kertas kerja unit beruniform sk felda seri rasau
DESCRIPTION
iTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SERI RASAU
23300 KETENGAH JAYA, DUNGUN
TERENGGANU
KERTAS KERJAPERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR2009KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR 2009
SEK KEB FELDA SERI RASAU, KETENGAH JAYA, DUNGUN, TERENGGANU
________________________________________________________________________
1.TAJUK
Kertas Kerja Perkhemahan Pendidikan Luar 2009, Peringkat Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu 2.TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
2.1Tujuan
Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar untuk mendapat kelulusan melaksanakan aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar2009 dan memohon peruntukkan kewangan daripada pihak sekolah.
2.2Matlamat(i) Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan.(ii) Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitar dengan penerapan mata pelajaran, khususnya Kajian Tempatan, Sains, Agama Islam untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai alam.(iii) Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.2.3Objektif(i) Mengetahui, memahami serta mempraktikkan teknik berkhemah yang betul merangkumi pemilihan tempat, pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri.(ii) Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan Tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan aktiviti alam sekitar.(iii) Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam segala perkara serta menghindarkan segala perasaan dengki, iri hati dan mementingkan diri sendiri.3.BUTIRAN PERKHEMAHAN
3.1Tarikh
22 dan 23 Oktober 2009
3.2Hari
Khamis dan Jumaat ( 2 hari 1 malam )
3.3Bilangan Peserta
Semua peserta terdiri daripada murid Tahun 6 Bilangan peserta :
Lelaki : 35
Perempuan: 45
Jumlah: 80 orang
3.4 Tempat Perkhemahan
Padang Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya,
Dungun,Terengganu.
4.JAWATANKUASA
4.1Jawatankuasa Pengelola:
Unit Ko-Kurikulum Sek Keb FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya,
Dungun.
4.2Jawatankuasa Induk :
Penasihat
: En.Mohamad Aminuddin bin Yazid
Pengerusi
: En.Salman bin Jusoh
Penyelaras
: En Zulkifli bin Muda
Kem Komandan
: En Zainuddin bin Pee
Pen. Kem Komandan: : YM .Engku Muzaffar b Engku Maharani
Setiausaha
: Pn Mariati bt Rani
Bendahari
: Pn Norliza bt Ismail@Chik
4.3Pengerusi Jawatankuasa Kecil
Urusetia
: Pn Mariati bt Rani
Pengurus Peserta
: Ketua Unit-Unit Beruniform
Tapak Perkhemahan
: En Kamal Baharin b Abu Bakar
Khemah & Peralatan
: En Lukman bin Ismail
Aktiviti
: En Ahmad Najme bin Abd ManafMakan & Minum
: Pn Norhayati bt Mamat
Kerohanian
: En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas
Keselamatan/ Kecemasan : En Mohd Nur Azrul bin IsmailSiaraya & Dokumentasi : En Mohd Hamedan bin Embong
Persembahan
: Cik Hadibah bt Mohamad Darus
Hadiah & Cenderamata: Pn Rohana bt Jusoh
4.4 Jawatankuasa Kecil :JAWATANKUASABIDANG TUGAS
KETUA PERKHEMAHAN /
KEM KOMANDAN :
En. Najmi bin Ibrahim
Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan kelancaran perkhemahan
Bertanggungjawab di atas disiplin peserta.
Mengeluarkan peraturan perkhemahan.
Menguatkuasakan peraturan perkhemahan
PEN KETUA PERKHEMAHAN /
PEN. KEM KOMANDAN:
YM Engku Muzaffar b Engku Maharani
Membantu sepenuhnya tanggungjawab dan tugas ketua perkhemahan.
Menjalankan tugas ketua perkhemahan semasa ketiadaannya.
URUSETIA
Pengerusi : Pn Mariati bt Rani
AJK
1 En Azuan bin Shafie
2. EnKamal Baharin b Abu Bakar
3. Pn Maznah bt Omar
4. Cik Nor Hashima bt Mohd Razali
5. Pn Azniza bt Daud
Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan
Menyelaras perjalanan aktiviti dan pertandingan
Sentiasa menghebahkan maklumat terkini.
