kertas kerja bm pemulihan

4
SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA DI HILIR EKRAM, JALAN PASIR PUTEH, 31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN Kertas Kerja Program Peningkatan Bahasa Melayu Murid Pemulihan TARIKH 21 oktober 2015 HARI Rabu MASA 8.40 pagi – 9. 40 pagi

Upload: fajrinahasbullah

Post on 03-Dec-2015

1.261 views

Category:

Documents


83 download

DESCRIPTION

melaksanakan aktiviti bm pemulihan

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja BM pemulihan

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA DI HILIR EKRAM,JALAN PASIR PUTEH,

31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

Kertas KerjaProgram Peningkatan Bahasa Melayu Murid Pemulihan

TARIKH

21 oktober 2015

HARI

Rabu

MASA

8.40 pagi – 9. 40 pagi

PROGRAM ANJURAN:

GURU PELATIH

PISMP Semester 8 Ambilan Januari 2012

IPG KAMPUS DARULAMAN

Page 2: kertas kerja BM pemulihan

1.0 PENGENALAN

Program Pemulihan Khas telah disediakan untuk membantu murid mengatasi

masalah keciciran, khususnya dalam pembelajaran iaitu kelemahan menguasai

kemahiran 3M. Tanpa bantuan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk

belajar dari sistem persekolahan lebih awal lagi. Mereka ini merasa rendah diri dan

malu tampil ke hadapan bersama-sama rakan sebaya mereka di arus perdana.

Oleh itu, untuk memantapkan jati diri mereka agar berasa yakin pada diri sendiri

dan menunjukkan kemampuan diri, satu program perlu diadakan terhadap murid

pemulihan untuk menguji dalam kelompok mereka bagi melahirkan insan yang sentiasa

berfikiran positif. Program yang dilaksanakan terhadap murid merupakan salah satu

projek individu yang perlu dijalankan oleh guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru

(IPG) bagi memenuhi syarat Internship untuk semester 8 ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program pemulihan khas di

sekolah.

2.2 Memberi peluang kepada murid-murid pemulihan khas bertanding sesama

mereka setelah dibimbing oleh guru.

2.3 Membina keyakinan diri, berfikiran positif dan sifat berusaha untuk berjaya

dalam diri murid-murid pemulihan khas.

2.4 Memupuk semangat setia kawan dan kerjasama dalam diri murid-murid.

2.5 Memberi satu kaedah pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid.

2.6 Menguji tahap kemampuan murid pemulihan khas setelah mempelajari

kemahiran membaca dan menulis dalam kelas pemulihan.

3.0 NAMA PROGRAM

Program Peningkatan Bahasa Melayu Murid Pemulihan

Page 3: kertas kerja BM pemulihan

4.0 ANJURAN

Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman

5.0 PELAKSANAAN

Tarikh: 21 Oktober 2015

Masa: 8.40 pagi – 9. 40 pagi

Tempat: Sekolah Kebangsaan Raja Di Hilir Ekram,Jalan Pasir Puteh, 31650 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan.

6.0 SASARAN

Murid-murid pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2