kertas kerja cadangan hoki dan badminton
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA CADANGAN
PERTANDINGAN BADMINTON
&
HOKI
ANJURAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN
PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI
2009
1.0 TAJUK
Pertandingan badminton dan hoki anjuran PISMP PJ 1109
2.0 PENDAHULUAN
Antara hasrat Falsafah Pendidikan Guru Malaysia adalah untuk
melahirkan guru - guru yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak mulia dan
mempunyai semangat ukhuwah yang tinggi serta memiliki badan yang sihat dan
cergas. Ini adalah demi melahirkan guru yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.
Dalam menuju ke arah merealisasikan hasrat ini, PISMP PJ 1109 akan
mengadakan pertandingan badminton dan hoki di antara guru pelatih. Di samping
dapat menghasilkan guru pelatih yang sihat dan aktif, aktiviti ini juga boleh menjadi
satu platform untuk mengeratkan ukhuwah sesama guru pelatih di kampus ini.
Semoga perlawanan persahabatan ini akan dapat memberikan peluang
kepada guru pelatih untuk bersukan di samping dapat mengeratkan ukhuwah
bersama guru pelatih untuk kesejahteraan bersama.
.
3.0 OBJEKTIF
1) Mengeratkan ukhuwah sesama guru pelatih
2) Memberi peluang kepada guru pelatih menunjukkan bakat dalam sukan..
3) Membina semangat berpasukan pemain – pemain.
4) Membentuk guru pelatih yang sihat dan cergas.
5) Mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola tampar dan bola baling.
4.0 MATLAMAT
1) Menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti sukan.
2) Mampu mengeratkan ukhuwah sesama guru.
3) Mencari dan mengasah bakat – bakat baru dalam sukan untuk mewakili IPGM
Kampus Tun Abdul Razak di masa hadapan.
5.0 PENGANJUR
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Jasmani ambilan Januari 2009
IPG Kampus Tun Abdul Razak.
6.0 BUTIR – BUTIR AKTIVITI
NAMA AKTIVITI : Pertandingan Badminton Dan Hoki
TARIKH : 24/2/2011
HARI : Khamis
MASA : 7.30am-1.00pm
TEMPAT : GIMNASIUM IPG Kampus Tun Abdul Razak.
7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Sila rujuk lampiran 1
8.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Pengerusi Projek
Membentuk ahli jawatankuasa projek.
Menyediakan kertas kerja lengkap dengan bantuan setiausaha.
Memanggil, mengadakan dan mengendalikan mesyuarat
Memantau dan memastikan semua bahagian jawatankuasa
berfungsi mengikut bidang tugas secara aktif.
Setiausaha
Menyediakan minit mesyuarat.
Menguruskan segala surat menyurat.
Menyediakan laporan lengkap sesudah projek berlangsung.
Menempah penggunaan gelanggang projek.
Bendahari
Mengurus dan mengawal segala urusan keluar masuk wang.
Merekod dengan lengkap segala urusan kewangan.
Mengurus penunaian cek, wang pos, kiriman dan sebagainya.
Menyediakan laporan lengkap kewangan sesudah projek
berlangsung.
Menyediakan anggaran perbelanjaan projek.
Jawatankuasa Urusetia
Menyediakan borang penyertaan.
Melantik pengadil berkelayakan untuk mengadili pertandingan.
Mendapatkan keputusan atau pemenang pertandingan dan
memaklumkannya secara bertulis kepada setiausaha.
Menyediakan keputusan rasmi pertandingan kepada juruacara
untuk diumumkan.
Jawatankuasa Teknikal dan Persiapan Tempat
Menyediakan persiapan untuk gelanggang sebelum bermulanya
permainan.
Memastikan penggunaan peralatan dengan baik.
Jawatankuasa Peralatan
Menyelaras, menempah, meminjam dan mengedarkan semua
peralatan yang diperlukan oleh setiap jawatankuasa.
Memastikan semua peralatan yang dipinjam, dipulangkan dalam
jumlah yang mencukupi dan dalam keadaan yang sempurna.
Menyediakan senarai lengkap keseluruhan alatan yang bakal
digunakan dan diserahkan kepada setiausaha projek.
