kertaskerjakempengawas-skps.doc

9
SEKOLAH KEBANGSAAN BECHAH DURIAN 17020 PASIR MAS, KELANTAN KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN UNIT HEM SK BECHAH DURIAN TARIKH : 7 JULAI 2012 TEMPAT : DEWAN WAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN BECHAH DURIAN, 17020 PASIR MAS, KELANTAN.

Upload: siti-ruzana

Post on 24-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertaskerjakempengawas-skps.doc

SEKOLAH KEBANGSAAN BECHAH DURIAN17020 PASIR MAS, KELANTAN

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN UNIT HEM SK BECHAH DURIAN

TARIKH :

7 JULAI 2012

TEMPAT :

DEWAN WAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN BECHAH DURIAN,

17020 PASIR MAS, KELANTAN.

Page 2: kertaskerjakempengawas-skps.doc

1.0 BUTIRAN AM

Tajuk : Kem Kepimpinan Pengawas, dan Pusat Sumber

Anjuran : Unit Hal Ehwal Murid (HEM),BadanDisiplin dan

Pengawas Sekolah dan Unit Bimbingan dan kaunseling

Penasihat : Pn. Juariah bt Othman

Pengerusi : Pn. Hjh Lailawati bt Hasni ( GPK Hal Ehwal Murid)

Setiausaha : Pn. Norhayati bt Mohamed Tah

Naib Setiausaha : Pn. Siti Ruzana bt Abd.Hamid

Bendahari : Cik NorAzlina bt Akashah

Tempat : Dewan terbuka dan Perpustakaan SK Pulau Serai

Tarikh : 5 dan 6 Februari 2015

Jumlah Peserta : 64 Orang

2.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit HEM SK Pulau

Serai dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Program ini melibatkan

semua pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber. Tujuan utama penganjuran

kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas

yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi

cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh

yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran

dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta

memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan

peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan

pihak – pihak luar dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka. Semoga

usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam

menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan

nama sekolah.

Page 3: kertaskerjakempengawas-skps.doc

3.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman, serta kelulusan daripada pihak

Sekolah Kebangsan Pulau Serai mengenai penganjuran Kem Kepimpinan

Peringkat Sekolah.

4.0 TEMA

“ Pelajar Inovatif Melonjakkan Transformasi Kepimpinan Negara”

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :

5.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan

modul program jati diri.

5.2 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses

melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.

5.3 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan

persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat

membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.

5.4 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan

akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap

para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .

6.0 MASA, TARIKH & TEMPAT

Tarikh : 5 & 6 Februari 2015

Masa : 3.00 – 5.00 Petang

Tempat : Dewan Terbuka dan Pusat Sumber Sekolah

Page 4: kertaskerjakempengawas-skps.doc

7.0 SASARAN

64 orang murid termasuk Pengawas Sekolah, dan Pengawas Pusat Sumber

Sekolah Kebangsaan Pulau Serai.

8.0 KANDUNGAN PROGRAM

Ceramah Kepimpinan

Menerangkan erti sebenar kepimpinan dan menjadikan murid tahu

tanggungjawab mereka di sekolah sebagai seorang pemimpin.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan meningkatkan keyakinan diri murid

dengan menceritakan idea mereka dan berkongsi dengan rakan – rakan. LDK

juga membantu murid untuk menerapkan kerjasama antara satu sama lain dan

perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Muhasabah Diri

Membantu murid merenung kembali kelebihan dan kelemahan diri mereka.

kelebihan yang ada dalam diri akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk terus

berjaya dan yakin dengan kebolehan diri. Kelemahan yang ada dalam diri perlu

diatasi dengan cara yang positif dan bukan hanya mengalah begitu sahaja.

Page 5: kertaskerjakempengawas-skps.doc

9.0 ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran

Pendapatan

Jumlah ( RM ) Anggaran Perbelanjaan Jumlah ( RM )

Unit Bimbingan dan

Kauseling

Sumbangan PIBG

RM 256.00

RM 100.00

Kos Makan

( 64 Pelajar x 4 )

Cenderahati , sijil, hadiah

RM 256

RM 100

JUMLAH RM 356 RM 356

10.0 ATURCARA PROGRAM

5 Februari 2015

2.30 Petang Pendaftaran

3.00 - 4.00 petang Ceramah Kepimpinan dan Ice Breaking

4.00 – 5.00 Petang LDK 1

6 Februari 2015

2.30 Petang Pendaftaran

3.00 - 4.00 petang LDK 2

4.00 – 4.30 Petang LDK 3 / 4

4.30 – 5.00 Petang Penutup

Page 6: kertaskerjakempengawas-skps.doc

11.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat Pn. Juariah bt Othman

Pengerusi Pn. Hjh Lailawati bt Hasni

Setiausaha Pn. Norhayati bt Mohamed Tah

Penolong Setiausaha Siti Ruzana bt Abd Hamid

Bendahari Cik Nor Azlina bt Akashah

AHLI JAWATAN KUASA

Persiapan Tempat1. En. Mohd Samsul Hasim2. Pn Siti Ruzana Bt. Abdul Hamid3. Pn. Norhayati Bt. Mohamed Tah

Siaraya1. En Naqiuddin Syafiq B. Zabiddin

Sijil 1. Pn Siti Ruzana Bt Abdul Hamid2. Pn Nurul Huda Bt. Abdul Rahim

Kawalan Murid 1. En. Mohd Samsul Hasim2. En. Ahmad Taufik Othman

Hadiah & Cenderahati1. Pn. Rabiyatul Adawiyah Kamaruddin2. Pn. Musalma Ahmad

Pengacara Majlis1. Pn. Siti Ruzana Bt. Abdul Rahim

Bacaan Doa1. Ustaz Amiruddin Mohd Salleh

Page 7: kertaskerjakempengawas-skps.doc

12.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan

semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pemimpin

Sekolah Kebangsaan Pulau Serai. Menyedari pentingnya keterampilan dan

keunggulan pemimpin umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap

dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Serai Pekan, diharapkan

kem ini akan memudahkan dan boleh membantu para peserta dalam

menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga

diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif

kepada semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk

menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar.

Sekian.

Disediakan oleh:

………………………...............……….......

(NORHAYATI BT MOHAMED TAH)

Setiausaha,

Kem Kepimpinan

Unit HEM SK PULAU SERAI

Pekan Pahang