kertas kerja matematik 2013
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TONGOD,
TELUPID,
89300TELUPID,SABAH
KERTAS KERJAPROGRAM BIJAK MATEMATIK
TARIKH :
7 HINGGA 11 Oktober 2013
ANJURAN :
PANITIA MATEMATIK 2013
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TONGOD,
TELUPID, SABAH.
KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK MATEMATIK 2013
KERTAS CADANGAN PROGRAM BIJAK MATEMATIK
7 HINGGA 11 OKTOBER 2013
1. 0 PENDAHULUAN
Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Matematik SK. Pekan Tongod. Ia
merupakan satu program besar yang pertama anjuran Panitia Matematik. Program ini bertujuan
untuk menarik minat murid SK.Pekan Tongod terhadap mata pelajaran Matematik. Program-
program yang telah dirancang mampu memberi perangsang kepada murid SK. Pekan Tongod
supaya berminat terhadap mata pelajaran Matematik dan dapat melahirkan murid yang bijak
mengira, mencongak dan menaakul disamping mempunyai sikap berketerampilan, kreatif dan
inovatif.
2.0 MATLAMAT
2.1 Menarik minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan melahirkan murid
yang bermotivasi tinggi.
2.2 Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
2.3 Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang
telah ditetapkan (GP Sekolah).
2.4 Untuk melahirkan murid yang kompeten , inovatif dan kreatif untuk melahirkan modal
insan yang berdaya saing yang tinggi.
2.5 Untuk melahirkan murid yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara
berkumpulan.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik.
3.2 Meningkatkan motivasi murid supaya minat terhadap mata pelajaran Matematik.
3.3 Untuk melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
3.4 Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Matematik dan
seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua murid, warga pendidik SK.Pekan Tongod.
5.0 TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 7 Oktober hingga 11 Oktober 2013
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : Sepanjang waktu persekolahan
Tempat : SK. Pekan Tongod
6.0 JADUAL PELAKSANAAN
( Rujuk Lampiran 1 )
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
( Rujuk Lampiran 2 )
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
( Rujuk Lampiran 3 )
Disediakan oleh,
……………………………….
(FAZILAH BINTI ALI )
Ketua Panitia Matematik
Diluluskan oleh,
………………………………(EN. MAHA BIN NAIN)Guru Besar SK.Pekan Tongod
LAMPIRAN 16.0 JADUAL PELAKSANAAN
Tarikh Aktiviti Masa Kumpulan Sasaran
Guru Bertanggungjawab
7/10 ( Isnin ) Majlis Perasmian (Perhimpunan Pagi)
Program Bijak Sifir
1. Bengkel Mudah Hafal Sifir & Kuiz
2. Kuiz Operasi Asas
7.10 a.m – 8.00 a.m
8.00 – 10.00
8.00 – 10.00
Semua Murid
Tahun 3, 4 & 5
Tahun 1&2
AJK Panitia Matematik
Cik Nurul Arina & Cik Emell Debbie
Pn. Fazilah Ali
8/10 (Selasa) Jejak MatematikTahap 1 & Tahap 2(Terbuka)
Sepanjang waktu persekolahan
Semua MuridCik Emell Debbi Gopining (Guru
Media) & AJK
9/10 (Rabu) Tamu Matematik Mini @ Mini MathFair
1. Stesen Maze2. Stesen Pilih-
Pilih3. Stesen Roda
Impian4. Stesen “Magic
Square”5. Stesen Teka
Nombor
Sepanjang waktu
persekolahan
Semua Murid
Stesen Maze – En. Edwin Yukun
Stesen Pilih-Pilih - Cik Emell DebbieStesen Roda Impian – Pn. Fazilah AliStesen ‘Magic Square’- Cik Nurul ArinaStesen Teka Nombor-En. Micheal Orogan
Serta Murid-murid Tahun 6
11/10 (Jumaat) Majlis Penutup dan penyampaian hadiah
8.00 – 9.30 pagi Semua murid Semua AJK Panitia
Matematik
LAMPIRAN 38.0 JAWATANKUASA KERJA
PENASIHAT
EN. MAHA BIN NAINGURU BESAR
PENGERUSI
PN. ABDAH HJ. SUDINGPK 1
PENYELARAS
PN. FAZILAH BT ALIKETUA PANITIA MATEMATIK
SETIAUSAHACIK NURUL ARINA JUSLI
EN EDWIN YUKUN
BENDAHARICIK EMELL DEBBIE GOPINING
