kesan latihan senaman ke atas … abstrak kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan latihan...
TRANSCRIPT
KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP PESAKIT
YANG MENGALAMI KECEDERAAN SARAF BRACHIAL PLEXUS
(ERB’S PALSY)
ANGELINE JUMPO
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI
OTOT BISEP PESAKIT YANG MENGALAMI KECEDERAAN SARAF BRACHIAL PLEXUS (ERB’S PALSY).
SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya ANGELINE JUMPO ( HURUF BESAR ) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktuB di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) √ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap LOT 799 RANCHAN COTTAGE, P. M. DR. HJ ABDUL HAFIDZ B. HJ. OMAR 94700 SERIAN, SARAWAK Tarikh : 11 Mac 2004 Tarikh : 11 Mac 2004
“ Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : …………………..
Nama Penyelia : P. M. DR. HJ. ABD. HAFIDZ BIN HJ. OMAR
Tarikh : 11 MAC 2004
KESAN LATIHAN SENAMAN KE ATAS KONTRAKSI OTOT BISEP PESAKIT
YANG MENGALAMI KECEDERAAN SARAF BRACHIAL PLEXUS
(ERB’S PALSY)
ANGELINE JUMPO
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………..
Nama Penulis : ANGELINE JUMPO
Tarikh : 11 MAC 2004
iii
Dedikasi
Khas buat,
Ibu yang sangat dikasihi,
Rakan-rakan yang disayangi.
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga dan setinggi-tinggi penghargaan kepada P.M. Dr. Hj. Abd. Hafidz bin Hj.
Omar selaku pensyarah, pembimbing dan penyelia yang telah banyak memberikan
bimbingan, galakan dan nasihat serta panduan yang amat berguna dalam usaha untuk
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Mariam binti Mohd
Nawang selaku Pengarah Jabatan Pemulihan Anggota, Hospital Sultanah Aminah, di atas
kerjasama, dorongan, maklumat dan keterangan yang banyak membantu dalam
melaksanakan kajian saya ini. Terima kasih juga kepada pihak Melaka Manipal Medical
College di atas layanan istimewa dan kerjasama yang telah diberikan dalam usaha saya
untuk mengumpul maklumat bagi kajian yang telah dijalankan.
Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu, pakcik,
abang, kakak dan adik saya yang tanpa jemu-jemu telah memberikan sokongan dan
galakan kepada saya serta memberi harapan kepada saya untuk menyiapkan projek ini.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan tutor-
tutor Sains Sukan, Fakulti Pendidikan di atas tunjuk ajar, nasihat dan kerjasama yang
diberikan kepada saya selama ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan
serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, terima
kasih saya ucapkan.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan latihan senaman elbow flexion
ke atas kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy. Selain itu, kajian ini juga menganalisis
perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy selepas menjalani latihan senaman
berbanding dengan sampel normal. Seramai 11 orang sampel telah dipilih untuk kajian
ini iaitu terdiri daripada 10 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia sebagai
sampel kawalan dan seorang pesakit Erb’s Palsy yang merupakan salah seorang staf
Universiti Teknologi Malaysia sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini, alat BIOPAC
Electromyography I, Standard & Integrated EMG digunakan untuk melihat isyarat EMG
yang menggambarkan aktiviti elektrik otot. Alat ini juga digunakan untuk mengambil
bacaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy sebelum dan selepas latihan senaman
elbow flexion yang telah dijalankan selama 5 minggu iaitu sebanyak 3 kali dalam
seminggu. Data yang perolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Packages for Social Science versi 10.0 (SPSS10.0), di mana tahap signifikan yang
ditetapkan ialah p=0.05. Berdasarkan kepada keputusan kajian kesan latihan senaman ke
atas kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy, didapati terdapat perbezaan yang signifikan
di antara ujian pra dan ujian pos terhadap kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to determine whether or not a difference exist in
muscle electrical activity or biceps contraction of an adult with Erb’s Palsy between
before and after undergo rehabilitation training program. Therefore, this study also
