kesan gangguan seksual.docx
TRANSCRIPT
7/27/2019 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-gangguan-seksualdocx 1/5
1.0 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.
1.1 Kesan Ke Atas Pelajar.
Menurut Najib Ahmad Marzuki (2003), kesan gangguan seksual yang ketara dapat dilihat
kepada mangsa terutamanya wanita dan kanak-kanak ialah mangsa akan mengalami
masalah rendah diri, menyimpan dendam dan tercemar maruah dan nama baik. Mangsa
juga berisiko tinggi untuk mengalami penyakit Neurosis seperti pening kepala, muntah-
muntah, sindrom tidak boleh tidur dan tekanan perasaan.
Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada beberapa aspek. Contoh perbuatan yang
boleh dikategorikan kepada gangguan seksual ialah mengejek pelajar atau mengelar
pelajar dengan panggilan lucah. Menggunakan isyarat lucah kepada pelajar lain `atau
bercerita atau membuat lawak jenaka yang berunsur lucahPelaku yang melakukan
gangguan seksual ini boleh terdiri daripada pelbagai individu sama ada pelajar itu sendiri,
guru atau kakitangan sekolah.
Gangguan seksual boleh menyebabkan seseorang pelajar akan mengalami trauma
psikologi dimana mengalami perasaan takut dan cemas akhirnya mereka memilih untuk
mendiamkan diri. Mereka tidak berani untuk mengeluarkan suara kerana takut akan
diejek oleh rakan sekelas. Tumpuan kepada sesi pembelajaran juga tidak dipedulikan.
Jika pelakunya adalah seorang guru, kesan gangguan seksual akan lebih parah kerana
akan sekaligus megubah cara hidup seseorang pelajar tersebut. Hal ini demikian, pelajar
yang mengalami gangguan seksual seringkali menganggap diri sebagai mangsa dan akan
cuba melarikan diri daripada keadaan tersebut walaupun ianya akan merosakkan peluang
mereka untuk menuntut ilmu. Kita sedar yang seorang guru mempunyai kuasa ke atas
seseorang pelajarnya. Sebagai contohnya, gurulah yang bakal memberi markah atau gred
kepada pelajar. Guru juga yang akan membezakan setiap layanan ke atas pelajar di
dalam kelas.
Menurut Koss (1990), pelajar akan mengalami stress yang tinggi termasuk perasaan
mudah tersinggung serta kurang motivasi untuk belajar. Secara tidak lansung, hasil kerja
pelajar dalam kerja rumah dan serta peperiksaan akan terganggu seperti masalah pelajar
tidak hadir kelas walaupun sebelum ini, pelajar ini seorang yang periang dan seorang
yang cemerlang dalam peperiksaan. Mangsa sudah mula hilang keyakinan diri untuk
7/27/2019 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-gangguan-seksualdocx 2/5
terus mempercysi orang di sekeliling termasuk keluaga. Satu perpepsi yang lahir dala diri
meraka yang menganggap keluaga langsung tidak mempedulikan mereka jika berlaku
sesuatu yang melibatkan hubungan kekeluagaan. Mangsa mudah tersinggung dan mersa
rendah diri apabila tidak dipedulikan oleh orang yang tersayang. Kesan kepada mangsa
kemungkinan besar turut menarik mangsa kepada masalah sosial lain seperti bohsia atau
minah rempit. Ini untuk menunjukkan rasa protes kepada orang disekeliling.
1.2 Kesan kepada Guru.
Masalah gangguan seksual juga memberikan kesan kepada guru yang meliputi kesan
jangka pendek dan kesan masa panjang. Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa
guru,jika pelakunya merupakan seorang guru yang melakukan perbuatan terlampau
tersebut ialah dari segi hubungan dengan murid. Hubungan guru dan murid menjadi
semakin renggang. Tambahan itu juga, semua murid membenci dan takut untuk menuntut
ilmu dengan beliau. Dalam situasi berkenaan, murid juga berasa tidak selamat untuk
meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatnya juga
akan musnah kerana mereka hilang kepercayaan terhadap guru tersebut. Secara tidak
langsung, beliau akan mengalami tekanan emosi dan mengalami konflik jiwa yang serius
akibat daripada perbuatan keji itu.
Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan
emosi contohnya masalah otak yang tidak berfungsi, pemakanan dan masalah keluarga.
Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin
akan mendapat kesan yang buruk. Sebagai contohnya, keluarga beliau akan dibenci dan
dicemuh oleh masyarakat di atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu. Perkara
tersebut menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram dan
tertekan. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah
kehilangan pekerjaan dan mata pencarian akibat daripada perbuatannya yang tidak
senonoh itu.
Zaman sekarang tugas sebagai seorang guru amat mencabar kerana pelajar waktu
sekarang tidak seperti pelajar dulu tyang begitu patuh kepada peraturan. Jika sekarang,
apabila seseorang guru menegur perbuatan pelajarnya yang tidak senonoh seperti
membuli pelajar lain dengan isyarat lucah yang boleh dianggap sebagai salah satu contoh
7/27/2019 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-gangguan-seksualdocx 3/5
kepada gangguan seksual turut memberi kesan kepada guru apabila pelajar telah berani
untuk melawan guru.
