kertas kerja mizan (cili)
DESCRIPTION
Panduan penyediaan kertas kerja projek tanaman ciliTRANSCRIPT
PROJEK PENANAMAN CILI
MENGGUNAKAN KAEDAH
SISTEM FERTIGASI
Disediakan Oleh:
MUHAMMAD HAMIZAN BIN MOHD FAISAL
KERTAS KERJA
JADUAL KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1. Pengenalan Projek 3
2. Objektif Projek 4
3. Tujuan Penyediaan Kerta Kerja 4
4. Latar Belakang Projek 5
5. Latar Belakang Pemilik 6
6. Aspek Pengurusan 7
7. Aspek Pengeluaran / Operasi 8
8. Aspek Pemasaran 27
9. Aspek Kewangan 34
10. Jadual Perlaksanaan 43
11. Rumusan 45
2
1.0 PENGENALAN PROJEK
Projek yang hendak dijalankan ialah tanaman cili kulai menggunakan kaedah fertigasi
secara pusingan tanaman. Fertigasi berasal dari bahasa inggeris “Fertigation” iaitu
gabungan dua perkataan, “Fertilization” dan “Irrigation”. Konsep sistem ini adalah
untuk menyalurkan baja dalam bentuk larutan terus ke zon pengakaran melalui sistem
pengairan. Teknologi ini boleh diaplikasikan sama ada di atas tanah atau dalam media
tanpa tanah, di kawasan terbuka atau di bawah struktur pelindung hujan (SPH).
Namun kebiasaannya sistem fertigasi dilaksanakan menggunakan media tanpa tanah
di bawah SPH bagi mengurangkan risiko penyakit bawaan tanah dan penyakit daun,
pucuk, dan buah pada tanaman. Selain itu, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja
yang diberikan kepada tanaman menjadi terlalu cair atau tidak efektif.
Aplikasi sistem fertigasi mempunyai banyak kelebihan, antaranya boleh
mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan kualiti, menjimatkan
masa, mengurangkan penggunaan tenaga buruh dan meningkatkan kecekapan
pengurusan lading. Selain itu, baja dan air dapat digunakan secara efektif.
Penggunaan media tanpa tanah dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit
bawaantanah dan mengelakkan pencemaran tanah oleh garam terlarutlesap. Sistem
fertigasi juga adalah bersih, tiada bau, mesra alam dan boleh ditanam sepanjang tahun
sekiranya ditanam di bawah SPH. Tanaman yang sesuai ditanam secara fertigasi
kebanyakannya adalah dari jenis sayur terutama yang bernilai tinggi sperti cili merah,
tomato, timun jepun, terung, melon dan strawberi.
3
2.0 OBJEKTIF PROJEK
Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan
pertanian yang baik dan sistematik.
Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti
tinggi dan penjimatan tenaga kerja.
Mencapai hasil pendapatan sebulan RM 5,000.00 dan ke atas.
Memanfaatkan tanah untuk kegunaan pertanian secara maksimum.
3.0 TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA
Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah khusus untuk memohon pembiayaan dari
pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi membiayai kos permulaan projek
yang akan dijalankan oleh Muhammad Hamizan bin Mohd Faisal. Kertas kerja ini
juga disediakan untuk memberi gambaran projek fertigasi dan analisis sebagai
sokongan daya maju projek ini.
4
4.0 LATAR BELAKANG PROJEK
4.1 Maklumat Asas Projek
Nama Projek : Penanaman Cili Kulai Secara Kaedah Sistem Fertigasi
Lokasi :
Keluasan Tanah : 1 Ekar
Kapasiti Tanaman : 1,000 Pokok
Struktur : 20 buah Rumah Lindungan Hujan
Sistem Pengairan : Pengairan Titis Automatik
Nama Pengusaha : Muhammad Hamizan bin Mohd Faisal
Anggaran Kos Permulaan : RM 86,092.43
Anggaran Hasil Pengeluaran : 10,000 kg setahun
Anggaran Kasar Pendapatan : RM 60,000.00 setahun
Tempoh Pulang Balik Modal : 3 Tahun
5
5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK
5.1 Biodata Pemohon
1. Nama :
2. No I/C :
3. Tarikh Lahir :
4. Umur :
5. Jantina :
6. Alamat Tetap :
7. No. Tel :
8. Taraf Perkahwinan :
9. Kelulusan Akademik :
10. Kursus yang pernah dihadiri :
11. Kemahiran :
12. Pengalaman :
13. Pekerjaan Sekarang :
14. Perniagaan Lain yang pernah diceburi :
5.2 Kedudukan Kewangan
1. Nama Bank :
2. No Akaun Bank :
6
6.0 ASPEK PENGURUSAN
Bahagian ini menerangkan pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan
perjalanan projek secara keseluruhannya.
6.1 Konsultan / Pakar Rujuk
GM PELADANG, MARDI, FAMA, Jabatan Pertanian, LPP (PPK)
6.2 Keperluan Pekerja
2 orang
6.3 Pembekal Barangan
(Nyatakan pembekal / senarai syarikat yang terlibat dalam urusan jual beli)
7
7.0 ASPEK PENGELUARAN / OPERASI
7.1 Sistem Fertigasi
Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization” dan ”irrigation”.
Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi juga
merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless
culture production system). Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja
seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang
sesuai menggunakan kaedah ini.
Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti
penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu
Bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini
dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang
lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).
Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia.
Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya.
SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah
dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang
disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya
ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos. Selain melindungi tanaman daripada
dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan
kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan pemberian
baja tidak berkesan.
8
Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang
dikenali sebagai ’cocoa peat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa.
’Cocoa peat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim tanaman komersil
lain seperti ’perlite’ ’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah
lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil
granit (bukan batu kapur).
Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai
pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan
penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk
mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik
menjamin keberkesanannya.
7.1.1 Kelebihan Sistem Fertigasi
Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kaedah konvensional lain. Di
antara kelebihannya ialah :
1. Nutrient lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dan kehendak
tanaman mengikut peringkat umur pertumbuhan.
2. Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan masalah
penyakit.
3. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient yang
secukupnya.
5. Tiada masalah merumpai/ merumput.
6. Kualiti buah yang lebih baik.
9
7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi.
8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatik.
9. Kurang penggunaan racun.
10. Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik.
11. Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok.
7.1.2 Kelemahan Sistem Fertigasi
Kaedah fertigasi juga mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya ialah :
1. Kos permulaan yang tinggi kerana 70% daripada kos adalah pembinaan Rumah
Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan).