Mengambil pendaftaran peserta dan juga mencatat kehadiran guru bertugas
Membuat laporan setiap aktiviti yang dijalankan
Mengendalikan acara majlis penutup
Menyediakan kain rentang perkhemahan
PENGURUS PESERTA:
Semua Ketua Unit Beruniform
Pengakap TKRSPBSM Puteri Islam Tunas Puteri Menyediakan murid untuk menyertai
perkhemahan
Menyediakan borang kebenaran ibu bapa
bagi setiap peserta unit masing-masing
Menyediakan jadual guru bertugas unit
Masing-masing
Memastikan penyediaan senarai semak
peralatan yang perlu dibawa lebih awal
TAPAK PERKHEMAHAN
Pengerusi :
En Kamal Baharin bin Abu Bakar
AJK:
1. En Mohd Zaharawadi b Ibrahim
2. YM Engku Muzaffar b Engku
Maharani
Menyediakan pelan tapak perkhemahan
Menyelaras pembahagian tempat tapak mengikut unit
Menentukan bilik-bilik yang akan digunakan oleh perserta jika hari hujan.
Menentukan tandas/bilik air yang akan digunakan oleh peserta
Memastikan semua bilik/tempat yang digunakan sentiasa dalam keadaan bersih
KHEMAH & PERALATAN
Pengerusi :
En Lukman bin Ismail
AJK:
1. En Alias bin Musa
2. En Mohd Nur Azrul bin Ismail
3. En Azuan bin Shafie
4. Pn Azniza bt Daud
5. Pn Maznah bt Omar
Menyediakan khemah yang mencukupi bagi keperluan peserta
Memastikan komponen khemah dan segala peralatan yang berkaitan mencukupi
Memastikan setiap khemah dibuka dan dibersihkan selepas perkhemahan
Menyediakan segala dokumen perlu sekiranya terdapat pinjaman khemah dari pihak luar
AKTIVITI
Pengerusi :
En Ahmad Najme b Abd Manaf
AJK:
1. En Mohd Abd Hafizdiin b
Ismail
2. En Alias bin Musa
3. Pn Noriada bt Abd Rahman
4. Pn Suria bt Mohamed
5. Pn Mazuini bt Zulkifli
Merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan semasa perkhemahan.
Menyediakan, memasang dan menyiapkan semua jenis peralatan dan halangan bagi aktiviti yang akan diadakan.
Mengendalikan aktiviti perkhemahan.
Mengemas dan menyimpan semula peralatan yang telah digunakan di tempat yang sesuai.
MAKANAN DAN MINUMAN
Pengerusi : Pn Norhayati bt Mamat
AJK:
1. Pn Zanariah bt Omar
2. Pn.Fatimah Wati bt Salleh
3. Pn Tn Syarifah Azura bt Abdullah Menyediakan makanan dan minuman yang bagi semua guru yang terlibat dan murid Menyediakan jadual serta menu masakan setiap hari perkhemahan
Memastikan semua aktiviti memasak di kalangan peserta berjalan lancar
Menguruskan segala perkara berkaitan makan dan minum disepanjang perkhemahan
KEROHANIANPengerusi :
En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas
AJK:
1. En Lukman bin Ismail
2. Pn Rohaiza bt Remli Menyediakan jadual bertugas imam mengikut waktu solat
Memimpin bacaan Yasin Mengendalikan kuliah Maghrib dan Subuh
KESELAMATAN DAN KECEMASAN
Pengerusi :
En Mohd Nur Azrul bin Ismail
AJK:
1. En Mohd Abd Hafizdiin b Ismail
2 Pn Noraziah bt Omar
3. Pengawal keselamatan sekolah Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala peralatan berada dalam keadaaan yang amat baik
Menubuh unit kawalan
Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti rawatan yang sempurna dan mencukupi
Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan keselamatan kawasan perkhemahan
Mengawal keselamatan murid dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat.
PERSEMBAHAN
Pengerusi :
Cik Hadibah bt Mohamad AJK:
1. Cik Nor Hashimah bt Mohd Razali
2 Cik Rahayu bt Said
Menentukan jenis persembahan dan syarat-syaratnya.
Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti dijalankan
Melantik hakim-hakim persembahan dan menyediakan borang penghakiman, jika persembahan tersebut dijalankan secara pertandingan
Mengurus perjalanan aktiviti persembahan
ELEKTRIK, SIARAYA DAN DOKUMENTASI
Pengerusi :
En Mohd Hamedan bin Embong
AJK:
1. En Ismail bin Awang Lah
2 Pekerja sekolah
Menyediakan kemudahan elektrik dan
peralatan siaraya yang sempurna di seluruh tapak perkhemahan sepanjang tempoh kem diadakan
Mengemaskini peralatan yang telah digunakan dan disimpan pada tempat yang sesuai Mengurus dan menyediakan peralatan siaraya untuk sebarang bentuk
persembahan/aktiviti (jika diperlukan)
HADIAH DAN CENDERAMATA
Pengerusi :
Pn Rohana bt JusohAJK:
1. Pn Norliza bt Ismail@Chik2 Pn Noraziah bt Manab
Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan yang dijalankan.
Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamata
Menguruskan majlis penyampaian hadiah
5.ANGGARAN PERBELANJAANBILPERKARABUTIRANJUMLAH
1Makan Minum Murid
Makan Tengahari (Khamis)
Mi num Petang (Khamis)
Makan Malam (Khamis)
Minum Malam (Khamis)
Sarapan (Jumaat)
Minum Pagi (Jumaat)
Makan T/Hari (Jumaat)
Minum Petang (Jumaat)
RM3.00 x 80 orang = RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00 RM3.00 x 80 orang = RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00
RM1.00 x 80 orang = RM 80.00
RM3.00 x 80 orang = RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00
RM1120.00
2Hadiah
Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
RM20.00 x 5 = RM100.00
RM15.00 x 5 = RM 75.00
RM10.00 x 5 = RM 50.00
`RM225.00
3Peralatan Bahan api
Tali
Racun serangga
RM100.00
4KecemasanUbat-ubatanRM100.00
JUMLAH BESARRM1545.00
(RM : SATU RIBU LIMA RATUS EMPAT PULUH LIMA SAHAJA)
6.TENTATIF PROGRAMMASA /HARIHARI PERTAMA
KHAMIS
22 OKTOBER 2009HARI KEDUA
JUMAAT
23 OKTOBER 2009
5.30 PAGIBangun, Siap Diri , Solat Subuh
8.00 PAGISarapan Pagi
8.30 PAGI Pendaftaran Peserta
Mendirikan Khemah
Taklimat Umum Aktiviti 5:
Pertandingan memasak
10.00 PAGIMinum Pagi
10.30 PAGIAktiviti 1 :
Penyediaan Gejet & Anyaman Daun kelapaAktiviti 6 :
Pemeriksaan Khemah
12.30 THARIRehat, Makan Tengahari dan Solat ZohorRehat, Makan Tengahari,
Solat Zohor/Jumaat
2.30 PETANGAktiviti 2 :
Pertandingan KawadAktiviti 7 :
Persembahan Kebudayaan
4.00 PETANGSolat Asar/Minum Petang
5.00 PETANGAktiviti 3:
SukanekaPerasmian Penutup
& Penyampaian Hadiah
6.30 PETANGMandi, Makan Malam
Solat Maghrid & IsyakBERSURAI
9.00 MALAMAktiviti 4:
Kembara Malam
10.30 MALAMMinum Malam
11.00 MALAMTidur
7.JADUAL TINDAKANHARI PERTAMA : KHAMIS ( 22 OKTOBER 2009 )
MASAAKTIVITITINDAKAN
8.30 pagiPendaftaranUrusetia
9.00 pagiMendirikan khemahKetua & Guru Unit
10.00 pagiTaklimat umumKem Komandan
10.30 pagiMinum pagiJK Makanan/Minuman
11.00 pagiAktiviti 1 :
Penyediaan Gejet dan
Anyaman Daun KelapaJK Aktiviti
12.30 thariMakan Tengahari , Solat ZohorJK Makanan & JK Kerohanian
2.30 petangAktiviti 2 :
Pertandingan Kawad KakiJK Aktiviti
4.00 petangSolat AsarJK Kerohanian
