kertas 3 bachok kelantan 2014
TRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADAK 16310 BACHOK
KELANTAN
Disediakan oleh : CIKGU ZAKARIA YUSOF Guru Sejarah SMK Badak
Tel : 017 – 756 8573 Lot 1568 Lrg TNB Bachok, 16300 Bachok, Kelantan
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 2
KANDUNGAN
Bil Tajuk ms
1 Corak Pemerintahan Negara Demokrasi Dunia 5
2 Latar Belakang Demokrasi Berparlimen di Malaysia 6
3 Maksud Demokrasi Berparlimen 7
4 Ciri Pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia 8
5 Nilai-Nilai Demokrasi Berparlimen 10
6 Kepentingan Perlembagaan Malaysia 12
7 Tujuan dan Kaedah Pindaan Perlembagaan 14
8 Peranan Institusi Raja Berperlembagaan 16
9 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong 18
10 Jentera Kerajaan Demokrasi Berparlimen 20
11 Pengasingan Kuasa Pemerintahan Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman
23
12 Amalan Pilihan Raya 26
13 Pengagihan Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
28
14 Kebaikan Pengagihan Kuasa 30
15 Kepentingan Sistem Demokrasi Berparlimen 31
16 Kejayaan Melaksanakan Sistem Demokrasi Berparlimen 33
17 Cabaran Melaksanakan Sistem Demokrasi dan Langkah Mengatasi Cabaran
35
18 Iktibar Daripada Kejayaan Mengamalkan Demokrasi 38
19 Kesimpulan (Pengetahuan, Nilai dan Harapan) 39
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 3
Soalan Ramalan Sejarah Kertas 3 SPM 2014
(MODEL 1) @cgzakariasejarah
Aspek Perincian Markah Ruj.
Pengenalan 1 Latar belakang pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan.
5 ms 6
Isi dan Huraian
2 Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
10 ms 8
3 Kepentingan perlembagaan dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan kaedah membuat pindaan perlembagaan.
10 ms 12
4 Kedudukan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam sistem demokrasi yang berasaskan Raja Berperlembagaan di Malaysia.
10 ms 18
5 Pengasingan kuasa pemerintahan antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
30 ms 23
6 (a) Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
10
ms 35
(b) Cadangan langkah untuk memantapkan sistem tersebut.
7 Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen yang menjadikan Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa
10 ms 33
8 Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
10 ms 38
Kesimpulan 9 (a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan.
(b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara dan bangsa.
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5
ms 39
KERTAS SOALAN TAMAT
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 4
Soalan Ramalan Sejarah Kertas 3 SPM 2014
(MODEL 2) @cgzakariasejarah
Aspek Perincian Markah Ruj
Pengenalan 1 (a) maksud demokrasi berparlimen
5
ms 5
ms 7 (b) Corak pemerintahan negara demokrasi dunia.
Isi dan Huraian
2 Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
10 ms 8
3 Jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
30 ms 20
4 Amalan pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
10 ms 26
5 Kebaikan prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam amalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
10 ms 30
6 (a) Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
10
ms 35
(b) Cadangan langkah untuk memantapkan sistem tersebut.
7 Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen yang menjadikan Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa
10 ms 33
8 Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
10 ms 38
Kesimpulan 9 (a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan.
(b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara dan bangsa.
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 ms 39
KERTAS SOALAN TAMAT
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 5
CORAK PEMERINTAHAN NEGARA DEMOKRASI DI DUNIA
@cgzakariasejarah Contoh Soalan : Corak pemerintahan negara demokrasi dunia.
[5 markah] Isi Jawapan : Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja
Berperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan
mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri.
Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi
beraja dan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
[5 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 6
LATAR BELAKANG DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
@cgzakariasejarah Contoh Soalan : Latar belakang pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan.
[5 markah] Isi Jawapan :
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak tahun 1957. Terdapat dua corak pemerintahan
demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan sistem Republik. Sistem Raja
Berperlembagaan ialah sistem yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik
menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden.
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat berpeluang
membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.
Mereka berhak mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui
pilihan raya.
[5 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 7
MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN
@cgzakariasejarah Contoh Soalan : Maksud demokrasi berparlimen
[5 markah] Isi Jawapan :
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
dan Raja Berperlembagaan sejak tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud
rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan.
Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan melalui pilihan raya.
[5 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 8
CIRI PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
@cgzakariasej Contoh Soalan : Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
[15 markah] Isi Jawapan : Ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah mempunyai perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi
yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjadi
panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Perlembagaan mengandungi
pelbagai peruntukan.
Ciri yang kedua ialah mempunyai institusi Raja Berperlembagaan. Raja
Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan
dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama
Negara. Baginda bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana
Menteri.
Ciri yang ketiga ialah mempunyai Parlimen.Parlimen ialah badan
perundangan yang menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri
daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Ciri yang keempat ialah mengamalkan pilihan raya. Pilihan raya ialah proses
memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri atau
persekutuan. Pilihan raya diadakan dalam dua bentuk iaitu pilihan raya umum dan
pilihan raya kecil. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 9
[..... sambungan]
Ciri yang kelima ialah mempunyai badan yang menjalankan pemerintahan. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana dan
badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk
mengelakkan pembolotan kuasa.
Ciri yang keenam ialah mempunyai parti-parti politik. Ideologi politik dan
sikap perkauman menjadi asas pembentukan parti politik di negara kita. Parti-parti
ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan menjaga kepentingan kaum
masing-masing.
Ciri yang ketujuh ialah mengamalkan kebebasan asasi. Setiap warganegara
mempunyai hak asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta.
Warganegara bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik. .
[15 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 10
NILAI-NILAI DEMOKRASI BERPARLIMEN @cgzakariasejarah
Contoh Soalan : Nilai-nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia.
[15 markah] Isi Jawapan : Nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah menjunjung tinggi perlembagaan negara. Perlembagaan merupakan undang-
undang tertinggi negara . Perlembagaan menjadi asas pembentukan sesebuah
kerajaan. Ketertinggian perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,
Jemaah Menteri dan Mahkamah.
Nilai demokrasi kedua yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah taat setia kepada negara. Setiap warganegara dituntut mematuhi
perlembagaan dan undang-undang negara untuk menjamin taat setia kepada
negara. Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai
kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. seseorang
warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara
ini.
Nilai demokrasi ketiga yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah jaminan hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara
mempunyai kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Rakyat bebas
untuk membentuk kerajaan dengan cara memilih wakil rakyat melalui pilihan raya.
Bagaimanapun rakyat perlu mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-
undang.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 11
[..... sambungan]
Nilai demokrasi keempat yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah menghormati institusi Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong
adalah Ketua Utama Negara. Baginda merupakan simbol keutuhan dan perpaduan
rakyat di negara ini.
Nilai demokrasi kelima yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi konsep pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Pembahagian kuasa dibuat agar sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan
tanpa sebarang perbalahan.
Nilai demokrasi keenam yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi prinsip pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang
berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Ketiga-tiga badan menjalankan
tugas berasingan. Satu pihak tidak boleh mengambil tugas yang tidak berkaitan
dengannya.
Nilai demokrasi ketujuh yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mengiktiraf hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberia lesen
perniagaan dan perdagangan. Hak keistimewaan tersebut tidak boleh dipersoalkan.
[15 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 12
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
@cgzakariasejarah Contoh Soalan : Kepentingan perlembagaan dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
[15 markah] Isi Jawapan :
Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan negara. Perlembagaan
menentukan rangka dan bentuk pentadbiran negara.
Perlembagaan membantu melicinkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan dan
ketelusan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran.
Perlembagaan menjadi panduan kepada pemimpin negara dalam menjalankan pemerintahan. Perlembagaan dapat menentukan pemerintahan yang
dijalankan oleh pemimpin negara menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi
rakyat.
Perlembagaan menjamin taat setia rakyat kepada negara. Perlembagaan
membentuk semangat patriotisme rakyat. Seseorang yang mempunyai kerakyatan
negara lain atau tidak setia kepada negara boleh dilucutkan kerakyatannya.
