kertas cadangan minggu anti dadah

10
KERTAS CADANGAN PROGRAM ANTI- DADAH

Upload: juryjo

Post on 19-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah

KERTAS CADANGAN PROGRAM ANTI-DADAH

Page 2: Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah
Page 3: Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah
Page 4: Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah

1.0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisankomuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah” menjelang tahun 2012.

2. 0 MATLAMAT

2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa

dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.

2.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan

kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya;

3. 0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan

Page 5: Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah

gaya hidup sihat;

3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat

sekolah lagi;

3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri

daripada dadah;

3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

4. 0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tingkatan satu, dua dan tiga SMRA Chuah

5. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG :

Ustaz Adnan Bin Abd Hamid, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

PENGERUSI :

Encik Mohd Zaki, Pengetua SMRA Chuah

NAIB PENGERUSI :

Pn Khamisah Asura Binti Abd Rahman, GPK 1

SETIAUSAHA :

Cik Jamilah Binti Yahaya

Page 6: Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah

BENDAHARI :

Pn. Zuraidah Binti Sethu Ghani

AJK :

1. Pn Zuraida binti Norwi

2. Pn. Norsiah Binti Sulaiman

3. En. Mohd Najmi Ikram bin Mohamad

4. Pn. Suhaida Binti Hasnan

6.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang:-

6.1 Mesyuarat Jawatankuasa

6.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti

6.3 Majlis pelancaran

6.4 Aktiviti Minggu Anti Dadah

i) Pameran (Isnin – 26 April)

Pameran mengenai jenis-jenis dadah seperti ganja, heroin, candu dan lain-lain lagi serta alat-alat yang digunakan oleh penagih seperti jarum suntikan. Selain itu, ada juga pameran mengenai hukuman yang akan dikenakan bagi pesalah pengedar dadah atau penagih dadah seperti sebat dan penjara.

Page 7: Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah

ii) Ceramah (Selasa – 27 April)

Ceramah-ceramah mengenai dadah juga dijalankan serta disampaikan oleh penceramah-penceramah dari PEMADAM, AADK Seremban dan juga pihak polis yang terlibat bagi menangani masalah ini.

iii) Pertandingan melukis poster dan Latihan Dalam Kumpulan (Rabu – 28 April)

LDK ini adalah untuk menilai pemahaman murid mengenai dadah serta semangat kerjasama antara murid. Selain itu, ia juga untuk mencungkil bakat murid dari segi berani berdepan dengan orang ramai dan pengetahuan mereka tentang bahaya dadah.

iv) Explorace (Khamis – 29 April)

Kuiz akan dijalankan pada hujung program untuk menilai sejauh mana murid-murid memahami tentang dadah serta ancamannya kepada individu dan masyarakat.

v) Tayangan video “Akibat terjebak” (Jumaat – 30 April)

Slot tayangan video tentang kemusnahan hidup apabila seseorang terjebak dengan dadah.

7.0 Jangkamasa Program: Program akan berlangsung selama seminggu pada waktu petang tanpa mengganggu aktiviti p&p:

Masa : Sepanjang minggu

Tempat : Perkarangan sekolah

Page 8: Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah

Tarikh : 26 – 30 April 2010

8.0 Anggaran Perbelanjaan

8.1 Pendapatan

Bil Perkara Anggaran Kos

Catatan

1 PCG Kaunseling RM 500

2 Penajaan/sumbangan RM 1780 Peruntukkan daripada MAINS

Jumlah RM 2150

8.2 Perbelanjaan

Page 9: Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah

9.0

PENUTUP

Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat

seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan member manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

‘MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH’

Disediakan oleh:

Bil Perkara Anggaran Kos

Catatan

1 Makanan Pelajar RM 1500 100 Pelajar x RM 3 X 5 hari

2 Hadiah Poster RM 80 1 x tempat pertama x RM 50

1 x tempat kedua x RM 30

1 x tempat ketiga x RM 10

Hadiah Kuiz RM 80 1 x tempat pertama x RM 50

1 x tempat kedua x RM 30

1 x tempat ketiga x RM 10

3 Bahan Pameran dan brochure, alatan lukisan

RM 300

4 Urusan Dokumentasi

RM 20 Surat menyurat, fotostat, dll

5 Bayaran Penceramah

RM 300 Pegawai AADK

Jumlah RM 2280

Page 10: Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah

..................................................

(Cik Jamilah Binti Yahaya )

Penyelaras Program Lawatan

Unit Bimbingan dan Kaunseling

SMRA Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Disemak oleh:

..................................................

( Pn Khamisah Asura Binti Zainal Abidin)

Guru Penolong Kanan Akademik

SMRA Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Disahkan oleh:

..................................................

( En Mohd Zaki bin Mohd Yusof )

Pengetua,

SMRA Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan.