kertas kerja kpj - program lima minit anti jenayah 2011
TRANSCRIPT
Program Lima Minit Anti Jenayah – KERTAS KERJA
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH,SMK GOMBAK SETIA,
JALAN SERI SETIA,53100 GOMBAK, SELANGOR
Nama Program : Lima Minit Anti-Jenayah
1. PENGENALAN :
Kelab pencegah jenayah telah mewujudkan satu program yang terbaru iaitu, 5 Minit Anti-Jenayah bagi menyokong
khidmat Lembaga Disiplin Sekolah Menengah Gombak Setia. Usaha untuk pemantapan disiplin sekolah perlu
dilakukan dari semasa ke semasa. Semua warga pendidik SMK Gombak Setia haruslah bekerjasama untuk
menjayakan program 5 Minit Anti-Jenayah ini.
Selain itu, program 5 Minit Anti-Jenayah yang dirancang untuk memantapkan dan membentuk pelajar yang sihat
dan menjauhi jenayah. Selain itu, matlamat Kelab Pencegah Jenayah ini untuk melahirkan masyarakat Malaysia
yang aman sejahtera. Ia memperlihatkan kesinambungan kepada kepentingan menjauhi jenayah secara berterusan.
Akhir sekali, program 5 Minit Anti-Jenayah yang berlangsung ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dan
pelajar. Program ini dapat dilihat membantu pelajar menjauhi daripada melakukan jenayah yang membawa padah.
2. RASIONAL 2.1 Membantu pelajar mengenal diri sendiri dan melahirkan remaja yang sihat tanpa jenayah 2.2 Memperkenalkan definisi serta akibat melakukan jenayah kepada semua warga pendidik dan pelajar.2.3 Memupuk semangat menjauhi jenayah dalam kalangan remaja khususnya.
3. MATLAMAT
3.1 Menyebarkan maklumat kepada pelajar mengenai jenayah dan menyebarkan maklumat yang berguna.
3.2 Mengelakkan pelajar daripada melakukan jenayah secara berterusan di kawasan sekolah mahupun di luar
kawasan sekolah.
3.3 Menambahkan ilmu pengetahuan dan mampu menghasilkan pelajar yang berfikiran positif dan kreatif
4. OBJEKTIF
4.1 Pelajar akan mendapat maklumat yang berguna mengenai jenayah.
4.2 Mengalakkan pelajar menanam sifat menjauhi jenayah dan mengurangkan jenayah yang berlaku di
sekolah atau di luar kawasan sekolah
4.3 Menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk pelajar yang berdisiplin.
Program Lima Minit Anti Jenayah – KERTAS KERJA
5. TARIKH PELAKSANAAN
TARIKH/HARI MASA TEMPAT ISU
21/02/2012 (Isnin)
7.45 – 7.50 am
Dataran
Gemilang
Setia
Keselamatan pergi dan balik sekolah
4/04/2012 (Isnin) Jenayah Kecurian
18/04/2012 (Isnin) Jenayah Buli
4/07/2012 (Isnin) Jenayah siber
18/07/2012 (Isnin) Jenayah jalan raya
6. SASARAN
Semua Warga SMK Gombak Setia
7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENAUNG: Puan Hajah Maimum Binti Ahmad
PENASIHAT: Cik Azniwati Binti Ahmad (Ketua Penasihat)
Puan Wan Husna Binti Wan Salehuddin
Encik Marzuki Bin Yaacob
PENGARAH PROGRAM: Andyka Perdana Bin Kuspuji
TIMBALAN PENGARAH: Nursyafiqah Nadzirah Binti Nong Chik
SETIAUSAHA: Nur Hidayah Binti M Zainin
NAIB SETIAUSAHA: Izzatul Dahiyah Binti Damanhori
BENDAHARI: Muhammad Zaki Aiman Bin Muhammad
EDITOR: a) Nabeela Amelya Binti Rosdi Effendi
b) Idris Bin Mohd Yusof
c) Nor Zahidah Binti Zakaria
Program Lima Minit Anti Jenayah – KERTAS KERJA
8. PERJALANAN PROGRAM
BI
L
AKTIVITI TARIKH/HARI AJK TERLIBAT
1.
Mesyuarat bersama AJK pelaksanaan 17/2/2012 (khamis) Semua AJK terlibat
2.
Mencari calon yang sesuai 17/02/2012 (khamis) Semua AJK terlibat
3.
Menyediakan artikel yang baik 15/02/2012(rabu)-
08/08/2012(isnin)
Semua AJK terlibat
4.
Menyemak semula artikel yang
dipilih
Seminggu sebelum program Semua AJK terlibat
5.
Membuat latihan sebelum
pelaksanaan
Seminggu sebelum program Semua AJK terlibat
6.
Pelaksanaan program 21/02/2012(isnin) Semua AJK terlibat
9. PENUTUP
Melalui program ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada pelajar untuk mengetahui lebih mendalam
mengenai definisi jenayah yang membawa padah. Selain itu, diharapkan program ini dapat membentuk komuniti
pelajar yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman
tentang penguatkuasaan undang-undang, bagi membentuk masyarakat yang aman dan damai.
DISEDIAKAN OLEH:
_______________________
DISEMAK OLEH:
__________________________
DILULUSKAN OLEH:
_________________________
NUR HIDAYAH BINTI M ZAININ
(SETIAUSAHA PROGRAM LIMA
MINIT ANTI-JENAYAH)
CIK AZNIWATI BINTI AHMAD
(KETUA GURU PENASIHAT KELAB
PENCEGAHAN JENAYAH 2012)
PUAN HAJAH MAIMUN BT AHMAD
(PENGETUA SMK GOMBAK SETIA)