kertas kerja merentas desa

19
[KERTAS KERJA PERTANDINGAN MERENTAS DESA] WAJ 3112 PROGRAM PERTANDINGAN MERENTAS DESA TAHAP 1 & 2 BAGI TAHUN 2013 ANJURAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENANG DENGAN KERJASAMA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU TEMA : 1 MURID 1 SUKAN TARIKH : 16 FEBRUARI 2013 HARI : SABTU MASA : 7.30 PAGI TEMAPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENANG. 4

Upload: erica-summers

Post on 06-Dec-2014

154 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

PROGRAM

PERTANDINGAN MERENTAS DESA

TAHAP 1 & 2 BAGI TAHUN 2013

ANJURAN

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENANG

DENGAN KERJASAMA

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

TEMA : 1 MURID 1 SUKAN

TARIKH : 16 FEBRUARI 2013

HARI : SABTU

MASA : 7.30 PAGI

TEMAPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENANG.

DIRASMIKAN OLEH : ENCIK AHMAD HAMIZAN BIN IDRIS

GURU BESAR SK KAMPUNG TENANG

:

4

Page 2: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MERENTAS DESA

TAHAP 1 & 2 BAGI TAHUN 2013

Anjuran Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang

Dengan kerjasama

Persatuan Ibubapa Dan Guru Kampung Tenang

Tema : 1 MURID 1 SUKAN

1. Pengenalan

Dasar Satu Murid Satu Sukan ( 1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Bidang sukan juga sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras

dengan ungkapan ” Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat ”. Dalam konteks

ini bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang

sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial

serta pembangunan ekonomi negara. Justeru itu pelbagai sukan diperkenalkan antaranya

Pertandingan Merentas desa yang merupakan salah satu aktiviti yang dikategorikan dalam

Program Sukan Umum yang boleh dijalankan sepanjang tahun.

2. Rasional

Pertandingan Merentas Desa ini selaras dengan dasar 1M1S yang mendokong Dasar Sukan

Untuk Semua. Di mana dasar ini menitik beratkan penglibatan semua murid dalam pelbagai

aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini juga merupakan sebahagian daripada Transformasi

pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ).

Pertandingan Merentas Desa ini juga menyumbang kepada pertandingan yang sihat dan

semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang

memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada

satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara.

5

Page 3: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

Selain itu, semua murid diberi peluang secara menyeluruh untuk melibatkan diri dalam sukan

yang dianjurkan oleh pihak sekolah secara terurus dan terancang.

3. Matlamat

Melalui Pertandingan Merentas Desa ini, dasar 1M1S berhasrat membangunkan modal

insan melalui penyertaan yang menyeluruh di kalangan murid sekolah dalam kegiatan

sepanjang tahun serta memupuk budaya sukan dikalangan murid sekolah agar menjadi ahli

masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

4. Objektif

4.1 Melahirkan murid yang sihat dan cergas .

4.2 Membentuk sahsiah diri,jati diri, disiplin dan nilai murni.

4.3 Membentuk budaya sukan dikalangan murid.

4.4 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal.

4.5 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

5. Kumpulan sasaran / bilangan peserta :

5.1 Peserta semua murid Tahap 1 dan 2 seramai 100 orang.

5.2 Guru seramai 14 orang dan 2 orang kakitangan.

5.3. PIBG dan ibubapa / penjaga seramai 10 orang

Jumlah besar seramai 122 orang

6. Strategi perlaksanaan :

Sebelum :

6.1 Mengadakan mesyuarat AJK untuk agihan tugas dan membincangkan pelaksanaan

program.

6.2 Membincangkan langkah-langkah keselamatan yang mesti diberi keutamaan oleh setiap

guru dan pihak pengurusan sekolah apabila melakukan aktiviti di luar kawasan sekolah..

( Rujuk bahagian lampiran )

6.3 Memaklumkan dan mendapatkan surat kebenaran daripada ibubapa. ( rujuk lampiran )

6.2 Menghubungi polis dan pihak kesihatan. ( rujuk lampiran )

6.4 Menyediakan alatan dan bahan yang diperlukan semasa tarikh di atas.

6

Page 4: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

Semasa :

6.5. Memberikan taklimat disiplin , keselamatan dan peraturan Larian Merentas Desa kepada

murid.

6.6. Menjalankan aktiviti Larian Merentas Desa dan pertandingan mewarna sempena

Pertandingan Merentas Desa mengikut jadual yang dirancang.

