kertas 011

26
ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A,B, C dan D. Antaranya ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga soalan 20. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 1. Sebaris rumah teres di taman itu musnah dalam __________ pagi semalam. A. kebakaran B. keributan C. kemarau D. kebanjiran 2. Tolong berikan __________ sekilogram gula dan sebotol kicap. A. patik B. hamba C. kalian D. saya 3. Faiqah dan keluarganya mengemas rumah untuk __________ Hari Raya Puasa. A. sambut B. disambut UK1/STM1/Haniza09 1

Upload: noor-jehan-mustapa

Post on 20-Jun-2015

356 views

Category:

Documents

5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas 011

ARAHAN :Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A,B, C dan D. Antaranya ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga soalan 20.Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1. Sebaris rumah teres di taman itu musnah dalam __________ pagi semalam.

A. kebakaranB. keributanC. kemarauD. kebanjiran

2. Tolong berikan __________ sekilogram gula dan sebotol kicap.

A. patikB. hambaC. kalianD. saya

3. Faiqah dan keluarganya mengemas rumah untuk __________ Hari Raya Puasa.

A. sambutB. disambutC. sambutanD. menyambut

UK1/STM1/Haniza091

Page 2: Kertas 011

4. __________ baju awak kotor sangat?

A. BilakahB. Di manakahC. MengapakahD. Berapakah

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2

5. Pihak polis melepaskan dua __________ tembakan ke arah penjenayah itu.

A. dasB. pucukC. laras

6. Kamarul __________. Sebab itu dia tidak meminati sukan bola sepak.

A. kaki botolB. kaki bangkuC. kaki judiD. angkat kaki

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3.

Gambar 37. Fatin Suhaila begitu bersimpati __________ pengemis yang mengemis di kaki

lima itu.

A. denganB. kepadaC. terhadapD. daripada

UK1/STM1/Haniza092

Page 3: Kertas 011

Soalan 8 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

8. Murid-murid sedang __________ soalan yang ditulis oleh Cikgu Haniza.

A. mencatatB. menaipC. mencalit

9. Perompak itu telah dijatuhi __________ penjara selama sepuluh tahun.

A. dakwaanB. dendaC. balasanD. hukuman

10. Penduduk membuat aduan tentang anjing-anjing __________ yang berkeliaran.

A. cantikB. liarC. sihatD. tebal

11. Pak Long dan Mak Long akan sampai dari kampung pada __________ masa.

A. apa-apaB. bila-bilaC. siapa-siapa

12. Puan Kartika meminta pembantu rumahnya __________ nasi.

A. merebusB. mendidihC. menanakD. menjerang

Soalan 13 berdasarkan Gambar 5.

UK1/STM1/Haniza093

Page 4: Kertas 011

Gambar 5

13. __________ menunggu anaknya pulang, Puan Ruhani menyiram pokok bunga.

A. SementaraB. SehinggaC. SelagiD. Selepas

Soalan 14 berdasarkan Gambar 6.

Gambar 6

14. Mary menerima __________ bunga mawar daripada suaminya.

A. seberkasB. segenggamC. sejambakD. segugus

15. Affizah membantu ibunya memukul telur __________ membuat kek.

A. kepadaB. untukC. dari

Soalan 16 berdasarkan Gambar 7.

UK1/STM1/Haniza094

Page 5: Kertas 011

Gambar 7

16. Ibu Dalili memasang __________ pada tingkap rumahnya.

A. tiraiB. bidaiC. langsirD. layar

17. Suriani digelar __________ kerana dia tidak boleh menyimpan rahsia.

A. mulut tempayanB. batu apiC. buah mulutD. iri hati

Soalan 18 berdasarkan Gambar 8.

Gambar 8

18. Nasrul sedang __________ buluh untuk membuat sangkar burung.

A. melenturB. merincihC. merautD. menghiris

19. __________ memandu kereta, menunggang motosikal __________ dia tidak tahu.

