kertas kerja perkhemahan integrasi bersepadu unit-unit beruniform 2009
DESCRIPTION
Unit-unit Beruniform SEMASHURTRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR,
HULU YAM BHARU, 44300
BATANG KALI, SELANGOR.
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN INTEGRASI BERSEPADU UNIT-UNIT
BERUNIFORM SEMASHUR 2009 (PROGRAM RAKAN MUDA
PERINGKAT SEKOLAH)
RESORT RESTU IBU, KG. ULU KALONG, ULU YAM BHARU
2009
1. PENDAHULUAN
Seperti yang tuan pengetua ketahui dan semua pelajar SEMASHUR sedia
maklum, kebitaraan SEMASHUR sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan antaranya ialah
unit beruniform. Oleh yang demikian, kami dari setiap Unit Beruniform SEMASHUR
iaitu Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba dan Penyelamat, Kadet Polis, Pengakap,
Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pergerakan Puteri Islam ingin mengambil inisiatif ini
dan kami telah bersepakat dan sebulat suara bersetuju untuk menganjurkan satu
perkhemahan bersepadu iaitu gabungan kesemua Unit Beruniform dalam satu
perkhemahan.
Dengan adanya perkhemahan seperti ini, kami amat yakin, pelajar SEMASHUR
akan mampu menjadi lebih bersemangat dalam aktiviti kokurikulum terutamanya unit
beruniform sekali gus memajukan SEMASHUR dalam bidang kebitaraan kita ini. Kami
berharap agar tuan pengetua akan meluluskan projek besar kami ini. Kerjasama daripada
pihak tuan kami apresiasikan dengan jutaan penghargaan dan terima kasih.
2. TUJUAN KERTAS KERJA :
2.1 Memohon kelulusan daripada pihak pengetua dan penolong-
penolong kanan.
2.2 Permohonan peruntukan yang diperlukan
3. LATAR BELAKANG PERKHEMAHAN
Saya Mohd Syahmi Bin Sahrudin selaku pengarah projek, telah berbincang
bersama ahli jawatankuasa – ahli jawatankuasa yang lain dan kami sebulat suara telah
bercadang untuk mengadakan Perkhemahan Perdana Bersepadu Unit-Unit Beruniform ini
di Resort Restu Ibu, Kg. Ulu Kalong, Ulu Yam Bharu. Kami telah memilih tempat ini
kerana tempat ini terletak berhampiran dengan sekolah. Hal ini akan lebih memudahkan
urusan pengangkutan kami. Cadangan kami ini telah disokong oleh Penolong Kanan
Kokurikulum, Cik Noorhani binti Yahya dan Puan Roslyndawati Kamaludin, penyelaras
Unit Beruniform SEMASHUR serta guru-guru Unit Beruniform iaitu Encik Khirun Nizam
Zafri, Encik Zahrul Kasirin, Encik Rusli Mustapha dan Puan Joana Suhada Kamarudin.
Kami akan berusaha untuk mencari lebih banyak guru pengiring bagi memudahkan urusan
perkhemahan ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu, saya sangat berharap agar
perkhemahan ini diluluskan dan saya juga berharap agar pihak sekolah dapat menyumbang
peruntukan bagi perkhemahan ini.
4. OBJEKTIF PERKHEMAHAN
4.1 Meningkatkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar-
pelajar setiap Unit Beruniform
4.2 Mengeratkan hubungan sillaturahim sesama pelajar.
4.3 Memberi pengalaman baru kepada para pelajar
4.4 Mengajar para pelajar seorang yang mampu berdikari dan berjiwa
kental dalam menghadapi cabaran hidup
4.5 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap
dan berkeyakinan dalam kehidupan
4.6 Mengisi masa lapang pelajar-pelajar selepas Peperiksaan Akhir
Tahun
4.7 Merupakan pelaksanaan perancangan aktiviti tahunan Unit
Beruniform
5. PERLAKSANAAN
5.1 Jawatankuasa Pengelola.
Penaung : Tuan Haji Rafiei bin Mustapha
Timbalan Pengerusi I : Cik Noorhani binti Yahya
Timbalan Pengerusi II : Cik Nur Azlina Mohamad
Ketua Kem Komandon : Encik Zahrul Kasirin
Timbalan Kem Komandon I : Encik Khairul Zaman Salleh
Timbalan Kem Komandon II : Cik Nur Azlina Mohamad
AJK Pengangkutan dan Pendaftaran : Puan Saufi Zahriah Omar
: Puan Joana Suhada Kamaruddin
AJK Sajian Peserta dan Guru : Encik Ahmad Khadir
AJK Keselamatan dan Aktiviti : Encik Khirun Nizam Zafri
: Encik Salim Mohd Noor
: Puan Roslyndawati Kamaludin
AJK Kerohanian : Encik Yazid Baharom
AJK Pertolongan Cemas : Encik Rusli Mustapha
: Cik Salmiahani Sidek
AJK Rakaman Foto, Video : Encik Shamsul Mohamed Yusak
dan Dokumentasi : Encik Tariq Ishak
AJK Hadiah dan Cenderamata : Cik Rosliza Nawi
: Cik Nur Raihan Nordin
AJK Buku Program : Cik Azizah Sulong
: Cik Norsyamsiah Abdul Kadir
Ketua Projek : Mohd Syahmi bin Sahrudin
Penolong Ketua Projek : Aina Aqilah binti Abdullah Sani
Setiausaha Projek : Muhammad Zafran Amsyar bin Rosland
Penolong S/U Projek : Faten Nor Izzatie binti Saleh
Bendahari Projek : Mior Al-Hafiz bin Mior Shahrul Dhoman
Penolong Bendahari Projek : Nursyazleen binti Zainal Abidin
Ahli Jawatankuasa :
Logistik :
> Mohamad Nazri bin Mohd Nasir
> Nurul Atieka binti Roslan
Makanan :
> Muhammad Haziq bin Muhamad Alias
> Nur Izzati Syazwani binti Zakaria
Pengangkutan :
> Muhammad Fakhrul Helmy bin Norharizam
> Asma Hajar binti Abdul Malek
Keselamatan dan Kebersihan :
> Muhammad Zharif Ihsan bin Talib
> Nur Azira Izati binti Azman
Kerohanian :
> Muhammad Haziq bin Ahmad Tarmizi
> Nur Maizura binti Mohd Darbi
Multimedia > Afiq bin Zaharudin
5.2 Peraturan dan undang-undang
a) Setiap pelajar harus sentiasa tepat pada masa
b) Setiap pelajar perlu mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh
ketua kumpulan.
