kertas kerja pertandingan inovasi
TRANSCRIPT
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
1/19
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN INOVASI
DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
SEMPENA HARI INOVASI
JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR2013
Tajuk
Inovasi Mentor-Mentee-Client (MMC Model) - Teknik Baharu Dalam
Melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran
Di Sediakan oleh:
KU MAHANI BINTI KU MAT DESA
GC KHB-ERT
SMK Alam Damai 56000, Kuala Lumpur.
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
2/19
2
A. KATEGORI PERTANDINGAN
Individu - Sekolah Menengah
B. TAJUK/ TEMA INOVASI:
Inovasi Mentor-Mentee-Client (MMC Model) - Teknik Baharu Dalam
Melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran
C. SINOPSIS INOVASI
MMC adalah satu singkatan kepada Mentor-Mantee-Client. Fokus inovasi
MMC adalah kepada keutamaan pembelajaran serentak dengan pengajaran
guru. Borich (1997), menyatakan pembelajaran adalah proses belajar dan
faktor-faktor yang mempengaruhi proses belajar. Inilah yang menjadi
matlamat MMC iaitu mewujudkan dan meneruskan proses belajar yang
kurang/tiada dalam kalangan pelajar 5 Bestari semasa sesi pengajaran
berlaku.
Malah MMC akan diteruskan meskipun selepas selesai proses
pengajaran di bilik darjah. MCC pada asasnya adalah merupakan salah satu
tindakan/aktiviti di bawah Program Peningkatan Prestasi Pelajar mata
pelajaran pelajaran Ekonomi Asas.1Ia adalah lanjutan aktiviti yang ke sepuluh
selepas aktiviti ke Sembilan dimana pelajar yang menjadi mentor menghadiri
bengkel anjuran JPWP.
Seterusnya menurut Kamaruddin (1993), pengajaran adalah suatu
proses pengendalian urusan bagi membolehkan pelajar mengetahui @
menyempurnakan sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum
ini. Inilah yang menjadi tunjang kepada inovasi MMC, di mana proses
pengendalian urusan akan menjadi perkara pokok dalam pelaksanaan MMC.
1 Rujuk Lampiran 1 Senarai Program Peningkatan Prestasi Pelajar
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
3/19
3
Lanjutan dari itu dalam (Shahabuddin, 2007), ada menyatakan bahawa
pembelajaran pada amnya berlaku apabila individu @ masyarakat
menghadapi masalah. Sebelum inovasi MMC dilaksanakan, apa yang berlaku
kepada pelajar 5 Bestari adalah disebaliknya di mana mereka yang
berhadapan dengan pelbagai masalah ini, tidak dapat melalui proses
pembelajaran disebabkan oleh permasaalahan yang mereka hadapi. Kunci
pelaksanaan Inovasi MMC adalah:
a. Bersama mengecapi kejayaan
b. Membantu orang lain adalah langkah awal membantu diri sendiri
c. Semangat team building
d. Membina dan meningkatkan kasih sayang sesama ahli
e. Meletakkan rasa empati kepada client
2. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah Pelajar tingkatan 5 Bahagia. Mereka terdiri
daripada 32 orang yang telah di pecahkan kepada 10 kumpulan yang terdiri
daripada 3 orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan mempunya seorang
mentor yang terdiri daripada pelajar yang telah menyertai program yang
dianjurkan oleh JPWP2, seorang Mantee dan seorang Client.3
3. LATAR BELAKANG
Pada tahun 2010 SMK Alam Damai baru dibuka. Untuk sesi persekolahan ini
kelas tingkatan 1, 2 dan empat dibuka bagi kohort pertama sesi persekolahan
2010. Untuk tingkatan 4 hanya dua kelas saja di buka iaitu 4 Aman untuk
pelajar sains dan 4 Bestari untuk pelajar yang tidak layak ke kelas sains, di
mana semua pelajar dari semua aliran lain di masukkan ke dalam satu kelas
kerana bilangan pelajar yang sedikit. Kelas 4 Aman menempatkan pelajar
yang terdiri dari pelbagai latar belakang pelajar yang terdiri daripada;
2Lampiran 1: Surat Panggilan Bengkel dari JPWP
3Lampiran 2: Senarai 10 pelajar yang dihantar ke Bengkel Ekonomi Asas
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
4/19
4
a. Seorang pelajar mendapat 3A dalam PMR
b. Seorang pelajar yang mendapat 1A dalam PMR
c. Kebanyakan pelajar hanya mendapat lulus D dan mendapat E dalam
PMR
d. 2 pelajar yang dibuang sekolah dari sekolah lain
e. 1 pelajar dari sek Agama yang mempunyai masalah disiplin
f. 1 pelajar yang tidak menduduki PMR
g. Ramai pelajar yang hanya lulus satu mata pelajaran PMR sahaja.
