kertas kerja pecutan akhir 2

4
PROGRAM PECUTAN AKHIR PT3 & SPM 2015 PENDAHULUAN Kecemerlangan akademik merupakan tonggak utama sesebuah institusi pendidikan. Kecemerlangan ini tidak akan mampu diraih oleh sesebuah institusi tanpa adanya dokongan dan komitmen sepenuhnya dari ahli instusi tersebut. Begitu jua, kecemerlangan individu itu tidak mampu digilap tanpa adanya dorongan motivasi instrinsik individu itu sendiri. Umumnya, kejayaan hanya mampu diraih dengan jalan kolaborasi antara semua pihak. Sehubungan dengan itu, Unit B&K SMK Agama Kota Kinabalu sebagai unit yang dipertanggungjawabkan secara langsung dalam aspek pemantapan emosi menjelang peperiksaan , bercadang mengadakan program Pecutan Akhir PT3 dan SPM 2015 sebagai program sokongan dalam pembentukan motivasi instrinstik kepada pelajar bagi memantapkan kesediaan emosi dan seterusnya mampu untuk melonjakkan prestasi akademik mereka dalam PT3 dan SPM 2015. Program ini merupakan kesinambungan program yang dirancang dan telah dilaksanakan sejak awal tahun lagi. Untuk itu komitmen semua amatlah diharapkan agar program ini berhasil mencapai apa yang dihasratkan. OBJEKTIF 1. Meningkatkan motivasi instrinstik dalam kalangan pelajar agar mampu memberikan fokus dalam pengajaran dan Pembelajaran. 2. Memangkin semangat pelajar dari segi mental dan spirititual melalui Effective Learning Activities seterusnya; 3. Memantapkan lagi keyakinan diri pelajar untuk menghadapi peperiksaan. KAEDAH Kaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan ‘games’ yang dijalankan sebagai tools dalam sesi pembelajaran. Peserta atau pelajar akan melalui pengalaman di dalam setiap

Upload: roshaimmi-mohamad

Post on 08-Dec-2015

300 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Pecutan akhir

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pecutan Akhir 2

PROGRAM PECUTAN AKHIR PT3 & SPM 2015

PENDAHULUAN

Kecemerlangan akademik merupakan tonggak utama sesebuah institusi pendidikan. Kecemerlangan ini tidak akan mampu diraih oleh sesebuah institusi tanpa adanya dokongan dan komitmen sepenuhnya dari ahli instusi tersebut. Begitu jua, kecemerlangan individu itu tidak mampu digilap tanpa adanya dorongan motivasi instrinsik individu itu sendiri. Umumnya, kejayaan hanya mampu diraih dengan jalan kolaborasi antara semua pihak.

Sehubungan dengan itu, Unit B&K SMK Agama Kota Kinabalu sebagai unit yang dipertanggungjawabkan secara langsung dalam aspek pemantapan emosi menjelang peperiksaan , bercadang mengadakan program Pecutan Akhir PT3 dan SPM 2015 sebagai program sokongan dalam pembentukan motivasi instrinstik kepada pelajar bagi memantapkan kesediaan emosi dan seterusnya mampu untuk melonjakkan prestasi akademik mereka dalam PT3 dan SPM 2015.

Program ini merupakan kesinambungan program yang dirancang dan telah dilaksanakan sejak awal tahun lagi. Untuk itu komitmen semua amatlah diharapkan agar program ini berhasil mencapai apa yang dihasratkan.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan motivasi instrinstik dalam kalangan pelajar agar mampu memberikan fokus dalam pengajaran dan Pembelajaran.

2. Memangkin semangat pelajar dari segi mental dan spirititual melalui Effective Learning Activities seterusnya;

3. Memantapkan lagi keyakinan diri pelajar untuk menghadapi peperiksaan.

KAEDAHKaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan ‘games’ yang dijalankan sebagai tools dalam sesi pembelajaran. Peserta atau pelajar akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan dan mendapat pembelajaran melaluinya atau lebih dikenali sebagai learning by doing atau fun learning dan lebih seronok belajar. Di akhir setiap aktiviti dan games, pendidik akan mengupas atau melakukan debrief dengan mengaitkannya dengan subjek yang sedang dibincangkan.

