kertas kerja kejohanan gimrama mssd pekan 2012

15
KERTAS KERJA LATIHAN GIMRAMA SK (LKTP) CHINI TIMUR 1 2012 PENGENALAN Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan- kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor-taktile Gimrama merupakan acara sukan yang sangat subjektif dan menarik perhatian. gimrama telah menjadi semakin diminati dalam kalangan peserta dan penonton. Gimrama memerlukan kemahiran atau skil yang tinggi serta kelembutan tubuh badan serta koordinasi tubuh badan untuk berkreativiti mencipta gerakan. Gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid- murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur. Gimrama ialah satu sukan yang istimewa khasnya untuk kaum wanita merupakan asas kepada penganjuran sukan ini di peringkat Daerah Pekan. Kejohanan Gimrama memberi ruang kepada gimnas- gimnas untuk bertanding malah bakal melahirkan atlit-atlit sukan gimrama yang berbakat seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Penganjuran kejohanan sukan gimrama khususnya di Daerah Pekan merupakan titik permulaan pengembangan sukan tersebut kepada generasi muda di dalam daerah Pekan

Upload: rosdimohamed

Post on 04-Aug-2015

2.059 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

KERTAS KERJA LATIHAN GIMRAMA SK (LKTP) CHINI

TIMUR 1 2012

PENGENALAN

Menurut tokoh dalam bidang  pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan

Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang

memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik

menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang

berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala

pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk

belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait

motor penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor-taktile

Gimrama merupakan acara sukan yang sangat subjektif dan menarik perhatian.

gimrama telah menjadi semakin diminati dalam kalangan peserta dan penonton.

Gimrama memerlukan kemahiran atau skil yang tinggi serta kelembutan tubuh badan

serta koordinasi tubuh badan untuk berkreativiti mencipta gerakan. Gimrama juga

merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan

serta kaum wanita di semua peringkat umur.

Gimrama ialah satu sukan yang istimewa khasnya untuk kaum wanita merupakan asas

kepada penganjuran sukan ini di peringkat Daerah Pekan. Kejohanan Gimrama

memberi ruang kepada gimnas-gimnas untuk bertanding malah bakal melahirkan atlit-

atlit sukan gimrama yang berbakat seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat yang

lebih tinggi. Penganjuran kejohanan sukan gimrama khususnya di Daerah Pekan

merupakan titik permulaan pengembangan sukan tersebut kepada generasi muda di

dalam daerah Pekan memandangkan kejohanan sukan seperti gimrama belum pernah

dianjurkan oleh badan-badan sukan sama ada melalui belia atau pun menerusi aktiviti-

aktiviti di sekolah.

Page 2: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

Namun, pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan

kreatif dan gimnastik. Kedua-duanya memberi penekanan kepada aspek-aspek

ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik.

Pergerakan asas juga meliputi pergerakan lokomotor, iaitu kebolehan bergerak

menggunakan otot-otot kasar seperti mlompat, berjalan, berlari dan sebagainya.

Sebaliknya pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehan

menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan,

menghayun tangan dan sebagainya.

Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan.  

Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan.

Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan

mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana

yang dipilih.

MATLAMAT

Memberi ruang kepada gimnas-gimnas dalam kelompok Chini terutamanya dari

sekolah-sekolah menengah dan rendah untuk mengembangkan bakat yang sedia ada.

Matlamat penghasilan kertas kerja ini adalah untuk memberikan peluang kepada

pelatih agar dapat memperlajari teknik-teknik dan jenis-jenis pergerakan asas. Malah,

ia juga untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelatih tentang pergerakan

asas.

Di samping itu kejohanan ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat

tentang faedah menyertai sukan gimrama.

Memberi pendedahan kepada kaum wanita tentang gimrama

Page 3: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

OBJEKTIF

Selepas penganjuran kejohanan sukan gimrama adalah diharap agar lebih ramai

bakal-bakal gimnas akan menyertai sesi latihan gimrama

Memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya di Daerah Pekan tentang keunikan

sukan gimrama.

Memberi pendedahan kepada kaum wanita tentang gimrama

Ibubapa akan menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam sukan gimrama.

Kejohanan Gimrama peringkat Daerah Pekan diadakan untuk memberi ruang kepada

pelajar perempuan dalam daerah ini terutamanya dari sekolah-sekolah menengah dan

rendah untuk mengembangkan bakat.

Dengan menyertai kejohanan sukan gimrama ini, para pelajar ataupun atlit akan

kreatif dalam mencipta pergerakan dan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran dalam gimrama

TARIKH

Tarikh : 1 Oktober hingga 30 Oktober 2012

Tempat : Dewan Serba Guna SMK Chini

MASA

Sesi latihan para gimnas diadakan dalam 2 sesi iaitu petang dan malam.

