kertas kerja -wakaf khas kibh - 18042015
TRANSCRIPT
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
1/14
WAKAF KHAS
KAFA INTEGRASI BAITUL HIKMAH TAMAN SEROJABANDAR BARU SALAK TINGGI
43900 SEPANG, SELANGOR.
KAFA INTEGRASI BAITUL HIKMAH
d/a SK Taman Seroja,Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang, Selangor.
Tel/Fax:03-87065652, [email protected]
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
2/14
WAKAF KHAS SEKOLAH KAFA INTEGRASI BAITUL HIKMAH TAMAN SEROJA,
BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR.
TUJUAN
1. Tujuan kertas kerja ini ialah untuk pengumpulan dana sebanyak
RM1,200,000.00 (satu juta dua ratus ribu ringgit) bagi pembelian dua (2) unit bangunan
kedai tiga tingkat, pengubahsuaian banguan (3 unit bangunan), pembelian perabut dan
kelengkapan untuk pengajaran dan pembelajaran serta kerja-kerja berkaitan untuk
dijadikan sekolah KAFA Integrasi Baitul Hikmah, Taman Seroja, Bandar Baru Salak
Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. Pengumpulan dana adalah menggunakan Prosedur
Saham Wakaf Selangor bagi Wakaf Khas Perbadanan Wakaf Selangor. Rujukan
Kelulusan : Bil (1)/PWS/BPD/002-3/21-27 bertarikh 18 Januari 2015. Kebenaran ini
telah dilanjut sehingga 30 Jun 2016.
LATAR BELAKANG
2. KAFA Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja (KIBH) ditubuhkan pada tahun
2007 ialah Sekolah Agama Rakyat Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Integrasi. Falsafah
penubuhan ialah untuk memberi peluang kepada murid-murid setempat mendapat
pendidikan awal Agama Islam secara formal dan sistemetik berasaskan sukatan
pelajaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan seterusnya bermatlamat
untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
3. Ia didaftarkan di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam
1988 Pindaan 2001 sebagai Sekolah Agama Rakyat Kelas Al-Quran dan Fardu Ain
Integrasi dengan No. Pendaftaran : 2J(4)9/99. Pentadbiran sekolah dikelola bersama
oleh JAIS dan sebuah Jemaah Pengurusan.
4. Bermula sejak penubuhan hingga sekarang (2015) ia beroperasi di Sekolah
Kebangsaan Taman Seroja (SKTS). Sepanjang operasi, KIBH telah muncul di antara
KAFA Integrasi terbaik di Daerah Sepang di dalam bidang akedemik seperti
pencapaian di dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama Selangor (PSRA)
dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Kebenaran operasi di SKTS adalah berdasarperjanjian di antara JAIS dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
3/14
JUMLAH MURID DAN GURU
5. Di atas kesedaran ibubapa tentang kepentingan mendapat pendidikan Agama
Islam secara formal serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran (PnP),
menyebabkan nisbah murid SK Taman Seroja yang bersekolah di KIBH adalah sangat
tinggi iaitu melebihi 85 peratus. Pada tahun tahun 2015 jumlah murid KIBH ialah
seramai 970 orang dengan kapasiti 28 bilik darjah. Jumlah murid daripada tahun 2010
hingga 2015 adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1 : Jum lah Murid KIBH 2010 - 2015
Tahun 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Bil Murid 1,006 1,030 967 970 971 970
Bilangan Kelas 30 30 28 28 28 28
6. KIBH mempunyai seramai 30 orang guru yang terdiri daripada 19 orang guru
lantikan JAIS dan 11 orang guru rakyat yang dilantik dan dibayar elaun oleh KIBH.
OPERASI KIBH PADA TAHUN 2016
7. SK Taman Seroja akan melaksanakan persekolahan dua sesi bermula Januari2016. Menurut perjanjian di atara JAIS dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
kebenaran operasi akan terbatal jika SKTS melaksanakan persekolahan dua sesi. Oleh
itu bermula tahun 2016, KIBH tidak lagi boleh beroperasi di SKTS.
8. Bagi mengatasi masalah ini KIBH telah menyewa sebuah bangunan kedai tiga
tingkat dan menandatangani perjanjian untuk membeli dua (2) unit bangunan tiga
tingkat yang bersebelahan. Bangunan-bangunan ini akan dijadikan sebanyak empat
belas (14) buah bilik darjah, pejabat dan kantin. JAIS telah memberi kebenaran untuk
menjalankan operasi di bangunan yang disewa/dibeli seperti surat yang dilampirkan.