2. Perlu pengetahuan mendalam tentang teknologi ini.
3. Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan.
4. Kerosakan pada sistem boleh mengakibat kerugian yang besar.
Perbandingan Antara Sistem Fertigasi Dan Konvensional
Perbandingan Fertigasi TanahJenis Tanaman Tanaman jenis sayur dan buah Semua jenis tanamanStruktur Pelindung Hujan Wajib ada Tidak perluJaring Kalis Serangga Perlu ada Tidak perluSistem Pengairan Titis dan baja BebasVariety Tanaman Jenis hybrid Sebarang jenisAir Air bersih BebasModal Tinggi RendahTapak Tanah Mesti rata Tidak perlu rataElektrik Mesti ada Tidak perlu rataPengetahuan Teknikal Sangat perlu PerluKeadaan Tanah Tidak penting Perlu suburKos Operasi Rendah kerana sistem
automatikTinggi untuk baja, racun, merumput dan lain – lain
Risiko Penyakit Rendah TinggiRisiko Kekeringan Sederhana TinggiKeseragaman Pokok Seragam Tidak seragam
10
7.1.3 Tanaman Cili
Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia
dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di
semua negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’.
Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai, kebanyakannya ditanam di
kawasan tanah rendah. Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar
cili adalah Perak, Johor dan Kelantan.
Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telah diproses
dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili. Oleh kerana cili
mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’, sayur ini sangat popular
digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakkan jenis makanan terutama
’sambal belacan’.
7.2 KEPERLUAN OPERASI
7.2.1 Pembangunan Infrastruktur
Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasan perlu
dibangunkan terlebih dahulu.
1) Penyediaan Kawasan
Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari tumbuhan
seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan
dibersihkan.
Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Pelindung Tanaman perlu
diratakan terlebih dahulu.
11
Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan kawasan tapak
projek ditenggelami air apabila hujan.
Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan
mengelakkan kecurian.
Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan
penyelenggaraan dan sebagainya.
2) Sumber Air dan Elektrik
Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting dalam
operasi sistem fertigasi ini.
3) Bangunan
Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman.
Teduhan tempat meletak tangki nutrient.
Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang.
Pusat pengumpulan hasil ladang.
Pejabat pengurusan projek.
12
7.2.2 Penyediaan Sistem Fertigasi
Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk
menjayakan sistem ini.
a) Rumah Pelindung Tanaman
Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah :
BIL PERKARA1. Besi GI ½” x 20’ – U Shape2. Besi GI 1” x 2.5’ – Skru Set3. Besi GI AA 1/2 “ x 20’4. Besi GI AA ½” x 7.5’
Soket PVC ½ “5. Plastik UV (19 m/gulung)6. Silvershine7. Klip Besi8. Klip Plastik9. Batu Bata10. Dawai
13
b) Sistem Pengairan
Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini adalah dari jenis
titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang akan berfungsi secara
automatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem
pengairan ini adalah :
BIL PERKARA1. Tubing 16mm / ½ inci2. Main Tube 1 inci / 32mm3. Mini Tubing 4mm4. Nipple5. Arrow Dripper6. Stop Cok Ladang 1 “7. Grommet8. T Joiner PVC 1”9. L Joiner10. Analog Timer11. EC Meter12. Agri – Water Filter ½ “13. Stop Valve 1”14. PVC Pipe 1”15. V Soket 1”16. Soket Poly 1” to PVC17. Fimale Soket 1”18. End Cap Poly 1”19. Water Pump 0.5hp20. Tong Stok Nutrien21. Tangki Air 2,700 Liter22. Gum PVC ( kecil )23. Tank Conector24. Enjin Racun25. Penebuk Lubang 16mm (Drill Bit)
14
c) Bahan Input
Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan keperluan ini
berulang setiap musim. Berikut adalah senarai keperluan bahan input :
BIL PERKARA1. Baja Fertigasi ( Set A & Set B )2. Benih cili3. Peat moss4. Cocoa Peat5. Racun Kulat:
Previcur N – 250 mlBenex – 1 kgFugaran – 1 kg
6. Racun Serangga:Pengasus – 500 mlMitac – 1 LSelecron – 1 L
7. Racun Rumpai:Roundup – 4 LUniquat 25 – 4 L
8. Hormone:Atonik – 1 liter
9. Tray Semaian10. Polybeg Putih
16”x16”x0.12mm11. Tali12. Plastik Cili13. Bakul Buah
7.2.3 Tenaga Buruh
Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secara automatik
menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan
pengurusan projek adalah minimum. Bagi melancarkan operasi projek ini, tenaga
kerja yang diperlukan adalah seperti berikut :
BIL TENAGA KERJA JUMLAH FUNGSI1. Pekerja 2 orang Bertanggunjawab melaksanakan kerja-kerja
harian mengikut jadual tanaman7.3 PERLAKSANAAN
15
Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini, pengurusan segala gerak
kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini
adalah seperti beikut :
1) Penyediaan biji benih
2) Semaian Anak Benih
3) Membuat Larutan Stok
4) Penyediaan Beg Tanaman
5) Penanaman
6) Pembajaan
7) Pengurusan Sistem Pengairan
8) Kawalan serangga perosak dan penyakit
9) Penyelenggaraan tanaman
10) Penuaian
11) Pengendalian Lepas Tuai
7.3.1 Penyediaan Biji Benih
Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yang digunakan
bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan serangga. Gunakan benih yang
peratus percambahannya tidak kurang dari 90%.
7.3.2 Semaian Anak Benih
Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan medium percambahan.
Dengan menggunakan biji benih yang diperoleh dari sumber atau pembekal yang
boleh dipercayai, peat moss pasti dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik.
16
Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug polistirena boleh
digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok. Dulang
semaian diisi dengan peat moss dan pastikannya tidak padat atau terlalu longgar.
Buatkan lubang dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm. Masukkan biji
benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram atau captan ke dalam lubang-
lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug. Siram biji-biji benih ini dengan air
bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah
dan dapat bercambah. Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus terlalu padat.
Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah
teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4 – 6 hari.
Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan didedahkan dulang semaian pada cahaya
matahari. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia untuk diubah ke beg-beg
tanaman.
7.3.3 Membuat Larutan Stok
Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang diperlukan oleh
pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x ganda untuk mengurangkan
ruang menyimpan tangki larutan stok. Semasa membuat larutan baja, kedua-dua
larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu
persatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang mewujudkan
sebatian lain yang tidak larut.