Perlembagaan menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiap
warganegara mempunyai hak dan kebebasan untuk persatuan, beragama dan
memiliki harta. Walau bagaimanapun, warganegara perlu mengetahui had
kebebasan mereka di sisi undang-undang.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 13
[..... sambungan]
Perlembagaan menjadi rujukan dalam menggubal undang-undang persekutuan dan negeri. Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan
Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan menentukan peranan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-
Pertuan Agong Agong berperanan memelihara hak istimewa orang Melayu dan
Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Contohnya jawatan dalam perkhidmatan awam,
biasiswa, kemudahan pendidikan, serta kemudahan pemberian lesen perniagaan
dan perdagangan.
Perlembagaan menjamin kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa kerajaan ditetapkan melalui Senarai Persekutuan,
Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa
perbalahan.
Perlembagaan menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan di Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh
Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan
Malaysia.
[15 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 14
TUJUAN DAN KAEDAH PINDAAN PERLEMBAGAAN
@cgzakariasejarah Contoh Soalan : Tujuan pindaan perlembagaan dibuat dan kaedah yang diamalkan dalam membuat pindaan perlembagaan.
[5 markah] Isi Jawapan : Tujuan Pindaan Perlembagaan
Pindaan perlembagaan dibuat bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat. Pindaan perlembagaan juga bertujuan menjaga keselamatan negara.
Pindaan perlembagaan dibuat untuk melicinkan urusan pentadbiran. Selain itu,
pindaan perlembagaan dibuat supaya sesuai dengan keperluan semasa.
Pindaan perlembagaan dibuat agar dapat menjadikan perlembagaan sebagai
undang-undang yang munasabah. Pindaan perlembagaan dibuat untuk
memastikan kandungan perlembagaan dipatuhi oleh dengan rela hati.
Pindaan perlembagaan bertujuan melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Pindaan perlembagaan dibuat bertujuan memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum. Pindaan perlembagaan juga dibuat untuk
memansuhkan imuniti bagi Yang Dipertuan Agong daripada kesalahan jenayah.
[5 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 15
Kaedah Pindaan Perlembagaan
Pindaan Perlembagaan Malaysia dapat dilakukan melalui empat kaedah.
Kaedah Pertama ialah melalui persetujuan majoroti lebih suara ⅔ Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja. Perkara yang boleh dipinda melalui
kaedah ini ialah tentang tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, Meminda syarat
kewarganegaraan, mengenai kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri
Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri, kedudukan istimewa orang Melayu
dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan Negeri.
Kaedah Kedua ialah melalui persetujuan majoriti lebih suara ⅔ Dewan Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara
yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah tentang keanggotaan dan bidang kuasa
Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah, kuasa kerajaan Negeri menahan
kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah, kuasa perundangan dan
pemerintahan, kuasa negeri, agama, bahasa, dan hak istimewa orang Melayu dan
Bumiputera di Sarawak dan Sabah.
Kaedah Ketiga ialah melalui persetujuan lebih suara ⅔ Dewan Parlimen. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah tersebut ialah perkara yang tiada disebut
dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.
Kaedah Keempat ialah melalui persetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah pindaan Jadual 2, 6 dan 7
Bahagian III tentang kewarganegaraan, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara
dan persempadanan pilihan raya. Selain itu, pindaan Perkara 74 mengenai perkara
yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Perkara lain ialah
Perkara 76 mengenai perkara dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan,
persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan negara lain.
[5 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 16
PERANAN INSTITUSI RAJA BERPERLEMBAGAAN
@cgzakariasejarah Contoh Soalan : Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
[10 markah] Isi Jawapan : Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia ialah Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda mengetuai Badan
Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga unsur Parlimen.
Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa melantik Ahli Dewan Negara.
Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah
bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali memerlukan budi
bicara baginda
Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera.
Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah
Tentera.
Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan
Majlis Raja-Raja bersidang.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 17
[..... sambungan]
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda
sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-
Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan
Agong mempunyai kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri
atas nasihat Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim,
Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa
mentauliahkan duta-duta negara kita.
[10 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 18
BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG
@cgzakariasejarah Contoh Soalan : Kedudukan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam sistem demokrasi yang berasaskan Raja Berperlembagaan di Malaysia.
[10 markah] Isi Jawapan : Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Yang di-Pertuan
Agong adalah salah satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai
kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga mempunyai
kuasa melantik Ahli Dewan Negara.
Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah
bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali memerlukan budi
bicara baginda
Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera.
Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah
Tentera. Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda
sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-
Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan
Agong mempunyai kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri
atas nasihat Perdana Menteri.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 19
[..... sambungan]
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta melantik Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim, Peguam Negara
dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mentauliahkan duta-duta negara kita.
[10 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 20
JENTERA KERAJAAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
@cgzakariasej Contoh Soalan :
Jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
[30 markah] Isi Jawapan : (a) Yang di-Pertuan Agong
Salah satu jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen ialah Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong
dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu secara bergilir-gilir. Yang di-
Pertuan Agong mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan
Kehakiman.
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.
Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga mempunyai kuasa melantik dan memecat Jemaah Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat jika
mendapati keselamatan negara terancam.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Baginda mempunyai kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Baginda berkuasa mentauliahkan duta-duta negara kita.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 21
[..... sambungan]
(b) Badan Perundangan
Jentera kerajaan yang berikutnya ialah Badan Perundangan atau Parlimen.
Parlimen bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen
terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri
daripada individu yang cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional
atau bidang tertentu yang lain. Tempoh menjadi Ahli Dewan Negara ialah selama
tiga tahun. Keahlian Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya. Tempoh
menjadi ahli Dewan Rakyat ialah selama lima tahun.
(c) Badan Pelaksana
Jentera kerajaan yang seterusnya ialah Badan Pelaksana. Badan Pelaksana
merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kabinet . Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Jemaah Menteri juga melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri. Setiap kementerian diketuai oleh
seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan
Setiausaha Politik.
Perkhidmatan awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Semua
kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang
ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang digelar Ketua Pengarah.
Sesebuah kementerian mempunyai jabatan di peringkat pusat, negeri dan daerah.
Terdapat juga badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun.
mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah.
[bersambung .....]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 22
[.....sambungan]
Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan,
kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang, Suruhanjaya
Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
(d) Badan Kehakiman
Jentera kerajaan yang lainnya pula ialah Badan Kehakiman. Badan
Kehakiman mempunyai kuasa menentukan perkara sivil dan jenayah. Badan
kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan kehakiman juga berkuasa
mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman di
Malaysia. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan dan
mengisytihar undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
. Mahkamah juga mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan
tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang.
Mahkamah terbahagi kepada dua hirarki iaitu Mahkamah Atasan dan
Mahkamah Rendah. Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya
dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah
Persekutuan. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Sesyen.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana
Menteri. Seorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang
sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
politik. Penasihat undang-undang ialah Peguam Negara. Peguam Negara menjadi
Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.
[30 markah] @cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 23
PENGASINGAN KUASA PEMERINTAHAN
BADAN PERUNDANGAN, BADAN PELAKSANA DAN BADAN KEHAKIMAN @cgzakariasej
Contoh Soalan : Pembahagian kuasa pemerintahan antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
[30 markah] Isi Jawapan : Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badan
pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
(a) Badan perundangan
Badan perundangan merujuk kepada Parlimen. Parlimen bertanggungjawab
menggubal undang-undang. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara adalah dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Ahli
Dewan Negara digelar senator. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-
Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang cemerlang dalam
perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu yang lain. Tempoh
keahlian Dewan Negara ialah selama tiga tahun.
Dewan Rakyat adalah dewan terpenting. Tugas Dewan Rakyat adalah
menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Ahli
Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya. Ahli Dewan Rakyat mewakili
semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh keahlian Dewan Rakyat
ialah selama lima tahun.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 24
[..... sambungan]
(b) Badan Pelaksana
Badan pelaksana merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri juga
melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar, merancang serta
menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Kementerian
diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen dan Setiausaha Politik.
Perkhidmatan awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU).
Ketua Setiausaha Negara bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian
dan jabatan kerajaan. Pentadbiran di peringkat kementerian diketuai Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh pegawai perkhidmatan awam.
Sesebuah kementerian mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan
daerah. Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran
Ketua Pengarah.
Terdapat juga badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan
berkanun mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai
peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah.
Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan,
kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang, Suruhanjaya
Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 25
[..... sambungan]
(c) Badan Kehakiman
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara
sivil dan jenayah. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan
kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri.