analyzed the difference of biceps contraction between an adult with Erb’s Palsy and the
normal subjects. 11 subjects were chosen for this study. 10 persons for normal subjects
consist of University of Technology Malaysia (UTM) students and an adult with Erb’s
Palsy who is a staff in University of Technology Malaysia (UTM) as a sample. Surface
electromyography (EMG) was used to measure the muscle activity during the procedure
of the pre and post test. EMG of the biceps was recorded before and after the training
program which was held for 5 weeks, 3 times in a week. The data collected was analyzed
using the Statistical Packages For Social Science Version 10.0 (SPSS 10.0). The result
shows that there was a significant difference between pre and post-test towards the biceps
contraction of the adult with Erb’s Palsy.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif kajian 9
1.5 Kepentingan Kajian 10
1.6 Persoalan kajian 10
1.7 Hipotesis Kajian 11
1.8 Skop Kajian 12
1.9 Limitasi Kajian 12
viii
1.10 Definisi Operasional 13
1.11 Penutup 16
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Kontraksi Otot 18
2.3 Kekuatan Otot 20
2.4 Electromyography (EMG) 21
2.5 Erb’s Palsy 22
2.6 Latihan Senaman 26
2.7 Penutup 27
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Pemilihan Subjek 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.5 Prosedur Kajian 31
3.6 Pengumpulan Data 34
3.7 Penganalisaan Data 34
3.8 Penutup 34
IV PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Diskriptif 37
ix
4.3 Analisis Inferensi 43
4.4 Penutup 46
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Perbincangan 48
5.3 Kesimpulan 50
5.4 Cadangan 51
5.5 Penutup 53
BIBLIOGRAFI 54
LAMPIRAN
LAMPIRAN A – U 58 - 82
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Bacaan Nilai P-P Sampel Normal Mengikut 37
Berat Badan (kg)
4.2.2 Bacaan Maksima, Minima, P-P dan Purata 39
P-P bagi Sampel Normal
4.2.3 Bacaan Pra dan Pos Pesakit Erb’s Palsy 40
4.3.1 Bacaan P-P (maksimun mV – minimum mV) 43
Pesakit Erb’s Palsy Bagi Ujian Pra dan Pos
4.3.2 Nilai Bacaan Kontraksi Otot Bisep Pesakit 45
Erb’s Palsy (P-P) Berdasarkan Jumlah Bilangan
Hari Latihan
4.3.3 Nilai Bacaan Kontraksi Otot Bisep Pesakit 46
Erb’s Palsy (P-P) Berdasarkan Jumlah Bilangan
Hari Selepas Latihan.
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Rajah Nilai P-P Sampel Normal Mengikut Berat 38
Badan (kg)
4.2.2 Rajah Perbezaan Bacaan Nilai P-P antara Sampel 41
Normal dengan Pesakit Erb’s Palsy
4.2.3 Rajah Perbezaan Purata Bacaan Nilai P-P Pra dan 42
Pos Pesakit Erb’s Palsy
4.3.1 Kawasan Penerimaan dan Penolakan Hipotesis 44
xii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 58
bagi Ujian Pra I
B Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 59
bagi Ujian Pra II
C Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 60
bagi Ujian Pra III
D Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 61
bagi Ujian I
E Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 62
bagi Ujian II
F Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 63
bagi Ujian Pos I
G Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 64
bagi Ujian Pos II
H Data Isyarat EMG Sampel Erb’s Palsy 65
bagi Ujian Pos III
I Data Isyarat EMG Sampel Normal I 66
J Data Isyarat EMG Sampel Normal II 67
K Data Isyarat EMG Sampel Normal III 68
L Data Isyarat EMG Sampel Normal IV 69
M Data Isyarat EMG Sampel Normal V 70
xiii
N Data Isyarat EMG Sampel Normal VI 71
O Data Isyarat EMG Sampel Normal VII 72
P Data Isyarat EMG Sampel Normal VIII 73
Q Data Isyarat EMG Sampel Normal IX 74
R Data Isyarat EMG Sampel Normal X 75
S Jadual Program Latihan 76
T Prosedur Latihan Senaman Elbow Flexion 79
U Alat Biopac EMG 82
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Aktiviti fizikal ialah sebarang pergerakan tubuh yang dihasilkan oleh kontraksi
otot rangka melalui penggunaan tenaga. Senaman pula ialah aktiviti fizikal yang
dirancang, berstruktur dan terdapat ulangan dalam melakukannya serta mempunyai
tujuan untuk mempertingkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal seseorang itu
(Laporan Surgeon General, Atlanta, 1996 dalam Berne, 1998).