5.00 petangAktiviti 3 :
SukanekaJK Aktiviti
6.30 petangMakan Malam,
Solat Maghrib & Bacaan YasinJK Makanan &
JK Kerohanian
9.00 malamAktiviti 4 : Kembara MalamJK Aktiviti
10.30 malamMinum malamJK Makanan
11.00 malamTidurUrusetia & JK Keselamatan
HARI KEDUA : JUMAAT ( 23 OKTOBER 2009 )
MasaAktivitiTindakan
5.30 pagiSiap diri, Solat & Kuliah SubuhJK Kerohanian
8.00 pagiSarapan PagiJK Makanan
8.30 pagiAktiviti 5 :
Pertandingan MemasakJK Aktiviti
10.00 pagiMinum pagiJK Makanan
10.30 pagiAktiviti 6 :
Pemeriksaan KhemahJK Pertandingan
12.30 t/hariMakan Tengahari , Solat Zohor& JumaatJK Makanan, Kerohanian
Keselamatan
2.30 petangAktiviti 7 : Persembahan KebudayaanJK Persembahan & Siaraya
4.00 petangSolat AsarJK Kerohanian
5.00petangPerasmian Penutup &
Penyampaian HadiahUrusetia & JK Hadiah& Semua Guru
6.00 petangBERSURAI
8.PENUTUP
Adalah diharapkan agar perkhemahan yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Jua diharapkan agar ianya mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan semua guru agar semua objektif dan matlamatnya tercapai.
Disediakan oleh:
ZULKIFLI BIN MUDA
Penyelaras
Perkhemahan Pendidikan Luar 2009
Sek Keb FELDA Seri Rasau,
23300 Ketengah Jaya, Dungun,
Terengganu.
Disemak oleh;
SALMAN BINN JUSOH
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Sek Keb FELDA Seri Rasau,
23300 Ketengah Jaya, Dungun,
Terengganu.
2.(b)Refleksi Pelaksanaan Perkhemahan Pendidikan Luar
2.1Laporan Aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar
LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR 2009
Tarikh
: 22 Oktober 2009 hingga 23 Oktober 2009
Tempat:Padang Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau,
Dungun, Terengganu
Laporan Hari Pertama : 22 Oktober 2009 (Khamis)
Pada jam 8.30 pagi seramai 80 orang peserta telah mendaftar untuk menjalani program ini. Setelah selesai proses pendaftaran, para peserta dibekalkan dengan khemah dan peralatan-peralatan yang berkaitan.Pada jam 9.00pagi, aktiviti mendirikan khemah dimulakan. Sejam kemudian,semua khemah siap didirikan.
Pada jam 10.00 pagi ,satu sesi taklimat umum untuk para peserta telah berikan oleh Kem Komandan. Para peserta dimaklumkan tentang peraturan yang mesti dipatuhi sepanjang program .Para peserta seterusnya diberikan mimum pagi pada jam 10.30 pagi .
Aktiviti pertama bermula pada jam jam 11.00 pagi. Aktiviti tersebut ialah penyediaan gejet dan juga membuat anyaman menggunakan daun kelapa untuk dijadikan hiasan khemah masing-masing. Semua peserta mengambil bahagian dengan semangat kerjasama yang cukup tinggi. Peserta berhenti tepat jam 12.30 tengahari untuk makan tengahari di khemah pusat yang disediakan dan solat Zohor di surau sekolah.
Program disambung semula pada jam 2.30 petang untuk aktiviti kedua, iaitu Pertandingan Kawad Kaki . Aktiviti ini telah dijalankan di perkarangan sekolah dan dikendalikan dengan begitu baik oleh Jawatankuasa Aktiviti . Pertandingan kawad telah tamat pada jam 4.00 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat Asar.