17
7.3.4 Penyediaan Beg Tanaman
Ukuran polibeg yang biasa digunakan ialah 16” x 16”. Polibeg ini diisi dengan cocoa
peat.
7.3.5 Penanaman
Anak benih yang berumur 10 hingga 16 hari selepas bercambah sedia untuk diubah ke
dalam polibeg yang berisi cocoa peat. Pada peringkat ini ketinggian pokok antara10
hingga 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan
pertumbuhan pokok. Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke atas)
diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok.
Dawai penggantung biasanyan direntang kemas sama ada memanjang atau melintangi
struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai ini mestilah cukup
tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik. Pastikan bahawa sistem
pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar anak-anak pokok
yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan.
Pemeriksaan sentiasa dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanya
menerima titisan larutan baja.
7.3.6 Pembajaan
Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi. Baja yang digunakan dalam
teknik fertigasi mestilah larut di dalam air. Selain itu, kandungan baja perlulah sesuai
untuk pertumbuhan pokok daripada keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan
berbuah. Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium nitrat,
18
Zat besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat, Magnesium sulfat,
Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat).
Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang berlainan
untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya mendakan. Sedikit
larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam air bersih dan diukur
dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja yang akan dialirkan ke
dalam polibeg.
JADUAL PEMBERIAN BAJA BAGI PENANAMAN CILI HARI DIKIRA SESUDAH ANAK BENIH DIALIH KE POLIBEG
19
UMUR ANAK BENIH CILI BACAAN EC METER
1 – 7 hari 1.4 - 1.6
7 - 14 hari 1.6 – 1.8
15 – 21 hari 1.8 – 2.0
22 – 28 hari 2.0 – 2.2
29 – 35 hari 2.0 – 2.2
36 – 42 hari 2.0 – 2.2
42 – 49 hari 2.2 – 2.4
50 – 57 hari 2.2 – 2.4
58 – 64 hari
Kutip hasil pertama2.5 – 2.7
65 – 71 hari
Hasi 18 – 25 biji / kg
7.3.7 Pengurusan Sistem Pengairan
Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan
alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung
pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman. Tempoh masa penitisan tidak terlalu
panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang
panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi cocoa
peat untuk menyerap dan menyimpannya.
JADUAL PEMBERIAN BAJA BAGI PENANAMAN CILI HARI DIKIRA SESUDAH ANAK BENIH DIALIH KE POLIBEG
MASA KEKERAPAN UMUR
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 4x – 5x / sehari 1 – 7 hari
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 7 - 14 hari
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 15 – 21 hari
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 22 – 28 hari
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 29 – 35 hari
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 36 – 42 hari
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 42 – 49 hari
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 50 – 57 hari
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 58 – 64 hari
Kutip hasil pertama
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 65 – 71 hari
Hasi 18 – 25 biji / kg
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari
7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari
Jangan beri air (petik buah)
7.3.8 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit
20
1) Kawalan Serangga Perosak
Oleh kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalan serangga, maka
kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja. Maksudnya, apabila terdapat
kebocoran pada jaring kalis serangga dan membolehkan serangga menyerang
tanaman maka kawalan dilaksanakan mengikut pengesyoran seperti di dalam jadual
di bawah. Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah :
NamaPerosak
BahagianDiserang
PeringkatPokok
DiserangSimptom Kawalan
Kutu Daun(Aphis spp.)
Daun, bungadan buah muda
Semuaperingkat
Daun menjadi kerekot, bunga gugur dan buahterbantut.
Sembur dengan racun chlorphyrifos atau imidachlopridpada peringkat awal selepasmenanam.Sembur racunpermethrin, cypermethrin ataudimethoate jika serangan padapokok berumur lebih 60 hari.
Kutu Thrips(Thrips spp.)
Daun danbunga
Semuaperingkat
Daun menjadikerekot dan bunga gugur.
Sembur dengan racun chlorphyrifos atau imidachlopridpada peringkat awal selepasmenanam.Sembur racun chlorphyrifos atau malathion jika serangan pada pokok berumur lebih 60 hari.
Ulat Pengorek Buah(HelionthisArmigera spp.)
Daun danbuah
PeringkatBerbuah
Daun dan buahberlubang-lubang.
Sembur dengan racun chlorphyrifos jika seranganmelebihi tahap 5%.
Lalat Buah(Bactocera)
Buah PeringkatBerbuah
Terdapat lorong-lorong kecil di dalam buah dan buah gugur.
Sembur dengan racun chlorphyrifos apabila pokok mulaberbuah.
Hamama Merah(Tetranychus spp.)
Daun danbunga
PokokMatang
Daunberkerekot, bunga gugur dan pokokterbantut.
Sembur dengan racun amitraz,dicofol, malathion atau prothiofos.
2) Kawalan Penyakit
21
Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama dalam penanaman cili
kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkena serangan penyakit. Walaupun
kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang bebas tanah untuk
mengelakkan ’soil borne pathogen’ tetapi ia mudah dijangkiti dari tanah di
persekitaran tapak projek. Penyakit yang biasa menyerang tanaman cili adalah :
Penyakit Penyebab BahagianDiserang
CaraMerebak
Simptom Kawalan
AntraknosBuah
ColletotrichumCapsici
Buah Biji benih,angin
Bintik-bintik lekokdan berpusar, berwarna keperangan terdapat di luar kulit buah. Lekok-lekok ini akan membesar, menjadi kehitaman dan akhirnya buahbusuk dan gugur.
Rawatan biji benih denganracun kulat captan atauthiram.Musnahkan pokok yangdiserang.Sembur dengan racunkulat mancozeb.
Bintik Daun
Cercosporacapsici
Daun dantangkaidaun
Angin Terdapat bintik-bintik kecil bulatberwarna perangpada daun.
Musnahkan bahagian yangterkena serangan.Sembur racun benomyl.
HawarPucuk
Choanephoracucurbitarum
Pucuk Angin Terdapat sporasporahitam pada pucuk yang terkena penyakit. Pucuk menjadi layu danberwarna hitam.
Rawatan awal diperingkat biji benih.Musnahkan pokok yangdiserang.
ReputPangkal
SclerotiumRolfsii
PangkalPokok
Tanah Daun layu, terdapat maisilia putih danskelerotia sepertibiji sawi pada pangkal pokok. Pangkal pokokmenjadi hitam dan mereput.
Cabut, bakar danmusnahkan keseluruhanpokok yang terkena penyakit.
Lecuh AnakBenih
Pythium sp.,Rhizoctonia sp.