Berdasarkan keputusan peperiksaan PMR hanya beberapa orang sahaja
pelajar sebenarnya layak mengambil mata pelajaran ekonomi. Oleh kerana
kelas ini dihuni oleh pelbagai pelajar dari pelbagai latar belakang yang
pelbagai seperti di atas maka ia membayangkan kesukaran untuk
melaksanakan PdP. Pengkaji adalah guru ekonomi yang sama mengajar
semasa tingkatan 4 dan 5.
Oleh sebab itu pengkaji telah cuba untuk mencari satu penyelesaian
membantu pelajar untuk mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti. Inovasi
MMC adalah diharapkan dapat membantu bagi menyelesaikan masalah ini.
Meskipun pada masa itu pengkaji sendiri tidak pasti akan keberkesanan MMC
ini namun setidak-tidaknya pengkaji telah cuba melakukan sesuatu bagi
membantu pelajar-pelajar ini.
D. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Gangguan utama terhadap perjalanan proses Pembelajaran dan Pengajaran
sebelum inovasi dilaksanakan adalah masalah disiplin pelajar. Masalah lain
yang wujud dari pemerhatian pengkaji adalah:
a. Pelajar tidak fokus
b. Gangguan tidak langsung kepada pelajar lain yang sedang belajar.
c. Pelajar tidak berminat
d. Pelajar tidak bermotivasi
e. Pelajar Suka berbual
f. Pelajar tidak menyiapkan kerja rumah
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
5/19
5
g. Pelajar ponteng kelas
h. Terdapat pelajar tidak lancar membaca
i. Terdapat pelajar yang tidak pandai menulis
Kepelbagaian permasaalahan di atas wujud berikutan dari masalah awal
penempatan pelajar dalam satu kelas, yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang yang berbeza, dari segi pencapaian PMR terutamanya. Pun begitu
terdapat juga pelajar yang cemerlang, rajin dan memberi tumpuan di dalam
kelas.
E. MASALAH- MASALAH YANG DIHADAPI
a. Masalah pemilihan Client.
Masalah dalam pemilihan client. Mentor dan Mantee mungkin sukar
untuk menerima seorang pelajar dari kumpulan halus untuk
menyertai kumpulan mereka pada permulaannya. Tetapi selepas
diberi penjelasan tentang matlamat program ini barulah mereka
dapat menerima dengan rela hati.
b. Masalah pemilihan Mentee
Timbul kesukaran untuk memilih mentee mengikut kreteria yang
ditetapkan iaitu pelajar yang mendapat A atau sekurang-kurang B+
bagi peperiksaan yang lepas, kerana di dapati taburan pemarkahan
pelajar adalah lebih kepada C, D dan E. Untuk mengatasi masalah
in pelajar yang mendapat C dipilih sebagai mentor.
c. Pelajar yang tidak mempunyai kumpulan.
Kelas ini mempunyai 32 pelajar. Terdapat lebihan 2 pelajar yang
tidak mempunyai mentor.4 Untuk mengatasi masalah ini pengkaji
terpaksa memohon kumpulan yang secara sukarela untuk
menerima 2 orang pelajar ini.
4Lampiran 3 : Senarai Pelajar Program Mentor-Mentee
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
6/19
6
F. OBJEKTIF INOVASI
Pada akhir aktiviti pelaksanaan MMC ini, diharapkan 50% pelajar lulus dalam
SPM.