Segala jenis aktiviti fizikal yang dijalankan sebagai rawatan bagi kesakitan atau
kecederaan dinamakan terapi senaman. Terapi senaman bertujuan untuk merawat
pelbagai masalah dan keadaan yang berkaitan sistem otot dan rangka, neurologikal dan
psikologikal. Terapi senaman atau fisioterapi juga mempunyai faedah-faedah sampingan
iaitu dalam meningkatkan keyakinan diri pesakit, tidur dan rehat yang mencukupi,
meningkatkan tahap aktiviti dan perhubungan sosial pesakit. Selain itu, keadaan-keadaan
yang boleh dirawat melalui fisioterapi adalah termasuk masalah kesihatan mental, obesiti,
masalah tidak dapat mengawal kencing ataupun masalah urinari, masalah kardiovaskular,
dan pemulihan pulmonari. Senaman bukan sahaja mengembalikan fungsi anggota
seseorang tetapi juga kepada pesakit secara keseluruhannya (Thibodeau G.A, 1994 dalam
Brukner, 2001).
2
Bagi kecederaan yang melibatkan sendi, otot, saraf dan tulang yang mana
kecederaan tersebut telah menyebabkan seseorang individu tersebut menjadi kurang
upaya ataupun kecederaannya menyebabkan anggota yang tercedera tidak dapat bergerak
atau berfungsi seperti biasa, maka beliau perlulah menjalani rawatan pemulihan seperti
terapi fizikal ataupun terapi senaman. Rawatan pemulihan seperti ini biasanya dilakukan
melalui latihan fizikal dan senaman ke atas anggota tubuh pesakit yang terjejas. Ini
adalah bertujuan untuk membantu pesakit tersebut untuk memulihkan kecederaan yang
dialaminya, meningkatkan kekuatan anggota yang tercedera serta memperbaiki
keupayaan fizikal agar pesakit dapat berdikari, memperbaiki kualiti hidup dari segi
fizikal, emosi dan sosial. Di samping itu, ini akan memudahkan lagi pergerakannya
dalam melakukan aktiviti seharian (Nasarajan M, 1994).
Selepas menjalani rawatan perubatan, pembedahan dan sebagainya, bagi
mendapatkan kembali fungsi yang signifikan bagi anggota-anggota yang terjejas
memerlukan tempoh lebih kurang tiga sehingga 5 tahun. Pada ketika itu, terapi fizikal
bertujuan untuk mengelakkan pengerasan pada bahagian-bahagian sendi dan pengecutan
otot ataupun muscle atrophy (Canale S.T, 1995).
Terdapat pelbagai jenis terapi contohnya terapi hidro di mana terapi dilakukan di
dalam kolam yang berisi air yang mempunyai suhu yang dikawal dan ditetapkan serta
mempunyai tekanan hidrostatik air. Terapi jenis ini bagus untuk menaikkan suhu otot,
melonggar serta meregangkan otot. Selain itu, terapi dengan cara mengurut pula boleh
melegakan kesakitan pada anggota badan dengan melega dan merehatkan otot. Bagi otot
yang pada mulanya lumpuh tetapi terdapat pemulihan dari segi motor dan sensori
perlukan latihan kekuatan untuk meningkatkan kekuatan otot tersebut. Dalam fisioterapi,
tractions ataupun keadaan menarik juga perlu. Traction diaplikasikan dalam terapi
untuk memisahkan permukaan sendi ketika memberikan pergerakan pasif kepada sendi-
sendi dan untuk mencapai relaksasi bagi otot-otot yang mengalami kekejangan. Adalah
penting bagi seseorang pesakit itu untuk mendapatkan rawatan secara berterusan dan
3
menjalani pemulihan kecederaan jangka panjang (J. Maheswari, 1993 dalam Nasarajan,
1994).
