kertas kerja program sekolah angkat pusaka 2009.doc
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MANIS
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MANIS
KERTAS KERJA
PROGRAM DAN AKTIVITI-AKTIVITI SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MANIS DI BAWAH PROJEK SEKOLAH ANGKAT PUSAKA
TAHUN 2009Kandungan
1.Pendahuluan
12.Tujuan
1
3.Objektif-objektif program/aktiviti di bawah Projek Sekolah Angkat PUSAKA yang dirancangkan untuk Tahun 2009
24.Senarai aktiviti-aktiviti yang dirancang di bawah Projek Sekolah Angkat PUSAKA sepanjang 2008
3 - 7
i.1.Pendahuluan
PUSAKA telah banyak membantu dan membiayai berbagai program dan aktiviti yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Manis, malah juga program yang melibatkan tujuh buah Sekolah-sekolah Zon Tanjung Manis yang lain sepanjang tempoh SK Tanjung Manis menjadi Sekolah Angkat PUSAKA.2.TujuanTujuan menyediakan kertas kerja ini :
-Mendapatkan kelulusan pelaksanaan aktiviti/program di bawah Projek Sekolah Angkat PUSAKA yang dirancang oleh SK Tanjung Manis untuk tahun 2009.
-Memohon pembiayaan untuk melaksanakan semua aktiviti yang disenaraikan di bawah Projek Sekolah Angkat PUSAKA.
-Memohon kerjasama daripada PUSAKA amnya dan agensi-agensi Anak Syarikat PUSAKA di sekitar Tanjung Manis khususnya untuk menjayakan aktiviti/program yang dirancangkan.
1
3.Objektif-objektif program/aktiviti di bawah Progam Sekolah Angkat PUSAKA yang dirancangkan untuk Tahun 2009Pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Tanjung Manis merancangkan sebahagian daripada peruntukan pembiayaan PUSAKA adalah untuk Sekolah Kebangsaan Tanjung Manis sendiri dan sebahagian lagi untuk aktiviti-aktiviti bersama sekolah-sekolah Zon Tanjung Manis yang lain. Di antara objektif-objektif : Meningkatkan prestasi akademik dan disiplin pelajar SK Tanjung Manis .
Meningkatkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Meringankan bebanan SK Tanjung Manis untuk menanggung kos yang tinggi untuk menjalankan aktiviti/program di sekolah
Melibatkan dan menggalakkan penglibatan dan kerjasama agensi-agensi luar di dalam aktiviti/program yang dijalankan terutamanya PUSAKA dan Anak Syarikat PUSAKA di sekitar kawasan Tanjung Manis Menjemput sekolah-sekolah Zon Tanjung Manis iaitu SK Abang Galau Rajang, SK Abang Buyuk Jerijeh, SK Abang Gesa Belawai, SK Bayang, SK Stalon, SK OKMP Paloh dan SK Sebako termasuk juga Sekolah Kebangsaan Serdeng dan Sekolah Kebangsaan Bukit Kinyau untuk menyertai program di bawah projek Sekolah Angkat PUSAKA ini.
Meningkat prestasi UPSR sekolah-sekolah Zon Tanjung Manis secara tidak langsung.
Memupuk perpaduan dan kerjasama di antara SK Tanjung Manis dan Sekolah-sekolah Zon Tanjung Manis serta PUSAKA.
Meningkatkan nama baik PUSAKA sebagai sebuah Syarikat besar yang berusaha untuk memajukan masyarakat di sekitarnya.
2
4.Senarai aktiviti-aktiviti yang dirancang di bawah Progam Sekolah Angkat
PUSAKA sepanjang 2008
4.1 Bengkel Menjawab Soalan UPSR untuk Guru-guru Tahun 6 Sekolah-sekolah Zon Tanjung Manis
4.1.1Tempat:SK Tanjung Manis
4.1.2Tarikh
:10 11 Julai 2008
4.1.3Anjuran:PUSAKA
4.1.4 Penglibatan :i.Peserta : Guru-guru Tahun 6 dari :
i.SK Tanjung Manis
ii.SK Abang Galau, Rajang
iii.SK Abang Buyuk , Jerijeh
iv.SK Abang Gesa, Belawai
v.SK Bayang
vi.SK Stalon
vii. SK Sebako
viii. SK OKMP Paloh
( 4 orang guru dari setiap sekolah )
Jumlah:40 orang guru
ii. Penceramah
Guru-guru Sumber Negeri Sarawak
Jumlah: 4 orangiii. Tetamu kehormat / Perasmi :Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Daro
iv. Jawatan Kuasa Pelaksana : Guru-guru dan Kakitangan
SK Tanjung Manis
4.1.5Anggaran Perbelanjaan
:RM6,000.00
3.4.16 Rasional Program
i.Melibatkan penceramah-penceramah yang
pakar untuk menyampaikan bengkel kepada guru-guru,ii. Objektif Program akan lebih tercapai kerana maklumat
disampaikan terus kepada guru dan guru-guru yang terlibat
akan menyampaikan semula kepada pelajar di sekolah
masing-masing
iii. Guru-guru boleh bersoal jawab terus dan berkongsi
permasalahan di sekolah masing-masing dan mendapat
idea atau maklumat yang berguna untuk meningkatkan
prestasi UPSR di sekolah masing-masing
iv. Keberkesanan penyampaian maklumat daripada guru
sendiri dan dalam jumlah pelajar yang tidak ramai adalah lebih berkesan berbanding dalam kumpulan yang ramaiv. Kos pembiayaian lebih rendah
vi. Kemudahan tempat tinggal untuk guru-guru sepanjang program tidak sukar disediakan kerana dalam bilangan yang sedikit dan kebanyakan guru-guru yang dijemput adalah guru-guru yang mempunyai tempat tinggal di sekitar kawasan berdekatan Tanjung Manis.