A. Sungguhpun……….tetapiB. Walaupun……….namunC. Jangankan……….punD. Begitupun……….lagi

UK1/STM1/Haniza095

Page 6: Kertas 011

20. Persahabatan yang terjalin antara Azfar dengan Darvind sangat erat bagai

__________.

A. isi dengan kukuB. aur dengan tebingC. bulan dipagar bintangD. pahat dengan penukul

21. Faiz menceritakan peristiwa ganjil yang dialaminya sejak tinggal di rumah itu.

Perkataan seerti bagi ganjil ialah

A. seramB. anehC. ngeriD. lucu

22. Penduduk di kampung itu masih mengamalkan pertanian secara kuno.Perkataan berlawan bagi kuno ialah

A. baharuB. modenC. lapukD. kini

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

23. Kemungkinan pada tahun hadapan.

A. Mengapakah kamu ke sini?.B. Bilakah kamu akan ke sini lagi?.C. Kamu datang dengan siapa ?.D. Siapakah yang akan datang ke sini ?.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

24. A. Rumah saya dekat kepada surau.B Lelaki yang mabuk itu berjalan pada huru-hara.C. Izzul mengakhiri ceritanya itu dengan serangkap pantun.D Shurty membeli sebuah majalah ke kedai itu.

Soalan 25.Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25. I Hari Raya Puasa jatuh pada 1 Syawal. II Hati Amir jatuh melihat keayuan Nadira.III Rambutnya jarang kerana banyak yang jatuh.

UK1/STM1/Haniza096

Page 7: Kertas 011

IV Perusahaan batik jatuh kerana kekurangan modal.

A. I dan llB. I dan IV C. lI dan IV D. lll dan IV

Soalan 26 dan Soalan 27.Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26. Shaheena tidak mahu makan ubat walaupun telah dipujuk oleh ibu berkali-kali.

A. Ibu memujuk Shaheena berkali-kali supaya makan ubat.B. Sudah puas Shaheena memujuk ibu makan ubat tetapi dia tidak

mahu.C. Shaheena berkali-kali mahu makan ubat walaupun telah dipujuk

ibu.D. Walaupun sudah banyak kali dipujuk oleh ibu, namun Shaheena

tetap tidak mahu makan ubat.

27. Pak Mahmood membelah kayu api di belakang rumah untuk dijual kepada para pelanggan.

A. Kayu api yang hendak dijual kepada para pelanggannya dibelah oleh Pak Mahmood di belakang rumahnya.

B. Kayu api di belakang rumahnya dibelah oleh Pak Mahmood untuk dijual kepada para pelanggannya.

C. Pak Mahmood menjual kayu api yang dibelahnya kepada para pelanggannya di belakang rumah.

D. Pak Mahmood membelah belakang rumahnya untuk dijual kepada para pelanggannya.

Soalan 28 dan Soalan 29.Pilih ayat yang betul.

28. A. Setengah pekerja suka ponteng.B Semua orang masing-masing suka membeli-belah pada hujung

minggu.C. Semua murid-murid diwajibkan hadir.D. Setiap halaman pada kertas soalan itu bercetak.

29. A. Jus oren itu rasanya manis.B. Adik suka makan mini murtabak.C. Ibu memasukkan cili sos ke dalam masakannya.D. Mak Munah menjual goreng keledek di gerainya.

Soalan 30.Pilih ayat-ayat yang betul.

UK1/STM1/Haniza097

Page 8: Kertas 011

30. I Siti Aqilah membeli sebuku sabun dan sebotol syampu. II Banglo itu sudah lama tidak berpenghuni.III Penagih dadah itu telah diberkas oleh anggota polis.IV Firdaus hanya makan beberapa keping gula-gula.

A. I dan II sahajaB. I, II dan III sahajaC. II, III dan IV sahajaD. I, II, III dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35.Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Penderaan merupakan perbuatan yang boleh membahayakan atau mencederakan secara sengaja atau tidak, iaitu dari segi mental, emosi, dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan insan yang kerdil dan lemah dalam lingkungan bayi hingga berusia 17 tahun. Secara umumnya, penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu fizikal dan mental. Penderaan fizikal biasanya meninggalkan kesan pada tubuh mangsa seperti parut, lebam, luka akibat dicucuh api atau dipukul. Penderaan mental pula meninggalkan kesan pada mental kanak-kanak sehingga membantutkan perkembangan mental mereka.

Penderaan berpunca daripada masalah kekeluargaan. Kemiskinan merupakan punca berlakunya penderaan. Ibu bapa yang miskin menghadapi masalah kewangan dalam menyediakan pakaian, makanan, dan tempat tinggal keluarga. Ibu bapa yang hilang pertimbangan menjadikan anak-anak sebagai tempat melepaskan tekanan perasaan mereka, iaitu dengan cara memukul dan sebagainya. Selain itu, beban kerja yang berat terbawa-bawa sehingga ke rumah.