Pada jam 5.00 petang, aktiviti ketiga telah dijalankan. Mengikut perancangan awal, slot ini adalah aktiviti Jungke Tracking, . Namun begitu, atas faktor keselamatan peserta, ianya terpaksa ditukar kepada aktiviti sukeneka kerana cuaca tidak mengizinkan. Hujan turun agak lebat dengan tiupan angin yang agak kencang. Aktiviti sukaneka telah dijalankan di dewan sekolah dan dikendalikan oleh Ketua Aktiviti En Ahmad Najme dengan dibantu tiga pembantunya
Aktiviti ditamatkan pada jam 6.00 petang untuk memberi ruang kepada peserta mandi. Jam 6.30 petang peserta diberikan makan malam dan bersedia untuksolat Maghrib, bacaan Surah Yasin serta solat Isyak berjamaah di dewan sekolah yang dipimpin oleh Ustaz Wan Ahmad Pauzi selaku Ketua Jawatankuasa Kerohanian.
Jam 9.00 malam, semua peserta menyertai aktiviti keempat iaitu Kembara Malam. Peserta dilepaskan berjalan secara berpasangan dengan dibekalkan sebatng lilin. Semua peserta dikehendaki melalui laluan yang gelap dan sunyi untuk menguji kekuatan semangat mereka. Aktiviti tamat jam 10.30 malam dan peserta diberikan minum malam.
Selepas itu, semua peserta balik ke khemah masing-masing untu berehat dan tidur.Jawatankuasa Keselamatan telah mengambil alih tugas untuk memastikan keselamatan semua peserta dalam keadaan yang terkawal.
Laporan Hari Kedua : 23 Oktober 2009 (Jumaat)
Aktiviti bermula pada jam 5.30 pagi . Para peserta bangun dan mandi untuk solat Subuh dan kuliah Subuh. Solat dan kuliah telah dipimpin oleh Ustaz Abd Haafizdin. Seterusnya semua peserta berkumpul di padang untuk senaman pagi dan dikendalikan oleh En Kamal selaku Ketua Jawatankuasa Riadah..
Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan. Tepat jam 8.30 pagi aktiviti kelima dijalankan iaitu pertandingan memasak Peserta dikehendaki menyediakan jemput-jemput pisang. Pada jam 10.00 pagi, peserta berhenti rehat dan diberi minum.
Tepat jam 10.30 pagi, satu pemeriksaan khemah-khemah peserta telah dilakukan. Pada ketika ini, sebahagian peserta melakukan latihan untuk aktiviti persembahan.
Jam 12.30 tengahari, peserta makan tengahari. Selepas itu, peserta lelaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, manakala peserta perempuan ke surau untuk solat Zohor.
Selepas solat Jumaat, persembahan kebudayaan diadakan. Jam 4.00 petang, peserta diberi minum dan menunaikan solat Asar. Jam 4.30 petang, khemah-khemah diturunkan dan tapak pekhemahan dibersihkan.
Pada jam 5.30 petang, majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Salman bin Jusoh, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.Selesai majlis penutup,semua peserta telah diarah berkumpul dan bersalaman dengan para peserta dan guru-guru bertugas sebelum mereka pulang .
Program tamat tepat pada jam 6.00 petang apabila semua peserta pulang ke rumah masing-masing.
2.2Kekuatan dan Kekurangan Program
Kekuatan:
Kejayaan pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar kali ini amat bergantung kepada elemen seperti berikut :
i)
Peserta Program
Kesemua peserta program adalah pelajar dari Tahun 6 dan kebanyakkan daripada
mereka ini adalah pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan keterampilan yang tersendiri.Oleh yang demikian tidak ada masalah disiplin yang
berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka taat dan ikut
perintah yang diberikan.ii)Kem Komandan / Pen. Kem Komandan Pemilihan Kem Komandan dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalaman dan berkarisma serta bijak mengurus perjalanan program , seseorang Kem Komandan perlu memiliki ketegasan dalam memberi arahan dan mudah menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para urusetia. Kem Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai di bawah pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka pegawai di bawahnya di hadapan peserta. iii)Urusetia yang berpengalaman Perjalanan program tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripada urusetia yang mahir dan berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankan tugas dengan cemerlang bersama-sama Kem Komandan dan semua pengerusi dan ahli jawatankuasa kerja
iv)Kemudahan prasarana yang lengkapTempat program dijalankan sememangnya lengkap dengan semua kemudahan asas terutamanya padang tapak khemah yang luas, punca air dan elektrik, tempat beriadah. Ini semua dapa tmembantu melicinkan perjalanan program.
v) Hubungan baik pihak dan Pengerusi JKKKR, RELA dan Polis.