Ilmu dan teknik yang diterima oleh 10 yang mengikuti bengkel Teknik
menjawab anjuran JPWP dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain secara
langsung, ini dapat membantu rakan dalam kumpulan mendapat pengetahuan
yang sama walaupun mereka tidak menghadiri bengkel tersebut. Jadi dengan
itu peluang untuk mereka mendapat markah yang baik adalah sama setanding
dengan kawan-kawan yang menghadiri bengkel.
a. Bimbingan cara terus menerus daripada:
i. Guru kepada Kumpulan
ii. Mentor kepada Mantee
iii. Mentor kepada Clent
iv. Mentor dan Mantee kepada Client
b. Mentor dan Mantee akan bergabung membantu Client.
Seterusnya bagi objektif tingkah laku pula diharapkan terdapat:
a. Penambah baikkan dari segi disiplin pelajar secara tidak lagsung.
b. membantu ke arah peningkatan sahsiah
c. Penambahbaikkan dalam kemahiran berkomunikasi dalam kalangan ahli
kumpulan.
d. Meningkatkan keyakinan diri dalam berhujah.
G. TARIKH MULA DAN TARIKH SIAP PELAKSANAAN
Secara formalnya aktiviti kumpulan wujud sebaik sahaja mentor pulang ke
sekolah selepas menghadiri Bengkel Teknik menjawab sehinggalah ketibaan
SPM. Tetapi persediaan awal sebenarnya telah bermula satu minggu lebih
awal dimana sesi taklimat perlu dibuat untuk memberi penerangan tentang
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
7/19
7
perlaksanaan program ini agar pelajar yang terlibat memahami kerana ini akan
memudahkan pelaksanaannya.5
H. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Inovasi adalah merupakan perkara baru yang dihasilkan yang akan
memudahkan pengajaran dan pengajaran serta pengurusan guru.
Penghasilan inovasi boleh datang dalam pelbagai bentuk, antaranya:
a. Alat bantu mengajar
b. Teknik atau kaedah
c. Borang Pengurusan
d. Pengendalian urusan6
Inovasi MMC melibatkan gabungan keempat-empat item diatas. Uniknya di
sini pelajar sendiri yang akan memainkan peranan penting sebagai alat bantu
mengajar yang istimewa. Yang boleh bercakap dan menerangkan dan
membantu anggota kumpulannya. Yang dapat membuat penilaian terhadap
peningkatan prestasi kumpulannya. Yang mempunyai perasaan sedih bila
mereka tidak dapat memahami dan gembira apabila kumpulan mereka berjaya
mendapat pujian dari guru.
Bagi penerangan Teknik atau kaedah dan pengendalian akan
diterangkan dengan detail melalui lampiran berkaitan Model MMC.7
Fasa Pra Perlaksanaan Model MMC:
Pelajar diberi taklimat sebelum mereka menghadiri bengkel yang berkaitan.
Taklimat adalah berkaitan:
5Lihat Lampiran 4 Gambar sesi taklimat kepada pelajar terlibat
6Rujuk Kamaruddin (1993)- Dalam buku Psokologi Pendidikan, mengatakan pengajaran adalah suatu
proses pengendalian urusan bagi membolehkan pelajar mengetahui @ menyempurnakan sesuatu yang
mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum ini.7Rujuk Lampiran 5-Penerangan tentang pelaksanaan Model MMC
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
8/19
8
i. Pemilihan pelajar. 10 pelajar yang dipilih untuk menyertai bengkel adalah
terdiri daripada 10 pelajar yang mendapat markah antara 15 35m bagi
mata pelajaran ini semasa ujian pertama. Ini adalah pra syarat pemilihan
yang di beri oleh penganjur.
ii. Tumpuan yang diberikan semasa mereka berada di dalam bengkel.