Kurang didikan agama dan moral juga merupakan punca penderaan kanak-kanak. Terdapat ibu bapa yang menamatkan zaman muda terlalu awal dan kurang asas agama. Mereka menganggap anak sebagai bebanan. Selain itu, penceraian ibu bapa juga merupakan punca penderaan. Kanak-kanak yang terpaksa berayah dan beribu tiri akan menghadapi masalah pilih kasih. Kehidupan mereka tidak terurus dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek kerana kanak-kanak ini tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya.

Kesimpulannya, kanak-kanak yang didera mengalami gangguan fizikal, mental, emosi, rohani, dan intelek yang buruk. Oleh itu, jenayah penderaan kanak-kanak harus dibanteras demi menjamin masa depan mereka.

31. Apakah maksud penderaan dalam petikan di atas?.

A. Perkara yang baik dan berguna.B. Menghukum individu dengan sesuka hati.C. Menghukum individu dengan tidak sengaja.D. Menghukum individu dengan tujuan menyakitkan.

UK1/STM1/Haniza098

Page 9: Kertas 011

32. Berikut adalah pernyataan lingkungan usia kanak-kanak yang mungkin didera, kecuali

A. Tania yang berusia 18 tahun.B. Rusdi yang berusia 17 tahun.C. Kumaresan yang belajar dalam tahun dua.D. Ina yang berusia lima tahun.

33. Penderaan mental boleh menyebabkan

A. perasaan kanak-kanak terusik dan kecewa.B. anggota badan kanak-kanak lebam dan berparut.C. proses perkembangan kanak-kanak terbantut.D. proses perkembangan mental kanak-kanak menggalakkan.

34. Punca utama masalah penderaan ialah

A. penceraianB. kemiskinanC. masalah kekeluargaanD. kurang didikan agama dan moral

35. Bagaimanakah masa depan anak-anak yang didera sepanjang hidupnya?.

A. Hidup riang dan gembiraB. Hidup mereka akan terjejasC. Akan Berjaya dalam kehidupannya.D. Hidup mereka tenang dan bersinar.

Soalan 36 hingga Soalan 40.Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pak Salleh penarik beca. Dia bangun pada pukul 5.30 pagi setiap hari. Selepas menunaikan sembahyang Subuh dan bersarapan pagi, dia mengayuh becanya ke rumah Encik Jamal. Tugasnya pada setiap pagi ialah menghantar kedua-dua orang anak Encik Jamal ke sekolah.

Kemudian, dia akan mengayuh becanya ke Pasar Besar Kota Bahru. Dari jauh, dia sudah nampak beberapa orang wanita membawa bakul sambil

UK1/STM1/Haniza099

Page 10: Kertas 011

melambai-lambai kepadanya. Sayang sekali, dia tidak dapat mengambil kesemua wanita itu kerana becanya hanya dapat membawa dua buah bakul sarat dengan muatan menaiki becanya. Wanita itu meminta Pak Salleh menghantarnya ke Kampung Langgar.

Semasa pulang dari rumah wanita itu tadi, dua orang pelancong menaiki becanya. Mereka handak melawat sekitar Bandar Kota Bharu. Pak Salleh berasa bangga kerana dapat menyumbangkan tenaganya dalam industri pelancongan. Sambil mengayuh becanya, Pak Salleh berbual-bual dengan pelancong itu. Dia bercerita tentang tempat-tempat menarik di sekita Bandar Kota Bharu.

Walaupun kemudahan bas telah disediakan, namun masih ramai lagi yang masih suka menaiki beca. Hal ini kerana beca dapat melalui lorong-lorong yang sempit dan dapat menghantar para penumpang hingga ke hadapan rumah mereka.

Pada waktu tengah hari pula, Pak Salleh menjemput anak-anak Encik Jamal pulang dari sekolah. Selepas menghantar mereka, dia pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Dia akan keluar ke Bandar Kota Bharu selepas menunaikan sembahyang Zohor. Begitulah kehidupan Pak Salleh pada setiap hari.