vii. Sebelum program ini dirancang telah dibuat tinjauan tentang keberkesanan program ini, dan ramai guru yang setuju program yang melibatkan guru-guru tahun 6 sebagai peserta dijalankan untuk tahun ini dan tidak melibatkan pelajar4.4.2Program Bina Diri Untuk Tahun 6 SK Tanjung Manis4.2.1Tempat:Rumah Rehat Kerajaan , Belawai
4.2.2Tarikh
:25 - 27 Julai 2008
4.2.3Anjuran:PIBG SK Tanjung Manis
4.2.4Penglibatan :i.Peserta :
Pelajar Tahun 6 SK Tanjung Manis
Jumlah:35 orang
ii. Penceramah
Guru-guru Tahun 6Jumlah: 5 orang
iii. Tetamu kehormat / Perasmi
YDP SK Tanjung Manis
iv. Jawatan Kuasa Pelaksana
- Guru-guru dan Kakitangan
SK Tanjung Manis dan PIBG
4.2.5Anggaran Perbelanjaan
:RM1500.00
4.2.6Rasional dan objektif Program
i. Meningkatkan prestasi UPSR SK Tanjung Manis
ii. Memberi semangat dan dorongan kepada pelajar untuk menghadapi UPSR
iii. Melibatkan kerjasama guru dan ibubapa dalam usaha untuk meningkatkan prestasi pelajariv. Menjadikan pelajar lebih berdisiplin,taat kepada Tuhan, rajin serta mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.
54.3Motivasi UPSR Tahun 6 SK Tanjung Manis4.3.1Tempat:SK Tanjung Manis
4.3.2Tarikh
:25 29 Ogos 2008
4.3.3Anjuran:SK Tanjung Manis
4.3.5Penglibatan :i.Peserta :
Pelajar-pelajar tahun 6 SK Tanjung Manis
Jumlah:37 orang
ii. Penceramah
- Guru-guru Sumber Zon Tanjung Manis
Jumlah: 5 orang
iii. Tetamu kehormat / Perasmi
Guru Besar SK Tanjung Manisiv. Jawatan Kuasa Pelaksana
- Guru-guru dan Kakitangan
SK Tanjung Manis
4.3.6Anggaran Perbelanjaan
:RM1500.00
4.3.7Rasional Program
i. Persediaan untuk menghadapi UPSR
ii. Menyampaikan cara-cara menjawab soalan dengan tepat
iii. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi UPSR
iv. Meningkatkan prestasi UPSR SK Tanjung Manis
64.4 Buku-buku Rujukan UPSR4.4.1Anggaran Perbelanjaan
Harga sebuah buku :RM15.00
Bilangan yang diperlukan : 5 buah buku untuk setiap pelajar
( 40 orang pelajar ) Senarai buku yang diperlukan :
i.Buku Bahasa Malaysia Pemahaman
40 buah
ii.Buku Bahasa Malaysia Penulisan
40 buah
iii.Buku Bahasa Inggeris
40 buah
iv.Buku Matematik
40 buah
v.Buku Sains
40 buah
Jumlah :
RM15.00 x 5 x 40 =RM 3000.00
4.4.2 Rasional
i.Membantu murid-murid yang tidak mampu untuk membeli
buku rujukan
ii. Sebagai rujukan untuk pelajar tahap 2 ( tahun 4, tahun 5 dan
tahun 6)
iii. Membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar
SK Tanjung Manis
7.4.5Kelas Tambahan Tahun 6
4.5.1Tempoh:Bulan Februari hingga Bulan Ogos
4.5.2Penglibatan
:Semua guru yang mengajar kelas tahun 6
( 5 orang guru )
4.5.3Anggaran Perbelanjaan :
RM 100 x 7 bulan x 5 orang guru = RM 3500.00
4.5.4 Rasional program
i.Hanya 14 orang pelajar tahun 6 layak untuk Skim Bantuan
Tuisyen pada hari Isnin dan Selasa, 23 orang lagi tidak
dimasuk di dalam skim ini.
ii.Kelas tambahan telah ditambah pada hari Rabu dan Khamis
( 2.30 petang 4.30 petang ) dan pada hari Sabtu
( 9.00 11 pagi ) sepanjang hari persekolahan mulai bulan
Februari 2008 hingga Ogos 2008.
iii. Sebagai saguhati kepada guru-guru Tahun 6 .iv.Usaha untuk meningkatkan keputusan UPSR di SK Tanjung Manis
8.
Perbelanjaan untuk aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2008 di bawah Program Sekolah Angkat PUSAKA
BilAktiviti-aktivitiPerbelanjaan ( RM )
1Bengkel Menjawab Soalan UPSR untuk Guru-guru Tahun 6 Sekolah-sekolah Zon Tanjung Manis
6,000.00
2Program Bina Diri Untuk Tahun 6 SK Tanjung Manis1,500.00
3Motivasi UPSR Tahun 6 SK Tanjung Manis
1,500.00
4Buku-buku Rujukan UPSR
3,000.00
5Kelas Tambahan Tahun 63,500.00
JUMLAH15,500.00
Penutup
SK Tanjung mempunyai harapan yang tinggi agar semua aktiviti-aktiviti yang dirancangkan di bawah Program Sekolah Angkat PUSAKA pada tahun ini mendapat kelulusan daripada pihak PUSAKA dan semua perbelanjaan yang dipohon diluluskan.Semoga dengan kerjasama PUSAKA semua aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dapat disempurnakan dengan jayanya dan seterusnya dapat meningkat prestasi akademik pelajar SK Tanjung Manis dan pelajar Sekolah-sekolah di sekitar Tanjung Manis secara tidak langsung.9.