Selain daripada mentafsir perlembagaan negara, Badan Kehakiman juga
mempunyai kuasa mentafsir dan mengisytihar undang-undang bertulis Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Mahkamah mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang.
Mahkamah di Malaysia terbahagi kepada dua hirarki iaitu Mahkamah Atasan
dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Tinggi
Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan serta
Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret
dan Mahkamah Sesyen.
Hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Seorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab
yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.
Penasihat undang-undang ialah Peguam Negara. Peguam Negara menjadi
Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.
[30 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 26
AMALAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA @cgzakariasejarah
Contoh Soalan : Amalan pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
[15 markah] Isi Jawapan : Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di
Malaysia. Setiap warganegara harus melibatkan diri dalam menentukan kerajaan.
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat samada di peringkat negeri
atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur
yang telus dan teratur
Pilihanraya di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu pilihanraya umum dan
pilihanraya kecil. Pilihanraya umum ialah pilihan raya yang diadakan untuk memilih
ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh
Malaysia.
Pilihanraya kecil diadakan untuk memilih wakil rakyat apabila berlaku
kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau DUN akibat kematian, perletakan
jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari
bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
Pilihan raya melibatkan tiga pihak iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
calon dan pengundi. Suruhanjaya Pilihan raya(SPR) ditubuhkan untuk menjalankan
pilihan raya. Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Fungsi utama SPR
ialah menentukan sempadan pilihanraya, menjalankan pendaftaran pemilih dan
mengendalikan pilihanraya.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 27
[..... sambungan]
Pihak yang kedua ialah calon yang bertanding. Warganegara bebas menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya. Syarat menjadi calon ialah seseorang itu
mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia,
sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
dan tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah. Sebelum proses
pengundian dijalankan, calon yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh
berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.
Pihak yang ketiga ialah pengundi. Seseorang pengundi layak mengundi jika
namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Seseorang warganegara yang
berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia dan tinggal di
mana-mana kawasan pilihan raya boleh mengundi dalam pilihan raya.Pengundi
boleh mengundi melalui pos jika individu tersebut adalah anggota pasukan
keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar
negara.
[15 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 28
PENGAGIHAN KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN & KERAJAAN NEGERI @cgzakariasejarah
Contoh Soalan : Prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
[10 markah] Isi Jawapan : Persekutuan ialah penyatuan beberapa buah negeri. Persekutuan
mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.
Kerajaan-kerajaan tersebut menjalankan tugas mengikut peruntukan dalam
Perlembagaan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan ialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal
pentadbiran negara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.
Badan Pelaksana bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri menjalankan kuasa bagi pihak Yang Dipertuan Agong.
Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri.
Kerajaan Negeri ialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal
pentadbiran negeri mengikut Perlembagaan Negeri. Badan Pelaksana Negeri
terletak pada Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan
menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis
Mesyuarat Kerajaan / Majlis Tertinggi / Kabinet diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan dalam
Perlembagaan Malaysia ialah Hal Ehwal Luar Negeri / Pertahanan, Keselamatan
Dalam Negeri, Kerakyatan Negara, Kewangan, Pelajaran dan Kesihatan
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 29
[..... sambungan]
Bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut Senarai Negeri dalam
Perlembagaan Malaysia ialah Undang-undang Islam, Tanah, Pertanian dan
Perhutanan, Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Cuti-cuti Negeri dan Undang-
undang Negeri.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersama dalam Perlembagaan Malaysia ialah Kebajikan Sosial, Biasiswa, Taman
Negara, Perancangan Bandar dan Wilayah, Penjagaan Haiwan, Kesihatan dan
Kebersihan Awam, Parit dan Tali air, Hiburan Awam dan Perhubungan
Pembahagian kuasa bertujuan memelihara hubungan baik antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Sifat ini dapat membentuk kerajaan
persekutuan yang stabil dan membantu mengurangkan perbalahan etnik.
[10 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 30
KEBAIKAN PENGAGIHAN KUASA @cgzakariasejarah
Contoh Soalan : Kebaikan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
[10 markah] Isi Jawapan : Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
ialah dapat menentukan bidang kuasa kedua-dua kerajaan. Bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah dinyatakan dalam Senarai Persekutuan,
Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pengagihan kuasa dapat menggelakkan pertindihan kuasa. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat memenuhi tanggungjawabnya terhadap rakyat mengikut bidang kuasanya.