Batanganak benih
Tanah danair
Di pangkal anakbenih seakan-akanlecuh.
Rawatan benih di peringkat awal.Elak siraman berlebihan.
22
Serangan yangteruk menyebabkananak benih tumbang.
Pastikan tapak semaianmempunyai saliran yangbaik.
LayuBakteria
Pseudomonassolanacearum
Daun danbatang
Tanah, airdansentuhanakar
Daun layu dankuning. Empulurberwarna perangkehitaman dan berair. Jika akar atau batang direndam dalam air, ianyamengeluarkan cecair jaluran putih.
Cabut dan bakar pokokberpenyakit.Tentukan saliran baik dikawasan tapak projek.
MozekDaun
Mosaic virus Semuabahagianpokok
Biji benih,kutu daunsebagaipembawapenyakit.
Daun berbintik-bintik danberkerekot. Urat daun membengkak.Pokok bantut dankurang berbuah.Buah menjadikecil dan berubahbentuk.
Cabut dan bakar pokokberpenyakit.Tentukan saliran baik dikawasan tapak projek.Elak guna biji benih yangberpenyakit.Kawal serangga pembawa virus iaitu kutu daundan thrips dengan menyembur racun chlorpyrifos.Kawal rumpai yang menjadi perumah seranggapembawa virus.
7.3.9 Penyelenggaraan Tanaman
23
Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan sepanjang masa
proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja ini dijadualkan secara teratur
mengikut perkembangan tanaman. Berikut adalah kerja-kerja penyelenggaraan
tanaman yang perlu dilakukan :
GERAK KERJA HARI / MASA AKTIVITI
PERSEDIAAN AWAL
25 Hari Sebelum Tanam
Mengira keperluan baja dan cocoa peat.Membuat pesanan pembelian baja mengikut / keperluan.Membuat pesanan pembelian cocoa peat.Membuat pesanan pembelian beg tanaman berwarna putih bersaiz 16” x 16” bertebuk di tepi sahaja.Membuat pesanan pembelian keperluan lain seperti biji benih, medium semaian peat moss, dulang semaian, tali rafia, dawai bersalut, racun serangga dan kulat yang biasa digunakan dan keperluan lain.
PENYEMAIAN BENIH
20 HariSebelum Tanam
Menyediakan dulang semaian.Mengisi dulang semaian dengan medium percambahan peat moss.Melembapkan medium percambahan.Merawat anak benih dengan racun kulat.Menyemai biji benih (1 biji dalam 1 lubang).Menutup lubang berisi biji benih.Menyembur dulang semaian berisi biji benih dengan air bersih.Menutup dulang semaian dengan helaian plastic hitam untuk memberi haba dan mengawal lembapan medium percambahan supaya tidak kering.
PENYEDIAAN LARUTAN BAJA
18 HariSebelum Tanam
Membancuh baja stok.Gunakan tong biru (100 liter).
PEMBESARAN ANAK BENIH
16 Hari Hingga1 Hari SebelumTanam
Membuka plastik yang menutup dulang semaian.Memerhatikan pertumbuhan anak pokok.Memeriksa sebarang tanda jangkitan penyakit atau serangga perosak.Membuat kawalan segera sekiranya terdapat tanda- tanda kerosakan.
PENYEDIAAN BEG TANAMAN
20 Hari Hingga5 Hari SebelumTanam
Membilas coca peat.Mengetos cocoa peat.Menimbang cocoa peat 2 hingga 2.5 kg untuk setiap beg (basah dan telah ditoskan).Mengisi cocoa peat ke dalam beg tanaman.Mengangkut beg-beg berisi cocoa peat ke dalam rumah
24
tanaman.Menyusun beg-beg tanaman mengikut baris yang telah ditentukan. Satu baris bagi setiap paip tertier. Jarak tanaman untuk cili ialah 75 cm dalam baris dan 150 cm antara baris.Mencucuk alat penitis ke dalam setiap beg.Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis untuk memastikan tidak ada mana-mana paip tertier yang bocor atau alat penitis tersumbat.Menghidupkan pam untuk membasahkan medium tanaman di dalam beg-beg tanaman.
PENANAMAN 0 Hari Mengangkut dulang-dulang semaian ke dalam rumah tanaman.Mengorek lubang 4 cm x 4 cm x 4 cm untuk dimasukkan anak benih.Mencabut anak benih dengan cermat dengan memicit bahagian bawah dulang semaian dahulu sebelum mencabut anak benih. Dengan cara ini ketulan tanah yang dipegang akar tidak tertinggal di dalam lubang dulang semaian.Memasukkan ketulan tanah bersama akar ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan.Kemaskan lubang bersama akar anak benih supaya tidak longgar.Mencucuk penitis berhampiran dengan pangkal anak pokok.
PENYELIAAN SELEPASMENANAM
1 Hari Dan 2Hari SelepasTanam
Memeriksa semua pokok. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan perosak.Memastikan tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucukkan berhampiran pangkal pokok.Menghidupkan pam sekali pada awal pagi.Pastikan bahawa medium tanaman tidak terlalu basah sehingga air bertakung di dalam beg-beg tanaman.
3 Hari SelepasTanam
Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Mana-mana pokok yang masih layu atau mati perlu diganti. Melarutkan baja stok ke dalam tangki larutan baja.Menghidupkan pam, memberi baja kali pertama kepada pokok.
4 Hari Hingga7 Hari SelepasTanam
Menghidupkan pam pada awal pagi.Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan serangga perosak.
7 Hari Selepas Menambah kekerapan pemberian larutan baja.
25
TanamTetapi sekiranya keadaan cuaca sepanjang minggu redup atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian baja ini boleh ditangguhkan.
10 Hari Hingga35 Hari SelepasTanam
Membuang tunas air supaya pokok kekal mengeluarkan satu batang utama sahaja sehingga cabang utama keluar.
PENGURUSANPENYAKIT DANSERANGGA PEROSAK
7 Hari Dan 17Hari SelepasTanam
Membuat rawatan pencegahan penyakit akar ’Pythium’.Larutkan racun kulat Previcur N sebanyak 10 ml ke dalam 10 liter air. Siram 100 ml bancuhan ini ke pangkal tiap-tiap pokok.Pastikan bahawa pam tidak dihidupkan sebelum rawatan ini. Larutan baja boleh diberikan 2 jam selepas rawatan ini dilakukan.
8 Hari Hingga180 Hari Selepas Tanam
Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda serangan penyakit atau serangga perosak.Memeriksa sistem fertigasi agar sentiasa berfungsi dengan baik.
