kertas kerja karnival sukan permainan
DESCRIPTION
kertas kerjaTRANSCRIPT
KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN 2012SK TASEK UTARA, JOHOR BAHRU, JOHOR.
1.0 TAJUK
Kertas Kerja Pesta Sukan & Permainan 2012 SK Tasek Utara, Johor Bahru, Johor.2.0 PENDAHULUANPerkembangan pendidikan dewasa ini telah melangkaui sempadan dan tidak hanya tertumpu pada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Oleh kerana itu, Unit Kokurikulum SK Tasek Utara akan menganjurkan Karnival Sukan & Permaianan bermula 21 September - 23 September 2012 . Karnival ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman yang lebih meluas kepada para pelajar. Di samping itu, pelajar mampu menonjolkan bakat masing-masing dan melepaskan beban tekanan pelajaran supaya keseimbangan pembinaan diri pelajar dapat direalisasikan selaras denga falsafah pendidikan Negara.3.0 RASIONALKebanyakan pelajar amat berminat dengan aktiviti-aktiviti permainan yang memerlukan ketahanan dan kekuatan dari segi fizikal dan mental. Selain itu, pelajar juga berminat dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran yang boleh membentuk peribadi seorang pelajar berteraskan kurikulum unit beruniform yang jarang dilakukan di sekolah-sekolah. Justeru itu, aktiviti ini boleh menjadi wadah kepada pelajar bagi melahirkan anggota unit beruniform yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan dapat mengendalikan pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan kecemerlangan diri.4.0 MATLAMAT
Melahirkan pelajar sekolah yang berdisiplin, komited, berdaya saing dan efisien.5.0 OBJEKTIF
5.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara;
5.2 Melahirkan generasi yang faham, menghayati dan mengamalkan akhlak mulia serta mampu memberi sumbangan ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara;
5.3 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepimpinan;
5.4 Membentuk generasi yang bersemangat berpasukan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di alam pembelajaran.
5.5 Membina dan memupuk pelajar sentiasa mengamalkan, mempraktikkan semua isi kandungan kurikulum di dalam kehidupan seharian.6.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh: 21 September 2012 - 23 September 2012
Masa: 8.00 pagi 6.30 petang7.0 TEMPAT
Badminton - Dewan Seri Permai
Bola Tampar - Gelanggang Bola Tampar
Hoki
- Padang
Bola Jaring - Dewan terbukaBola Baling- Gelanggang Bola Baling8.0 SASARAN PENYERTAAN
Sasaran penyertaan adalah seramai 200 pelajar yang terdiri daripada murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6.
9.0 KEWANGAN
BILPERMAINANPERUNTUKAN (RM)CATATAN
1Badminton200.00Pengurusan dan Pertandingan dikendalikan oleh ahli kelab
2Bola Tampar200.00Pengurusan dan Pertandingan dikendalikan oleh ahli kelab
3Bola Baling200.00Pengurusan dan Pertandingan dikendalikan oleh ahli kelab
4Bola Jaring200.00Pengurusan dan Pertandingan dikendalikan oleh ahli kelab
5Hoki200.00Pengurusan dan Pertandingan dikendalikan oleh ahli kelab
6Tambahan Peralatan500.00Peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia
7.Makanan 20.00 x 200
= 4000.00Yuran Penyertaan Pelajar
8.Hadiah dan Cenderamata2000.00Peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia
JUMLAH: RM7500.00
Ulasan Unit Kewangan :
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tandatangan,
_______________
10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
10.1 Jawatankuasa Induk
Penaung
:Tn. Hj. Azman B. Manas
(Guru Besar SK Tasek Utara)
Pengerusi
:En. Mohamad Izzuddin Izzat B. Ab Shukor
(GPK Ko-kurikulum SK Tasek Utara)N. Pengerusi
:En. Mohd Syuhadak B. Seplee
(Penasihat Sukan SK Tasek Utara)Setiausaha
:En. Mohd Shahrizan B. Mohamad Solihim
(Penyelaras Sukan SK Tasek Utara)
Bendahari
:En. Mohd. Aziman B. Mohd Khairudin
(Pegawai Kewangan SK Tasek Utara)10.2 Jawatankuasa Kerja
1.PERSEDIAAN TEMPAT: a) En. Amir Hayyu bin Kamarudin
(S/U sukan II)
b) AJK Kelab Sukan dan Permainan (Pelajar)
2. URUSETIA
: a) En Yuzamri Bin Mohd Yusoff
b) En. Mohd Hazran Bin Rahimi c) Cik Roslina bt. Alli
d). AJK Kelab Sukan Permainan (Pelajar)
3.PERALATAN
: a) En. Muzafar Bin Yaman b) En. Mohd Syafiq Abd Rahman c) En. Syukur Bin Sulaiman
4. KESELAMATAN
: a) Cik Izziaty binti Yahya b) Cik Rohaila Bt Osman c) En. Mohd Azim Bin Dato Mokhtar d) En. Jafni Bin Mat Yunus5. HADIAH/SIJIL
: a) Ketua Penasihat Sukan Permainanb) AJK Kelab Sukan6. PENUTUPAN
: a) Cik Jamliawati bt. Abdul Rani
b) Cik Nurul Hafiza Bt. Amin11.0 JADUAL WAKTU PERTANDINGAN
(Rujuk Lampiran)12.0 PENUTUP
Kami berharap program yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dan akan berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat dan objektif . Terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.13.0 LAMPIRAN
Lampiran 1 (Jadual Perlawanan)
JADUAL PERLAWANAN PESTA SUKAN DAN PERMAINAN SK TASEK UTARA
(HOKI/BADMINTON/BOLA BALING/BOLA TAMPAR/BOLA JARING)PASUKAN LELAKIPASUKAN ATAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6
TAHUN 4Jumaat-4.30 ptgSabtu-11 pagi
TAHUN 5Jumaat-4.30 ptgAhad 9.30 pagi
TAHUN 6Sabtu-11 pagiAhad 9.30 pagi
PASUKAN BTAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6
TAHUN 4Jumaat-5.45 ptgSabtu-2 ptg
TAHUN 5Jumaat-5.45 ptgAhad-11 pagi
TAHUN 6Sabtu-2 ptgAhad-11 pagi
PASUKAN PEREMPUAN
PASUKAN ATAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6
TAHUN 4Jumaat-4.30 ptgSabtu-11 pagi
TAHUN 5Jumaat-4.30 ptgAhad 9.30 pagi
TAHUN 6Sabtu-11 pagiAhad 9.30 pagi
PASUKAN BTAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6
TAHUN 4Jumaat-5.45 ptgSabtu-2 ptg
TAHUN 5Jumaat-5.45 ptgAhad-11 pagi
TAHUN 6Sabtu-2 ptgAhad-11 pagi
Disediakan oleh,___________________
(MOHD SHAHRIZAN BIN MOHAMAD SOLIHIM)Setiausaha,Karnival Sukan & Permainan 2012,
SK Tasek Utara, Johor Bahru, Johor.Disahkan oleh,_____________________
(TN. HJ. AZMAN BIN MANAS)Guru Besar,
SK Tasek Utara, Johor Bahru, Johor.