kertas kerja sambutan bulan kemerdekaan

5
KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2013 “ MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU” 57 TAHUN PANITIA KAJIAN TEMPATAN & PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN PENGENALAN Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan sivik & Kewarganegaraan akan melaksanakan beberapa program dan aktiviti. Program ini bertujuan menanamkan semangat patriotisme dikalangan murid. OBJEKTIF Murid-murid dapat : 1. Menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan. 2. Menimbulkan semangat patriotik dan cintakan Negara. 3. Mengasah bakat dan kreativiti murid dalam menghias kelas. 4. Menimbulkan sikap bekerjasama di kalangan murid di dalam kelas. 5. Mewujudkan sikap suka bersaing di antara murid. 6. membolehkan guru-guru merangsang minat murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik melalui aktiviti- aktiviti yang dijalankan semasa minggu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik. 7. Bakat terpendam murid dapat dicungkil oleh guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. TARIKH PELAKSANAAN 16 Ogos 2013 hingga 16 September 2013 RASIONAL

Upload: suwarnee-mohd-solah

Post on 09-Nov-2015

206 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Bulan Merdeka

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2013 MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU57 TAHUNPANITIA KAJIAN TEMPATAN & PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

PENGENALAN

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan sivik & Kewarganegaraan akan melaksanakan beberapa program dan aktiviti. Program ini bertujuan menanamkan semangat patriotisme dikalangan murid.

OBJEKTIFMurid-murid dapat :

1. Menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan.2. Menimbulkan semangat patriotik dan cintakan Negara.3. Mengasah bakat dan kreativiti murid dalam menghias kelas.4. Menimbulkan sikap bekerjasama di kalangan murid di dalam kelas.5. Mewujudkan sikap suka bersaing di antara murid. 6. membolehkan guru-guru merangsang minat murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa minggu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik.7. Bakat terpendam murid dapat dicungkil oleh guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

TARIKH PELAKSANAAN

16 Ogos 2013 hingga 16 September 2013

RASIONAL

Minggu Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik membolehkan murid-murid menguasai ilmu pengetahuan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kebolehan murid-murid dalam menguasai kemahiran Kajian Tempatan akan dapat dikenal pasti di samping dapat memberikan keseronakan, memberi keyakinan diri dan menggalakkan murid-murid supaya bergiat aktif dan cemerlang dalam aktiviti dan subjek Kalian Tempatan dan Pendidikan Sivik.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid dan warga Sek. Keb Puchong Perdana.

AKTIVITI.

1. Pertandingan kelas Patriotik2. Pertandingan pakaian tradisional untuk murid tahun 4.3. Pertandingan melukis poster tema Hari Kemerdekaan ke 56 untuk murid tahun 54. Pertandingan mendeklamasi sajak patriotik untuk murid tahun 6.

AJK PELAKSANA

BILAJK KERJATUGASAN

1.Pertandingan kelas patrotik (hakim)1. Pn Yusrinawati2. En Mohd Hata

Membuat keputusan muktamad pemenang-pemenang mengikut pertandingan Memberi keputusan pemenang kepada juruacara majlis Menyerahkan salinan keputusan kepada AJK Dokumentasi

2.Pertandingan pakaian tradisionalTahun 4.1. Pn Rohani2. Pn Hajar3. Pn Badariah Osman Mengadakan pertandingan pakaian tradisional di dalam kelas dan memilih 3 orang pemenang. Pemenang pertama akan mewakili kelas untuk ke pertandingan antara kelas tahun 4. 10 orang murid yang mewakili kelas akan mempamerkan pakaian mereka pada kemuncak sambutan kemerdekaan.

3.Pertandingan melukis posterTahun 51. Pn Roliza1. En Mohd Hata2. Pn Azian Ariffin

Mengadakan pertandingan melukis poster di dalam kelas masing-masing dan memilih 3 poster terbaik sebagai pemenang. Mempamerkan poster yang menang di dalam kelas.

4. Pertandingan mendeklamasikan sajak patriotik (Tahun 6) Mengadakan pertandingan mendeklamasi sajak di dalam kelas masing-masing dan memilih 3 peserta terbaik sebagai pemenang. Pertandingan ini akan dijalankan selepas peperiksaaan UPSR. 2 orang peserta terbaik akan mendeklamasikan sajak pada kemuncak sambutan kemerdekaan.

PERBELANJAAN HADIAH

BilButiranPengiraanJumlah

1.Hadiah pertandingan kelas patriotikRM 200 X 3 KelasRM 600

2.Hadiah pertandingan pakaian tradisionalNo. 1 : RM 6 X 10No. 1 : RM 6No. 2 : RM 5No. 3 : RM 4RM 60RM 6RM 5RM 4

3.Hadiah pertandingan melukis posterNo. 1 : RM 6 x10No. 1 : RM 6No. 2 : RM 5No. 3 : RM 4RM 60RM 6RM 5RM 4

4.Hadiah pertandingan mendeklamasi sajak patriotik.No. 1 : RM 6 x 10No. 1 : RM 6No. 2 : RM 5No. 3 : RM 4RM 60RM 6RM 5RM 4

Jumlah RM 825

PENUTUP

Diharap semua aktiviti panitia yang dirancangkan sepanjang sambutan Bulan kemerdekaan dapat mencapai objektif.

Di sediakan oleh,

.( ROHANI BT MOHD YUSUF )KP. Pendidikan Sivik & KewarganegaraanSK Puchong Perdana.

Disemak oleh,

.(ARIFUL RIZAL B. SENIN)GPK. Ko KurikulumSK Puchong Perdana.

Disahkan oleh,

YM. RAJA AKMAL BT RAJA KAMALGuru Besar,SK Puchong Perdana.