kertas cadangan pameran bertema rempah

Upload: norhanimahmahadi

Post on 11-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aktiviti pss

TRANSCRIPT

Kertas Cadangan Pameran Bertema Rempah-ratus PAMERAN BERTEMA REMPAH-RATUS

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PengenalanPameran bertema ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar dan Kelab Pusat Sumber Sekolah .Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca dikalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti soalan kuiz, pertandingan mewarna tahap 1, melukis poster tahap 2 dan pengunjung bertuah . Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai kepentingan rempah-ratus dalam kesihatan.1.2 RasionalMengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.1.3 MatlamatBerikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :1.3.1 memupuk minat membaca di kalangan pelajar1.3.2 memupuk minat pelajar mengamalkan cara pemakanan yang sihat.1.3.3 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil daripengalaman pameran yang dijalankan,1.4 ObjektifBerikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :1.4.1 memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang asal-usul tanaman rempah-ratus yang terdapat di Malaysia.1.4.2 mengenali jenis-jenis dan khasiat rempah- ratus dari segi kesihatan.1.4.3 belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.1.5 Kumpulan SasaranKumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :Semua warga SK Bangsar

2.0 JAWATANKUASA PELAKSANAJawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :JAWATANKUASA PROGRAM PAMERANPenasihat : Tn Haji Nordin Bin Yaman - Guru BesarPengerusi : Encik Mohd Kamal Bin Ishak - GPK KurikulumNaib Pengerusi : Encik Putra Bin Ahmad - GPK kokurikulumPenyelaras : Cik Norhazalina Binti HashimSetiausaha : Encik Shamsul Bin RobidiNaib Setiausaha : Cik Amie Binti IsmailBendahari : Cik Norfazliah Binti MohamadJurukamera : Encik Mohd Nazir Bin MajidAJK : Encik Zulkifli Bin SaadPn Zalina Binti MohamadPn. Wan IzyanCik Zaleha Binti YusopPengawas Pusat Sumber

3.0 AKTIVITI PAMERAN3.1 Bahan rempah-ratus.3.2 Gambar rempah ratus yang terdapat di Malaysia.3.3 Maklumat mengenai rempah ratus dari segi asal-usul dan kepentingan rempah-ratus dari segi perubatan.3.4 Soalan kuiz terkumpul3.5 Pengunjung bertuah3.6 Pertandingan Melukis Poster Murid Tahap Dua3.7 Pertandingan Mewarna Murid Tahap Satu

4.0 TEMPAT PAMERAN4.1 Pusat Sumber Sekolah

5.0 PERALATANPapan pameran, kertas A4, plastik liminate, paku tekan, polisterin warna, buku-buku berkaitan dengan rempah-ratus dan artikel rempah-ratus daripada internet.

6.0 TARIKH PAMERANJangkamasa pameran adalah :Tarikh : 10 Februari 31 Mac 2009

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN7.1 Anggaran Pembelian Hadiahi. Kuiz Tahap 1 10 orang X RM 5.00 = RM 50.00ii. Kuiz Tahap 2 10 orang X RM 5.00 = RM 50.00iii. Pengunjung bertuah 6 orang x RM 5.00 = RM 30.00Tahap 1 3 orang muridTahap 2 3 orang muridiv. Pertandingan Mewarna 6 orang X RM 5.00 = RM 30.00Tahap 1v. Pertandingan Melukis 6 orang X RM 5.00 = RM 30.00Poster Tahap 2JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN RM 190.00

7.2 Bajet1. Hadiah - RM 190.002. Kertas A4 1 Rim - RM10.003 Liminate A4 1 Rim - RM 50.004 Polisterin nipis warna (3 keping) - RM 37.505.Bahan rempah-ratus - RM 15.106.Dokumentasi - RM 10.007.Gambar- RM 20.008.Toner printer (Epson warna) -RM 61.00Jumlah RM 393.60

8.0 PERTIMBANGANDiharapkan permohonan untuk mengadakan pameran ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.0PENUTUPPameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping memupuk budaya pemakanan yang sihat. Dengan itu , masyarakat yang sihat dan bermaklumat serta terkini dapat diwujudkan.

Disediakan oleh :

..( CIK NORHAZALINA HASHIM)PENYELARAS