6.7. Ucapan penutup dan penyampaian hadiah.

Selepas :

6.8. Membersihkan dan mengemas kawasan sekolah.

6.9. Membuat penilaian kendiri.

6.10.Menyediakan laporan Larian Merentas Desa

6.11 Menulis surat penghargaan kepada pihak yang terlibat.

7

Page 5: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

7. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Merentas Desa Tahun 2013

AHLI JAWATANKUASA PERINGKAT SEKOLAH

Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah Segamat

Pengerusi : Guru Besar SK Kampung Tenang

: En Ahmad Hamizan Bin Idris

Timbalan Pengerusi : PGK Pentadbiran

: En Abdul Kadir Bin Hashim

Naib Pengerusi : Penolong Guru Besar Kokurikulum

: En Mohd Ali Bin Hadoon

Setiausaha : Setiausaha Sukan Sekolah

: Pn Noryatimah Bt Ismail

Bendahari : Pn Sadiah Bt Mohamed

Jawatankuasa kecil : Teknikal dan laluan larian

: Pn Norhafizah Bt Renlei

: Pn Suzana Bt Ibrahim

: Pn Nurulizyah Bt Rahiman

: Pn Norasikin Bt Samingon

: Pn Hanisah Bt Yaakob

: Pengacara majlis

: Pn Rasidah Bt Paiman

: Hadian dan sijil

: Pn Sadiah Bt Mohamed

: Pn Noriah Bt

: Persediaan tempat dan hiasan

: Pekerja Swasta – 3 orang

: Kawalan keselamatan

: Pengawal Keselamatan Sekolah Swasta

: Minuman dan makanan.

: Pn Hafidzah Bt Kamusi

: Pn Mazlin Bt Dol Rasol.

8

Page 6: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

8. Tentatif Pertandingan Merentas desa

16 FEBRUARI 2013

7.30 pagi : Berkumpul di padang sekolah

8.00 pagi : Senamrobik.

8.30 pagi : Ucapan Perasmian Oleh

Guru Besar SK Kampung Tenang,

8.45 pagi : Larian Merentas Desa dimulakan serentak dengan

countdown

10.00 pagi : Rehat

10.40 Pagi : Pertandingan mewarna dan melukis poster

Larian Merentas Desa 2013-Tahap 1 & 2

12.00 tgh : Majlis Penyampaian hadian kepada para

Pemenang

12.40 tgh : Majlia Penutup dan bersurai

9

Page 7: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

10. Sumber kos yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti ini :

10.1. Sumber peruntukan kewangan Sukan sekolah RM 200.00

10.2 Sumbangan PIBG RM 100.00

+ ----------------

Jumlah besar RM 300.00

11. Anggaran Kos Perbelanjaan

11.1.1. Makan & minum peserta ( 122 orang X RM 1.50 x 1 hari ) RM 183.00

11.1.2 Belian peralatan urusetia RM 17.00

11.1.3 Hadiah pertandingan RM 100.00

+ ---------------

Jumlah besar RM 300.00

12. Penilaian dan Pematuhan Kerja

Akan dilakukan oleh Guru Besar, PGB Pentadbiran, PGB Hal Ehwal Muriddan PGB

Kokurikulum selepas pertandingan diadakan.

13. Penutup

Diharapkan semua murid dapat menyertai pertandingan ini . Penyertaan murid-murid, dalam

sukan adalah asas kepada perkembangan intelek , rohani, jasmani dan emosi murid.

Penglibatan ibu bapa akan dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak ibu bapa dan

sekolah.

Disediakan Oleh,

............................................

(NORYATIMAH BT ISMAIL )

Setiausaha Kokurikulum,

SK Kampung Tenang Labis.

10

Page 8: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

Disemak Oleh,

............................................

(MOHD ALI BIN HADOON )

PBG Kokurikulum

SK Kampung Tenang Labis.

Disahkan Oleh

............................................

(AHMAD HAMIZAN BIN IDRIS )

Guru Besar

SK Kampung Tenang Labis.

11

Page 9: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

12

Page 10: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

KESELAMATAN MENJALANKAN AKTIVITI MERENTAS DESA

Keselamatan murid hendaklah diberi keutamaan ketika menjalani aktiviti merentas desa oleh

pihak sekolah. Diantara berikut perkara yang perlu diberi operhatian adalah seperti berikut:

1. OBJEKTIF

1.1 Memastikan setiap guru dan pihak pengurusan sekolah telah mengambil langkah-

langkah keselamatan setiap kali aktiviti merentas desa dijalankan di luar sekolah.

1.2 Mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa menjalankan aktiviti merentas

desa..

1.3 Memastikan aktiviti sukan yang dirancang dengan mengambil kira panduan dan arahan

dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pelajaran.

2. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GPK KOKURIKULUM

2.1 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan

diri semasa menjalankan aktiviti melalui perhimpunan mingguan.

2.2 Memaklumkan pelaksanaan aktiviti merentas desa kepada ibu bapa dan pihak

berkenaan.

2.3 Memanfaatkan sepenuhnya peranan PIBG dalam merancang langkah keselamatan

murid semasa menjalankan aktiviti merentas desa.

2.4 Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam merentas desa.

3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN

Guru penasihat sukan bermaksud mana-mana guru yang dilantik atau ditugaskan oleh

pihak untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti merentas desa.

3.1 Guru perlu peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami dan

mengetahui isi kandungan.

3.2 Memahami dan memahami tata cara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti

merentas desa dijalankan.