1.2 Latar Belakang Masalah
Ramai antara kita percaya bahawa senaman adalah baik untuk tubuh, walaupun
ada di antara kita tidak mengetahui apakah kebaikan dan faedah yang diperolehi melalui
senaman. Antara faedah yang diperolehi melalui senaman adalah seperti membentuk dan
membina otot, mengubah postur tubuh yang kurang baik kepada postur yang lebih baik,
fungsi jantung dan paru-paru yang lebih efisien, tidak mudah letih terutamanya ketika
sedang melakukan aktiviti-aktivi fizikal, rasa dan kelihatan lebih menarik (Patton T.K,
1994 dalam Berne, 1998).
Latihan atau senaman yang perlu dilakukan adalah berbeza mengikut keperluan,
jenis dan tahap kecederaan serta jenis dan tujuan senaman. Jenis-jenis senaman yang
biasa dilakukan ke atas anggota tubuh yang mengalami kecederaan atau yang kurang
upaya adalah seperti senaman range-of-motion dan senaman regangan yang bertujuan
untuk memperbaiki dan meningkatkan pergerakan sendi serta fungsinya. Senaman
range-of-motion adalah senaman yang dilakukan berulang-ulang di mana satu atau lebih
sendi pada badan dibengkok atau diluruskan serta digerakkan pada semua arah dalam
julat sesuatu sendi itu biasa digerakkan. Ini dilakukan bagi mengelakkan berlakunya
ketidakseimbangan otot iaitu otot yang menarik sendi pada satu arah adalah lebih kuat
daripada otot yang menarik sendi pada arah sebaliknya (Turek S.L, 1998)
4
Terdapat tiga cara untuk melakukan senaman latihan range-of-motion iaitu
senaman pasif, senaman aktif dengan bantuan dan senaman aktif. Senaman pasif
dilakukan ke atas pesakit jika seseorang pesakit itu langsung tidak dapat menggerakkan
anggota badan yang tertentu yang mengalami kecederaan iaitu anggota yang ingin
dipulihkan. Pesakit akan dibantu sepenuhnya oleh ahli terapi ataupun ahli keluarga
pesakit yang telah menerima arahan dan nasihat daripada ahli terapi. Senaman aktif
dengan bantuan pula bertujuan apabila seseorang pesakit berupaya untuk menggerakkan
sedikit anggota yang mengalami kecederaan dan dibantu seterusnya oleh ahli terapi atau
pembantunya. Bagi pesakit yang boleh atau berupaya menggerakkan anggota yang
terjejas dengan sendirinya tanpa bantuan, maka senaman aktif adalah lebih sesuai kerana
ia membantu dalam mempertingkatkan kekuatan otot. Latihan senaman aktif boleh
ditingkatkan dengan menambahkan beban kepada latihan yang dijalankan ke atas pesakit.
Posisi anggota badan juga boleh diperbaiki melalui latihan memegang atau melakukan
sesuatu pergerakan dalam posisi yang betul. Latihan yang melibatkan pergerakan dan
tindakan pula dapat meningkatkan kawalan fizikal dan keseimbangan. Terdapat dua jenis
latihan kekuatan bagi individu yang kurang upaya iaitu latihan kekuatan melalui
pergerakan dan senaman yang membenarkan otot bekerja dan menggerakkan sendi
mengatasi rintangan dan satu lagi adalah latihan kekuatan tanpa pergerakan di mana otot
bekerja tanpa menggerakkan ataupun membengkokkan sendi pada anggota badan yang
terlibat (David W, 1987 dalam Howley, 1992).
Senaman boleh meningkatkan saiz otot dan ini boleh dicapai melalui latihan
kekuatan, di mana ini melibatkan otot berkontraksi menentang rintangan yang berat.
Latihan kekuatan meningkatkan jumlah miofilamen di dalam setiap serat otot yang
terlibat. Latihan kekuatan ataupun latihan bebanan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
isotonik, isometrik dan isokinetik (Wee Eng Hoe, 1998).
Dalam latihan isotonik, beban yang digunakan adalah tetap sepanjang perlakuan
pergerakan dan berasaskan set ulangan maksimum serta membangunkan tiga komponen
5
kecergasan iaitu kekuatan, kuasa dan daya tahan. Kelebihan latihan ini ialah ia
menggunakan alat yang murah dan senang didapati contohnya berat bebas ataupun free
weights. Kekuatan dibangunkan melalui rangkaian pergerakan. Kelemahan latihan ini
ialah beban tidak dikekalkan sepanjang rangkaian pergerakan. Tambahan pula,
pertukaran berat untuk senaman yang berbeza memakan masa dan ini menyebabkan masa
latihan terbuang.
