kertas kerja kajian tindakan 2mkemahiran kv kvk dan kvkvk

Upload: guru-pemulihan-khas-skba

Post on 14-Apr-2018

329 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kertas Kerja Kajian Tindakan 2MKemahiran KV KVK Dan KVKVK

    1/5

    1KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN KHAS ADIK KU SAYANG, TAHUN 2013

    PENDAHULUAN

    Program ini merupakan suatu langkah ke arah meningkatkan kemahiran

    membaca dan menulis di kalangan murid-murid tahap 1 di SK Batu Arang.

    Kemahiran membaca adalah bermula daripada mengenal, mengecam dan

    menyebut abjad, suku kata, Perkataan, ayat seterusnya petikan. Aspek

    pembacaan suku kata terbuka KV dan suku kata tertutup KVK adalah di antara

    isi kandungan yang terdapat di dalam kemahiran Pemulihan Bahasa Malaysia.

    Kegagalan murid-murid tahap 1 menguasai suku kata terbuka KV dan suku kata

    tertutup KVK merupakan penghalang kepada mereka untuk mempelajari serta

    menguasai kemahiran perkataan yang lebih mencabar. Hasil daripada

    program ini juga dapat dilanjutkan lagi bagi memudahkan murid-murid

    menguasai kemahiran dua suku kata iaitu KV KVK iaitu hasil gabungan

    kemahiran suku kata terbuka KV dan suku kata tertutup KVK. Program 2M ini

    dijalankan ke atas murid-murid dari tahun 2 dan 3 merupakan sasaran utama

    bagi Program Pemulihan Khas di sekolah rendah.

  • 7/30/2019 Kertas Kerja Kajian Tindakan 2MKemahiran KV KVK Dan KVKVK

    2/5

    2KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN KHAS ADIK KU SAYANG, TAHUN 2013

    OBJEKTIF PROGRAM

    Objektif Am

    Program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-auat

    yang mengandungi Perkataan gabungan dua suku kata terbuka dan suku kata

    tertutup iaitu KV +KVK.

    Objektif Khusus

    1. Murid dapat meningkatkan penguasaan suku kata dan Perkataan KVK.

    2. Murid boleh membaca Perkataan KVKVK hasil gabungan dua suku kata KV

    +KVK.

    3. Memastikan murid boleh membaca ayat-ayat yang mengandungi sekurang-

    kurangnya enam ke lapan patah Perkataan gabungan dua suku kata KV+

    KVK dengan lancar.

    Kumpulan Sasaran

    Program ini difokuskan kepada murid-murid Tahun 1 iaitu seramai 2 orang,

    Tahun 2 seramai 3 orang dan dari Tahun 3 seramai 2 orang Oleh itu seramai 8

    orang murid akan mengikuti program ini.

  • 7/30/2019 Kertas Kerja Kajian Tindakan 2MKemahiran KV KVK Dan KVKVK

    3/5

    3KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN KHAS ADIK KU SAYANG, TAHUN 2013

    PELAKSANAAN PROGRAM

    1. Pemilihan kumpulan sasaran adalah dipilih melalui senarai murid yang terlibat

    dengan Kelas Pemulihan Khas.

    2. Murid tahun Dua yang telah gagal melepasi ujian saringan 2 LINUS semasa

    berada di Tahun Satu.

    3. Program ini terdiri daripada 3 peringkat iaitu :

    i. Mengadakan ujian pra.

    ii. Pelaksanaan Program 2M dalam P&P.

    iii. Ujian Pos

    4. Tempoh Program ialah selama 2 bulan iaitu bermula pada 9 Febuari 2013 dan

    berakhir pada 10 April 2013 (8 minggu tidak termasuk cuti pertengahan

    semester1)

    5. Pihak yang terlibat ialah GPK dan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia

    tahun 2 dan tahun 3.

    6. Bahan pengajaran dan soalan- soalan ujian akan disediakan oleh GPK.

  • 7/30/2019 Kertas Kerja Kajian Tindakan 2MKemahiran KV KVK Dan KVKVK

    4/5

    4KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN KHAS ADIK KU SAYANG, TAHUN 2013

    PELAKSANAAN TINDAKAN

    1. Latih tubi membaca suku kata KV dan KVK

    Latihan ini boleh dijalankan selama 5 minit sebelum pembelajaran dimulakansemasa mata pelajaran Bahasa Malaysia. Murid-murid diberikan kad-kad suku

    kata KV dan KVK yang sama dengan carta suku kata yang dipamerkan. Murid-

    murid mesti dibimbing agar mereka tidak mengalami kesukaran semasa

    membaca kad-kad suku kata tersebut.

    2. Aktiviti nyanyian.

    Murid-murid diberikan kad-kad huruf yang bersaiz 20 x 30cm. Semasa aktivitinyanyian diajar,murid-murid akan mengangkat kad-kad huruf bentuk ejaan

    Perkataan KVKVK. Lagu yang dinyanyikan dipetik dari rentak lagu BINGO (lagu

    Bahasa Inggeris).

    Cth: Mimah masak gulai ketam

    Gulai ketam Mimah sedap

    S E D A P (3x)

    Gulai ketam Mimah sedap.

    3. Latih tubi 30 minit selepas waktu persekolahan.

    Latih-tubi ini dijalankan pada hari Isnin hingga Khamis selepas waktu

    persekolahan. Ianya dijalankan selama 2 bulan scara intensif oleh GPK.

  • 7/30/2019 Kertas Kerja Kajian Tindakan 2MKemahiran KV KVK Dan KVKVK

    5/5

    5KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN KHAS ADIK KU SAYANG, TAHUN 2013

    PENUTUP

    Membaca adalah kunci kejayaan bagi seseorang murid. Sebagai guru adalah

    menjadi tanggungjawab semua untuk menjadikan murid yang kurang celik

    huruf untuk menguasai kemahiran ini. Semoga dengan adanya Program 2M ini

    dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh segelintir

    murid-murid d sekolah ini.

    Sekian.

    Disediakan Oleh: Disahkan Oleh

    Ashrul Nizam Bin Mohamad Rozi En.Shakyean Bin Baki

    GPK SK Batu Arang. Guru Penolong Pentadbiran