AJK
SEMUA GURU MATEMATIK
AKTIVITI PROGRAM BIJAK MATEMATIK
HARI AKTIVITI BIDANG TUGASISNIN
Perhimpunan pagi
8.00 a.m – 9.30 a.m
10.00 a.m – 12.00 p.m
1)Majlis Perasmian oleh Guru Besar SK. Tongod Banner dan potong reben Nyanyian SIFIR
2)Bengkel Bijak Sifir (Murid Tahun 3, 4 & 5) Pendedahan teknik cara mudah hafal sifir Nyanyian Sifir Kuiz Bijak Sifir (Pemilihan Raja dan Ratu
Sifir)
3)Bengkel Asas Kira (Murid Tahun 1 & 2 ) - Asas kira tambah dan tolak dengan mengumpul semula - Permainan nombor - Kuiz (Tempat pertama, kedua & ketiga)
Cik Nurul Arina Jusli(Latih murid nyanyian SIFIR)
Cik Emell Debbie & Nurul Arina Jusli
Pn. Fazilah bt Ali
SELASA
Tahap 1Sebelum Rehat
Tahap 2 Selepas rehat
Jejak MatematikTAHAP 1& TAHAP 2
Murid bebas memilih ahli kumpulan masing-masing
Bilangan ahli seramai 5 orang sahaja. Sediakan borang penyertaan
Cik Emell Debbie Gopining&
AJK
RABU
Sepanjang sesi persekolahan
Tamu Matematik @ Mini MathFair
Stesen Maze Persediaan tempat permainan Memastikan perjalanan permainan berjalan
lancar
Stesen Pilih-Pilih Persediaan bahan permainan Soalan untuk Tahap 1 & 2 Sediakan dadu untuk pilih soalan.
Stesen Roda Impian Persediaan roda impian Persediaan bahan:
-Petikan pendek mengikut bilangan huruf vokal.
Stesen ‘Magic Square’ Persediaan kotak magic square Persediaan bahan untuk latihan mengira
Stesen Teka Nombor Persedian bahan seperti alat penimbang,
En. Edwin Yukun & Murid Tahun 6
Cik Emell Debbie & Murid Tahun 6
Pn. Fazilah Ali & Murid Tahun 6
Cik Nurul Arina Jusli & Murid Tahun 6
En. Micheal Orogan & Murid
bahan untuk ditimbang yang berlainan saiz dan bikar.
Semasa Permainan Penyediaan kupon permainan Penyediaan tempat Penyediaan tebus hadiah
Tahun 6
Semua AJK & Murid Tahun 6
JUMAAT8.00 a.m – 9.30 a.m
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah Hadiah Cenderahati persembahan
Semua AJK
Cara Pelaksanaan Tamu Matematik Mini@ Mini MathFair
MULA KAUNTER KUPON
Murid Beli Kupon RM0.10*boleh main semua stesen
STESEN 1 – Maze (Uji kemahiran berfikir & fizikal murid)
LALUAN BERHALANGAN
SYARAT PERMAINAN
- Masa larian hanya 10 saat.- Murid akan dicop pada kupon sekiranya menepati
masa yang ditetapkan.- Murid yang terpijak garisan dikira batal.
STESEN 2- Magic Square ( Uji kemahiran berfikir)
Cara Bermain:
- Murid perlu mengikuti latihan untuk mengisi petak magic square di atas kertas(Bimbingan guru /murid Tahun6).
- Sekiranya murid telah memahami kaedah mengisi petak Magic Square, Murid perlu mengisi Kotak Magic Square yang sebenar dengan betul tanpa bimbingan.
- Murid akan dicop pada kupon sekiranya dapat mengisi kotak dengan nombor betul.
STESEN 3- Pilih-Pilih (Uji kemahiran penyelesaian masalah)
Cara Bermain:
- Murid perlu membaling dadu.- Soalan akan dipilih berdasarkan bilangan pada dadu tersebut(Lihat
No.Soalan ikut kategori Tahap 1 &2)- Murid akan menjawab soalan yang telah dipilih.- Murid akan dicop pada kupon sekiranya dapat menjawab dengan betul.
# soalan adalah dalam bentuk penyelesaian masalah matematik.
STESEN 4- Roda Impian (uji kemahiran asas membilang & kepekaan murid)
Cara Bermain:
STESEN 5- Teka Nombor (Uji kenahiran asas membaca alat penimbang & isipadu cecair)
Cara Bermain:
- Murid cuba untuk membaca isipadu bikar dan alat penimbang.
- Murid akan dicop pada kupon sekiranya dapat menjawab dengan tepat.
# Pastikan bacaan sentiasa berubah agar murid tidak menghafal jawapan daripada rakan-rakannya.
.
STESEN 4- Roda Impian (uji kemahiran asas membilang & kepekaan murid)
Cara Bermain:
-TAMATKAUNTER TEBUS HADIAH
- Murid akan diberikan hadiah berdasarkan bilangan cop yang diperolehi.
- Murid boleh membeli kupon baharu untuk bermain semula semua permainan.
- Ulang.