3.3 Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat dan mempunyai surat pengesahan perubatan

yang perlu dikecualikan daripada menjalani aktiviti sukan. Walau bagaimanapun murid

berkenaan adalah digalak melibatkan diri dalam aspek pengelolaan aktiviti merentas

desa.

3.4 Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga tentang aktiviti merentas desa melalui murid.

3.5 Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa/ penjaga I jika berkenaan ) untuk

dilengkapkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.

13

Page 11: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

3.6 Hadir di tempat aktiviti sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan

mengawasi murid sepanjang masa.

3.7 Memastikan kehadiran murid dicatat, direkod dan didokumenkan.

3.8 Memastikan aktiviti yang dialkukan mengikut kesesuaian dan kemampuan murid

khususnya murid pra, tahun 1 hingga tahun 3.

3.9 Membuat penilian secara pemerhatian, bertulis dan lisan untuk tindakan susulan dan

maklum balas.

3.10Memakai kasut dan pakaian yang sesuai semasa aktiviti merentas desa dijalankan.

4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID SEMASA KEGIATAN SUKAN

4.1 Murid perlu melaporakan tahap kesihatan mereka sebelum mengikut aktiviti merentas

desa.

4.2 Murid dikehendaki memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk merentas desa.

4.3 Murid juga perlu melaporkan tahap kesihatan sekiranya berlaku ketidakselesaan

sewaktu menjalani aktiviti merentas desa.

4.4 Murid mesti mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti merentas desa.

4.5 Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan kepada guru yang bertugas.

14

Page 12: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENANG,

85300 LABIS, JOHOR.

TEL : 07-9287333

Rujukan Kami :JBA7026/Rujukan tuan :Tarikh : 8 Februari 2013

Kepada ;

Semua Ibubapa / penjaga

Tuan ,

PERTANDINGAN MERENTAS DESA ( 1 MURID 1 SUKAN ) TAHUN 2013

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang akan menjalankan Pertandingan Merentas Desar peringkat sekolah tahun 2013 seperti maklumat berikut :

2.1. Tarikh : 16 Februari 20122.2. Hari : Sabtu2.3. Masa Majlis perasmian : 8.30 pagi

: Guru Besar SKKT2.4. Tempat : Padang SK. Kg. Tenang

3. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik pihak ibubapa /penjaga memastikan agar anak-anak tuan/puan memakai pakaian senaman untuk aktiviti merentas desa. Pihak kami amat mengharapkan kerjasama tuan/puan. Disertakan Lampiran A untuk jadual Pertandingan Merentas Desa. .

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah ,

…………………………………………………. AHMAD HAMIZAN BIN IDRIS

Guru Besar,

SK Kampung Tenang,

85300 Labis.

15

Page 13: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENANG,

85300 LABIS, JOHOR.

TEL : 07-9287333

Rujukan Kami :JBA7026/Rujukan tuan :Tarikh : 8 Februari 2013

Kepada ;

Ketua Pondok Polis Tenang Kampung,85300 labis, Johor.

Tuan ,

PERTANDINGAN MERENTAS DESA ( 1 MURID 1 SUKAN ) TAHUN 2013

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang akan menjalankan Pertandingan Merentas Desar peringkat sekolah tahun 2013 seperti maklumat berikut :

2.1. Tarikh : 16 Februari 20132.2. Hari : Sabtu2.3. Masa Majlis perasmian : 8.30 pagi

: Guru Besar SKKT2.4. Tempat : Padang SK. Kg. Tenang

3. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menbantu mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan para peserta Pertandingan Merentas Desa.Atas kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah ,

………………………………………………….

AHMAD HAMIZAN BIN IDRIS

Guru Besar,

SK Kampung Tenang.

16

Page 14: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENANG,

85300 LABIS, JOHOR.

TEL : 07-9287333

Rujukan Kami :JBA7026/Rujukan tuan :Tarikh : 8 Februari 2013

Kepada ;

Pegawai Kesihatan,Pusat Kesihatan Air Panas,85300 labis, Johor.

Tuan ,

PERTANDINGAN MERENTAS DESA ( 1 MURID 1 SUKAN ) TAHUN 2013

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang akan menjalankan Pertandingan Merentas Desar peringkat sekolah tahun 2013 seperti maklumat berikut :

2.1. Tarikh : 16 Februari 20132.2. Hari : Sabtu2.3. Masa Majlis perasmian : 8.30 pagi

: Guru Besar SKKT2.4. Tempat : Padang SK. Kg. Tenang

3. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menbantu ketika berlaku kecemasan .Atas kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah ,

………………………………………………….

AHMAD HAMIZAN BIN IDRIS

Guru Besar,

SK Kampung Tenang.

17

Page 15: Kertas Kerja Merentas Desa

[ ] WAJ 3112

PELAN PROGRAM LARIAN PERDANA MAHKOTA 2011

18

MULA

POINT 1

SEKOLAHDEWAN

RUMAH

KEBUN GETAH

KLINIK

KEDAI

RUMAH

RUMAH

KEBUN KEPALA SAWIT

POINT 3

POINT 2