MENGIKAT POKOK
30 Hari SelepasTanam Hingga150 Hari
Mengikat dahan-dahan pokok cili pada tali atau dawai penyokong bagi mengelakkan dahan-dahan daripada patah disebabkan berat buah (dilakukan mengikut keperluan).
MEMBANTUPENDEBUNGAAN
25 Hari SelepasTanam HinggaTamat Projek
Pendebungaan berbantu boleh dilakukan dengan menepuk perlahan dahan-dahan pokok cili yang telah berbunga. Ia dilakukan sekurang-kurannya sekali bagi setiap 2 hari. Cara ini terbukti berkesan dapat meningkatkan pengeluaran hasil cili.
MEMETIK BUAH 55 Hari SelepasTanam DanSelang 3 Hari
Memetik buah cili yang masak.Membuat penggredan buah cili.Memasarkan buah cili.
MENAMATKANTANAMAN
150 Hari Selepas Tanam Atau Apabila Sesuai
Memetik buah cili yang masak termasuk juga yang hijau.Mengasingkan yang masak dengan yang hijau.Mencabut semua pokok bersama akar dan memusnahkannya.
8.0 ASPEK PEMASARAN
26
Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yang dilaksanakan, aspek
pemasaran merupakan elemen penting yang perlu diurus dengan cekap dan berkesan.
Perancangan dan analisa semasa penting untuk memastikan perlaksanaan sesuatu
projek menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Perkara - perkara
yang terlibat dalam rancangan pemasaran ini adalah :
1) Analisa Pasaran
2) Analisa Pesaing
3) Strategi Pemasaran
4) Pemilihan Strategi
8.1 ANALISA PASARAN
8.1.1 Proses Pemasaran
HIMPUNAN SETEMPAT HIMPUNAN PUSAT PEMPROSESAN /
PENGILANGAN PEMBORONGAN PERUNCITAN
8.1.2 Saluran Pemasaran
i) PENGELUAR PEMBORONG PERUNCIT
ii) PENGELUAR PERUNCIT
8.1.3 Sistem Pemborongan Di Peringkat Borong
27
Sasaran: Peruncit, Pengedar, Pengguna dan lain-lain.
Hasil pertanian yang dikeluarkan akan dipasarkan mengikut sistem pemborongan di
mana sasaran utama ialah bagi peruncit, pengedar dan pengguna. Penetapan harga
adalah dipengaruhi oleh:
1) Masa
2) Kualiti
3) Kuantiti
4) Permintaan
5) Persaingan
8.1.4 Masalah Pemasaran
a) Harga Tidak Stabil
Kedudukan harga yang tidak stabil di mana harga ditetapkan mengikut keadaan
semasa.
b) Kurang Saluran Pemasaran
Kedudukan pasaran yang luas melibatkan adanya saluran yang efektif dan
berkesan. Ini akan melibatkan pemilihan saluran yang betul bagi memastikan hasil-
hasil pertanian dapat disalurkan kepada pengguna, pemborong dan peruncit.
c) Kurang Maklumat Pasaran
Pengusaha, pengeluar atau petani yang ingin memasarkan hasil - hasil pertanian,
mereka perlu memastikan mendapat maklumat pasaran yang lengkap dan terkini.
Mereka perlu mendapat maklumat yang lengkap mengenai sasaran utama dan
kedudukan pasaran semasa.
d) Kurang Prasarana
28
Wujudnya masalah kekurangan kemudahan seperti saluran pengakutan, bekalan
elektrik, bekalan air, dan sebagainya.
e) Bekalan Tidak Terjamin
Wujudnya saluran pemasaran yang tidak terjamin di mana berlakunya pasaran tidak
ada kawalan dan sumber yang baik.
f) Tidak Memenuhi Kehendak Pasaran
Terdapat juga hasil pertanian yang tidak memenuhi kehendak pasaran semasa. Ini
menyebabkan berlakunya lambakan dan mengakibatkan pembaziran.
g) Perlaksanaan Peraturan Tertentu
Wujudnya peraturan-peraturan tertentu yang menghadkan pengagihan pemasaran.
h) Sistem Pembungkusan
Ramai pengeluar yang mempunyai sistem pembungkusan yang tidak menarik dan
juga tidak sesuai untuk digunakan.
i) Persaingan
Persaingan yang sengit antara pengeluar - pengeluar cili.
j) Kurang Pendedahan
Pengusaha kurang pendedahan dalam pemasaran cili.
8.1.5 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah
29
i) Pendekatan konsep “Pasaran Pengeluaran Pemasaran”
ii) Penyebaran maklumat pasaran
iii) Mempertingkatkan promosi
iv) Penggunaan teknologi terkini
v) Pengwujudan industri hiliran cili
vi) Memperbanyakkan prasarana pemasaran
vii) Perlaksanaan penguatkuasaan
8.1.6 Strategi Pemasaran Yang Berkesan
i) Berkualiti
ii) Jaminan pengeluaran
iii) Pengendalian yang sempurna
iv) Kos pengeluaran yang minima
v) Pembungkusan yang baik
vi) Kecekapan operasi ladang kontrak
vii) Berdaya saing
viii) Bijak mencari peluang
8.2 ANALISA PESAING
30
Pesaing adalah salah satu aspek penting yang perlu diambil kira oleh pengusaha.
Dalam pemasaran cili, pesaing terdiri daripada petani-petani dari semua kawasan.
Mereka membekal hasil mereka kepada para peniaga di kawasan lain untuk dijual.
Selalunya harga yang diperolehi adalah lebih murah dan cili yang dijual kelihatan
lebih segar dan elok kerana penggunaan baja dan juga racun. Persaingan dalam
penanaman cili menggunakan kaedah secara fertigasi adalah amat tinggi namun
pulangan yang diterima oleh para petani adalah sangat lumayan dan menguntungkan.
8.3 Strategi Pemasaran
8.3.1 Strategi
Beberapa strategi boleh dirangka untuk meningkatkan daya saing tanaman cili bagi
pasaran tempatan dan eksport :
1) Strategi Produk
Bekalan yang berterusan menjadi faktor penting dalam pemasaran cili domestik
dan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat pemasaran, strategi produk perlu
berkualiti, menitikberatkan pembungkusan, penggredan dan perlabelan.