Pengagihan kuasa dapat mewujudkan keadaan politik yang lebih stabil. Konsep tersebut memelihara hubungan baik antara kedua-dua kerajaan.
Perpaduan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri menjadi lebih
erat.
Pengagihan kuasa telah mewujudkan pentadbiran yang seragam.Pengagihan kuasa berdasarkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan
Senarai Bersama dapat memastikan pentadbiran menjadi lebih cekap.
Pembahagian kuasa menyebabkan pembangunan yang seimbang antara
negeri dalam persekutuan.Program pembangunan berjalan lancar. Perkara itu
terjadi kerana wujudnya penyelarasan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri.
Pengagihan kuasa telah mengiktiraf hak autonomi Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri diberi bidang kuasa khusus mengikut Senarai Negeri.
[10 markah] @cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 31
KEPENTINGAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
@cgzakariasejarah Contoh Soalan : Kepentingan sistem demokrasi berparlimen terhadap pembinaan negara dan bangsa Malaysia.
[10 markah] Isi Jawapan : Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat membentuk kerajaan. . Rakyat berpeluang Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang
kepada rakyat memilih perwakilan mereka melalui pilihan raya. Rakyat mempunyai
hak untuk memilih pemimpin yang berwibawa. Rakyat berhak mengekalkan atau
menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat melibatkan diri dalam pemerintahan negara. Rakyat boleh membuat dasar kerajaan melalui
perwakilan yang mereka pilih.
Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mengiktiraf Raja Berperlembagaan. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Sistem demokrasi berparlimen memberi kebebasan bersuara kepada rakyat.
Rakyat boleh menyuarakan pandangan melalui perwakilan yang dipilih oleh
mereka. Kerajaan boleh menegur kelemahan pentadbiran kerajaan melalui
saluran tertentu.
Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen membolehkan kerajaan
menjalankan pemerintahan dengan cekap. Perlembagaan Malaysia menjadi
panduan untuk kerajaan menjalankan pentadbirannya.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 32
[..... sambungan]
Sistem demokrasi berparlimen menjamin undang-undang yang adil dan
dapat diterima oleh rakyat. Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
Malaysia adalah tidak sah. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap
undang-undang.
Sistem pemerintahan demokrasi dapat mengelakkan pembolotan kuasa
dalam menjalankan pemerintahan. Perkara tersebut dapat dielakkan kerana sistem
demokrasi di Malaysia mengamalkan prinsip pengasingan kuasa antara Badan
Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Sistem demokrasi dapat mewujudkan sebuah persekutuan yang kukuh.
Konsep pengagihan kuasa melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan
Senarai Bersama telah mewujudkan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Sistem demokrasi memberi ruang untuk rakyat menubuhkan parti-parti politik. Rakyat bebas menganut ideologi politik yang tidak bertentangan dengan
dasar kerajaan. Rakyat juga boleh menyertai parti politik untuk memelihara
kepentingan kaum mereka.
[10 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 33
KEJAYAAN MELAKSANAKAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
@cgzakariasejarah Contoh Soalan : Kejayaan Malaysia melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang menjadikan negara kita dihormati.
[10 markah] Isi Jawapan : Malaysia berjaya mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Kejayaan
ini menjadikan kita dihormati kerana mengekalkan Raja-Raja Melayu menjadi
Ketua Utama Negara.
Malaysia berjaya menjalankan pemerintahan demokrasi berpandukan Perlembagaan Malaysia. Kejayaan ini menyebabkan Malaysia dihormati sebagai
sebuah negara berdaulat.
Malaysia berjaya mengelakkan pembolotan kuasa dalam pemerintahan
negara melalui amalan pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan
Pelaksana dan Badan Kehakiman. Kecekapan pemerintahan ini menyebabkan
banyak negara luar meniru amalan pemerintahan negara kita.
Malaysia berjaya memperkasakan fungsi Parlimen sebagai institusi penting
dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Perbahasan Parlimen dijalankan
secara telus, profesional dan berhemah. Masyarakat dunia mengiktiraf Parlimen
Malaysia sangat berwibawa.