Memastikan persiapan tempat berjalan lancar.
Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Jawatankuasa Hadiah
Memilih dan menetapkan jenis hadiah dan cenderamata.
Membeli hadiah dan cenderamata.
Menguruskan meja hadiah dan cenderamata ,segala persiapan
dan kelengkapannya serta pembentangan kos.
Jawatankuasa Kebersihan dan Keselamatan
Menyediakan kemudahan peralatan seperti peti bantuan
kecemasan.
Memastikan gelanggang dalam keadaan selamat bagi kegunaan
projek.
Memastikan kebersihan gelanggang sebelum dan selepas tamat
permainan.
Jawatankuasa Makanan dan Minuman
Menyediakan makanan dan minuman untuk pemain dan
pensyarah.
Memastikan penyediaan makanan dan minuman berjalan lancar.
9.0 PESERTA AKTIVITI
Guru-guru pelatih IPGM kampus Tun Abdul Razak opsyen PISMP PJ 1109.
10.0 SENARAI PERLAWANAN YANG AKAN DIADAKAN
Sila rujuk lampiran 2
11.0 DIF PERASMIAN PENUTUPAN
1) Dr Chin Ngien Siong ( penasihat )
2) Puan Candrawati bt Ibrahim ( Penasihat )
12.0 SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN
Sila rujuk lampiran 3
13.0 ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN
Sila rujuk lampiran 4
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Tajaan Puan Candrawati Bt Ibrahim
15.0 BORANG PENYERTAAN
Sila rujuk lampiran 5
16.0 PENUTUP
Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka
masa panjang penganjur. Selain itu untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek
jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui pertandingan ini juga diharap
objektif penganjur untuk merapatkan jurang integrasi antara guru pelatih juga akan
tercapai di samping membangunkan kembali minat guru pelatih terhadap sukan.
Disediakan oleh,
______________________________
( JAMES WONG HUANG CHIEW )
SETIAUSAHA PENGELOLA
PERTANDINGAN BADMINTON
DAN HOKI PISMP PJ 1109
IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
Disahkan oleh,
________________________________
( ANGELINA BT ANDREW DAAL)
PENGERUSI
PERTANDINGAN BADMINTON
DAN HOKI PISMP PJ 1109
IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
LAMPIRAN 1
CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA TERTINGGI PENGELOLA
PENASIHAT : DR CHIN NGIEN SIONG
PN CANDRAWATI BT IBRAHIM
PENGERUSI : ANGELINA BINTI ANDREW DAAL
SETIAUSAHA : JAMES WONG HUANG CHIEW
BENDAHARI : CLARENCE NICHOLAS NGALANG
AJK PERALATAN
FAIRUZ NOOR AZWIN BINTI ABDUL KHALID
AJK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
AEMAS GEORGE MUSA
AJK KEPEGAWAIAN
HOKI
- ALEXZANDA NGU (K)
- ELLIS AK BENARD
- KRISTINIE INCHIE AK BONIFACE INTANG
- ALVINTINO JAMIT AK BERNARD GASOP
- CYNTHIA AK SIEW
BADMINTON
- CECILIA CINDY GUGUP (K)
- VIANEY BINTI JUGI
- ZAINALABIDIN BIN ABDULL WAHAB
- MICHAEL BETI ANAK TUANG
- SADIT AK LIMBAI
AJK URUSETIA
MIMI JOHNA ANAK ANDREW JALIN
AJK HADIAH
RITA ANAK JIMBON
AJK TEKNIKAL PERSIAPAN TEMPAT
MOHD. MUHAZRIN BIN SUBANDI
AJK MAKANAN DAN MINUMAN
TERRENCE JUAN AK BUNDONG
LAMPIRAN 2
Jadual Perlawanan Permainan Badminton Perseorangan Lelaki
PEGAWAI BERTUGAS PERLAWANAN
P1 – PENGADIL : MICHAEL BETI TUANG
P2 – PENGADIL : ZAINALABIDIN BIN ABDULL WAHAB
P3 - PENGADIL : SADIT AK LIMBAI
P4 - PENGADIL : MICHAEL BETI TUANG
P5 - PENGADIL : ZAINALABIDIN BIN ABDULL WAHAB
P6 - PENGADIL : MICHAEL BETI TUANG & ZAINALABIDIN BIN ABDULL WAHAB
ALVINTINO
JAMIT
ALEXZANDA
TERRENCE
JUAN
MUHAZRIN
JAMES WONG
CLARENCE
MU’AZ
JUARA
P
BP
1
P
2P
3
P
5
P
4
P
6
Jadual Perlawanan Permainan Badminton Perseorangan Perempuan
PEGAWAI BERTUGAS PERLAWANAN
P1 – PENGADIL : CECILIA CINDY GUGUP
P2 – PENGADIL : VIANEY BT JUGI
P3 - PENGADIL : SADIT AK LIMBAI