Kerjasama dan hubungan yang baik antara pihak pengurusan JKKR, RELA dan pihak polis telah banyak membantu melicinkan perjalan program terutamanya dalam aspek keselamatan peserta program, terutamnya pada waktu malam. Pihak RELA dan polis telah bergilir-gilir melakukan rondaan di sekitar kawasan perkhemahan.
vi) Peruntukan program yang mencukupi
Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi program seperti ini tidak dapat dijayakan dengan licin. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara yang hendak dijayakan memerlukan kos, oleh yang demikian kejayaan program kali ini juga banyak bergantung kepada peruntukkan
Kekurangan:
Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti adalah seperti berikut : i) Kemudahan penginapan urusetia dan guru bertugasKhemah dan bilik penginapan untuk urusetia dan juga guru bertugas tidak mencukupi.Ini menyebabkan mereka terpaksa tidur di ruang terbuka. Perkara ini seharusnya diatasi segera tetapi tidak ada tindakan sehingga program tamat.
ii)Khemah rosak
Beberapa buah khemah peserta yang telah siap dipasang didapati bocor. Ianya terpaksa digantikan semula dengan khemah lain. Ini telah menimbulkan masalah dan merugikan masa peserta.
iii)
Kemudahan rawatan kecemasan
Walaupun ada urusetia bahagian ini namun disebabkan kekurangan pegawai. Bagi kes-kes kecemasan pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital Diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.
iv)Makan dan minum pegawai tidak mencukupi
Pegawai yang lewat tiba duntuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan malam tidak dapat makan dan terpaksa makan di luar. Hal ini berlaku kerana pihak Jawatankuasa Makanan hanya menghidangkan makanan mengikut jumlah guru yang ada di meja makan ketika itu dan tidak menyediakan makanan seperti mana jumlah yang ditempah. v) Tandas dan bilik air yang jauh
Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan tandas kera ia terletak agak jauh dari tapak perkhemahan. Ini sebenarnya telah mengganggu program-program lain.
Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambil tindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Disediakan oleh ,
(ZULKIFLI BIN MUDA)
26 OKTOBER 2009
Kem Komandan
Perkhemahan Pendidikan Luar 2009
Sek Keb FELDA Seri Rasau
Ketengah Jaya, Dungun,
Terengganu
2.3
Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti dalam
pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar, dikemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan program berkenaan pada masa akan datang.
Cadangan :
i)Penginapan urusetia
Tempat penginapan urusetia dan guru bertugas perlu disediakan secara berpusat, iaitu berhampiran dengan tapak perkhemahan. Bilangan khemah dan bilik mestilah mencukupi dan dapat menampung keperluan dalam satu-satu masa.
ii)Pemeriksaan khemah
Beberapa hari sebelum program dijalankan, pihak Jawatankuasa Khemah perlu
membuat pemeriksaan ke atas semua khemah yang akan digunakan. Ini adalah
mengenaplasti khemah yang rosak dan tidak sesuai digunakan.iii) Kemudahan rawatan kecemasan
Dalam hal berkaitan rawatan dan kecemasan, dicadangkan agar sekurang-kurangnya seorang pegawai/pembantu kesihatan yang bertauliah berada di tapak perkhemahan dalam satu-satu masa. Aini bertujuan memberikan pertolongan bantu mula dan bantuan segera sekiranya berlaku sebarang kes. Maka tidak perlulah Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital/klinik. Juga diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.
iv)Bilik air dan tandas
Bilik-bilik air dan tandas sementara perlu disediakan berhampiran kawasan perkhemahan untuk mengelakkan peserta mengambil masa terlalu lama untuk ke bilik air dan tandas yang agak jauh. Ini dapat menjimatkan masa dan melicinkan perjalanan program.