36. Antara berikut benar tentang Pak Salleh, kecuali

A. Pak Salleh ialah seorang penarik becaB. Pak Salleh ialah seorang yang peramahC. Pak Salleh ialah seorang penganggurD. Pak Salleh memulakan tugasnya pada awal pagi

37. Perkataan menyumbangkan dalam petikan di atas bermaksud

A. mengambilB. menyerahkanC. memberikanD. mengumpulkan

38. Mengapakah beca semakin berkurangan sekarang?

A. Beca semakin burukB. Beca rendah tambangnyaC. Beca lambat perjalanannyaD. Adanya pengangkutan lain

39. Mengapakah Pak Salleh berasa bangga apabila ada dua pelancong menaiki becanya?

UK1/STM1/Haniza0910

Page 11: Kertas 011

A. Dapat berbual-bual dengan orang asingB. Boleh melawat Bandar Kota Bharu tiap-tiap hariC. Boleh berjalan-jalan dengan pelancong-pelancongD. Dapat menyumbangkan tenaganya dalam industri pelancongan

dalam negeri.

40. Pada pandangan kamu, Pak Salleh ialah seorang yang

A. bersemangatB. rajin dan tabahC. berani dan cekapD. miskin dan baik hati

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 1, KLUANGUJIAN KECIL PERTAMA

BAHASA MELAYU ( PENULISAN )TAHUN LIMA

NAMA : _________________________________ TAHUN : 5 M / B / I / I

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab ketiga-tiga bahagian tersebut. Bagi bahagian B, pilih sama ada menjawab Soalan 1 atau Soalan 2 atau Soalan 3.

BAHAGIAN A( Masa yang dicadangkan : 15 minit )

UK1/STM1/Haniza0911

Page 12: Kertas 011

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

1. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

4. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

5. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________BAHAGIAN B

( Masa yang dicadangkan : 40 minit )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan..

1. Kamu baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur kerana mengikuti bapa kamu yang telah ditugaskan di sana. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan keadaan kamu di sana.

ATAU

2. Mulakan karangan kamu dengan petikan yang berikut :

Pada petang itu, aku ke padang untuk menonton perlawanan bola sepak. Apabila tiba di persimpangan jalan, tiba-tiba ……………

UK1/STM1/Haniza0912

Page 13: Kertas 011

ATAU

3. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak.Tulis sebuah karangan tentang sambutan Hari Kanak-kanak tersebut.

No Soalan

________________________________________________________________________

UK1/STM1/Haniza0913

Page 14: Kertas 011

UK1/STM1/Haniza0914

Page 15: Kertas 011

BAHAGIAN C( Masa yang dicadangkan : 20 minit )

Tulis beberapa nilai murni atau pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Walaupun berasal dari keluarga yang kaya, namun Imran tidak pernah berasa bangga diri dan sombong. Dia bersikap sederhana malah tidak suka bersikap boros.

Rakan-rakan sekelas amat menyenangi Imran. Mereka suka berkawan dengan Imran bukan kerana Imran anak orang kaya, tetapi kerana budi bahasanya.

Rizalman seorang murid yang agak nakal. Dia merancang untuk menipu Imran dengan menyatakan masalah yang sengaja direkanya. Rizalman memberitahu Imran bahawa keluarganya hidup susah dan memerlukan bantuan.

Imran telah membantu Rizalman dengan duit simpanannya. Tetapi, akhirnya dia mendapat tahu bahawa Rizalman berbohong terhadapnya. Rizalman membelanjakan wang yang diberikannya di pusat permainan video. Walau pun begitu, Imran tetap sabar dan tetap memaafkan kawannya itu.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

UK1/STM1/Haniza0915

Page 16: Kertas 011

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 1, KLUANGUJIAN KECIL KEDUA

BAHASA MELAYU ( RENCANA )TAHUN EMPAT

NAMA : _________________________________ TAHUN : 4 M / B / I / I

SENI SILAT

Silat ialah satu-satunya seni mempertahankan diri warisan Melayu.

Warisan ini tetap terpelihara dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu

generasi supaya tidak pupus ditelan zaman.

Pada zaman dahulu, seseorang yang menguasai ilmu silat menjadi

lambing kepahlawanan dan dihormati dalam masyarakat. Silat dipelajari bukan

sahaja untuk mempertahankan diri, tetapi juga sebagai satu kemahiran untuk

mendapat pekerjaan, sebagai hulubalang, pengawal di istana atau pengawal

kepada pembesar negeri.

UK1/STM1/Haniza0916

Page 17: Kertas 011

Silat ialah gabungan antara kemahiran fizikal dan kecerdasan fikiran.

Pada peringkat yang lebih tinggi silat juga menggabungkan ilmu tauhid, iaitu

kepercayaan kepada Tuhan.

Sekarang banyak golongan muda mempelajari ilmu silat sama ada secara

formal di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi atau secara tidak

formal di gelanggang persendirian dan persatuan-persatuan seni silat.