Latihan isometrik pula memberi penekanan kepada penahan penguncupan
maksimum otot selama lima saat, rehat dan ulangan sebanyak lima kali. Penahanan
penguncupan maksimum adalah terhadap rintangan yang tidak bergerak. Kelebihan
latihan ini ialah ini boleh dilakukan tanpa alat atau dengan sedikit alat. Masa latihan
adalah pendek dan digunakan dengan berkesan. Kelemahan latihan ini mungkin kerana
kemajuan latihan sukar dinilai disebabkan penguncupan otot secara statik tanpa rangkaian
pergerakan.
Latihan isokinetik memerlukan mesin-mesin atau alatan yang mahal. Mesin
untuk latihan ini ialah seperti Nautilus, Hydragym atau Cybex. Mesin untuk latihan ini
membolehkan kerja serta kelajuan dikekalkan. Ia membangunkan tekanan otot secara
maksimum sepanjang pergerakan. Di samping itu, ia membolehkan latihan pergerakan
sukan seperti lontaran atau tendangan dilakukan (Wee Eng Hoe, 1998).
Latihan daya tahan pula kerap dipanggil latihan aerobik dan latihan ini pula tidak
membawa kepada pembesaran saiz otot ataupun muscle hypertrophy. Latihan jenis ini
meningkatkan keupayaan otot untuk melakukan senaman dalam tempoh yang panjang.
Contohnya seperti berlari atau berjoging, berbasikal dan sebagainya. Latihan ini akan
meningkatkan jumlah salur darah di dalam otot tanpa membawa kepada peningkatan saiz
otot (Thibodeau G.A dan Patton ,T.K., 1994 dalam Brukner, 2001).
6
1.3 Pernyataan Masalah
Kecederaan brachial plexus merupakan kecederaan saraf yang terletak di antara
leher dan bahu. Saraf brachial plexus terdiri daripada saraf C5, C6, C7, C8 dan T1 (M.
Nasarajan dan N.Mayilvahanan, 1994).
Beribu orang dewasa di seluruh dunia mengalami kecederaan ini dengan tahap
ketidakupayaan yang berbeza. Ramai daripada mereka yang tidak sedar bahawa terdapat
individu lain yang mengalami masalah atau keadaan yang sama. Mereka mungkin tidak
mendapatkan rawatan lanjutnya serta tidak mengetahui terdapatnya rawatan walaupun
selepas beberapa tahun selepas kecederaan (Adams J.C,1995).
Kecederaan pada saraf brachial plexus mempengaruhi fungsi motor dan sensori
pada tangan dan lengan. Bergantung kepada tahap kecederaan, simptom-simptom yang
kita boleh lihat adalah seperti penggunaan jari-jari dengan baik tapi tidak dapat mengawal
otot bahu dan siku. Sesetengah di antaranya boleh menggunakan lengan tetapi tidak
mempunyai kawalan ke atas jari dan terdapat juga yang mempunyai bahagian anggota
atas badan lemah dengan ketiadaan fungsi motor dan sensori. Kecederaan ini boleh jadi
bilateral iaitu di mana kedua-dua belah lengan turut dipengaruhi.
Erb’s Palsy adalah satu kecederaan di mana berlaku kecederaan pada saraf yang
mengawal pergerakan bahagian lengan atas seperti saraf C5, C6 dan C7 yang mengawal
pergerakan deltoid, bisep dan trisep. Ini boleh disebabkan oleh tarikan ke atas bahu bayi
ketika dalam proses kelahiran yang mengakibatkan rangkaian saraf brachial plexus
terjejas atau rosak. Selain itu, Erb’s Palsy juga boleh berlaku disebabkan kemalangan
motosikal atau kereta, kemalangan ketika bersukan, terjatuh dan sebagainya (M.
Nasarajan dan N. Mayilvahanan, 1994).
