kertas kerja deaf - walkathon 2014

10
KERTAS KERJA DEAF - WALKATHON SEK. KEB. PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU 2014

Upload: siti-husnidar

Post on 20-Oct-2015

241 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Deaf - Walkathon 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Deaf - Walkathon 2014

KERTAS KERJA

DEAF - WALKATHON SEK. KEB. PENDIDIKAN KHAS

JOHOR BAHRU2014

Page 2: Kertas Kerja Deaf - Walkathon 2014

KERTAS KERJA

DEAF - WALKATHON

SK PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU.

Tarikh : 11. 03. 2014

Hari : Selasa

Masa : 7.30 – 8.30 pagi

TEMPAT

Dataran SKPKJB

ANJURAN Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

SKPKJB

DENGAN KERJASAMA

SK Pendidikan Khas Johor Bahru

Page 3: Kertas Kerja Deaf - Walkathon 2014

DEAF - WALKATHON

SEK. KEB. PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU

1.0 PENGENALAN

Program DEAF – WALKATHON ini dirancang untuk dilaksanakan sebagai menyahut seruan

Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul

Razak. Tujuan konsep ini diperkenalkan adalah untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang

lebih berdaya tahan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa dan realiti rakyat Malaysia yang

berbilang kaum dan ia sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan

rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.  Perkara asas yang perlu

diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan

sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan

yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB

Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara

mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk

semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.  Semua kaum perlu

menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati

secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang

akan dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan

Warga SK Pendidikan Khas Johor Bahru sememangnya terdiri daripada 3 kaum utama

di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Maka program ini dirancang untuk memupuk

perpaduan antara kaum di sekolah ini khasnya. Diharapkan program DEAF – WALK ini

dapat memantapkan dan mengeratkan lagi silaturahim antara warga SKPKJB.

Page 4: Kertas Kerja Deaf - Walkathon 2014

2.0 TUJUAN

1. Meningkatkan penghayatan murid pelbagai kaum dan agama terhadap aspek

perpaduan nasional.

2. Melahirkan murid yang cergas dan cerdas agar kelak menjadi rakyat yang boleh

menyumbang ke arah kemajuan negara.

3. Menanam rasa penerimaan terhadap rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum,

berbeza amalan dan kebudayaan.

4. Memberi peluang kepada semua murid menyertai aktiviti yang dianjurkan tanpa

mengira bangsa dan agama.

3.0 OBJEKTIF

1. Murid menyedari pentingnya perpaduan antara kaum dalam membina negara Malaysia

yang aman dan makmur.

2. Murid merasai pengalaman bergaul / berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka yang

berbilang kaum dan agama.

3. Murid dapat memahami dan menghayati konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh

Perdana Menteri.

4. Murid menyedari kepentingan menjaga kesihatan agar mereka menjadi warga

Malaysia yang cergas dan cerdas.

