kertas kerja bengkel add math spm 2013

Upload: sukharun

Post on 04-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

membantu guru-guru untuk dalam membuat kertas kerja bengkel add math

TRANSCRIPT

5

SMK SERI TUALANGPROGRAM MENUJU PUNCAK MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2013

1. PENGENALAN :

Dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan bukan akademik, kita harus sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar untuk mencorak masa depan negara. Oleh itu mereka perlu dibimbing sebaik mungkin bukan sahaja inteleknya malah merangkumi aspek emosi, jasmani, rohani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.MATLAMAT ;

2.1 Melahirkan pelajar yang berdaya saing tinggi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan SPM 2013.2.2 Melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwawasan dan kreatif serta kritis dalam menangani pelbagai cabaran dalam kehidupan.2.3 Melahirkan pelajar yang bermotivasi kendiri ke arah kecemerlangan.

3.OBJEKTIF :

3.1 Menggilap kemahiran pelajar tentang pelbagai aspek dalam persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2013 bagi subjek Matematik Tambahan. 3.2 Meningkatkan kesedaran kepada pelajar bahawa mereka berpontensi menjadi individu, pelajar dan pemimpin cemerlang.3.3 Meningkatkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran berfikir bagi memantapkan pengurusan pembelajaran.3.4 Membentuk pelajar yang berilmu, berakhlak serta berkemahiran untuk mengimbangi aktiviti seharian sama ada di sekolah, rumah dan dalam masyarakat sekeliling.

4. KUMPULAN SASARAN : Kumpulan sasaran utama terdiri daripada 51 orang pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM 2013, iaitu :

5 Alfa14 orang5 Beta17 orang5 Gama 20 orangJUMLAH KESELURUHAN51 orang

5.KAEDAH PELAKSANAAN :5.1Bengkel : dikendalikan oleh penceramah jemputan5.2Penilaian : secara formatif selepas sesi bengkel tamat.

6.TARIKH PELAKSANAAN :24 Oktober 2013 ( 9.00 am - 5.30 pm )

7.TEMPAT :Bilik Tayang, SMK Seri Tualang, Temerloh, Pahang.

8.TENTATIF PROGRAM :

TARIKH

MASAAKTIVITI

24 Oktober 20139.00 - 12.00 pmKertas 1

12.00 - 1.15 mRehat/Solat Zohor/Makan tengahari

1.15 - 5.00 pm Kertas 2

5.00 - 5.30 pmSoal Jawab/Refleksi

9. SUMBER KEWANGAN :

Dibiayai oleh :-

Pelajar : RM 20 X 51 = RM 1020.00Kecemerlangan Sekolah : RM 1020.00Duit Kantin : RM 3 X 55 = RM 165.00

JUMLAH BESAR : RM 2205.00

( Ringgit Malaysia : Dua Ribu Dua Ratus Lima Sahaja )

10.ANGGARAN PERBELANJAAN :

10.1 Saguhati penceramah jemputan1 orang X RM 2040= RM 2040.00

10.3 Jamuan pelajar, guru dan penceramahRM 3.00 X 55 pelajar = RM 165.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 2205.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ribu Dua Ratus Lima Sahaja )

11.PENILAIAN

Penilaian kekuatan dan kelemahan program akan dibuat melalui dua pendekatan iaitu :

11.1 Bancian daripada soal selidik guru terhadap pelajar.

11.2 Peratus peningkatan lulus dan cemerlang pelajar yang terlibat dalam peperiksaan Matematik Tambahan SPM 2013.

Disediakan oleh :

MUHAMAD SUKRI BIN HARUNKetua Panitia Matematik TambahanSMK Seri TualangTEMERLOH, PAHANG

Disemak dan Diluluskan oleh :

HAJAH APIDAH BINTI SUKIRMAN PengetuaSmk Seri TualangTEMERLOH, PAHANG