kesan rmk 1-10
TRANSCRIPT
KESAN-KESAN RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN TERHADAP
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah memberi pelbagai impak
terhadap hubungan etnik di Malaysia. Antaranya ialah ia dapat melupuskan rasa
cemburu antara satu sama lain. Dasar British yang mengutamakan pembangunan di
bandar telah menimbulkan ketidakpuasan hati kepada sesetengah kaum.
Kemuncaknya dapat dilihat semasa peristiwa 13 Mei yang telah mengorbankan
banyak nyawa. Bagaimanapun, rancangan-rancangan pembangunan telah
membawa perubahan yang besar dalam konteks hubungan etnik masyarakat iaitu
tiada diskriminasi yang berlaku dan semua kaum berhak untuk melibatkan diri dalam
bidang yang mereka mahu.
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Dalam Rancangan Malaya Pertama, kerajaan telah menubuhkan 2 agensi
utama iaitu RIDA dan FELDA. Penubuhan RIDA adalah untuk membangunkan
bidang ekonomi di luar bandar manakala penubuhan FELDA pula adalah untuk
membangunkan tanah dan petempatan luar bandar. Selain itu, kementerian
pembangunan negara ditubuhkan untuk memesatkan pembangunan luar bandar.
Kerajaan juga telah menyediakan kemudahan asas penduduk luar bandar. Implikasi
daripada rancangan ini ialah ia pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk
semua golongan etnik.
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Melalui Rancangan Malaya Kedua, rancangan pembukaan tanah baru oleh
FELDA digiatkan. Kerajaan juga telah menubuhkan FAMA untuk membantu bagi
memasarkan hasil petani. Di samping itu, jawatan pembangunan kampung
ditubuhkan untuk melibatkan rakyat dalam pembangunan. Hasil daripada rancangan
ini ialah tanah-tanah yang terbiar dapat dibuka dan digunakan oleh semua lapisan
masyarakat tanpa mengira kaum. Selain itu, hasil pertanian juga dapat dipasarkan
dengan lebih meluas lagi melalui FAMA kepada semua kaum di negara ini. Jawatan
pembangunan kampung yang telah ditubuhkan juga dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim sesama masyarakat tanpa mengira kaum.
Hal ini juga dapat meningkatkan lagi peluang pekerjaan kepada semua
lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Sebagai contoh, semua kaum sudah tidak
lagi terikat pada dasar British. Oleh itu, mereka mempunyai hak dan kebebasan
sendiri untuk memilih dan melibatkan diri dalam pekerjaan yang mereka mahu.
Sebagai contoh, kaum Melayu dan India boleh melibatkan diri dalam bidang
perniagaan dan sebaliknya. Pembangunan yang pesat telah membuka banyak
peluang pekerjaan kepada semua kaum dan seterusnya dapat mengurangkan kadar
pengangguran di Malaysia.
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
Bagi Rancangan Malaysia Pertama pula, penubuhan FELCRA, MARDI, &
Bank Pertanian telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan usaha
pembangunan ekonomi luar bandar. Penubuhan MARA pula dapat menggalakkan
orang Melayu menyertai dalam sektor perdagangan dan industri. Rancangan ini
banyak menyediakan kemudahan perhubungan, kesihatan dan pendidikan luar
bandar. Implikasi daripada rancangan ini ialah ia dapat memberi peluang pekerjaan
kepada semua kaum dan memupuk perpaduan antara kaum.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan dapat digunakan bersama-sama
tanpa mengehadkan penggunaannya terhadap sesuatu kaum. Dalam hal ini,
pembangunan yang adil dan demokrasi di dalam negara kita telah dapat
mewujudkan masyarakat majmuk yang harmoni. Hal ini adalah kerana semua kaum
mempunyai hak masing-masing dan menerima rasional hak istimewa kaum Melayu
dalam negara. Di samping itu, layanan yang sama rata kepada semua kaum telah
menimbulkan rasa puas hati kepada kaum Cina dan India.
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum,
kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam Rancangan
Pembangunan Negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang telah dilancarkan oleh Kerajaan melalui
Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) bertujuan untuk memperbetulkan
ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan
dalam wilayah yang sama di Malaysia.
Daripada bancian penduduk pada tahun 1970 didapati bahawa 49.3 peratus
daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah
garis kemiskinan. Sejumlah 86 peratus daripada keluarga miskin tersebut terdapat di
kawasan luar bandar manakala 14 peratus lagi di kawasan bandar. Manakala
daripada Kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-Syarikat Berhad yang dijalankan oleh
Jabatan Perangkaan dan Rekod Pendaftar Syarikat, adalah didapati bahawa hak
milik dan penguasaan ekonomi di antara kaum dan pelabur dalam dan luar negeri
adalah tidak seimbang.
Beberapa kejayaan telah dicapai di bawah rancangan penyusunan semula
masyarakat. Satu daripadanya ialah pendapatan purata kaum Bumiputera telah
meningkat daripada RM172 sebulan dalam tahun 1970 kepada RM614 sebulan
dalam tahun 1987. Pendapatan ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan
pendapatan kaum-kaum lain.
Kadar kemiskinan juga telah menurun bagi semua kaum dalam tahun 1987
berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Di Semenanjung Malaysia, misalnya
kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.3 peratus dalam tahun 1970 kepada
17.3 peratus dalam tahun 1987. Daripada segi pembangunan bandar dan
penyusunan semula, jumlah penduduk Bumiputera di bandar-bandar telah
meningkat. Misalnya, komposisi penduduk Bumiputera di bandar di Semenanjung
Malaysia telah meningkat daripada 41.3 peratus dalam tahun 1985 kepada 44
peratus dalam tahun 1988.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) 1976 – 1980, merupakan peringkat
kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Rancangan ini disediakan
berasaskan kepada kemajuan penting ekonomi dan sosial pada tahun-tahun
kebelakangan, khususnya semasa Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), dan
seterusnya berpandukan kepada pengalaman yang telah diperolehi dalam proses
mendorongkan pembangunan ekonomi dan sosial.
Dalam rancangan ini, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan-
kemudahan perumahan dan pengangkutan awam di kawasan miskin di bandar-
bandar besar. Pembangunan sosioekonomi RMT telah menambahkan lagi peranan
sektor-sektor pertanian dan perindustrian supaya dapat menyediakan peluang-
peluang yang kian bertambah supaya lebih ramai lagi rakyat dari berbilang kaum
menyertai di bidang-bidang tersebut.
Hal ini dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum.
dapat menyediakan prasarana yang lengkap untuk kemudahan semua kaum sama
ada di dalam atau di luar bandar. Perpaduan antara tiga kaum merupakan batu
loncatan dalam menyumbangkan ekonomi negara kita. Ekonomi yang pesat secara
tidak langsung dapat menyediakan prasarana yang lengkap untuk semua kaum
secara adil. Hal ini juga dapat mengelakkan rasa tidak dipedulikan atau dipinggirkan
akibat daripada tiada prasarana yang disediakan untuk sesuatu kaum.
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985 merupakan satu lagi
langkah utama bagi mencapai matlamat-matlamat jangka panjang pembangunan
ekonomi dan perpaduan negara. Di bawah rancangan ini kerajaan merangka
pelbagai program dalam usaha memesatkan dan meningkatkan lagi pendapatan dan
taraf hidup rakyat negara ini.
Kemajuan dalam usaha-usaha membasmi kemiskinan telah mengurangkan
kadar kemiskinan dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980.
Kemajuan ini telah dicapai hasil dari pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat
dalam tempoh 1971-1980 dengan kemajuan yang besar dicapai dari segi guna
tenaga dan daya pengeluaran dalam sektor pertanian menerusi program seperti
pembangunan tanah dan kawasan yang sedia ada dan dibantu oleh harga barangan
yangtinggi.
Kerajaan telah memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatan seperti
menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, menyediakan khidmat nasihat dan
perundingan, latihan, kemudahan kredit dan pinjaman. Penyelidikan berkenaan akan
dijalankan oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan Persatuan
Penyelidikan dan Pengeluar-pengeluar Getah Malaysia (MRPRA) sementara Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan meneruskan
kegiatan penyelidikannya berkenaan dengan penggunaan dan pemprosesan
barang-barang pertanian, ternakan dan perikanan untuk kegunaan perindustrian dan
perdagangan. Rancangan ini telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan
meningkatkan lagi taraf hidup rakyat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Di samping itu, rancangan ini juga telah memberi impak yang positif dari segi
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Rancangan ini dapat meningkatkan
pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan per kapita dan taraf hidup rakyat
menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain daripada getah.
Penekanan lebih diberikan kepada masyarakat luar bandar yang berpendapatan
rendah seperti menyedia dan memperbaiki kemudahan asas di kawasan luar bandar
di samping mempelbagaikan keluaran pertanian. Hal ini akan dapat membasmi
kemiskinan di luar bandar tanpa mengira kaum. Dengan itu, semua kaum akan
mendapat layanan dan hak yang sama rata.