Kerajaan juga mengambil langkah pro-aktif bagi memastikan seni silat

terus terpelihara. Pelbagai usaha sudah dirancang dan dilaksanakan supaya

generasi akan datang berpeluang mewarisi lambang kedaulatan bangsa ini.

Usaha yang diambil oleh semua pihak ini pasti akan menggalakkan lagi

penyertaan golongan muda menceburi seni silat.

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 1, KLUANGUJIAN KECIL KEDUABIJAK PERIBAHASA

TAHUN EMPAT

NAMA : _________________________________ TAHUN : 4 M / B / I / I

BAHAGIAN A. ( 10 markah )Jawab semua soalan.

1. Kedatangan pelancong asing ke Negara ini disambut dengan __________.

A. lepas tanganB. tangan terbukaC. panjang tanganD. ringan tangan

2. Daripada __________nya, saya tahu dia gembira dan bahagia.

A. air tanganB. air mukaC. ada anginD. anak angkat

3. Sekali-sekala Cikgu Sarif Adli membuat lawak jenaka untuk __________ murid-muridnya supaya mereka tidak bosan.

A. mengangkat diriB. mengambil hatiC. mengambil angin

UK1/STM1/Haniza0917

Page 18: Kertas 011

Soalan 4 berdasarkan Gambar 1

Gambar 14. Aaron terpinga-pinga seperti __________ apabila tiba di Kuala Lumpur.

A. tikus jatuh ke berasB. rusa masuk kampongC. ringan tulang, berat perut.

5. Tulisan Aini yang __________ itu hanya boleh dibaca oleh abangnya.

A. kaki ayamB. cakar ayamC. ayam tambatan

Soalan 6 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2

6. “ Untuk menjamin kanak-kanak menjadi insan berguna, kita hendaklah __________,” kata Encik Ariffin.

A. melentur buluh biarlah daripada rebungnya.B. Melepaskan batuk di tanggaC. Cubit paha kanan, paha kiri terasaD. Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

7. Leman seperti mendapat __________ kerana sering ponteng kerja.

A. hitam putihB. gaji butaC. asam garam

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3.

UK1/STM1/Haniza0918

Page 19: Kertas 011

Gambar 3

8. Johan menjadi __________ dalam pergaduhan antara Abu dan Syam.

A. batu apiB. batu loncatanC. atas pagar

9. Hamid tidak pandai membaiki enjin kereta itu menyebabkan enjin yang rosak sedikit telah rosak sepenuhnya. Perbuatan Hamid itu seperti __________

A. anjing berebut tulangB. tikus membaiki labuC. rusa masuk ke kampong

Soalan 10 berdasarkan Gambar 4.

Gambar 4

10. Wati __________ dengan kecantikan wajah Amira.

A. ada hatiB. hati batuC. gerak hatiD. iri hati

BAHAGIAN B ( 10 markah )

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Abang Faizal telah ___________________ dengan anak Pak Amin.

2. Orang yang suka menghasut orang lain dipanggil _________________.

UK1/STM1/Haniza0919

pekak badak batu api jatuh hati

kunyit dengan kapur melepaskan batuk di tangga

Page 20: Kertas 011

3. Kita mesti menguatkan suara apabila bercakap dengan Pak Meon kerana beliau ______________________.

4. Walaupun baru berkenalan, namun Aqilah dan Fatin Suhaila cepat mesra laksana _______________________.

5. Jauhi sikap tidak bersungguh-sungguh semasa bekerja seperti _________________________________.

BAHAGIAN C. ( 20 markah )

Lengkapkan kiasan berikut.

1. bulat seperti ______________________________

2. garang seperti ______________________________

3. cerdik seperti ______________________________

4. takut seperti ______________________________

5. jinak seperti ______________________________

6. alim seperti ______________________________

7. pahit seperti ______________________________

8. kuat seperti ______________________________

9. manis seperti ______________________________

10. hitam seperti ______________________________

BAHAGIAN D ( 10 markah )

Padankan.

1. Orang yang suka mencuri

2. Boleh diterima atau munasabah

UK1/STM1/Haniza0920

Mandi kerbau Alas perutPanjang tangan

Orang harapanMasuk akal

A

D

B

E

C

Page 21: Kertas 011

3. Mandi dengan tidak membersihkan badan.

4. Orang yang dipercayai.

5. Makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar.

UK1/STM1/Haniza0921