Bagi murid-murid yang bersekolah pada sesi pagi, latihan selama 2 jam 30 minit

diadakan pada hari Isnin, Rabu, Jumaat ( 2.00 – 4.30 petang).

Bagi murid-murid yang bersekolah pada sesi petang, jadual latihan adalah pada setiap

hari Selasa dan Khamis, jam (6.30 – 9.00 malam). Latihan juga diadakan pada setiap

hari Sabtu, bermula pada jam (8.30 – 11.30 pagi)

TEMPAT LATIHAN

Dewan Serba Guna SMK Chini

KUMPULAN SASARAN

Page 4: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

Pelajar perempuan sekolah rendah dan menengah

Kaum wanita

Ibu-bapa

JURULATIH TERLIBAT

PENGURUS PASUKAN : Azman Bin Iderus

JURULATIH : Azmawi Bin Zainol Abidin

PENOLONG JURULATIH : Shahirah Aida Bt Kassim

: Chan Pek Ting

PEMBANTU JURULATIH : Tan Lean Hin

JURUPULIH : Safri Bin Ali

Nor Zalina Bt Nizam

KEWANGAN

Page 5: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

Perbelanjaan mengelolakan sesi latihan gimrama termasuklah perbelanjaan semasa

dan perbelanjaan sepanjang sesi latihan selama sebulan.

JENIS JUMLAH PERBELANJAAN

Peralatan (Belantan dan Bola)

Lantai untuk gimrama

RM 250.00

RM 2000.00

Makan dan minum pelajar semasa latihan RM 500.00

Perbelanjaan jurulatih (petrol) RM 600.00

Jemputan dan sambutan/promosi

Banner RM 150.00

Air mineral RM 170.00

Perubatan RM 200.00

KEGUNAAN PEJABAT RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 3970.00

CONTOH CADANGAN LATIHAN GIMRAMA SKCT 1 2012

Page 6: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

PERGERAKAN HURAIAN

Pergerakan 1

Bukan

Lokomotor

- Kedua-dua tangan mengangkat gelung atas kepala.

- Berdiri dengan satu kaki

Pergerakan 2

Lokomotor

- Berjalan sambil berpusing.

- Tangan memusingkan gelung atas kepala semasa

   berjalan.

Pergerakan 3

Bukan

Lokomotor

Atas peti lombol.

- membuat regangan badan. Badan bongkok ke depan

dan tangan menyentuh lantai.

Pergerakan 4

Lokomotor

- Menari dengan tarian Waltz.

- kedua-dua tangan memegang gelung.

Pergerakan 5

Bukan

Lokomotor

- Membuat imbangan dengan satu kaki dan satu kaki

  mengangkat ke belakang.

- Tangan memegang gelung dan menghala ke belakang

   sehingga nenyentuh kaki yang angkat.

Pergerakan 6

Lokomotor

- memusing badan dengan 180  atas tilam.

- mendarat lalu mencapai gelung yang diletak di atas

  tilam

Pergerakan 7

Bukan

Lokomotor

- membuat regangan kaki.

- tangan memegang gelung dan naik lurus ke atas.

Pergerakan 8

Lokomotor

-Membaling gelung ke atas.

- berjalan sambil menyambut gelung.

Pergerakan 9

Bukan

Lokomotor

-Imbangan dengan kedua-dua hujung kaki serta tapak tangan kiri

- tangan memusing gelung naik lurus ke atas dengan  

  tangan kanan.

Pergerakan 10

Lokomotor

- Galop menerusi keenam-enam gelung yang terletak di   atas lantai.

- kedua-dua tangan memegang gelung dan menghayun

  ke depan dan belakang.  

TARIKH/MASA ACARA

Page 7: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

Tarikh : 1 hingga 5 Oktober 2012

Masa :10.00 pagi- 5.00 petang

Tempat : Dewan Serba Guna SMK Chini

Individual Apparatus – Club

WOMEN

Tarikh : 8 hingga 12 Oktober 2012

Masa : 8.00 pagi- 5.00 petang

Tempat : Dewan Serba Guna SMK Chini

Individual Apparatus – Club

WOMEN

Tarikh : 15 hingga 19 Oktober 2012

Masa :8.00 pagi hinnga 5.00 petang

Tempat : Dewan Serba Guna SMK Chini

Individual Apparatus - Ball

WOMEN

Tarikh : 22 hingga 26 Oktober 2012

Masa :8.00pagi-5.00 petang

Tempat : Dewan Serba Guna DARA

Individual Apparatus - Ball

WOMEN

ACARA YANG DISERTAI

Individual Apparatus – Club

Individual Apparatus – Ball

LAMPIRAN

Prinsip-prinsip Pengajaran Gimrama

Page 8: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

Pergerakan dengan ritma, menghasil pergerakan tubuh yang berkoordinasi dan estatik

Pergerakan berseorangan atau kumpulan dengan atau tampa alatan secara licin dan

berterusan.