P4 - PENGADIL : CECILIA CINDY GUGUP
P5 - PENGADIL : VIANEY BT JUGI
P6 - PENGADIL : SADIT LIMBAI & VIANEY JUGI
FAIRUZ NOOR
AZWIN
RITA
ANGELINA
KRISTINIE
AEMAS
NUR
SYAKIRA
CYNTHIA
JUARA
P
1P
2
P
3P
4
P
5
P
7
MIMI JOHNA
P
6
SENARAI PERLAWANAN HOKI
PEGAWAI BERTUGAS PERLAWANAN
P1 – PENGADIL : ALEXZANDA NGU (K)
P2 – PENGADIL : ELLIS AK BENARD
P3 - PENGADIL : KRISTINIE INCHIE AK BONIFACE INTANG
P4 - PENGADIL : ALVINTINO JAMIT AK BERNARD GASOP
P5 - PENGADIL : CYNTHIA AK SIEW
KUMPULAN A
KUMPULAN B
JUARA
LAMPIRAN 3
PERATURAN AM HOKI
1. Jika seseorang pemain telah menerima tiga (3) amaran (kad hijau) dalam
perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak
dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.
2. Jika seseorang pemain menerima dua (2) ‘temporary suspensions’ (kad
kuning) dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik
tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.
3. Jika seseorang pemain menerima dua (2) amaran (kad hijau) dan satu (1)
‘temporary suspensions’ (kad kuning) dalam perlawanan sebelumnya pemain
tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan
berikutnya.
4. Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dalam suatu perlawanan,
pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain dua (2)
perlawanan berikutnya.
5. Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang
mempunyai warna yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan
simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati
memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam
jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.
6. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang
tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas
pertandingan ini dijalankan.
7. Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat
yang ditetapkan oleh Persatuan Hoki Malaysia (MHF) hendaklah diguna
pakai.
8. Sekiranya Pengurus Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan, pasukannya
akan didenda dengan dikeluarkan daripada pertandingan.
PAKAIAN
1. Pemain wajib memakai jersi yang bernombor.
2. Tiap-tiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang berlainan
warna.
3. Jika pasukan yang bertanding memakai jersi yang samawarna, pasukan tuan
rumah (Pasukan namanya dihadapan)dikehendaki menukar jersi.
4. Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai kasut getah
atau‘boots’yang berstudgetah.
5. Pemain-pemain perempuan tidak dibenarkan memakai ‘tights’ atau seluar
pendek ketika bermain.
GELANGGANG / ALATAN
1. Rujuk Undang-undang Persatuan Hoki Malaysia PHM, dan FIH.
2. Pertandingan dijalankan di Stadium Hoki Majlis Perbandaran
Manjung, Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.
3. Setiap pasukan diminta menyediakan makan, minum,peralatan sendiri dan
sebiji bola pertandingan jenis‘KOKUBURA DIMPLE’.
PENGADIL
1. Pasukan pengadil‘panel’ akan disediakan.
2. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dibantah oleh
pasukan.
KELEWATAN
1. Sepuluh minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas
itusesebuah pasukan yang tidak hadir, pasukan itu dikira menyerah
kalahdengan sengaja.
MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
1. Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidakdibenarkan menarik
diri semasa pertandingan dijalankan.
2. Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau menyarah kalah dengan
sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang
dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak
dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan
diambil ke atas pasukan yang berkenaan.