PERJANJIAN PEMBELIAN BANGUNAN
9. Bangunan yang dibeli ialah 2 unit bangunan rumah kedai 3 tingkat yang
mempunyai keluasan lantai 8,580 kaki persegi yang beralamat di No. 20 dan 22, Jalan
Seroja 2, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. Harga
belian ialah Ringgit Malaysia Lapan Ratus Dua Puluh Ribu (RM820,000.00)
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
4/14
10. KIBH telah melantik empat Ahli Jemaah Pengurusan iaitu KAMARULZAMAN
BIN MAT ZAIN (KP: 640827030565), ABD SHUKUR BIN MOHAMED (KP
610605065113), JAMALUDDIN BIN MUHAMED SAID (KP:670503065117) dan MOHD
JOHARI BIN ABD RAHIM (KP: 660301065785) sebagai wakil KAFA untuk
menandatangan perjanjian dengan pihak penjual. Perjanjian ini ditandatangan pada 20
Januari 2015.
KOS PEROLEHAN BANGUNAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN
11. Anggaran keseluruhan kos perolehan bangunan dan kerja-kerja berkaitan untuk
membolehkan ia digunakan dengan selesa dan selamat bagi pengajaran dan
pembelajaran berjumlah Satu Juta Dua Ratus Ribu Ringgit (RM1,200,000.00).
Pecahan kos terperinci seperti di Jadu al 2.
Jadual 2 - An ggaran Kos Terperinci
Bil Perkara Jumlah(RM)
1 Pembelian 2 unit bangunan 3 tingkat 820,000.00
2 Ubah suai 3 unit bangunan 3 tingkat ( 1 unitsewa dan 2 unit dibeli)
210,000.00
3 Pembelian Meja, kerusi sebanyak 500 unit
dan alat bantuan mengajar
70,000.00
4 Pembelian perabut dan kelengkapan pejabatserta kemudahan dan keselesaan murid
50,000.00
5 Kos pengurusan, guaman dan perunding 50,000.00
JUMLAH 1,200,000.00
PERANCANGAN JADUAL PERBELANJAAN
12. Perancangan jadual pebelanjaan keseluruhan projek adalah seperti Jadual 3 :
Jadual 3 – Perancangan Perbelanjaan.
Bil Aktiviti Tarikh Jumlah(RM)
BelanjaTerkumpul
(RM)
1 Tanda tangan perjanjian (bayaran10%)
Jan 2015 82,000.00 82,000.00
2 4 bulan selepas consent Jun 2015 410,000.00 492,000.00
3 6 bulan selepas consent Ogos 2015 328,000.00 820,000.00
4 Ubah suai bangunan dan kerja
berkaitan
Ogos dan
Sept 2015
210,000.00 1,030,000.00
5 Pembelian Meja, kerusi sebanyak500 unit dan alat bantuan mengajar
Sept 2015 70,000.00 1,100,000.00
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
5/14
6 Pembelian perabut dan kelengkapanpejabat serta kemudahan dankeselesaan murid
Sept 2015 50,000.00 1,150,000.00
7 Kos guaman dan perunding (arkitek) Jan – Okt2015
50,000.00 1,200,000.00
WAKAF KHAS PERBADANAN WAKAF SELANGOR
13. Pengumpulan dana bagi projek ini menggunakan prosedur Saham Wakaf
Selangor di bawah skim Wakaf Khas yang ditadbir oleh Perbadanan Wakaf Selangor.
Nama Wakaf Khas ialah Sekolah KAFA Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja. Kaedah
wakaf ialah wakaf tunai pembelian unit-unit Saham Wakaf Selangor berharga RM10.00
bagi satu unit.
STATUS BANGUNAN
14. Apabila projek ini selesai, harta (bangunan) akan diwartakan sebagai HARTA
WAKAF dengan Majlis Agama Islam Selangor sebagai Pemegang Amanah dan ia
dikhususkan untuk operasi sekolah KIBH. Secara perinsipnya fungsi operasi sekolah ini
akan berkekalan dan ia tidak boleh diubah tanpa kebenaran pihak berkuasa.
PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN15. Sumbangan derma melalui Saham Wakaf Selangor bagi projek ini mendapat
pelepasan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
No. Rujukan LHDN : 01/35/42/51/179-6.5621 dan No Warta Kerajaan 14369 bertarikh
27 Julai 2004. Contoh resit yang dikeluarkan seperti berikut :
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
6/14
KAEDAH WAKAF
16. Pewakaf perlu mengisi Borang B1 borang wakaf Perbadanan Wakaf Selangor .
Kaedah sumbangan bagi Wakaf Khas ini ialah dengan cara bank-in ke dalam akaun
atau berikut :
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB – Nilai) : 12104010008438
Cek atas nama : KAFA INTEGRASI BAITUL HIKMAH TMN SEROJA
Satu unit Saham Wakaf Selangor = RM10.00
Maklumat wakaf hendaklah email kepada [email protected] untuk tujuan
pengeluaran resit.