7 jenis pergerakan tubuh

Imbangan, melentik, meringkuk dan melunjur,gerak edar, pusingan badan, lompatan,

ketangkasan

Tujuan pergerakan

Kelenturan.ketangkasan,imbangan, kelajuan,koodinasi, kuasa dan kekuatan.

Pergerakan Tubuh Badan

Penekanan menyedari perkaitan antara tubuh ruang dan daya semasa melakukan

pergerakan.

Bahagian tubuh dan keseluruhan badan dengan teknik yang betul.

Penekanan kepada penghasilan pergerakan yang cantik.

Teknik Alatan

Pelbagai alatan digunakan berbeza dari sifat dan bentuk.

Alatan bulat dan padu

Alatan bulat dan leper

Alatan lembut dan berombak

Alatan panjang, langsing dan lembut

 Alatan keras dan padu.

Bentuk dan jenis alatan menentukan bagaimana ia dimanupulasi

Rangkaian Pergerakan

Rangkaian pergerakan dilakukan dalam ruang

Pergerakan tubuh badan dan manupulasi alatan dilakukan ikut ritma dan irama.

Page 9: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

Cipta rangkaian pergerakan istilah licin dan berterusan, alatan digunakan pelbagai cara

dan disesuaikan dengan pergerakan tubuh.

Pergerakan mesti berkoordinasi dengan alatan mengikut rentak, variasi masa dan

ruang untuk memberi gambaran kreativiti pelaku.

Kesedaran hubungan antara alatan dengan pergerekan tubuh badan

Mengalakkan pengunaan alat dalam lakuan yang bersesuai mengikut ritma atau irama

Kesedaran Ritma

Peka kepada pelbagai jenis ritma dan irama.

Kefahaman kecergasan diri

Gimrama membina ketangkasan,imbangan,koodinasi, kecekapan dan pelajuan

Kefahaman Terhadap Pusat Graviti

Berkaitan dengan kedudukan badan,imbangan dan putaran.

Penting kefahaman pusat graviti dalam perlakuan gimrama.

PERALATAN

Nama Alat ,Bahan, Panjang, Berat, Diameter

Gelung Kayu/plastik 300 gram 80 – 90 cm

Belantan Kayu sintatik 40 – 50 cm 150 gram/satu 18 – 20 cm

Reben Satin/bukan satin 50 – 6- cm 46 cm lebar

6 m P18

5 m P12 & P15

Tali Ham/sintatik

Bola Getah/sintatik/plastik 400 gram 18 – 20 cm

PERALATAN

Peralatan yang diguna seperti radio (sumber muzik), tali, bola, gelung, reben dan

Page 10: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

belantan dalam kejohanan ini disediakan oleh pengelola. Berikut adalah senarai

peralatan yang diguna dalam kejohanan sukan gimrama.

(a)Gelung

Gelung merupakan suatu peralatan gimrama yang memerlukan ruang semasa

melakukan pergerakan. Kemahiran pergerakan gelung sambil mengikut rentak muzik

sangat penting dalam kejohanan ini.

(b)Reben

Reben merupakan gerakan alatan dalam gimrama yang agak menarik. Ini adalah

kerana reben kelihatan cantik dan menarik serta menyeronokkan. Oleh itu reben boleh

digunakan dengan berkesan dalam semua pertunjukkan. Persembahan reben

memerlukan ruang yang besar dan koreografi yang baik terumatanya apabila

pergerakan dibuat mengikut rentak muzik

(c)Belantan

Dalam mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan kemahiran kedua-dua

belah tangan. Gimnas memerlukan kemahiran dan koordinasi yang baik untuik

menyeleraskan pergerakan badan dengan pergerakan belantan di tangannya.Semua

peralatan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh pengelola terlebih dahulu

sebelum digunakan untuk pertandingan.

(d)Sumber Muzik

Radio yang menghasilkan audio/muzik akan disediakan oleh pengelola. Radio akan

diletakan di atas tempat yang sesuai dan dapat didengar dengan jelas oleh gimnas. Pita

kaset atau CD untuk tujuan pertandingan disediakan oleh pasukan terlibat. Setiap pita

kaset/CD perlu dilabelkan dengan nama Gimnas, kumpulan Umur, Giliran,

alatan/symbol dan tempoh muzik. Tempoh muzik ditetapkan bagi individu ialah

selama satu minit tiga puluh saat.

(e) Arena Pertandingan

Page 11: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

Pertandingan akan diadakan di Dewan SMK Chini kerana ruangnya luas dan strategi

untuk sukan tersebut.