ANJURAN

UBK SMK Agama Kota Kinabalu

Motivasi Diri Pencetus Kecemerlangan Prestasi

TARIKH/TEMPATDewan SMKA Kota Kinabalu Sabah. Pada 9 September 2015

SASARAN

Page 2: Kertas Kerja Pecutan Akhir 2

Pelajar Tingkatan 3 dan 5 seramai 186 orang yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM 2015.TENTATIF PELAKSANAAN

7.00 pagi : Sesi Aktiviti untuk Ice Breaking 8.00 pagi :Aktiviti Energizer / Petenaga 9.30 pagi : Rehat10.00 pagi : Aktiviti untuk Potensi Diri 11.00 pagi : Sesi Kreativiti Aktiviti dan Games (Outdoor)12.00 tengahari : Effective Goal Model Canvas (EGMC) 1.00 tengahari : Rehat/ Makan Tengahari/Solat Zohor2.00 petang : Bola “S”3.15 petang : Majlis Penutup3.30 petang : Bersurai

HURAIAN PROGRAMSesi Aktiviti untuk Ice Breaking Melalui sesi ini peserta akan mempelajari 3 bahagian penting dalam proses pengenalan diri iaitu Forming, Storming & Norming. Di dalam sesi ini peserta akan didedahkan beberapa pilihan aktiviti dan games dalam sesi pengenalan sesuatu slot atau program untuk membina hubungan. Aktiviti Petenaga untuk Ice Breaking: - -Skuter Rosak - Watermelon - Look Banana - Penguin - Karipap - Bongek - Lambung bola (Ball up)

Aktiviti Forming untuk Ice Breaking: - Bingo 1 & 2 - Lukis Muka - Saham 1 & 2 - Susun Abjad Belakang Kawan - Tulis Nama Sendiri - Bahtera Nuh 1 & 2

Aktiviti Norming untuk Ice Breaking: - Susun Baris - Jejak Kasih - Gelung Kasih 1 & 2 - Terowong Kami - Lap Sit - Baling Bola - Baling Kertas - Ini Kumpulan Kami

Aktiviti untuk Energizer/Petenaga Melalui sesi ini, peserta akan mempelajari kepelbagaian jenis petenaga untuk menarik semula perhatian dan fokus pelajar atau peserta dalam sesi pembelajaran serta menghidupkan suasana sesi pembelajaran. Antara aktiviti yang dijalankan: - Telur, Ayam, Dinasour - Kamil Kata - Fire, Hunter, Earthquake - Benar Salah - Lap Sit - Ku kepakkan sayapku - Kawan, gaduh, pujuk, jumpa kawan baru - Ram sam sam

Aktiviti petenaga yang melibatkan muzik: - Tango - Muhammad Ali - Belon Pelangi - Bila mama pakai celana - China Doll

Sesi Aktiviti untuk Potensi Diri Peserta akan mendapat pendedahan tentang aktiviti yang boleh membantu mengeluarkan dan menyedarkan pelajar atau peserta tentang potensi diri mereka. Di dalam sesi ini, peserta akan memahami kepentingan antara aktiviti yang dihubungkan antara kupasan dengan penceritaan. Antara aktiviti yang dijalankan: - Bola S

Page 3: Kertas Kerja Pecutan Akhir 2

Sesi Kreativiti Aktiviti dan Games (Outdoor) Melalui sesi ini peserta akan diberi pendedahan tentang beberapa jenis aktiviti dan games yang boleh digunakan untuk aktiviti luar. Antara aktiviti yang dijalankan: - Botol Tali Air - Tikar Asid - Bina Menara - Train Ball - Trust Game - Tayar Gelung - Commando Cross - I Frame - Daunku Daunmu- Traffic Jam - Paip Guli - Rebut Botol - Gelung Soalan - Rebut Nombor - Cari Guli - Maze Game - Snake & Ladder - Jejari Helium

Effective Goal Model Canvas (EGMC) Melalui sesi ini, peserta akan dikongsi kaedah baru menetapkan matlamat jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Kaedah ini diadaptasi dari kaedah Business Model Canvas (BMC). Kaedah ini membantu peserta untuk diri sendiri dan diri pelajar atau peserta mereka untuk memantau dan memantapkan perlaksanaan menuju matlamat yang ditetapkan iaitu pecutan untuk peperiksaan yang bakal mereka hadapi.

KOS PROGRAM

Peserta dikenakan yuran sebanyak RM30.00 setiap peserta program sehari untuk bayaran kepada konsultan ELAS Training. Bayaran sudah termasuk tiket kapal terbang penceramah dan team serta penginapan penceramah.

PENUTUPDiharapkan program Pecutan Akhir PMR&SPM 2015 ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin dan seterusnya mencapai objektif yang telah disasarkan.