kertas kerja kiabbadi

Upload: praba-rajamanickam

Post on 04-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ddsd

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KABBADI1.0 TAJUK PROGRAM1.1 Pertandingan Kabbadi di peringkat Insititut Pendidikan Guru Kampus Perlis.2.0 TUJUAN PROGRAM2.1 Pertandingan Kabbadi ini lebih menjurus kepada usaha memupuk minat murid terhadap permainan tradisional3.0 OBJEKTIF PROGRAM3.1MEMUPUKsemangat ke arah menghayati kepentingan kesihatan diri di dalam kehidupan sejagat, tabah serta unggul dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.3.2 MEMPERKUKUHKANilmu, kasih sayang, nilai murni, pengalaman, pengetahuan, perpaduan dan semangat jati diri di kalangan murid seterusnya menerapkan kecintaan dan kepentingan ilmu dalam diri, keluarga dan segenap lapisan masyarakat.4.0 VISI PROGRAM4.1 Melahirkan masyarakat Malaysia yang mengenali budaya berteraskan gagasan 1Malaysia

5.0 MISI PROGRAM 5.1 Mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara permainan kabbadi.

6.0PERINGKAT PELAKSANAAN PROGRAM6.1Kabbadi ini dijangka akan dilaksanakan pada16 OKTOBER 2015 7.0SASARAN7.1Semua warga IPG Kampus Perlis serta masyarakat sekitar kawasan IPG Kampus Perlis supaya dapat memanfaatkan suasana yang ingin diwujudkan bagi membantu meningkatkan semangat setiakawan dan kesukanan.8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAMPENGERUSI

: SHATHIASEELAN A/P CHANDRAN

N. PENGERUSI: PIRABA A/P RAJAMANICKAM

SETIAUSAHA

: SHAMINI A/P RAMADAS

BENDAHARI

: SANGEETA A/P A.NOGULANSYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KABBADI PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN

a. Pendaftaran adalah percuma. Tiada yuran penyertaan akan dikenakan.b. Setiap kelas dikehendaki mendaftar maksimum satu (1) pasukan yang mempunyai dua belas (12) orang pemain lelaki sahaja yang berbilang kaum menggunakan borang yang disediakan. c. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih. FORMAT PERTANDINGAN

a. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang).b. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh (7) pemain utama dan lima (5) orang pemain simpanan. c. Pertandingan akan dijalankan berpandukan kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Dalam keadaan tertentu di mana tidak dinyatakan dalam undang-undang pertandingan ini, sebarang kekeliruan dan masalah akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola dan keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah dikira sebagai MUKTAMAD.d. Susunan pemain hendaklah diserahkan kepada urusetia menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

PERATURAN PERTANDINGAN

a. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang.b. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk (menyerang & pertahanan) yang mana terdiri daripada tujuh (7) orang pemain untuk satu pasukan.c. Pasukan penyerang akan hantar seorang pemain ke gelanggang pasukan pertahanan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pasukan pertahanan sebelum patah balik kepada pasukannya. Sepanjang proses ini, wakil penyerang tersebut perlu menahan nafas dan menyebut kabaddi secara berterusan.d. Jika penyerang mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali ke gelanggangnya, maka penyerang itu akan dikeluarkan.e. Kedua-dua pasukan akan tukar posisi penyerang dan pertahanan secara bergilir-gilir sehingga masa tamat. f. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian badan mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut struggle dengan pasukan pihak lawan.

1.1. Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di tempat pertandingan lima (5) minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya selepas lima (5) minit jadual perlawanan sepatutnya dimulakan, salah satu pemain tidak menghadirkan diri, kemenengan percuma akan diberi kepada pemain yang hadir.

7. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

7.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.1. PAKAIAN

Semua pemain mestilah memakai pakaian sukan yang sesuai. Pakaian yang seragam bagi setiap pasukan bertanding adalah digalakkan. Walau bagaimanapun, bib akan diberi untuk membezakan kedua-dua pasukan perlawanan. Pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali. Pemakaian kasut adalah diwajibkan semasa pertandingan. Kasut yang dipakai mestilah sesuai untuk pertandingan. Kasut-kasut yang difikirkan boleh mendatangkan kecederaan pada atlet itu sendiri atau atlet-atlet tidak dibenarkan dipakai semasa pertandingan.

9. PENGADILAN

Permainan ini terdiri daripada 1 pengadil, 2 penjaga garisan, 1 pencatat skor dan penjaga masa yang akan dilantik bagi atu-satu perlawanan. Pengadil yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur adalah pengadil bebas semasa pertandingan diadakan kelak.

PAGE