PERATURAN AM

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan

dijalankan mengikut Undang-UndangPermainan Persekutuan Gimnastik

Antarabangsa (FIG) danPersekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan

dijalankan

mengikut Undang-UndangPermainan Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG)

danPersekutuan Gimnastik Malaysia (MGF)

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan

dijalankan mengikut Undang-UndangPermainan Persekutuan Gimnastik

Antarabangsa (FIG) dan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka Undang-

Undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan

diputuskan seperti berikut

Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-Undang

Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) dan Persekutuan Gimnastik Malaysia

(MGF)

Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

Gimnastik

PERGERAKAN PENERANGAN SIMBOL MASA

(M/S)

Page 12: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

1.5.3 Mengimbangkan badan di atas kaki kiri dan kaki

kanan ke belakang ( melebihi 45 º) dan tangan

memegang belantan menggunakan kedua-dua

tangan dan mengetuk belantan di atas kepala.

0.45 saat

2.5.2 Lompat dan baling belantan yang dipegang

menggunakan kedua-dua tangan dan sambut.

Ulang sebanyak dua kali

0.45 saat

3.5.1 Lompat kijang dengan menaiki/menaki bulatan

(ring) dan membuat ayunan yang besar

menggunakan kedua-dua tangan sambil

memegang belantan.

0.45 saat

3.5.3 Hambur kucing dan lambung belantan

menggunakan tangan kanan dalam barisan selari.

Berlari dengan hujung jari kaki, lompat dan

tangkap belantan menggunakan kedua-dua

tangan

0.45 saat

2.4.2 Leret bola dengan tangan kiri. Golek bola di atas

lantai dan lompat dengan separa pusing (180º)

dan menari ke belakang ( 1@2 set tarian dan

pergerakan tangan. Terima/sambut bola dengan

tangan kanan.

0.45 saat

2.4.5 Berpusing (360º) dengan kaki dikuatkan ke

hadapan/sisi dan hayunan besar menggunakan

bola menggunakan sebelah tangan secara

melintang.

0.45 saat

3.4.1 Lompat dengan putaran penuh dengan satu

lantunan bola dan tangkap bola selepas

melompat.

0.45 saat

3.4.3 Golekkan bola ke hadapan menggunakan tangan

kanan dan lakukan “split leap” sebelah bola dan

terima bola dengan tangan kiri.

RUMUSAN

Page 13: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

            Melalui kertas kerja ia telah banyak meningkatkan kefahaman saya tentang pergerakan

asas. Saya telah banyak memperoleh pengetahuan dalam bidang ini kerana telah banyak

mencari maklumat ketika dalam proses menyiapkan kertas kerja ini.

Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesen-stesen tertentu, ia

telah mencungkil kreativiti saya dengan menjana idea yang baru. Saya mendapati bahawa

gimrama ataupun pergerakan asas adalah amat menaik sekiranya kita meletakkan usaha dalam

kreativiti untuk mencipta pergerakan baru.

Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah kerana saya diberi peluang untuk mempelajari

pergerakan asas yang amat menarik ini. Kami jarang mempunyai peluang untuk mempelajari

teknik-teknik ini. Namun sekarang, kami dibekalkan dengan alatan gimrama serta bimbingan

tutor yang berpengalaman dalam bidang ini.

Melalui aktiviti ini, saya telah memahami teknik-teknik gimrama serta kecantikan setiap

pergerakan. Setiap pergerakan adalah unik dan melibatkan keseragaman serta kelinciran

pergerakan. Walaupun saya bukan ahli gimrama, saya juga berlatih bersungguh-sungguh agar

mencapai tahap yang memuaskan.

Selain itu, aktiviti ini telah meningkatkan kreativiti saya terutamanya dalam mencipta

pergerakan-pergerakan bagi setiap stesen yang disediakan. Saya mencipta cara unik untuk

memanipulatifkan alatan, tukar alatan serta pergerakan yang cantik. Jadi, saya rasa ini alah

peluang yang baik untuk menguji kreativiti..

Keseluruhannya, saya memang telah banyak mempelajari serta mendapat ilmu pengetahuan

tentang pergerakan asas daripada aktiviti ini sama ada dari buku, bimbingan tutor, siaran

langsung gimrama dari Sukan Olimpik, latihan serta ujian amali pergerakan asas.

BIBLIOGRAFI

Modul HBPE2103 Pergerakan dan Pendidikan Pergerakan OUM

Page 14: Kertas Kerja Kejohanan Gimrama Mssd Pekan 2012

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran PendidikanJasmani Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lo Joo Sim (19930, Siri rukan Popular Fajar Bakti Gimrama, Fajar BaktiKuala Lumpur.

Buschner, C.A (1994) Teaching Children Movement Concepts and SkillsChampaign II, : Human Kinetics