17. Pewakaf juga boleh menyumbang wakaf secara tunai kepada pemungut yang
diluluskan oleh Perbadanan Wakaf Selangor. Pemungut yang dibenarkan ialah :
i. En. Kamarulzaman Bin Mat Zain (No. Tel: 013-3107626)
ii. En. Jamaluddin Bin Mohamed Said (No. Tel: 019-2181131)
iii. En. Ramli Bin Mahmood (No. Tel: 017-6796072)
iv. En. Meor Rosazman bin Md Idris (No. Tel: 012-2194414)
v. Pn. Mariam binti Muslim (No. Tel: 013-3790644)
LAMPIRAN
18. Senarai Lampiran bagi kertas kerja ini ialah :
i. Lampiran 1 – Perakuan Pendaftaran KAFA Integrasi Baitul Hikmah
ii. Lampiran 2 – Kebenaran JAIS untuk Pemindahan Operasi Sekolah
iii. Lampiran 3 – Surat Kelulusan Perbadanan Wakaf Selangor Untuk
Menggunakan Prosedur Kutipan Saham Wakaf Selangor.
iv. Lampiran 4 – Maklumat Bangunan Yang Dibeli
v. Lampiran 5 – Penyata Bank KAFA Integrasi Baitul Hikmah
vi. Lampiran 6 – Gambar Ubahsuai Bangunan KAFA
PERHUBUNGAN / PERTANYAAN
19. Maklumat lanjut berkaitan Wakaf Khas ini boleh didapati seperti berikut :
Perbadanan Wakaf Selangor (MAIS)
Tingkat 10 Menara SelatanBangunan Sultan Idris Shah40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-5514 3758 / 3759, Fax : 03-5514 3759Email: [email protected], http://www.wakafselangor.gov.my
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
7/14
KAFA Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja
d/a SK Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi43900 Sepang, Selangor.Tel/Fax : 03-87065652Email : [email protected], Facebook : KAFA Integrasi Baitul Hikmah
AJK KIBH
i. En. Kamarulzaman Bin Mat Zain (No. Tel: 013-3107626)
ii. En. Jamaluddin Bin Mohamed Said (No. Tel: 019-2181131)
iii. En. Ramli Bin Mahmood (No. Tel: 017-6796072)
iv. En. Meor Rosazman bin Md Idris (No. Tel: 012-2194414)
v. Pn. Mariam binti Muslim (No. Tel: 013-3790644)
vi. Ustaz Mohd Musa bin Sarip (No. Tel: 017-3366995)
vii. Ustaz Mohd Rashid bin Mohd Arof (No. Tel: 012-2143610)
viii. En. Johari bin Abd Rahim (No. Tel: 012-3152616)
ix. En. Abd Shukur bin Mohamad (No. Tel: 012-3892804)
x. En. Roslee bin Abdul Wahab (No. Tel: 019-2315706)
xi. En. Yusoff bin Harun (No. Tel: 012-7235577)
PENUTUP
“Sedekah itu akan memadamkan kesalahan (dosa kecil) sebagaimana air
memadamkan api “ (Hadis – Riwayat Muslim, At-Tirmidzi, Maalik & Ad-Daarimi).
"Apabila mati anak Adam, putuslah amalanya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu
yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya.“ (Hadith -
Riwayat Muslim)
Jemaah Pengurusan KAFA merayu sumbangan bagi Wakaf Khas Sekolah KAFA
Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja, Saham Wakaf Selangor ini bagi memastikan
seramai 970 murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan KAFA. In Shaa Allah
sumbangan anda akan dikira sebagai Amal Jariah oleh Allah S.W.T.
KAFA Integrasi Baitu Hikmah, Taman Seroja
April 2015 / November 2015 (versi 2)
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
8/14
LAMPIRAN 1
PERAKAUAN PENDAFTARAN KAFA INTEGRASI BAITUL HIKMAH
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
9/14
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
10/14
LAMPIRAN 3
SURAT KELULUSAN PERBADANAN WAKAF SELANGOR UNTUKMENGGUNAKAN PROSEDUR KUTIPAN SAHAM WAKAF SELANGOR.
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
11/14
LAMPIRAN 4
MAKLUMAT BANGUNAN
BANGUNAN DIBELI
1. Jenis Bangunan – 2 unit bangunan kedai tiga tingkat2. Keluasan Tanah – 22’ x 70’3. Keluasan Lantai – 22’ x 65 x 3 x 2 = 8,580 kaki persegi 4. Alamat : No. 20 dan 22, Jalan Seroja 2,Taman Seroja, Bandar Baru Salak
Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.
BANGUNAN DISEWA
1. Jenis Bangunan – 1 unit bangunan kedai tiga tingkat2. Keluasan Tanah – 22’ x 70’
3. Keluasan Lantai – 22’ x 65 x 3 x 1 = 4,290 kaki persegi 4. Alamat : No. 24, Jalan Seroja 2,Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900
Sepang, Selangor.
GAMBAR BANGUNAN YANG DIBELI
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
12/14
PENYATA AKAUN BANK
LAMPIRAN 5
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
13/14
LAMPIRAN 6
GAMBAR-GAMBAR PENGUBAHSUAIN BANGUNAN
-
8/20/2019 Kertas Kerja -Wakaf Khas Kibh - 18042015
14/14