kertas kerja program permuafakatan ibubapa

3
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBUBAPA LINUS TAHUN 1,2,3 DAN PRASEKOLAH 2014 Pengenalan: Program permuafakatan ibu bapa ini adalah salah satu program yang dirancang oleh pihak Jawatankuasa Linus SK.Kampung Senau dengan tujuan untuk melibatkan ibubapa pelajar yang lemah untuk sama-sama membantu anak mereka di rumah, dengan kata lain ibu bapa sebagai guru dan pendorong anak- anak ini untuk belajar di rumah dengan bahan yang sama seperti yang guru gunakan di sekolah. Objektif Program: Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang peranan mereka untuk menjayakan Program Linus Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang apa yang dimaksudkan dengan Program Linus, dan sekaligus kepentingan program tersebut dalam NKRA Membincang masalah-masalah yang timbul dikalangan anak-anak yang dikenalpasti oleh pihak sekolah sebagai anak yang memerlukan perhatian yang lebih dan mengalami maslah pembelajaran. Sebagai wadah untuk guru, ibu dan bapa supaya dapat sama-sama berkongsi pendapat tentang masalah yang ketara dikalangan anak-anak mereka yang menyebabkan mereka bermasalah dalam pembelajaran harian mereka. Kumpulan Sasaran: Pelajar Prasekolah (6 tahun), pelajar Tahun 1 dan pelajar Tahun 2 Perancangan Aktiviti: 1. Penubuhan Jawatankuasa Linus Peringkat ibu bapa 2014 2. Merancang aktiviti Linus sesi 2014 Modus Operandi: 1. Ibu bapa dipanggil untuk bermesyuarat bagi penubuhan jawatankuasa Program Permuafakatan ibubapa tersebut 2. Ibubapa diberi pendedahan tentang Program Linus oleh Pengerusi Program Linus dan kepentingan program tersebut dalam NKRA

Upload: noraini-razali

Post on 20-Dec-2015

1.020 views

Category:

Documents


50 download

DESCRIPTION

sekadar perkongsian

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Program Permuafakatan Ibubapa

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBUBAPA

LINUS TAHUN 1,2,3 DAN PRASEKOLAH

2014

Pengenalan:

Program permuafakatan ibu bapa ini adalah salah satu program yang dirancang oleh pihak

Jawatankuasa Linus SK.Kampung Senau dengan tujuan untuk melibatkan ibubapa pelajar yang lemah

untuk sama-sama membantu anak mereka di rumah, dengan kata lain ibu bapa sebagai guru dan

pendorong anak-anak ini untuk belajar di rumah dengan bahan yang sama seperti yang guru gunakan

di sekolah.

Objektif Program:

Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang peranan mereka untuk menjayakan Program

Linus

Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang apa yang dimaksudkan dengan Program Linus,

dan sekaligus kepentingan program tersebut dalam NKRA

Membincang masalah-masalah yang timbul dikalangan anak-anak yang dikenalpasti oleh

pihak sekolah sebagai anak yang memerlukan perhatian yang lebih dan mengalami maslah

pembelajaran.

Sebagai wadah untuk guru, ibu dan bapa supaya dapat sama-sama berkongsi pendapat tentang

masalah yang ketara dikalangan anak-anak mereka yang menyebabkan mereka bermasalah

dalam pembelajaran harian mereka.

Kumpulan Sasaran:

Pelajar Prasekolah (6 tahun), pelajar Tahun 1 dan pelajar Tahun 2

Perancangan Aktiviti:

1. Penubuhan Jawatankuasa Linus Peringkat ibu bapa 2014

2. Merancang aktiviti Linus sesi 2014

Modus Operandi:

1. Ibu bapa dipanggil untuk bermesyuarat bagi penubuhan jawatankuasa Program Permuafakatan

ibubapa tersebut

Page 2: Kertas Kerja Program Permuafakatan Ibubapa

2. Ibubapa diberi pendedahan tentang Program Linus oleh Pengerusi Program Linus dan

kepentingan program tersebut dalam NKRA

3. Ibubapa dibimbing untuk membina sendiri ABM untuk mengajar anak-anak mereka sendiri

dalam sesi bengkel yang akan dijalankan.

4. Ibu bapa dibimbing/didedahkan dengan teknik dan cara-cara untuk mengajar anak-anak

mereka di rumah dalam sesi bengkel yang akan pihak jawatankuasa jalankan.

SUMBER PERUNTUKAN:

Sekolah

JAWATANKUASA PELAKSANA PEMUAFAKATAN IBU BAPA:

Penasihat : Puan Jamilah Binti Rajli (PKKK)

Pengerusi : Encik Saat Bin Salleh

Timbalan Pengerusi : Puan Waidah Binti Kusaini

Setiausaha : Puan Neta Binti Bakar

Timbalan Setiausaha : Puan Halimy

Bendahari : Puan Zaharah Binti Jam

AJK : Puan SitiBinti Seri

Puan Rohani Bin Baseri

Puan Hamsiah Binti Gasan

Puan Norhayani Hayati Abdullah

Puan Setia Bint Maharup

Puan Rajemah

Puan Norlina Binti Rasat

Puan Hasni Sepawi

Ahli Bersekutu : Guru Besar

Penolong Kanan Pentadbiran

Penolong Kanan Hem

CADANGAN AKTIVITI:

Bengkel penyediaan ABM dan cara-cara mengajar menggunakan bahan

Pertandingan mengeja,membaca,mengira dan mengenal huruf bagi murid-murid

linus/pemulihan/prasekolah

Pameran hasil kerja murid dan ibu bapa murid linus

Page 3: Kertas Kerja Program Permuafakatan Ibubapa

ANGGARAN BELANJAWAN:

Bil Perkara Kuantiti Catatan

1. Kad Manila 20 keping

2. Marker Pen 20 batang

3. Gunting 20 bilah

4. Gam 10 botol

5. Hadiah (Buku Tuis) 5,4,3 3 kategori (tempat 1-3)

PENUTUP:

Semoga program permuafakatan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan ibu bapa untuk maju

kehadapan dan dapat bersaing dengan pelajar-pelajar lain dan dapat menguasai kemahiran 3M seperti

yang diharapkan.Diharapkan juga agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Kerjasama daripada semua pihak di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.