Malaysia berjaya menjalankan pentadbiran yang cekap melalui Badan
Pelaksana. Negara menjadi stabil dan berkembang pesat ekonominya. Malaysia
menjadi negara yang makmur dan sejahtera.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 34
[..... sambungan]
Malaysia berjaya meningkatkan kewibawaan Badan Kehakiman yang
menguatkuasakan undang-undang negara. Negara luar sangat berpuas hati dengan
keputusan mahkamah Malaysia terhadap kes-kes yang melibatkan rakyat mereka.
Malaysia berjaya mengamalkan pilihan raya yang bebas dan bersih.
Pertubuhan Bangsa Bersatu yakin bahawa hak asasi dan kebebasan individu hidup subur dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Malaysia berjaya membentuk kerajaan yang berwibawa melalui pilihan raya.
Pemimpin Malaysia sering diminta memberi pandangan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan bidang sosial dan pendidikan di peringkat
antarabangsa.
Malaysia berjaya memberi kebebasan kepada rakyat menubuhkan dan
menyertai mana-mana pertubuhan. Pertubuhan kerajaan dihormati dunia kerana
peranannya membantu meringankan krisis kemanusiaan di peringkat
antarabangsa.
Malaysia berjaya memupuk perpaduan kaum melalui gabungan parti politik
pelbagai kaum. Malaysia dikagumi kerana kehidupan harmoni masyarakat
berbilang kaum di negara ini.
Malaysia berjaya mengamalkan konsep pengagihan kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Rahsia kejayaan mewujudkan pembangunan
seimbang antara Kerajaan Negeri sering menjadi rujukan negara serantau dan
antarabangsa.
[10 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 35
CABARAN MELAKSANAKAN SISTEM DEMOKRASI
DAN LANGKAH MENGATASI CABARAN @cgzakariasejarah
Contoh Soalan : Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
[10 markah] Isi Jawapan : Cabaran
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam melaksanakan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mewujudkan amalan pilihan raya yang lebih bersih. Amalan politik wang semakin menjadi-jadi dalam pilihan raya. Gejala
rasuah ini membantutkan usaha memilih pemimpin yang cekap dan berwibawa.
Cabaran yang kedua ialah penyalahgunaan hak dan kebebabasan bersuara. Masyarakat mengamalkan kebebasan bersuara secara mutlak tanpa
mematuhi had-had yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai
contohnya mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di
Sarawak dan Sabah.
Cabaran yang ketiga ialah sikap tidak menghormati institusi Raja
Berperlembagaan sebagai salah satu ciri sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.
Segelintir masyarakat mempersendakan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-
Raja Melayu tanpa mempedulikan bahawa baginda mempunyai fungsi dan
kedudukan tersendiri dalam sistem pemerintahan negara.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 36
[..... sambungan]
Cabaran yang keempat ialah sindrom menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Terdapat pihak menggunakan tunjuk perasaan dan
demonstrasi jalanan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.
Gejala ini mengganggu gugat kestabilan negara dan mengundang suasana huru-
hara.
Cabaran yang kelima ialah sikap tidak menghormati peruntukan Perlembagaan Malaysia. Segelintir masyarakat membangkitkan isu perkauman dan
mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu walaupun Perlembagaan Malaysia
dengan jelas menyebut perkara tersebut tidak boleh dipersoalkan.
Cabaran yang keenam ialah terdapat usaha pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada
Persekutuan Malaysia.
Langkah Mengatasi Cabaran
Sebagai langkah mengatasi cabaran di atas, kerajaan hendaklah
menguatkuasakan Akta Hasutan secara tegas. Gejala mencabul Perlembagaan
Malaysia hendaklah dikenakan tindakan yang keras.
Akta baru yang lebih tegas perlu diluluskan oleh Parlimen untuk
membendung politik jalanan di Malaysia. Sesiapa yang didapati menganjurkan
demonstari atau tunjuk perasaan hendaklah dikenakan tindakan tegas untuk
mencegah berlakunya huru-hara dalam negara.
Kerajaan patut meningkatkan semula peranan Jabatan Penerangan ke
arah meningkatkan kefahaman masyarakat tentang sistem demokrasi berparlimen.
