kertas kerja mentor mentee

2
SEKOLAH KEBANGSAAN MERU, 42200 KAPAR, SELANGOR. KERTAS KERJA PROGRAM MENTOR MENTEE UPSR 2012 1.0 PENGENALAN Program Mentor Mentee merupakan satu program anak angkat di kalangan guru dan semua murid Tahun 6 di sekolah ini untuk membantu mencapai tahap kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR. Hasrat ini timbul atas kesedaran betapa perlunya satu usaha yang lebih serius diambil bagi meningkatkan lagi pencapaian prestasi UPSR dari setahun ke setahun untuk merealisasikan harapan seluruh warga sekolah. Melalui program ini diharapkan, semua murid mendapat bimbingan, nasihat dan dorongan secara lebih dekat daripada ibu bapa angkatnya bagi pertumbuhan dan perkembangan kepada kesedaran kendiri dan tindakan yang lebih dinamik. 2.0 RASIONAL Membantu murid membuat persediaan dengan penuh yakin untuk menghadapi peperiksaan. Menyedari bahawa tidak semua ibu bapa berkemahiran memberi bantuan pendidikan yang menyeluruh kepada anak. Hubungan kekeluargaan yang tidak stabil mungkin menimbulkan permasalahan sosial dan memberi kesan kepada pembelajaran anak-anak.

Upload: yushaidy-mohamad-yunus

Post on 03-Oct-2015

79 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN MERU,

42200 KAPAR, SELANGOR.

KERTAS KERJAPROGRAM MENTOR MENTEE UPSR 2012

1.0 PENGENALAN

Program Mentor Mentee merupakan satu program anak angkat di kalangan guru dan semua murid Tahun 6 di sekolah ini untuk membantu mencapai tahap kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR.

Hasrat ini timbul atas kesedaran betapa perlunya satu usaha yang lebih serius diambil bagi meningkatkan lagi pencapaian prestasi UPSR dari setahun ke setahun untuk merealisasikan harapan seluruh warga sekolah.

Melalui program ini diharapkan, semua murid mendapat bimbingan, nasihat dan dorongan secara lebih dekat daripada ibu bapa angkatnya bagi pertumbuhan dan perkembangan kepada kesedaran kendiri dan tindakan yang lebih dinamik.

2.0 RASIONAL

Membantu murid membuat persediaan dengan penuh yakin untuk menghadapi peperiksaan.

Menyedari bahawa tidak semua ibu bapa berkemahiran memberi bantuan pendidikan yang menyeluruh kepada anak.

Hubungan kekeluargaan yang tidak stabil mungkin menimbulkan permasalahan sosial dan memberi kesan kepada pembelajaran anak-anak.

3.0 OBJEKTIF

Memberi bimbingan kepada murid dengan lebih dekat dan berkesan. Memberi semangat dan galakan yang lebih menyakinkan.

Menggalakkan murid berbincang dan berkongsi pendapat.

Mewujudkan satu komuniti seperti satu keluarga di antara Mentor dan Mentee.

Membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan dan pencapaian 5A di dalam UPSR.

4.0 SASARAN

MENTOR terdiri daripada

MENTEE