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru
dalam pembangunan negara dengan strategi yang menekankan pertumbuhan
ekonomi yang sederhana dan stabil. Satu perkara yang diberi penekanan
sepenuhnya ialah perpaduan negara yang merupakan matlamat keseluruhan
pembangunan sosioekonomi. Tumpuan usaha-usaha perpaduan negara ialah untuk
memupuk semangat kebangsaan. Rakyat Malaysia dipupuk rasa cinta dan bangga
terhadap negara.
Melalui rancangan ini, kerajaan juga menggalakkan sektor pertanian dan
industri luar bandar. Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat
penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombong
untuk pertanian dan penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar.
Usaha menggalakkan perindustrian pula didokong dengan langkah- langkah
pengurangan kadar bayaran elektrik, telefon, air, tapak kilang dan lain-lain. RMK-5
turut merangka sebuah strategi baru iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan
dan pembangunan (R&D). Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar
produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha
pembangunan sumber manusia turut dititikberatkan seperti latihan kemahiran dalam
bidang pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
Kesan daripada rancangan ini ialah ia dapat mengurangkan jurang yang
terbina antara kaum sejak sekian lama. Semua kaum dapat bersatu padu dan
bekerjasama dalam sektor-sektor yang diwujudkan. Sebagai contoh, perbezaan
taraf hidup semasa pemerintahan British telah menyukarkan kaum untuk bersatu
padu dalam membentuk keharmonian negara. Rancangan pembangunan yang
memberi pemodenan yang sama rata antara kaum telah dapat menghilangkan
jurang besar antara semua kaum. Secara rasionalnya, semua kaum ini tidak lagi
teragak-agak untuk bekerjasama antara satu sama lain.
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap
yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan
ekonomi yang lebih seimbang. Penekanan kepada ‘pembangunan seimbang’ adalah
berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapat
kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, pertumbuhan yang mantap
memerlukan asas ekonomi yang lebih luas.
Rancangan Malaysia Keenam ini telah memberi kesan dalam membentuk
kerjasama antara satu sama lain. Dalam usaha untuk membentuk perpaduan,
semua kaum boleh bekerjasama dalam bidang-bidang tertentu. Sebagai contoh,
dalam bidang antarabangsa sekarang, ada tokoh perniagaan Melayu yang
mengadakan kerjasama dengan India dan juga Cina. Hal sebegini akan dapat
memupuk kerjasama antara satu sama lain dan seterusnya merapatkan lagi
hubungan sesama mereka.
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
RMK-7 disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia
Keenam, dan bertujuan membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan.
Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi menangani cabaran
dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi.
RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang
sebagaimana di dalam DPN. Rancangan cuba memastikan hasil pertumbuhan
ekonomi diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi
baru yang dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong
oleh pelaburan atau input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada
strategi pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Selain itu, peralihan juga akan
dibuat kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industri-industri
Malaysia.
RMK-7 juga menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah
bidang latihan dan pendidikan. Strategi baru juga dilaksanakan untuk
memperkayakan sains dan teknologi. Selain itu, seperti dalam rancangan terdahulu
RMK-7 juga menekankan peranan sektor swasta dalam menyumbangkan
pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun RMK-7 dilancarkan pada saat ekonomi
sedang berkembang pesat (1996), namun sepanjang perlaksanaannya rancangan
ini akan dikenang kerana telah menghadapi tempoh sukar ekoran kelembapan
ekonomi terutama pada tahun 1998. Oleh itu, kesan rancangan ini terhadap
hubungan etnik di Malaysia ialah ia dapat membantu hasil pertumbuhan ekonomi
negara dibahagikan secara sama rata kepada semua masyarakat tanpa mengira
kaum. Dengan itu, kaum minoriti seperti Cina dan India tidak akan berasa seperti
mereka dipinggirkan oleh kerajaan.
Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 – 2005
merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
(RRJP3), 2001 – 2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung
dalam RRJP3 menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad
ke-21. RMK-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi
mencapai objektif Dasar Wawasan Negara (DWN), iaitu pertumbuhan mapan dan
pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
dan saksama. Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 memberi tumpuan untuk
mencapai pertumbuhan mapan dengan berdaya tahan.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), penswastaan terus
dilaksanakan bagi membantu pertumbuhan ekonomi. Bagi memastikan orang awam
mempunyai peluang penyertaan yang saksama dalam entiti yang diswastakan, entiti
yang dikorporatkan yang berjaya secara komersial akan disenaraikan di Bursa
Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 98 projek telah diswastakan yang terdiri
daripada 47 projek sedia ada dan 51 projek baru. Daripada jumlah projek baru yang
diswastakan, 49 projek adalah dalam sektor pembinaan, pengangkutan serta elektrik
dan gas. Projek yang telah siap dibina adalah Lebuhraya Damansara-Puchong,
menaiktaraf Jalan Sungai Besi dan tiga Penjanakuasa Elektrik Persendirian iaitu di
Sandakan, Karambunai dan Batu Sapi di Sabah, Sistem Monorel di Kuala Lumpur,
Hubungan Kereta Api Ekspres (ERL) dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pembangunan 10,000 unit rumah guru dan
projek bekalan air Fasa III di Selangor.
Oleh yang demikian, rancangan ini telah banyak memberi kesan kepada
hubungan etnik . antaranya ialah ia telah menyatupadukan masyarakat dari pelbagai
kaum dan menyediakan banyak kemudahan infrastruktur untuk digunakan oleh
semua kaum. Ia juga dapat membina masyarakat dari pelbagai etnik yang berdaya
tahan dan bertolak-ansur untuk meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.
Selain itu, ia dapat menyediakan prasarana yang lengkap untuk kemudahan semua
kaum sama ada di dalam atau di luar bandar. Perpaduan antara tiga kaum
merupakan batu loncatan dalam menyumbangkan ekonomi negara kita. Ekonomi
yang pesat secara tidak langsung dapat menyediakan prasarana yang lengkap
untuk semua kaum secara adil. Hal ini juga dapat mengelakkan rasa tidak
dipedulikan atau dipinggirkan akibat daripada tiada prasarana yang disediakan untuk
sesuatu kaum.
Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)
Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang
lalu dengan objektif utamanya ialah “Mengukuhkan Perpaduan Nasional”
bertemakan “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. RMK-9 juga
dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran, merupakan antara
rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara,
memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah
tahun 2020.
Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang
perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu
melalui kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga
turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha
berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal
insan yang baik dan berkualiti ia mampu mencapai matlamat RMK-9.
Kesan daripada rancangan ini ialah masyarakat dari pelbagai etnik dapat
menikmati kemudahan infrastruktur dan pembangunan yang telah dibina seperti
Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johor,
Pelabuhan Tanjung Pelepas, Lapangan Terbang Senai dan Program Sekolah
Angkat di kawasan luar Bandar yang miskin.
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)
Rancangan Malaysia ke-10 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, pada 10 Jun 2010, yang bertemakan
"Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial". Kerajaan telah
memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima
tahun tersebut. Daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi,
30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima
peratus untuk pentadbiran am.
RMKe-10 merupakan satu daripada empat tiang utama di bawah pentadbiran
Datuk Sei Najib Tun Razak. Tiga lagi tiang tonggak itu ialah Gagasan 1Malaysia:
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan
(GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE). Rancangan ini telah memanfaatkan dan
menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena
antarabangsa. Ia juga memberi peluang yang sama kepada semua golongan etnik
dan merapatkan jurang antara kaum melalui Gagasan 1Malaysia.
Perpaduan juga terbentuk antara kaum melalui rancangan ini. Sebagai
contoh, dasar yang dibawa oleh British telah menimbulkan jurang yang besar antara
kaum. British melakukan sedemikian adalah untuk kepentingan mereka sendiri.
Petempatan yang berbeza antara kaum telah menyukarkan kewujudan perpaduan
antara kaum. Walaupun begitu, sejak rancangan-rancangan pembangunan
diperkenalkan, banyak perubahan yang berlaku di mana semua kaum boleh
bekerjasama dalam menjalankan sesuatu dan membentuk perpaduan.
Sebagai kesimpulannya, semenjak merdeka lagi kerajaan telah berusaha
dengan pelbagai dasar, langkah dan program bagi menjamin kestabilan ekonomi
Malaysia termasuklah melaksanakan DEB dan Rancangan Pembangunan Lima
Tahun. Sememangnya langkah ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat komited
dan bersungguh-sungguh dalam membangunkan sektor ekonomi di negara iaitu
bagi menjamin kemajuan yang berterusan dan seterusnya membentuk perpaduan
rakyat. Berdasarkan huraian di atas, ternyatalah bahawa Rancangan Pembangunan