Mereka sebenarnya bukan saja bertanggung-jawab untuk diri mereka
sendiri tetapi mereka sebenarnya mewakili mantee dan client yang akan
mereka bimbing nanti selepas pulang dari Bengkel.
iii. Selepas Bengkel Mentor akan memilih seorang mantee untuk
bimbingannya. Mantee adalah pelajar dari kumpulan Cemerlang dan
sederhana yang tidak layak menghadiri bengkel ini. Biasa mentor akan
memilih seorang pelajar yang merupakan sahabat karibnya. Ini tidak
menjadi masaalah. Seterusnya Mentor dan Mantee akan berbincang
untuk memilih seorang Client. Biasanya Client adalah dari kategori
kumpulan pelajar yang mempunyai markah yang sangat rendah iaitu
antara 0 hingga 15 ataupun mungkin dari kumpulan halus.
iv. Seterusnya persediaan untuk melaksanakan program
I. BENTUK KEJAYAAN
Dapat dilihat dari 2 segi iaitu:
a. Perubahan-perubahan
Perubahan-perubahan yang berlaku kepada pelajar semasa sesi
Pembelajaran dan Pengajaran berlangsung. Minat mereka terhadap
subjek ekonomi kelihatan ketara. Rasa tanggungjawab mereka jelas
dapat dilihat sebagai contohnya mentor yang bertungkus lumus
memahami sesuatu tajuk kerana tugasnya untuk menerngkan kembali
kepada Mantee dan Client. Terasa akan perubahan yang berlaku kepada
pelajar seolah-olah telah berlaku suatu revolusi dalam kelas tersebut.
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
9/19
9
Mereka boleh bekerja sama dan saling bantu antara satu.
Tidak ada lagi pelajar yang mengantuk dan tidur di dalam kelas.
Walaupun kelas menjadi agak bising kerana terdapat 10 kumpulan
yang berbincang namun semuanya masih terkawal kerana mereka
mempunyai matlamat yang hendak mereka capai.
b. Markah dalam peperiksaan
Markah yang diperolehi dalam peperiksaan adalah antara instrument
yang digunakan untuk mengetahui keberkesanan Inovasi MMC ini.
Didapati terdapat peningkatan dalam pemarkahan pelajar bagi
peperiksaan UK 2 berbandingan dengan peperiksaan UK 1.8
Peningkatan pemarkahan pelajar bergantung kepada individu. Terdapat
pelajar yang mempunya peningkatan yang amat cemerlang iaitu
markah ujian lepas adalah 28 berbanding ujian semasa 86 di mana
perbezaannya adalah +58. Manakala yang paling sedikit sekal
peningkatannya adalah +1, dimana markah peperiksaan lalu adalah 27
berbanding peperiksaan semasa 28. Pun begitu terdapat seorang
pelajar yang mengalami penurunan iaitu -19, di mana markah
peperiksaan lepas adalah 51 manakala markah peperiksaan semasa
ialah 32. Prestasi menurun pelajar ini adalah di sebabkan masalah
kesihatan yang dihadapi, ini dimaklumkan sendiri oleh ibunya yang
datang ke sekolah pada suatu hari untuk membawa anaknya bagi
membuat rawatan lanjut di hospital.
Seterusnya melalui markah yang di perolehi dalam peperiksaan
spm dapat mengambarkan kejayaan program ini kerana seramai 17
rang pelajar telah lulus berbanding hanya 6 orang saja yang lulus
semasa peperiksaan percubaan.9
c. Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
8Rujuk Lampiran 6: Borang penilaian Peningkatan Prestasi Ahli Kumpulan
9Rujuk Lampiran 7: Keputusan Ekonomi Asas pelajar 5 Bahagia.
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
10/19
10
Secara tak langsung dengan pelaksanaan Inovasi MMC ini, Proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah. Nilai-nilai murni yang
dipupuk secara tak langsung menyebabkan Pengajaran dan Pembelajaran
lebih berkesan apabila pelajar memberikan sepenu tumpuan semasa di
dalam kelas, malah sesi perbincangan kumpulan ini bukan saja berlaku di
dalam kelas sewaktu PdP tetap juga berlaku di luar kelas dan juga di luar
kawasan sekolah.
