih mahir jika mampu melakukan kuflah mahur (sekumpulan pergerakan dan
penggetaran suara).
2.2 Ilmu Tajwid
Tajwid adalah suatu kewajiban kerana tajwid boleh menyebabkan sah-batal solat
dan tajwid jugalah yang jelas membezakan seseorang qari itu kearaban atau tidak.
Justeru, setiap Qari hendaklah sentiasa mengambil berat perkara-perkara yang berikut;
2.2.1 Ketepatan cara menyebut huruf-huruf yang terdapat di dalam Al-Quran;
sifatnya dan makhrajnya (tempat keluar bunyi sebutan huruf-huruf tersebut).
2.2.2 Ketepatan cara membunyikan bacaan Al-Quran semasa pertemuan huruf-
huruf.
2.2.3 Ketepatan cara mensaktah, berqalqalah, bermad dan lain-lain.
2.3 Ilmu Tarannum
داوود(. )ابو بأصواتكم القرأن زينواHendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suara-
suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).
Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait
rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum.
Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:
a). Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah
ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti
Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis
Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
b). Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah
ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-
Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman
bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.
Asas Tarannum Aliran Hijazi
Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu
asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”
1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.
Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sun’ani, Yaman
Hijaz, Hirab dan lain-lain.
Asas Tarannum Aliran Misri
Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang
popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:
1. Al-Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.
Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza,
Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain (1) yang kini dianggap sebagai lagu-
lagu cabang (furu).
Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran
Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan
keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan
memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana,
peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal
dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.
(1) Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kota Bharu
Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting
untuk mengarabkan bacaan mereka (1).
2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu
mahattah).
2.3.2 Qit’ah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).
2.3.3 Burdah asli dan sina’i (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan
yang digubah).
2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).
2.3.5 Salalim su’ud dan nuzul (suara mendaki dan menurun – mengikut ilmu
tangga-tangga suara ).
2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).
2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa
tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).
Dalam penulisan ringkas ini, penulis akan menukilkan serba sedikit pengertian,
sejarah asal, sifat-sifat dan peranan-peranan penting tarannum-tarannum asas aliran
Misri.
TARANNUM AL-BAYYATI
Bermaksud rumah, dipopularkan oleh qari-qari Mesir.
(1) Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1998), Qawaidut Tarannum, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd
Sifat Tarannum Al-Bayyati
Lembut disamping tegas.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Harmoni.
Berunsur ketenangan.
Peranan Tarannum Al-Bayyati
Memantapkan persembahan.
Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM SOBA
Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir
Sifat Tarannum Soba
Gerak ringan meresap jiwa.
Alunan lembut yang mendayu.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.
Peranan Tarannum Soba
Menenangkan persembahan.
Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM HIJAZ
Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu
cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-
qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Hijaz
Gerak lambat tapi berkesan.
Ketegasan pendorong semangat.
Kelincahan menghidupkan persembahan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.
Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM NAHAWAND
Nahawand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran).
Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka.
Sifat Tarannum Nahawand
Gerak ringan yang berkesan.
Kelembutan bersopan.
Sederhana memikat jiwa.
Kehalusan seni.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Peranan Tarannum Nahawand
Melembutkan bacaan.
Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM RAST
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini
tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Rast
Gerak lembut disamping ketegasan.
Kelembutan alunan.
Lincah menyemarakkan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.
Peranan Tarannum Rast
Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM SIKAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-
kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-
qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Sikah
Gerak lambat meyakinkan.
Kelembutan menusuk kalbu.
Berciri kesedihan dan kerintihan.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Peranan Tarannum Sikah
Melembutkan persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM JIHARKAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-
kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh
qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Jiharkah
Gerak ringan yang berkesan.
Kelembutan menusuk kalbu.
Harmoni.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Peranan Tarannum Jiharkah
Menenangkan ketegangan persembahan.
Melembutkan persembahan.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
2.4 Ilmu Tartil (Lahjah Arabiah) - korikolum Bersepadu
: ترتيال القرأن ورتل (4الزمل)“Dan bacalah Al-Quran dengan tartil.”