7
Setiap orang yang mempunyai kecederaan brachial plexus perlu serta digalakkan
untuk melakukan latihan dan senaman bagi memastikan otot dan sendi bergerak secara
normal serta mengelakkan otot menjadi lemah kerana otot yang tidak digunakan akan
mengecut. Pesakit yang lumpuh di bahagian lengan dan tidak menggerakkannya boleh
mengakibatkan bahu dan siku menjadi kaku dan tendonnya menjadi mengecut. Senaman
atau latihan fisioterapi yang dijalankan ke atas pesakit juga bertujuan untuk merangsang
deria fungsi motor dan sensori bahagian tubuh yang terjejas, meningkatkan fleksibiliti
dan kekuatan. Apabila saraf mula bekerja dengan lebih baik, otot dan sendi akan
bersedia untuk bekerja. Ini bermaksud, latihan terapi penting supaya bila saraf yang telah
pulih atau sembuh menghantar isyarat untuk pergerakan, otot dan sendi boleh
memberikan tindak balas ataupun respon kepada rangsangan yang telah diberikan. Selain
itu, terapi yang diberikan juga bertujuan untuk membantu pesakit untuk meningkatkan
daya tahan otot dan fungsi lengan dan tangan yang mengalami kecederaan serta
meningkatkan koordinasi pergerakannya (Dandy D.J, 2001).
Elbow flexor ialah sekumpulan otot yang terdiri daripada brachialis, bisep brachii
dan brachioradialis yang bertanggungjawab untuk melakukan pergerakan elbow flexion.
Apabila berkontraksi kosentrik, elbow flexor akan menyebabkan flexion pada sendi di
siku. Dalam melakukan elbow flexion secara perlahan melawan tarikan graviti, brachialis
dan bisep adalah terlibat walaupun dengan beban yang sedikit. Dengan kelajuan
bertambah, aktiviti di brachioradialis meningkat dengan ketara (Conaill M,1949 dalam
Behnke, 2001).
Untuk melakukan senaman yang menggunakan tarikan graviti sebagai daya
rintangan, pergerakannya mestilah dilakukan dalam arah yang bertentangan dengan
tarikan graviti iaitu bergerak menjauhi bumi. Semasa kontraksi kosentrik, otot antagonist
yang bertindak bertentangan dengan otot yang menyebabkan kontraksi kosentrik iaitu
pada asasnya adalah pasif dan memanjang. Pada masa yang sama otot agonist
memendek dalam berkontraksi. Contohnya ketika melakukan elbow flexion, jika
8
dilakukan melawan tarikan graviti, otot yang bertanggungjawab untuk pergerakan elbow
flexion iaitu otot bisep brachii akan berkontraksi kosentrik. Otot antagonist iaitu otot
trisep yang bertanggungjawab dalam pergerakan elbow extension pula dalam keadaan
rehat dan memanjang secara pasif ketika pergerakan tersebut (Howley E.T, 1992).
Bagi individu yang mengalami kurang upaya disebabkan kecederaan yang
menimpa, senaman terapi adalah baik untuk menggerakkan sendi-sendi, untuk
menguatkan otot-otot yang lemah, meningkatkan koordinasi serta imbangan badan. Bagi
otot yang lemah, kekuatan otot boleh ditingkatkan dengan melakukan latihan rintangan.
Jika otot terlalu lemah, daya tarikan graviti sudah memadai sebagai daya rintangan.
Senaman latihan menguatkan otot melalui terapi senaman dibahagikan kepada dua jenis
iaitu senaman statik atau isometrik dan senaman dinamik atau isotonik. Dalam senaman
statik, otot berkontraksi manakala panjangnya kekal sama contohnya kontraksi otot
ketika menolak dinding. Dalam senaman dinamik pula, otot berkontraksi dan
menghasilkan pergerakan. Senaman ini boleh jadi aktif iaitu di mana pesakit melakukan
senaman tersebut dengan sendirinya, secara active assisted atau dengan bantuan iaitu
pesakit melakukan senaman sambil dibantu oleh seseorang sama ada ahli fisioterapi
ataupun ahli keluarga. Active resisted pula di mana pesakit melakukan pergerakan
menentang ataupun melawan rintangan. Cara ini lebih berkesan untuk meningkatkan
kekuatan otot.