BANTAHAN
1. Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh PengurusPasukan hendaklah
diserahkanKepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau
wakilnya tidak lewat dari satu jam selepas tamatnya perlawanan dengan
bayaran RM 200.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus ) tunai.Wang tersebut tidak
akan dikembalikan jika bantahan tidak berasas.
PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON
1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Badminton PISMP1109 Pendidikan
Jasmani.
2. PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh PISMP1109 Pendidikan Jasmani dan kerjasama
daripada Badan Penggerak Sukan Institut (BPSI).
3. JENIS PERTANDINGAN
3.1 Perseorangan lelaki dan perempuan
4. PENDAFTARAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada guru pelatih Pendidikan Jasmani
ambilan Januari 2009.
4.2 Pendaftaran untuk pemain perseorangan lelaki hanya terbuka kepada
tujuh orang pemain, manakala untuk pemain perseorangan hanya
lapan orang pemain.
4.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian.
Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pemain tersebut dalam
pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik.
5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan ini diadakan secara ‘kalah mati’.
5.2 Pemain yang berjaya mengalahkan pihak lawannya akan mara ke
peringkat seterusnya.
5.3 Jadual perlawanan disediakan oleh pihak penganjur dan cabutan undi
dibuat bagi menentukan lawan masing-masing.
6. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
6.1 Susunan perlawanan adalah seperti berikut :
i. Perlawanan pertama : PerseoranganLelaki
ii. Perlawanan kedua : Perseorangan perempuan
6.2 Pemain akan dipecahkan kepada dua bahagian didalam jadual.
6.3 Pemain yang akan memenagi setiap perlawanan akan bertemu untuk
menentukan johan keseluruhan.
6.4 Bagi pertandingan akhir, ia akan diadakan pada 25 Januari iaitu pada
hari jumaat.
6.5 Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus hendaklah
mengemukakan senarai nama pemain mengikut jadual perlawanan
yang telah ditetapkan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
6.6 Pemain yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang
sepuluh (10)minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan
percuma akan diberikan kepada mana-mana pemain, jika pemain
lawan gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa
sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.
6.7 Pemain yang ditimpa kecederaan semasa bermain seperti "cramp" dan
sebagainya akan diberi masa lima (5) minit untuk mendapatkan
rawatan dan tiada masa akan diberikan untuk kecederaan berikutnya.
Jika pemain ini tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut
kemenangan boleh diberikan kepada pihak lawan.
6.8 Kejohanan ini akan menggunakan bulu tangkis yang ditetapkan oleh
penganjur. Pihak pengelola menghadkan dua (2) bulu tangkis sahaja
bagi setiap perlawanan dan selebihnya hendaklah disediakan oleh
pasukan yang bertanding.
6.9 Pertandingan ini tertakluk di bawah Undang-Undang Pertandingan
Badminton Antarabangsa (IBF).
6.10 Setiap pemain dikehendaki menyediakan dua (2) orang penjaga
garisan.
7. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan
yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.
Lampiran 4
ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN
PERTANDINGAN BADMINTON & HOKI
ANJURAN PISMP PJ 1109
BUTIR – BUTIR MAJLIS
TARIKH : 24/2/2011
HARI : Khamis
MASA : 7.30am – 1.00pm
TEMPAT : Ruang Gimnastik, Gimnasium
ATURCARA MAJLIS
semua peserta mengambil tempat masing – masing.
ketibaan para tetamu jemputan.
ucapan pengerusi pengelola pertandingan
ucapan tetamu jemputan
upacara penyampaian hadiah
bersurai
Lampiran 5
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON PERSEORANGAN LELAKI
PERSEORANGAN LELAKI
Bil NAMA PEMAIN NO.KAD PENGENALAN NO.PENDAFTARAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON PERSEORANGAN PEREMPUAN
PERSEORANGAN PEREMPUAN
Bil NAMA PEMAIN NO.KAD PENGENALAN NO.PENDAFTARAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN HOKI
PENGURUS PASUKAN :
NAMA PASUKAN :
KETUA PASUKAN :
AHLI PASUKAN :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.