2) Strategi Harga
Bagi pasaran domestik, harga hendaklah mampu bersaing dengan produk-produk
yang diimport daripada negara jiran. Contohnya, kedudukan harga cili Thailand
agak rendah di pasaran. Maka bagi menyaingi harga tersebut, kita terpaksa
menurunkan harga di pasaran tempatan. Bagi pasaran eksport, strategi harga
perlulah mengambil kira pasaran ”niche market” yang bercirikan produk yang
unik, berkualiti tinggi dan pembungkusan yang menarik.
3) Strategi Promosi
31
Pendekatan promosi yang lebih agresif dan berkesan perlu dilaksanakan di dalam
dan luar negara. Kempen galakan memakan sayur-sayuran tempatan dan produk-
produk pertanian tempatan hendaklah diprogramkan secara berjadual sepanjang
tahun.
4) Strategi Pengedaran
Sistem pengedaran yang cekap amat penting bagi memastikan semua hasil-hasil
pertanian dapat dipasarkan secara meluas. Oleh itu, kaedah mengurangkan kadar
kerosakan selepas tuai dari segi pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan
penyimpanan perlu ditingkatkan. Pemasaran sayur-sayuran harus dilihat kepada
kaedah pemborongan melalui pasar borong, institusi dan pengilangan.
8.3.2 Strategi-Strategi Sokongan Pemasaran
i) Rangkaian pemasaran pemborongan dan peruncitan perlu diperbanyakkan. Sistem
komisyen perlu ditukarkan kepada sistem yang lebih telus seperti sistem lelongan.
Perlaksanaan ini boleh dipraktikkan melalui rangkaian pasaran FAMA seperti
penubuhan Terminal Makanan Negara (TEMAN) dan pasar borong baru.
ii) Rangkaian jualan terus seperti Pasar Tani perlu diperbanyakkan bagi membolehkan
pengguna mendapat produk yang berkualiti.
iii) Mewujudkan persaingan yang sihat. Peruncitan secara ’franchais’ bagi
menjual barang segar juga boleh diperkenalkan terutamanya dikawasan bandar.
iv) Pendekatan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawantani dalam bidang
pengeluaran, pembekalan input, pemasaran, pengangkutan dan penggredan boleh
dilaksanakan melalui cara berikut :
Mengadakan latihan usahawantani
Mengadakan insentif-insentif kepada usahawantani
32
Mewujudkan dana dan modal pusingan
Menyediakan rangkaian premis-premis perniagaan
Menyediakan peluang-peluang perniagaan pelbagai bidang seperti pembekalan
input, pemprosesan dan lain-lain.
8.4 PEMILIHAN STRATEGI
i) Berpandukan kepada penetapan hala tuju baru komoditi cili, satu strategi bersepadu
perlu diwujudkan. Strategi tersebut haruslah berpandukan kepada kecekapan
pemasaran yang strategik di mana ia boleh didefinasikan seperti berikut :
Kecekapan Pemasaran :
Kecekapan Faktor Luaran + Kecekapan Faktor Dalaman
Kecekapan Faktor Dalaman :
Kecekapan Pengeluaran + Kecekapan Pasaran
Kecekapan Faktor Luaran = Penyelasaian kepada faktor berkaitan
ii) Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuan berdaya saing dan
berdaya maju dalam sesuatu kemajuan pemasaran. Perkara ini boleh berhubungkait
dengan kos pengeluaran yang rendah dan pengeluaran yang berterusan.
iii) Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agak strategik di mana
tedapat beberapa buah pasaraya hypermarket, supermarket, kedai runcit, pasar
malam, pasar awam serta lebih 280 buah gerai pasar tani.
9.0 ASPEK KEWANGAN
33
Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan
(hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu penanaman 1,000 pokok cili
menggunakan sistem fertigasi di dalam 20 unit rumah pelindung tanaman (berukuran
8 kaki lebar dan 60 kaki panjang) di atas tapak seluas 1 ekar.
9.1 ANGGARAN KOS PERMULAAN
Projek ini melibatkan kos pembangunan yang tinggi terutama kos pembinaan struktur
rumah pelindungan tanaman. Kos-kos permulaan yang terlibat adalah :
1) Kos Pembangunan
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran
9.1.1 Kos Pembangunan
i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan
BIL PERKARA KOS (RM)1. Pembersihan kawasan secara kontrak menggunakan
jentolak untuk keluasan 1 ekar tanah.Kerja-kerja merata dan melandaikan tanah secara kontrak bagi keluasan 1 ekar tanah.
Kadar upah:RM 500.00 / ekar
500.00
Jumlah Kos 500.00
ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana
34
BIL PERKARA KOS (RM)1. Pagar Kawasan 5,000.002. Sumber Air Bawah Tanah 600.003. Sumber Elektrik 2,000.004. Rumah Pam Sistem Fertigasi
Stor Peralatan dan Bahan InputPusat Pengumpulan Hasil
8,000.00
Jumlah Kos 15,600.00
iii) Pembinaan Struktur Rumah Lindungan Hujan
Untuk memuatkan 1,000 pokok cili yang bakal ditanam, sebanyak 20 buah rumah
pelindung tanaman yang perlu dibina dengan keluasan strukturnya adalah 8 kaki
lebar dan 60 kaki panjang.
