kertas kerja pertandingan melawan · pdf filekertas kerja pertandingan melawan kebakaran dan...
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA PERTANDINGAN MELAWAN KEBAKARAN DAN
GERAK KERJA PERTANDINGAN KAWAD PILI BOMBA 4 (KERING)
SEMPENA PERHIMPUNAN KOR SISWA / SISWI PERTAHANAN AWAM
MALAYSIA ( SISPA) KALI KE-5 TAHUN 2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM WILAYAH TIMUR (PULAPAT) JENGKA, PAHANG
JAWATANKUASA PERTANDINGAN MELAWAN KEBAKARAN
PENGERUSI : KOMANDAN PULAPA WILAYAH TIMUR, JENGKA
NAIB PENGERUSI : MEJ. (PA) HASMI BIN GHAZALI
SETIAUSAHA : KPT. (PA) JUDDIE BIN TURUSI
NAIB SETIAUSAHA : LT (PA) MUHAMMAD RAZI BIN ZAINON
AHLI-AHLI : LTM (PA) MOHD HAFIZI BIN ZAKARIA
STAF TINGGI (PA) MOHD SHUIB BIN YUB
STAF TINGGI (PA) MOHD AFINDI BIN ISHAK
STAF KANAN (PA) MOHD HAFIZ BIN AHMAD
STAF KANAN (PA) ASMADI BIN ABDULLAH
STAF KANAN (PA) SYED AZIZUL BIN SYED TERMIZI
STAF KANAN (PA) MUHAMMAD KHAIRIL HAFIZI BIN SALLEHUDDIN
STAF MUDA (PA) ROSAZLINA BINTI ASARI @ ASHARI
STAF MUDA (PA) NIK M.ZAINORDIN BIN CHE OMAR
STAF MUDA (PA) NASSARUDDIN BIN ZULKEFLI
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Peserta mestilah Pegawai Kadet SISPA dan tidak terlibat dengan
pentauliahan pada tahun yang sama.
2. Satu skuad terdiri daripada 6 orang (termasuk ketua).
3. Penyertaan terdiri daripada gabungan 2 wanita dan 4 lelaki. Hanya
satu penyertaan sahaja yang berhak mewakili negeri masing-masing.
4. Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini hendaklah mendaftar
dengan menggunakan borang yang telah disediakan seperti di
Lampiran A. Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pengarah
Pertahanan Awam Negeri atau Penyelaras masing-masing.
5. Borang pengesahan perlantikan Pegawai Kadet Siswa/Siswi
hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan oleh Jawatankuasa
Teknikal Pertandingan sebelum sesuatu pertandingan bermula.
6. Setiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai
tahap kecergasan yang baik dan tidak mempunyai sebarang
masalah kesihatan.
7. Pakaian pertandingan adalah baju kalis api ( fire fighting jacket ).
Setiap peserta hendaklah memakai peralatan keselamatan diri
( PPE ) dengan kemas seperti berikut :
- Glove
- Helmet ,visor ,neck protector
8. Ketika proses pemadaman dilakukan , Jika setiap peserta tidak
memakai peralatan keselamatan (seperti yang di nyatakan dalam
perkara no.7) dengan sempurna , wisel akan dibunyikan oleh
pegawai keselamatan (safety officer) untuk menghentikan peserta
tersebut. Peserta dikehendaki memakai PPE dengan sempurna.
Wisel kedua akan dibunyikan sebagai isyarat peserta boleh
meneruskan pertandingan.
9. Aturcara dan gerak kerja adalah seperti gambar yang dilampirkan
dan mengikut prosedur melawan kebakaran yang dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan, Bahagian Angkatan dan
Latihan PULAPAT Jengka.
10. Helmet peserta ditandakan dengan nombor tugasan (1-6) supaya gerak
kerja peserta dijalan mengikut tugasan yang ditetapkan.
No. 6 - Ketua (Arahan & Kawalan)
No. 5 - Pili Bomba
No. 1, 2, 3 & 4 - Pasukan Melawan Kebakaran
11. Peralatan pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal.
12. Borang penyertaan hendaklah diserahkan semasa sesi taklimat (Kegagalan
berbuat demikian mengakibatkan permohonan penyertaan tidak akan
dilayan dan dipertimbangkan
PERTANDINGAN MELAWAN KEBAKARAN
PERATURAN:
1. Hanya pengadil dan peserta sahaja dibenarkan berada di tempat
pertandingan.
2. Peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan 5 minit sebelum
pertandingan dimulakan
3. Peserta mestilah memakai pakaian kalis api yang lengkap semasa
pertandingan.
4. Jarak di antara peserta (no.5) dengan takungan api adalah 1.5 meter
manakala jarak peserta (no.5) untuk menanggalkan pin keselamatan
adalah 3 meter.Jika peserta (no.5) melepasi garisan yang
ditandakan, wisel akan dibunyikan oleh pegawai keselamatan (safety
officer) untuk menghentikan peserta tersebut. Peserta dikehendaki
memakai PPE dengan sempurna. Wisel kedua akan dibunyikan
sebagai isyarat peserta boleh meneruskan pertandingan.
5. Peralatan pertandingan yang digunakan:
a) 1 x Single Stand Pipe
b) 1 x turn Key & Bar
c) 1 x 2 x 100 Delivery Hose
d) 2 x 1 x 100 Delivery Hose
e) 1 x Dividing Breeching Control
f) 2 x Nozzle Branch Pipe
g) 1 x Tapak Api Melemaskan
h) 1 x Tabung Alat Pemadam Api Serbuk Kering
I ) 1 x Fire Blanket
6. Masa akan bermula apabila ketua kumpulan menekan jam randik sebelum
melapor kepada ketua pengadil manakala masa tamat diambil apabila
ketua kumpulan menekan jam randik selepas melapor kawad selesai dan
hukuman keluar baris diberikan.
