kertas kerja big

8
INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS JALAN YAAKUB LATIF 56000 K.L PROGRAM BINA INSAN GURU TAJUK : CADANGAN KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DAN CERAMAH / BENGKEL . NAMA AHLI KUMPULAN : 1. JASMIN BIN HUSSAIN 2. AHMAD UBAIDAH BIN MOHD. ISA 3. RUZIAH BT. MD. SUMAIRI 4. RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN 5. WEN BENG HENG 6. MOHD. HUSAINI BIN MOHD. HUSSIN 7. ZAID BIN ALI 8. FAZLI BIN MOHAMED 9. FADZLI BIN AHMAD 10. ABD. JALIL BIN ABU BAKAR KUMPULAN : PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI 4.5 AMBILAN NOVEMBER 2008 TARIKH KERTAS KERJA : 1 SEPTEMBER 2010 1

Upload: faqis

Post on 29-Jun-2015

919 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja BIG

INSTITUT PERGURUAN ILMU KHASJALAN YAAKUB LATIF 56000 K.L

PROGRAM BINA INSAN GURU

TAJUK : CADANGAN KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DAN CERAMAH / BENGKEL .

NAMA AHLI KUMPULAN : 1. JASMIN BIN HUSSAIN

2. AHMAD UBAIDAH BIN MOHD. ISA

3. RUZIAH BT. MD. SUMAIRI

4. RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN

5. WEN BENG HENG

6. MOHD. HUSAINI BIN MOHD. HUSSIN

7. ZAID BIN ALI

8. FAZLI BIN MOHAMED

9. FADZLI BIN AHMAD

10.ABD. JALIL BIN ABU BAKAR

KUMPULAN : PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI 4.5 AMBILAN NOVEMBER 2008

TARIKH KERTAS KERJA : 1 SEPTEMBER 2010

1

Page 2: Kertas Kerja BIG

KERTAS CADANGANPROGRAM BINA INSAN GURU FASA 2

PGSR Ambilan November 2008

TUJUAN

1. Kertas ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan

Jawatankuasa Program Bina Insan Guru (BIG) Institut Pendidkan Guru

Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

LATARBELAKANG

2. Program BIG adalah salah satu komponen dalam pendidikan keguruan bagi

memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani bagi menghadapi cabaran dalam bidang profesion perguruan. Para

guru yang bakal dihantar ke sekolah-sekolah di seluruh negara bakal

menempuh pelbagai cabaran seperti kejutan budaya dan perubahan

persekitaran justeru mereka ini perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan

di luar bilik darjah supaya dapat menyesuaikan diri mereka.

3. Program BIG juga adalah salah satu komponen yang perlu dalam Program

PGSR. Kandungan BIG adalah seperti Perkhemahan, Khidmat Masyarakat

dan Bengkel yang mana para pelajar wajib melaluinya.

4. Melalui pelaksanaan Program BIG adalah diharapkan para Guru Pelatih akan

lebih bersedia menghadapi kerjaya dan meningkatkan keberkesanan kerja.

2

Page 3: Kertas Kerja BIG

5. Program BIG dapat mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri

insan guru yang seimbang. Penekanan utama BIG adalah berkaitan dengan

pembangunan modal insan guru yang seimbang, hubungan guru dengan

manusia dan alam, akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan,

jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti,

berakauntabiliti dan amanah, kreativiti dan inovatif di samping para pelajar

mengenali dan memperoleh pengalaman tentang dunia luar.

ASAS PERTIMBANGAN

6. Program ini merupakan pendedahan kepada penekanan domain

pembangunan diri insan guru yang seimbang.

7. Berdasarkan sukatan dan pro forma kursus Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan Dengan Kepujian (Bina Insan Guru), hasil pembelajaran adalah

seperti berikut, iaitu:

7.1 Menjelaskan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang.

7.2 Berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan prestasi kerjaya

keguruan.

7.3 Menjelaskan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan

tanggungjawab terhadap profesion masyarakat dan Negara.

7.4 Menunjukkan kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan

perkhidmatan sosial.

7.5 Kerkeupayaan berkerjasama dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan sesuatu tugas secara bersama.

7.6 Berupaya berfikir secara refleksif dan kritis ke atas pengalaman,

3

Page 4: Kertas Kerja BIG

kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan

penambahbaikan secara berterusan.

CADANGAN

8. Selaras dengan pertimbangan di atas, cadangan berikut dikemukakan:

a. Program BIG PGSR Fasa 2 akan diadakan mengikut ketetapan jadual dalam

lampiran.

b. Tajuk bengkel adalah seperti berikut:

i. Tajuk 3: Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme”

c. Aktiviti khidmat masyarakat

i. Gotong royong membersihkan kawasan balai polis

ii. Lokasi – Balai Polis Pulau Pangkor

iii. Peralatan yang diperlukan – penyapu, plastik sampah, kereta sorong

d. Satu jawatankuasa program BIG telah ditubuhkan untuk membuat

perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DAN

BENGKEL 3

PENGERUSI : JASMIN BIN HUSSAIN

NAIB PENGERUSI : AHMAD UBAIDAH BIN MOHD. ISA

SETIAUSAHA : RUZIAH BT. MD. SUMAIRI

BENDAHARI : RAVICHANDRAN A/L TOPEKAN

AJK KHIDMAT SOSIAL : 1. WEN BENG HENG

2. MOHD. HUSAINI BIN MOHD. HUSSIN

3. ZAID BIN ALI

4

Page 5: Kertas Kerja BIG

AJK CERAMAH : 1. FAZLI BIN MOHAMED

2. FADZLI BIN AHMAD

3. ABD. JALIL BIN ABU BAKAR

IMPLIKASI PERBELANJAAN PROGRAM KHIDMAT SOSIAL

DAN BENGKEL CERAMAH

9. Kos Program BIG Fasa 2 adalah seperti jadual berikut:

9.1PENGANGKUTAN RM12.00 x 2 VAN= RM 24.00

9.2MAKANAN SARAPAN PAGI DAN MAKAN T/HARI

RM 6.00 X 10 = RM 60.00

9.3CENDERAMATA = RM 30.00

9.4PERALATAN = RM 10.00

10.PERBELANJAAN BENGKEL CERAMAH

10.1 URUSETIA = RM 50.00

10.2 CENDERAMATA = RM 50.00

10.3 SARAPAN PAGI DAN MAKAN T/HARI

RM6.00 x 54 = RM 324.00

RM 548.00

5

Page 6: Kertas Kerja BIG

SYOR

11.Jawatankuasa Program BIG IPG Kampus Ilmu Khas adalah dipohon untuk

memberikan pertimbangan dan kelulusan terhadap cadangan pelaksanaan

Program BIG Fasa 2 PGSR Ambilan 2008.

Disediakan oleh;

……………………………….

RUZIAH BT. MD. SUMAIRI

Setiausaha,

Program BIG 2010

………………………………………………………………………………………………

KERTAS KERJA INI DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

……………………………………….

Pengarah,

IPGM Kampus Ilmu Khas

Kuala Lumpur.

6