Senaman active range of motion digunakan apabila pesakit boleh melakukan
senaman tanpa bantuan. Active assistive range of motion pula digunakan jika otot terlalu
lemah atau jika pergerakan sendi mengakibatkan ketidakselesaan. Passive range of
motion pula digunakan jika pesakit langsung tidak boleh menggerakkan anggota yang
kurang upaya. Jika sendi pesakit keras ataupun kaku serta sakit dan ototnya tegang, maka
adalah lebih baik jika sedikit haba diletakkan pada bahagian sendi dan otot tersebut. Ini
boleh mengurangkan kesakitan serta merehatkan otot yang tegang. Senaman adalah lebih
efektif dan kurang mengalami kesakitan pada bahagian sendi dan juga otot jika suhu tisu
9
otot ditingkatkan lebih kurang 48˚C (109˚F). Ini boleh dilakukan dengan meletakkan
heat pack pada permukaan otot dan juga pada bahagian sendi yang terlibat dalam
pergerakan senaman yang akan dilakukan selama 10 hingga 15 minit. Sebagai contoh,
haba diletakkan pada bahagian siku dan juga otot bisep sebelum melakukan senaman
elbow flexion (J. Maheswari, 1993 dalam Nasarajan, 1994s).
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kesan latihan senaman
ke atas kontraksi otot bisep individu yang mengalami kecederaan brachial plexus.
Perkara-perkara yang dikenalpasti ialah:
a) untuk menentukan satu latihan senaman yang bersesuaian dengan pesakit
Erb’s Palsy dari segi tempoh, jenis senaman dan kekerapan.
b) untuk mengetahui perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy sebelum
dan selepas latihan senaman dilakukan ke atas sampel.
c) untuk menganalisa dan membuat perbezaan di antara kekuatan dan kontraksi
otot bisep pesakit Erb’s Palsy dengan sampel yang normal.
10
1.5 Kepentingan Kajian
Senaman dan latihan pemulihan yang teratur dan bersesuaian memainkan peranan
yang sangat penting untuk dalam usaha untuk memulihkan sesuatu kecederaan dan
memperbaiki fungsi anggota fizikal yang mengalami ketidakupayaan. Oleh itu, melalui
kajian yang akan dijalankan, diharapkan agar dapat memberi panduan dan gambaran
mengenai latihan senaman bagi pemulihan otot bisep yang mengalami keadaan Erb’s
Palsy. Hasil kajian ini akan dapat :
a) menunjukkan penggunaan kaedah pengukuran dan penilaian yang
bersistematik dan saintifik dalam melakukan ujian ke atas kesan latihan
senaman untuk pemulihan.
b) memberi maklum balas kepada pesakit tentang perkembangan keadaan
kecederaan beliau.
c) dapatan kajian juga dapat memberi panduan kepada pengkaji-pengkaji lain
yang ingin serta berminat untuk membuat kajian dalam bidang ini.
1.6 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian yang telah dikenalpasti oleh penyelidik ialah:
11
a
a) Adakah terdapat perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy sebelum
dan selepas menjalani program latihan pemulihan?
b) Adakah terdapat perbezaan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy selepas
latihan senaman berbanding sampel normal?
c) Adakah terdapat hubungan di antara kontraksi otot dengan jumlah hari
latihan?
1.7 Hipotesis Kajian
Dengan batasan-batasan yang wujud dihipotesiskan bahawa:
H 1 : Tidak terdapat perbezaan dan kontraksi otot bisep pesakit Erb’s Palsy
yang
mengalami Erb’s Palsy selepas menjalani latihan senaman elbow flexion.
H 2 : Tidak terdapat perbezaan kekuatan dan kontraksi otot bisep sampel yang
mengalami Erb’s Palsy dan subjek normal.
H 1 : Terdapat perbezaan kekuatan dan kontraksi otot bisep pada subjek yang
mengalami Erb’s Palsy selepas menjalani latihan senaman elbow flexion.
H 2 : Terdapat perbezaan kekuatan dan kontraksi otot bisep sampel yang
mengalami Erb’s Palsy dan subjek normal.