BIL PERKARA UNIT KUANTITI KOS PER UNIT (RM)
KOS (RM)
1. Besi G1 ½” x 20’ – U Shape Batang 200 28.50 5,700.002. Besi G1 1” x 2.5’ – Skru Set
(3btg)Batang 400 47.00 18,800.00
3. Besi G1 AA 1/2 “ x 20’ Batang 180 28.50 5,130.004. Besi G1 AA ½” x 7.5’(2btg) Batang 80 28.50 2,280.00
Soket PVC ½ “ Biji 120 0.40 48.005. Plastik UV (19 m/gulung) Gulung 20 590.00 11,800.006. Silvershine Gulung 20 90.00 1,800.007. Klip Besi Biji 1000 0.70 700.008. Klip Plastik Biji 1600 0.20 320.009. Batu Bata Biji 4000 0.22 880.0010. Dawai Kg 200 12.00 2,400.00
Jumlah Kos 826.02 49,858.00
iv) Pembinaan Sistem Fertigasi
35
BIL PERKARA UNIT KUANTITI KOS PER UNIT (RM)
KOS (RM)
1. Tubing 16mm / ½ inci (160m/gulung)
Gulung 25 98.00 2,450.00
2. Main Tube 1 inci / 32mm (100m/gulung)
Gulung 2 108.75 217.50
3. Mini Tubing 4mm Gulung 40 18.00 720.004. Nipple Biji 2000 0.06 120.005. Arrow Dripper Biji 2000 0.06 120.006. Stop Cok Ladang 1 “ Biji 20 1.50 30.007. Grommet Biji 40 2.00 80.008. T Joiner PVC 1” Biji 1 1.22 1.229. L Joiner Biji 5 0.75 3.7510. Analog Timer Set 1 250.00 250.0011. EC Meter Biji 1 270.00 270.0012. Agri – Water Filter ½ “ Biji 1 40.00 40.0013. Stop Valve 1” Biji 4 2.50 10.0014. PVC Pipe 1” Batang 20 15.93 318.6015. V Soket 1” Batang 10 0.58 5.8016. Soket Poly 1” to PVC Batang 1 7.00 7.0017. Fimale Soket 1” Batang 3 2.20 6.6018. End Cap Poly 1” Batang 2 1.85 3.7019. Water Pump 0.5hp Biji 2 98.00 196.0020. Tong Stok Nutrien Biji 2 40.00 80.0021. Tangki Air 2,700 Liter Biji 2 100.00 200.0022. Gum PVC ( kecil ) Tin 2 10.63 21.2623. Tank Conector Biji 4 1.50 6.0024. Enjin Racun Biji 1 800.00 800.0025. Penebuk Lubang 16mm
(Drill Bit)Biji 1 500.00 500.00
Jumlah Kos 2,491.31 6,457.43
9.1.2 Anggaran Kos Pembangunan
BIL PERKARA KOS (RM)1. Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan 500.002. Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana 15,600.003. Pembinaan Struktur Rumah Lindungan Hujan 49,858.004. Pembinaan Sistem Fertigasi 6,457.43
Jumlah Kos Pembangunan 72,415.439.1.3 Kos Operasi (6 Bulan @ 1 Musim)
36
Kos ini adalah perbelanjaan pengurusan projek meliputi perbayaran gaji, elaun, bil-bil
utiliti, sewa dan lain-lain bayaran yang diperlukan setiap bulan bagi tempoh 6 bulan
atau 1 musim.
i) Gaji Pengurusan / Kakitangan / Buruh
BIL PERKARA BAYARAN BULANAN (RM)
KOS BAGI 6 BULAN (RM)
1. Pekerja (2 orang) 1,000 6,000Jumlah Kos 1,000 6,000
ii) Utiliti Dan Pengendalian (air, elektrik, telefon, sewa dan lain-lain)
BIL PERKARA BAYARAN BULANAN (RM)
KOS BAGI 6 BULAN (RM)
1. Air - -2. Elektrik 250 1,500
Jumlah Kos 250 1,500
9.1.4 Anggaran Kos Operasi (6 Bulan @ 1 Musim)
BIL PERKARA BULANAN (RM) 1 MUSIM (RM)
1. Gaji Pengurusan / Kakitangan 1,000 6,0002. Utiliti Dan Pengendalian 250 1,500
Jumlah Kos Operasi 1,250 7,500
9.1.5 Kos Pengeluaran (6 Bulan @ 1 Musim)
Kos ini merangkumi perbelanjaan pembelian bahan input seperti baja, benih, racun
kimia dan lain-lain. Perbelanjaan ini adalah keperluan bagi satu pusingan tanaman dan
berulang pada setiap pusingan (musim).
9.1.6 Anggaran Kos Pengeluaran (6 Bulan @ 1 Musim)
37
BIL
PERKARA UNIT KUANTITI KOS PER UNIT (RM)
KOS (RM)
1. Baja Fertigasi( Set A & Set B )
Set 2 130.00 260.00
2. Benih cili (100 bji = 1 paket) Paket 25 3.00 75.003. Peat moss Beg 13 25.00 325.004. Cocoa Peat Beg 200 4.00 800.005. Racun Kulat:
Previcur N – 250 mlBenex – 1 kgFugaran – 1 kg
BotolBotolBotol
111
46.0025.0039.00
46.0025.0039.00
6. Racun Serangga:Pengasus – 500 mlMitac – 1 LSelecron – 1 L
BotolBotolBotol
111
60.0056.0056.00
60.0056.0056.00
7. Racun Rumpai:Roundup – 4 LUniquat 25 – 4 L
BotolBotol
11
55.0045.00
55.0045.00
8. Hormone:Atonik – 1 liter Botol 1 65.00 65.00
9. Tray Semaian Biji 25 2.00 50.0010. Polybeg Putih
16”x16”x0.12mm (100 kpg)Kg 20 6.50 130.00
11. Tali Kg 10 1.00 10.0012. Plastik Cili Beg 400 0.20 80.0013. Bakul Buah Biji 100 40.00 4,000.00
Jumlah Kos Pengeluaran 658.70 6,177.00
9.1.7 Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan
38
Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi memulakan projek ini awal kerja-kerja
pembersihan kawasan, penanaman hingga penuaian hasil, iaitu bagi tempoh selama 6
bulan adalah:
BIL PERKARA KOS (RM)1. KOS PEMBANGUNAN
i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasanii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasaranaiii) Pembinaan Struktur Rumah Lindungan Hujan 8’ lebar x 60’ panjang (20 buah)iv) Pembinaan Sistem Fertigasi
500.0015,600.00
49,858.006,457.43
Jumlah Kos Pembangunan 72,415.432. KOS OPERASI ( 6 BULAN)
i) Gaji Pengurusan / Kakitanganii) Utiliti Dan Pengendalian
6,000.001,500.00
Jumlah Kos Operasi 7,500.003. KOS PENGELUARAN (6 BULAN)
i) Baja Fertigasi (Set A & Set B)ii) Benih cili (1,000 pokok)iii) Peat Mossiv) Cocoa Peatv) Racun Kulat: Previcur N – 250 ml Benex – 1 kg Fugaran – 1 kgvi) Racun Serangga: Pengasus – 500 ml Mitac – 1 L Selecron – 1 Lvii) Racun Rumpai: Roundup – 4 L Uniquat 25 – 4 Lviii) Hormone: Atonik – 1 literix) Tray Semaianx) Polybeg Putihxi) Talixii) Plastik Cilixiii) Bakul
260.0075.00325.00800.00
46.0025.0039.00
60.0056.0056.00
55.0045.00
65.0050.00130.0010.0080.00
4,000.00Jumlah Kos Pengeluaran 6,177.00
JUMLAH KESELURUHAN KOS PERMULAAN 86,092.43
9.2 HASIL DAN PULANGAN
39
i) Jumlah hasil yang diperolehi dianggarkan daripada bilangan pokok yang ditanam x
hasil sepokok.