Page 5: Kertas Kerja Deaf - Walkathon 2014

4.0 TENTATIF PROGRAM

DEAF - WALKATHON

SK PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU

TARIKH : 11 MAC 2014

HARI : SELASA

MASA : 7.25 PAGI

TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN

7.25 pagi : Murid Mengambil Tempat

7.30 pagi : Aktiviti Memanaskan Badan dan Regangan

Bacaan doa

7.40 pagi : Perjalanan Bermula

8.20 pagi : Murid Berkumpul Semula di Dataran Perhimpunan

Aktiviti penyejukan badan

8.30 pagi : Bersurai

Page 6: Kertas Kerja Deaf - Walkathon 2014

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM LARIAN CERGAS 2013

PENGERUSI : EN. MASTAR BIN HASHIM

TIM. PENGERUSI : PN. SITI ZARINA BT. SULAIMAN

NAIB PENGERUSI 1 : EN. SOHAIMI B. MOHD.YUSOF

NAIB PENGERUSI 2 : EN. AZMI BIN KUSNIN

PENYELARAS PROGRAM: EN. ABDUL MANAF B SERIMAN

SETIAUSAHA : PN. MARDIAH BT. BAIAN

Pelepas

Guru Besar – En. Mastar Bin Hashim

Bacaan doa

Encik Azmi Kusnin

Dokumentasi

Pn. Mardiah Baian

Guru pengiring murid

PRA

Pn. Siti Samsiah Mohamed Sayuti

Pn. Jamaliah Baba

Permata Hati 1 Permata Hati 2

Pn. Nasirahjamal Zainal Abidin Pn. Husna Abu Samah

Pn. Norhayati Suratman Pn. Haslinda Hashim

1 Pengukuhan 1 A 1

Pn. Fadzilah Md Salleh En. Khairul Hafiz Za’bar

En. Ahmad Razury Mohamad Pn. Weedia Raha Zakaria

Pn. Norsyahira Abidin

1 A 2 2

Page 7: Kertas Kerja Deaf - Walkathon 2014

En. Mohd Hisham Mohd Nor Pn. Surina Abdul Rahim

Pn. Norliza Md. Ghazali Cik Norbasirah Saodi

3 4 A

Pn. Mahyani Masri Pn. Nurzairina Hanum Aris

Pn. Sopiah Elias Pn. Azrina Abdullah

Sakhila Mohd Ishak

4 B 5 A

Pn. Nurhamizah Ab. Rahman Pn. Noor Azlin Yusof

Pn. Norhayati Johar Pn. Mazlina Ismail

5 B 6A 1

En. Wira Yasin Pn. Norhulda Abu Bakar @ Abd Hamid

En. Azmi Kusnin Pn. Mardiah Baian

6A 2 6A 3

En. Koh Kian Ngee En. Kamal Abd Rahim

En. Sohaimi Mohd. Yusof

6A 4 6A 5

Pn. Noor Asyikin Badri Pn. Azrin Abdul Ghaffar

Pn. Norazlina Zakbar Pn. Siti Zarina Sulaiman

6A 6 6A 7

Pn. Ida Salina Abdullah En. Rahiman Jumat

En. Mastar Hashim

6A 8

Pn. Azimah Abdul Karim

Pn. Sabariah Ibrahim

Jurugambar

Page 8: Kertas Kerja Deaf - Walkathon 2014

En. Zainolazizi Khamis

Senamrobik

Keselamatan / Checkpoint En. Mohd Asahffar Mansor

Pn. Che Lasefah Che Husin En. Abdul Manaf Seriman

Pn. Mazni Mohamad Nahrawi Keselamatan / Pertolongan cemas

Pn. Maznah Amran En. Mohd Asahffar Mansor

Pn. Salwa Borhan En. Abdul Manaf Seriman

Pn. Junaiha Amil En. Fadil Ahmad

En. Sabtu Satiman En. Kamal Jairi

En. Saharudin Samsuni

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Minuman peserta ( Air mineral 500ml )10 Kotak = RM 100 .00 RM 100.00

2 Banner DEAF - WALKATHON RM 100.00

JUMLAH RM 200 .00

7.0 PELAN LARIAN

( Rujuk lampiran 1 )

Page 9: Kertas Kerja Deaf - Walkathon 2014

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program DEAF-WALKATHON pada tahun ini akan berjalan

dengan lancar seperti yang dirancangkan dan dapat merapatkan lagi hubungan antara

warga SKPKJB ke arah menjadi masyarakat yang lebih cergas dan cerdas. Justeru,

kerjasama daripada semua pihak iaitu semua warga SKPKJB adalah amat diharapkan

bagi melancarkan lagi program DEAF-WALKATHON 2014 pada tahun ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ ......................................................

(EN. ABDUL MANAF BIN SERIMAN) (EN. MASTAR BIN HASHIM)

Ketua Panitia PJK, SKPKJB Guru Besar, SKPKJB

Page 10: Kertas Kerja Deaf - Walkathon 2014

Lampiran 1