Seorang sahabat RasuluLlah S.A.W yang ulung, yang juga merupakan pakar rujuk
pembacaan Al-Quran di zamannya, Abdullah Ibni Mas’ud RA telah menjelaskan tartil
Al-Quran seharusnya merangkumi dan mensepadukan bebarapa kaedah dengan katanya:
“Bahawa syarat-syarat mentartilkan Al-Quran hanya empat perkara;
2.4.1 Bertajwid (mengikut kaedah ilmu tajwid).
2.4.2 Bertazyin (kaedah bertarannum / memperlagukan)
2.4.3 Tahsin Al-Sout (pembaikan suara)
2.4.4 Lahjah Arabiah (menyebut kalimah-kalimah Al-Quran mengikut kaedah
bahasa dan budaya sebutan orang arab). (1).
(1) Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1998), Qawaidut Tarannum, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd.
2.5 Peranan Komponan-komponan Penting
Setelah mengenali tarannum-tarannum, sifat-sifat dan peranan-peranannya,
marilah kita kenali memahami pula peranan-peranan komponan-komponan penting
untuk mengarabkan tarannum dan suara.
2.5.1 Harkat: menunjukkan kemahiran menyusun atur tarannum dan
persembahan.
2.5.2 Qit’ah: menujukkan kemahiran cara pergerakan tarannum dan
persembahan.
2.5.3 Mahattah: menunjukkan kemahiran menyempurnakan harkat.
2.5.4 Burdah: menunjukkan kemahiran menggunakan suara yang pelbagai serta
berbunga.
2.5.5 Salalim: menunjukkan kefahaman ilmu tangga-tangga suara.
2.5.6 Ihtilal al-lahn: mampu menyentuh hati pendengar dengan suara condong
yang mendayu.
2.5.7 Wuslah al-mumathalah: menunjukkan kefahaman, kemahiran dan
penguasaan tarannum-tarannum (tanpa keliru).
3. PENUTUP
Berdasarkan penjelasan-penjelasan diatas, maka bolehlah dirumuskan bahawa para
qari yang ingin mengarabkan tarannum dan suara mereka untuk bacaan Al-Quran
sewajarnya menitik beratkan beberapa perkara seperti berikut;
3.1 Berusaha sedaya upaya untuk menguasai kaedah sebutan kalimah-kalimah
Al-Quran dengan tepat (tajwid dan kefasihan) serta mengikut budaya
sebutan orang Arab.
3.2 Mendengar dan memperaktikkan kaedah mengeluarkan suara (vokal) qari-qari
arab yang muktabar.
3.3 Mempelajari ilmu tatabahasa arab (nahu) supaya tepat ibtida’ (memulai) dan
waqaf (berhenti).
3.4 Semasa hendak mempersembahkan bacaan Al-Quran, berusahalah untuk
memahami maksud ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dan seterusnya
menerapkan dengan tarannum yang sesuai.
3.5 Para qari sewajarnya memastikan susunan tarannumnya rapi dan bersesuaian
dengan kemampuan suara.
3.6 Sila pastikan susunan harkat dan susunan tobaqot suara rapi dan bersesuaian
demi untuk mencapai ke tahap persembahan yang baik.
3.7 Sentiasa menjaga ketepatan membunyikan baris-baris huruf-huruf Al-Quran
tanpa imalah kedaerahan (1).
3.8 Akhirnya, sentiasalah menjaga sifat ikhlas di hati semasa membaca Al-Quran.
(1) Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1995), Panduan Tartil Al-Quran, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd.
4. RUJUKAN
1. Al-Quran Al-Karim
2. Al-Hadith As-Syarif
3. Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1998), Buku Qawaid At-Tarannum, Kuala Lumpur :
Darul Fikir Sdn. Bhd.
4. Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kertas
Kerja: Seminar Tarannum Peringkat Antarabangsa, Kota Bharu.
5. Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1995), Panduan Tartil Al-Quran, Kuala Lumpur :
Darul Fikir Sdn. Bhd.
6. Nota-nota Kuliah Pengajian.