Jabatan Penerangan harus menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat dengan
cara yang lebih cekap seperti menganjurkan seminar, forum, debat dan lain-lain.
[bersambung ......]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 37
[..... sambungan]
Langkah yang seterusnya ialah memperkasakan lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM diberi kuasa yang lebih luas agar
badan ini dapat membanteras gejala politik wang dalam pilihan raya.
Kementerian Pelajaran patut memperkenalkan semula mata pelajaran ketatanegaraan di sekolah. Mata pelajaran tersebut diharapkan dapat meningkatkan
kefahaman rakyat tentang konsep demokrasi berparlimen di peringkat awal lagi.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu menasihati kerajaan agar
menubuhkan Suruhanjaya bebas yang akan memantau penggunaan media sosial baru.Badan ini diberi kuasa untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap
pengguna media sosial yang tidak berhemah. Dengan itu, gejala menimbulkan
perkara-perkara sensitif melalui laman sosial dapat dihindari.
[5 markah]
@cgzakariasejarah
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 38
IKTIBAR DARIPADA KEJAYAAN MENGAMALKAN DEMOKRASI
@cgzakariasejarah Contoh Soalan : Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
[10 markah] Isi Jawapan : Iktubar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem
pemerintahan demokrasi ialah sanggup mempertahankan perkara baik apabila
kita berusaha mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Kita hendaklah membuat pilihan yang bijak dalam melantik pemimpin,
agar negara kita mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Jika kita sentiasa peka terhadap perkembangan semasa, sudah tentu sistem pemerintahan negara
kita dapat memenuhi kehendak rakyat.
Setiap rakyat perlu memiliki jati diri yang kukuh agar unsur-unsur negatif
tidak mempengaruhi pemikiran rakyat. Sebagai warganegara yang setia, kita
hendaklah sentiasa berfikiran positif agar sistem pemerintahan berjalan lancar.
Kita hendaklah mengamalkan sikap toleransi kaum supaya negara berada
dalam keadaan aman dan harmoni. Sikap mementingkan perpaduan mestilah
diutamakan dalam menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum dapat
diwujudkan di negara kita. Sekira setiap warganegara menghayati prinsip Rukun Negara, negara akan mencapai kestabilan politik.
Kita mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu supaya
mereka dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan penting dalam
membangunkan negara. Kita perlu menghormati amalan demokrasi supaya sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dapat diteruskan. Kita juga dituntut
menghargai keamanan supaya keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat
berterusan.
[10 markah]
RAMALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014
http://cgzakariasej.blogspot.com/CIKGU ZAKARIA SEJARAH 39
KESIMPULAN
@cgzakariasejarah Contoh Soalan : (a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan. (b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara dan bangsa. (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
[5 markah] Isi Jawapan : Daripada tugasan yang saya laksanakan, saya dapat mengetahui sejarah perkembangan sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia sejak mencapai
kemerdekaan. Saya dapat mengetahui ciri-ciri penting amalan sistem demokrasi berpalimen di Malaysia.Saya juga dapat mengetahui jentera kerajaan yang
berperanan dalam menjalankan kuasa pemerintahan demokrasi di negara kita.
Selain itu, saya juga mengetahui bahawa sistem pilihan raya merupakan amalan terpenting dalam pembentukan kerajaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Nilai yang boleh diambil ialah semangat perpaduan merupakan elemen
penting dalam negara berbilang kaum. Nilai yang berikutnya ialah hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat dalam mewujudkan pemerintahan negara yang
cemerlang. Nilai yang berikutnya ialah berani membuat perubahan ke arah yang
lebih baik, bukan sahaja memberi manfaat kepada diri, tetapi juga membawa
kebaikan kepada bangsa dan negara. Nilai yang seterusnya ialah berusaha gigih ke
arah mencapai kejayaan
Sebagai kesimpulannya, saya berharap negara kita akan kekal sebagai sebuah negara demokrasi yang dihormati di seluruh dunia. Saya sentiasa berdoa
agar masyarakat Malaysia sentiasa hidup bersatu padu. Wawasan muncul sebagai
negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 menjadi impian setiap
warganegara Malaysia. .
[5 markah] @cgzakariasejarah