Jika kita lihat pada jangka panjang pula,Jika orang melakukan perbuatan gangguan
seksual ialah seorang guru ialah akan wujudnya persepsi yang buruk daripada
masyarakat terhadap guru. Guru tersebut tidak lagi diterima oleh masyarakat kerana
masyarakat akan memandang serong akibat daripada perbuatan tersebut. Selain itu, jika
tidak dibuang kerja,guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga
nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga,guru tersebut tiada tempat dalam
masyarakat kerana semua orang tidak menyenangi kehadirannya dan beliau bukan lagi
menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat.
1.3 Kesan ke atas institusi pendidikan.
Kesan daripada tingkah laku negatif yang berlaku di sekolah oterbabit menyebabkan
profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat. Guru dianggap tidak mampu
menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kelas. Hal ini turut memberi kesan kepada
guru lain dimana masyarakat tidak akan mempercayai bahawa seseorang guru dapat
mendidik dan mengajar anak mereka dengan baik sehingga menyebabkan peranan guru
tidak lagi dipandang sebagai satu tugas yang mulia oleh anggota masyarat. Jika
pelakunya adalah seorang guru, kesan yang lebih besar ialah , guru-guru lain yang tidak
bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan tindakan
yang dilakukan oleh rakan guru lain yang berkelakuan negatif.
Selain itu, orang bergelar guru menghadapi tekanan menyebabkan mereka sendiri tidak
lagi berminat untuk meneruskan profesion perguruan. Tekanan yang turut sama dirasai
oleh keluaga menjadikan mereka putus asa. Bidang perguruan akan mengalami
kemerosotan, sekaligus pendidikan dan ilmu pengetahuan tidak lagi menjadi keutamaan.
Selain itu, guru-guru yang lain pastinya tidak lagi mempunyai perasaan selaku seorang
pendidik jika masalah ini terus berleluasa.
Masyarakat tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga profesion ini
tidak lagi diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap
mulia oleh masyarakat kerana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat
7/27/2019 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-gangguan-seksualdocx 4/5
membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan.
Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan
murid-murid itu sendiri.
1.4 Kesan Kepada Negara.
Sektor pekerjaan yang disedikan oleh kerajaan kepada generasi muda turut mengalami
kesan sampingan apabila masalah gangguan seksual menghantui golongan masyarakat.
Generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi seorang guru. Hal ini disebabkan
bebanan yang terpaksan dipikul untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di sekolah.
Mereka menggangap masalah gangguan seksual tidak akan pernah selesai malah tugas
mereka bukan sahaja setakat mengajar, malahan terpaksa menyelesaikan masalah ssosial
ini. Kesannya, profesion perguruan mengalami kekurangan generasi muda yang
mempunyai bakat untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga, kerajaan tidak lagi
dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan
generasi muda yang ingin menceburi bidang perguruan. Mengikut Lilia dan Norlena
(1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara profesional menyebabkan
profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.Reputasi Negara yang selama ini
dipandang tinggi dalam aspek pendidikan dipertikaikan jika masih ada masalah yang
melibatkan gangguan seksual di sekolah.
Selain itu, Negara tidak lagi dianggap sebagai sebuah institusi pendidikan yang
memberi pendidikan yang berkualiti kepada pelajarnya. Sekaligus warga-warga asing
yang mahu melanjutkan pelajaran tidak akan sesekali memilih Negara Malaysia sebagai
destinasi tumpuan. Selain itu, negar tidak mahu melahirkan anggota masyarakat yang
berpendidikan tinggi dan berfikiran bernas kerana para ibu bapa sudah tidakboleh
memberi kepercayaan dan kredibiliti guru sebagai pendidik kepada anak mereka
dpertikaikan.
Manakala kesan jangka panjang yang menimpa negara ialah guru dipersalahkan secara
total sehinggakan beliau dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain. Kerajaan tidak
lagi membuka peluang untuk menjadi seseorang guru secara terbuka tetapi secara terhad.
7/27/2019 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-gangguan-seksualdocx 5/5
Hal ini sekaligus akan meningkatkan lagi kes pengangguran yang turut menjejaskan
ekonomi semasa Negara. Peluang-peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan
masyaraakat memilih jalan yang salah untuk megisi masa yang terluang. Apa yang lebih
berat ialah isu gangguan seksual ini dibawa terus kepada pihak atasan seperti polis dan
peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka. Sekaligus, berita-berita yang
memalukan tentang salah laku seperti kes oral seks terhadap pelajar terpampang di muka
hadapan surat-surat khabar sehingga menjadi berita sensasi yang menjatuhkan maruah
diri sendiri, ibu bapa dan masyarakat dan Negara di mata dunia luar.