c) Setiap pelajar harus menjaga adab dan tingkah laku
d) Setiap pelajar perlu bekerjasama dan tidak mementingkan diri
sendiri
e) Setiap pelajar harus sentiasa berdisiplin.
6. TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 9, 10 dan 11 November 2009
Masa : 9.00 pagi (9 November) hingga 3.30 petang (11 November)
Tempat : Resort Restu Ibu, Kg. Ulu Kalong, Ulu Yam Bharu
7. PESERTA / PENYERTAAN
6.1 Guru Pengiring : 5 Orang
6.2 Pelajar : 150 Orang (Tingkatan 1, 2 dan 4)
8. ATURCARA PROGRAM
8.1 Aturcara Program Keseluruhan
9 November 2009 (Isnin)
9.00 pagi : Bertolak dari SEMASHUR ke Resort Restu Ibu
10.00 pagi : Tiba di Resort Restu Ibu dan taklimat
10.30 pagi : Mendirikan khemah dan mengemas barang
11.30 pagi : Ice Breaking dan pembahagian kumpulan
1.00 petang : Makan tengah hari
1.30 petang : Solat Zohor berjemaah
2.30 petang : LDK 1
4.00 petang : Solat Asar berjemaah
5.00 petang : LDK 2
7.00 petang : Makan malam, persiapan diri, solat Maghrib berjemaah
8.30 malam : Solat Isyak berjemaah
9.00 malam : Bersama Pengetua
10.30 malam : Supper
11.30 malam : Nightwalk
12.30 malam : Tidur
10 November 2009 (Selasa)
6.00 pagi : Solat Subuh berjemaah, persiapan diri
7.00 pagi : Senaman pagi (senamrobik dan poco-poco)
7.30 pagi : Sarapan
8.00 pagi : LDK 3
9.30 pagi : Jungle trekking ke air terjun
12.00 tgh hari : Kembali ke Resort Restu Ibu
12.30 tgh hari : Makan tengah hari
1.30 petang : Solat Zohor berjemaah
3.00 petang : LDK 4
4.30 petang : Solat Asar berjemaah
5.00 petang : LDK 5
7.00 malam : Persiapan diri, solat Maghrib berjemaah
8.00 malam : Barbeque dan Persembahan Malam Bakat
11.30 malam : Supper dan solat Isyak berjemaah
12.30 malam : Tidur
11 November 2009 (Rabu)
6.00 pagi : Solat Subuh berjemaah, persiapan diri
7.00 pagi : Senaman pagi
7.30 pagi : Sarapan
8.00 pagi : LDK 6
10.30 pagi : LDK 7
11.30 pagi : Penyampaian hadiah dan majlis penutup
1.30 petang : Menurunkan khemah dan mengemas barang
2.30 petang : Bertolak ke SEMASHUR
3.30 petang : Tiba di SEMASHUR
Aktiviti LDK oleh fasilitator :
1) Orientering
2) Tali-temali
3) Backwood cooking
4) Menguji minda
5) Berakit buluh
6) KIM (Deria)
7) Water challenge
9. ANGGARAN BELANJAWAN
Sewa tapak (3 hari) : RM 300 X 3 = RM 900
Sewa peralatan Barbeque : RM 30 X 2 = RM 60
Makanan Barbeque : RM 500
Dewan : RM 300
Sewa khemah : RM 450
Set meja dan kerusi : RM 20
Hadiah : RM 300
Peralatan Aktiviti Fasilitator : RM 150
Aktiviti :
Jungle trekking : RM 5 X 150 = RM 750
Night walk : RM 5 X 150 = RM 750
Berakit buluh : RM 3 X 150 = RM 450
JUMLAH KESELURUHAN : RM 4630
10. PENUTUP
Kami amat berharap agar perkhemahan ini mendapat kelulusan daripada pihak
tuan dan kami berharap pihak sekolah dapat menyumbang peruntukan. Kami juga
berharap agar perkhemahan ini akan menjadi salah satu program tahunan yang berjaya.
Segala kerjasama dan kesudian pihak tuan untuk menyemak kertas kerja ini kami
dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
11. PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN
Disediakan oleh,
……………………………
(MUHAMMAD ZAFRAN AMSYAR BIN ROSLAND)
Setiausaha Projek,
Perkhemahan Integrasi Bersepadu Unit-Unit Beruniform SEMASHUR 2009
Disemak dan disokong oleh, Disemak dan disahkan oleh,
……………………………….. …………………………………
(PUAN ROSLYNDAWATI BINTI (CIK NOORHANI BINTI YAHYA)
KAMALUDIN) Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Penyelaras Unit Beruniform, SM Sains Hulu Selangor
SM Sains Hulu Selangor
Diluluskan oleh,
…………………………….
(TN. HAJI RAFIEI BIN MUSTAPHA)
Pengetua Cemerlang,
SM Sains Hulu Selangor