7. Pemarkahan diberikan berdasarkan skala penilaian yang terdapat di dalam
borang pemarkahan.
Catatan:
* Oleh kerana di tempat pertandingan tidak mempunyai Pili Bomba, maka
pertandingan ini akan dijalankan secara kawad kering (Sila rujuk gerak
kerja seperti di Lampiran).
* Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan tanpa sebarang
notis.
8. Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan sahaja. Giliran
pertandingan akan dibuat secara undian. Penarafan bintang akan
diberikan kepada kumpulan yang layak.
9. Undian giliran pertandingan akan dicabut oleh Ketua Kumpulan pada hari
yang ditetapkan.
10. Satu taklimat akan diberikan kepada semua ketua kumpulan pada malam
sebelum pertandingan.
11. Keputusan Jemaah Pengadil adalah muktamad.
PENGADIL-PENGADIL
1. KOMANDAN - PULAPAT Jengka (Pengerusi Teknikal)
2. MEJ. (PA) HASMI BIN GHAZALI - PULAPAT Jengka (Ketua Pengadil)
3. KPT. (PA) JUDDIE BIN TURUSI - PULAPAT Jengka
4. LT. (PA) MOHAMAD RAZI BIN ZAINON - PULAPAT Jengka
5. LT. M (PA) MOHD HAFIZI BIN ZAKARIA - PULAPAT Jengka
6. STAF TINGGI (PA) MOHD SHUIB BIN YUB - PULAPAT Jengka
7. STAF TINGGI (PA) MOHD AFINDI BIN ISHAK - PULAPAT Jengka
8. STAF KANAN (PA) MOHD HAFIZ BIN AHMAD - PULAPAT Jengka
9. STAF KANAN (PA) ASMADI BIN ABDULLAH - PULAPAT Jengka
10. STAF KANAN (PA) MUHAMMAD KHAIRIL HAFIZI - PULAPAT Jengka
11. STAF KANAN (PA) SYED AZIZUL BIN SYED TERMIZI - PULAPAT Jengka
12.STAF MUDA (PA) ROSAZLINA BINTI ASARI@ASHAARI - PULAPAT Jengka
13.STAF MUDA (PA) MOHD NASSRUDIN BIN ZULKIFLEY - PULAPAT Jengka
BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN PANGKAT
LAMPIRAN A
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN PENUH MELAWAN
KEBAKARAN PASUKAN SISWA/SISWI PERTAHANAN AWAM MALAYSIA ( SISPA )
TAHUN 2014
Negeri : .
IPT : .
Jumlah Peserta : .
Di akui bahawa senarai nama-nama anggota pasukan di atas adalah betul.
( )
Nama / T. Tangan Pengarah / PPAD
Cop Jabatan
GERAK KERJA PERTANDINGAN KAWAD PILI
BOMBA 4 (KERING)
TUGASAN ANGGOTA OPERASI
Ketua Operasi (No. 6)
Stand pipe c/w turn key & bar (No. 5)
Melarikan satu saluran hos 2 x 100 (No. 3)
Membawa satu dividing breeching letakkan di 100 (No. 4)
Melarikan satu saluran hos 1 x 100 di sebelah kiri larian pada jarak
100 ke 200 bersama satu nozzle dengan dibantu oleh orang No. 4
(No. 2)
Melarikan satu saluran hos 1 x 100 di sebelah kanan pada jarak
100 ke 200 bersama satu nozzle dengan dibantu oleh orang No. 3
(No. 1)
SETELAH SEMPURNA TUGASAN DAN KEDUDUKAN
Hukuman Buka Air diberikan (ketua).
No. 4 Berpusing secara statik menghadap kepada No. 5 dan menjawab dengan isyarat
buka air serta terus berpusing ke kedudukan asal membantu di belakang No. 2
No. 5 setelah menjawab dengan isyarat dan terus berlari ke 200 dan meletakkan alat
pemadam api ditengah tengah dividing breeching serta melemaskan api dengan
menggunakan Fire Blanket di sasaran pertama sebelah kiri larian.
Setelah sasaran pertama di padamkan, No. 5 terus berlari ke sasaran kedua di sebelah
kanan larian untuk memadam kebakaran api sebenar dengan menggunakan alat
pemadam api jenis serbuk kering.
Setelah api di sasaran kedua telah dipadamkan , No. 5 hendaklah memasang semula
pin keselamatan dan terus berlari ke kedudukan asal dengan menunggu arahan
seterusnya daripada ketua.
Setelah No. 5 tiba di kedudukan asal , ketua terus memberi hukuman Tutup Air dan
Kemas.
No. 4 seperti biasa berpusing menghadap No. 5 secara statik dan menjawab Tutup Air
dan Kemas dengan isyarat serta terus berpusing ke kedudukan asal.
Setelah menerima isyarat Tutup Air dan Kemas dari No 4, No 5 terus menjawab balas
Tutup Air dan Kemas beserta isyarat.
Setelah No 5 selesai memberi isyarat balas, barulah semua anggota operasi membuka
semua saluran dan menjalankan tugas masing-masing mengikut prosedur kawad yang
ditetapkan ini.
TINDAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS
Hukuman tamat operasi dan berkemas (ketua).
No 2 tanggalkan nozzle dan terus keluarkan air dari hos (isyarat)
sehingga ke hujung serta menggulungkannya teknik coil roll dan hantar
ke tempat permulaan asal. Letakkan mengikut urutan (5, 4, 3, 2, 1).
No 1 tanggalkan nozzle dan terus keluarkan air dari hos (isyarat)
sehingga ke hujung serta menggulungkannya teknik coil roll dan hantar
ke tempa