Bilangan Pokok Ditanam = 1,000 pokok
Anggaran Hasil Semusim = 5 kg / pokok
Jumlah Hasil Semusin = 5 x 1,000
= 5,000 kg
= 5 tan / musim (6 bulan)
Bilangan Musim / Tahun = 2 musim
Jumlah Hasil Setahun = 5,000 kg x 2 musim
= 10,000 kg / tahun
= 10 tan
ii) Pulangan pendapatan dikira pada harga ladang.
Harga jualan di ladang = RM 6.00 / kg
Jumlah Pendapatan Semusim = RM 6.00 x 5,000 kg
= RM 30,000.00 / musim
Jumlah Pendapatan Setahun = RM 30,000.00 x 2 musim
= RM 60,000.00 / tahun
9.3 ALIRAN TUNAI
40
Aliran Tunai Musim 1 :
PERKARABULAN
0 2 3 4 5 6PENDAPATAN1) Hasil Pengeluaran (kg) - - - 2,000 2,000 1,000
2) Jualan ( RM 6 / kg) - - - 12,000.00 12,000.00 6,000.00
Jumlah Pendapatan 0 0 0 RM12,000.00
RM12,000.00
RM6,000.00
PERBELANJAAN1) Kos Pembangunan 72,415.43 - - - - -2) Kos Operasi 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.003) Kos Pengeluaran 6,177.00 - - - - -
Jumlah Perbelanjaan 79,842.43 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00Lebihan / Defisit (79,842.43) (81,092.43) (82,342.43) (71,592.43) (60,842.43) (56,092.43)
Aliran Tunai Musim 2 :
PERKARABULAN
7 8 9 10 11 12PENDAPATAN1) Hasil Pengeluaran (kg)2) Jualan ( RM 6 / kg)
-
-
-
-
-
-
2,000
12,000.00
2,000
12,000.00
1,000
6,000.00
Jumlah Pendapatan 0 0 0RM
12,000.00RM
12,000.00RM
6,000.00PERBELANJAAN1) Kos Pembangunan2) Kos Operasi3) Kos Pengeluaran
-1,250.006,177.00
-1,250.00
-
-1,250.00
-
-1,250.00
-
-1,250.00
-
-1,250.00
-Jumlah Perbelanjaan 7,427.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00Lebihan / Defisit (63,519.43) (64,769.43) (66,019.43) (55,269.43) (44,519.43) (39,769.43)
Aliran Tunai Satu Tahun :
41
PERKARA MUSIM 1 MUSIM 2 JUMLAHPENDAPATAN1) Hasil Pengeluaran (kg)2) Jualan ( RM 6 / kg)
5,00030,000.00
5,00030,000.00
10,00060,000.00
Jumlah Pendapatan 30,000.00 30,000.00 RM60,000.00PERBELANJAAN1) Kos Pembangunan2) Kos Operasi3) Kos Pengeluaran
72,415.437,500.006,177.00
-7,500.006,177.00
72,415.4315,000.0012,354.00
Jumlah Perbelanjaan 86,092.43 13,677.00 99,769.43Lebihan / Defisit (56,092.43) 16,323.00 (39,769.43)
9.4 DAYA MAJU PROJEK
Dari unjuran aliran tunai seperti dalam jadual di bawah ini, kedayamajuan projek ini
dapat diukur.
Jadual : Unjuran Aliran Tunai Bagi Tempoh 5 Tahun
TAHUN 1 2 3 4 5PENDAPATAN KASARPengeluaran (kg) 10,000 10,000 10,000 10,000 10,000Jualan @ RM6 / kg 60,000.00 60,000.00 60,000.00 60,000.00 60,000.00
PERBELANJAANKos Pembangunan 72,415.43 - - - -Kos Pengeluaran 12,354.00 12,354.00 12,354.00 12,354.00 12,354.00Kos Operasi Dan Penyelenggaraan
15,000.00 15,000.00 15,000.00 15,000.00 15,000.00
Jumlah Kos 99,769.43 27,354.00 27,354.00 27,354.00 27,354.00
Pendapatan Bersih (39,769.43) 32,646.00 32,646.00 32,646.00 32,646.00Jumlah Pendapatan Bersih Terkumpul (39,769.43) (7,123.43) 25,522.57 58,168.57 90,814.57
10.0 JADUAL PERLAKSANAAN
42
10.1 Kalendar Perlaksanaan
AKTIVITI LADANG BULAN1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
1) Pembersihan Kawasan2) Penyediaan Tapak3) Penyediaan Semaian4) Penanaman5) Pembajaan6) Kawalan Perosak7) Kawalan Penyakit8) Penyelengaraan Tanaman9) Penuaian10) Aktiviti Lepas Tuai11) Jualan Dan Pemasaran
10.2 Jadual Kerja
MINGGU AKTIVITI- 4 Penyediaan Kawasan- 3 Penyediaan Tapak- 2 Penyediaan Media Tanaman- 1 Penyediaan Semaian0 Penanaman1 Penyelenggaraan Tanaman
Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit
2 Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit
3 Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit
4 Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit
5 Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit
6 Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit
7 Penyelenggaraan Tanaman
43
Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit
8 Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit
9 Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit Mula Menuai Hasil
10 Menuai Hasil Pengendalian Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
11 Menuai Hasil Pengendalian Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
12 Menuai Hasil Pengendalian Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
13 Menuai Hasil Pengendalian Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
14 Menuai Hasil Pengendalian Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
15 Menuai Hasil Pengendalian Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
16 Menuai Hasil Pengendalian Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
17 Menuai Hasil Pengendalian Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
18 Menuai Hasil Pengendalian Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
19 Menuai Hasil Pengendalian Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
20 Menuai Hasil Pengendalian Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran
11.0 RUMUSAN
44
Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini mampu
memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya dalam jangka masa
panjang.
Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur, kenaikkan kos
bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos operasi disebabkan oleh
kenaikkan harga bahan api, namum ia dapat diseimbangkan dengan peningkatan
harga cili di pasaran.
Permintaan yang tinggi daripada pengguna dalam sektor industri, isi rumah dan
institusi serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran masih
menunjukkan kedayamajuan yang relevan bagi projek ini walaupun adanya
pertambahan pesaing domestik disebabkan oleh peningkatan bilangan pengusaha
tanaman cili di Malaysia.
Dengan mengambilkira faktor semasa dan juga persekitaran yang sedia ada, pihak
kami yakin dan percaya bahawa projek ini adalah berdaya maju dan mampu memberi
keuntungan yang lumayan dalam jangka masa panjang.
45