Pengkaji sendiri pernah terserempak dengan beberapa
kumpulan berbincang tentang subjek di Taman sebagai bukti ditangan
mereka terdapat nota dan buku rujukan Ekonomi dan pernah juga
terserempak di MC Donald dengan sekumpulan pelajar yang lain. Ini
adalah kerana apabila mereka bersama belajar dalam kumpulan maka
mereka tahu ada banyak perkara lagi yang mereka tidak tahu. Peranan
mentor dan mantee penting dalam menerangkan kepada Client yang rata-
ratanya terdiri pelajar dari golongan galus. Di sini pengkaji membuat
andaian kerana itulah mereka terpaksa memperuntukan lebih masa untuk
berada bersama dalam kumpulan masing-masing.
d. Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Guru dan Pelajar
Sudah semestilah apabila kelas dapat berjalan dengan tenan guru pasti
merasa puas hati tambahan lagi apabila keputusan diumumkan ramai
pelajar yang lulus dan ada juga yang mendapat A dalam subjek ekonomi
tentu akan mendatangkan kepuasan kepada guru.
Bagi pelajar pula, melalui pemerhatian didapati mentor yang memainkan
peranan penting merasa begitu berbangga kerana dia telah diberi amanah untuk
mengajar pelajar lain. Keyakinan diri mentor terserlah kerana mereka telah menguasai
tajuk tersebut dan menyebabkan mereka merasa yakin untuk menerangkan kepada
Mantee dan Client. Sebenarnya tanpa pengetahuan Mantee dan Client, Mentor selalu
datang bertanya dan meminta pencerahan dari guru terhadap tajuk-tajuk yang mereka
kurang faham. Tetapi ini adalah rahsia antara Mentor dan Guru Mata Pelajaran.
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
11/19
11
J. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN INOVASI
Inivasi baru yang belum dipertandingkan
K. LAMPIRAN
Lampiran 1: Senarai Program Prestasi Pelajar
Lampiran 2: Surat Panggilan Menghadiri Bengkel dari JPWP
Lampiran 3: Senarai 10 Pelajar yang menyertai Bengkel
Lampiran 4: Taklimat Awal
Lampiran 5: Penerangan tentang pelaksanaan Model MMC
Lampiran 6: Borang Penilaian Peningkatan Prestasi Pelajar
Lampiran 7: Keputusan peperiksaan Ekonomi Asas Tingkatan 5 Bahagia
Lampiran 8:
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
12/19
12
LAMPIRAN 1- Senarai Program Prestasi Pelajar
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
13/19
13
LAMPIRAN 2- Surat Panggilan Menghadiri Bengkel daripada JPWP
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
14/19
14
LAMPIRAN 3- Senarai 10 Pelajar yang dihanta ke Bengkel Anjuran JPWP
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
15/19
15
LAMPIRAN 4- Taklimat Awal
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
16/19
16
LAMPIRAN 5- Penerangan Berkaitan Model MMC
Mentor
Mantee Client
Model Mentor-Mantee-Client MMC Model)
Penerangan Model:
entor - Terdiri dari pelajar yang menghadiri kursus
anjuran JPWP
entee - Pelajar yang mendapat markah A atau
sekurang-kurangnya B+ dalam Mata
Pelajaran Ekonomi Asas bagi peperiksaan
yang lalu
lient - Terdiri dari pelajar kumpulah halus
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
17/19
17
Mentor akan bertindak sebagai Ketua Kumpulan dan akan membantu Mentee
dalam perbincangan bagi sesebuah kumpulan ini. Dalam masa yang sama
Mentor dan Mentee akan bergandingan membantu mentor. Konsep
Bertiga
lebih baik dari berdua
. Applikasi utama dalam kumpulan ini memandangkan
kelemahan
pertemuan satu-lawan-satu
yang yang banyak membuka ruang
untuk berbual kosong untuk kumpulan. Mentor memainkan peranan paling utama
dan kerjasama semua ahli kumpulan amat penting demi memastikan kejayaan
kumpulan. Konsep keterbukaan dan kerelaan adalah perkara pokok yang perlu
ada pada setiap ahli agar mereka dapat melaksanakan tugasan ini dalam
suasana yang harmoni dan mesra.
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
18/19
18
Lampiran 6:
Borang Penilaian Peningkatan Prestasi Pelajar
.
-
8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi
19/19
19
Lampiran 7
Keputusan peperiksaan Ekonomi Asas
Tingkatan 5 Bahagia