kesedaran kepelbagaian budaya · 2019. 9. 1. · cina • orang cina yang menjadi warganegara atau...
TRANSCRIPT
KESEDARAN KEPELBAGAIAN
BUDAYA
Pengenalan
• Pelbagai kaum-wujud corak sosio budaya yang berbeza.
• Tidak menjadi tembok penghalang untuk wujudkan pelbagai
jurang dalam sistem demokrasi.
• Murid harus didedahkan tentang kepelbagaian sosio budaya
dalam masyarakat.
• 27 juta penduduk dan terdiri daripada lebih 200 etnik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Konsep Bangsa
• Konsep bangsa atau nasional mempunyai maksud yang sangat
luas, terbentuk berasaskan etnik atau ras sedia ada.
• John sturt Mill- bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat
oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama
mereka, berbanding dengan rumpun bangsa lain.
• Lazimnya bangsa terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan
wilayah, budaya, sejarah dan agama.
• Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan etnik yang
harmonis.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Bangsa (menurut Kamus Dewan) = sekumpulan orang yang
mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.
• Secara umum konsep bangsa bermaksud sekumpulan manusia
yang sama asal-usulnya serta serupa sifat-sifatnya.
• Contoh : Melayu, Cina, dan India di Malaysia yang hidup bersama
sejak dahulu dan telah membentuk identiti
Malaysia yang ada kini.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Melayu
• Melayu ditakrifkan sebagai suku-suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Madagascar (UNESCO, 1972)
• Menurut Perlembagaan Malaysia, Melayu hanya merujuk kepada
seseorang yang berketurunan Melayu dan beragama Islam.
• Masyarakat Melayu terdiri daripada keturunan suku kaum
• Banjar
• Arab
• Jawa
• Minangkabau
• Mandahiling,
• Kampar
• Aceh
• Patani dll.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Cina
• Orang Cina yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di
Malaysia.
• Keturunan pendatang dari China (datang sekitar abad 15 –
pertengahan abad 20)
• Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap kecinaan mereka
sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.
• Namun secara beransur-ansur asimilasi budaya telah berlaku dan
perubahan tersebut mula diterima oleh masyarakat.
• Dalam masyarakat Cina terdapat suku-suku spt;
• Hakka/Hokkien
• Hailam
• Kantonis
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
India
• Orang India berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari
India semasa pemerintahan British di TM.
• Keturunan India telah berhijrah sejak 2000 tahun yang lalu dan
kini di Malaysia mereka didapati masih mengamalkan sistem
kasta meskipun kebanyakan mereka sudah melupakannya.
• Penduduk India di TM dan Singapura sebelum ini terdiri daripada
orang lelaki yang meniggalkan keluarga mereka di India dan Sri
Lanka.
• Dalam masyarakat India terdapat keturunan
• Tamil
• Jaffna
• Pakistan
• Sikh
• Bangladesh
• Sri Lanka/Singhalese
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Warganegara Malaysia Mengikut kaum
bagi tahun 1991, 2000 dan Suku kedua
2006
Kumpulan Etnik 1991 2000 2006
• Melayu 8,521,900 11,680,400 13,475,100
• Bumiputera 1,778,000 2,567,800 2,931,400
• Cina 4,623,900 5.691,900 6,219,600
• India 1,316,100 1,680,100 1,858,500
• Lain-lain 572,400 269,700 318,900
• Jumlah 16,812,300 21,889,900 24,803,500
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Masyarakat Majmuk & Pluraliti
Konsep Masyarakat Majmuk (Plural Society):-
• Konsep ini mula diperkenalkan oleh J.S Furnivall (1948); yang
merujuk kepada masyarakat yang dicirikan oleh perpecahan dan
konflik antara kumpulan manusia yang bernaung di bawah satu
sistem politik.
• Smith (1965); masyarakat yang mempunyai kepelbagaian
budaya, perpecahan sosial dan perselisihan.
• Dari segi politik pula ia dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang
mempunyai kebudayaan tersendiri.
• MM wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar
nilai bersama.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Van den Berghe (1967) pula membezakan “kemajmukan sosial”
(yang wujud apabila masyarakat dipecahkan kepada kelompok
korporat atas dasar bukan budaya) daripada “kemajmukan
budaya” (yang timbul akibat wujud beberapa kumpulan etnik).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Ciri-Ciri Masyarakat Majmuk:
• Ketiadaan pemuafakatan (konsensus) nilai.
• Kepelbagaian budaya.
• Wujud konflik antara kelompok yang berlainan.
• Wujud autonomi.
• Wujud paksaan dan saling bergantungan ekonomi sebagai dasar
integrasi sosial.
• Dominasi politik oleh golongan tertentu.
• Hubungan antara kelompok lebih bercorak “secondary”,
“segmental” dan “utilitarian”, manakala hubungan dalam
kelompok lebih bersifat primary.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Konsep Masyarakat Pluraliti Baharu (MPB)
• Konsep MPB melihat bagaimana proses perindustrian,
modenisasi dan globalisasi menambahkan lagi pluraliti Masyakat
Majmuk yang sedia ada.
• Faktor utama yang mewujudkan MPB ialah perkembangan
teknologi maklumat, komunikasi, pengangkutan, perindustrian,
globalisasi dan migrasi bangsa .
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pluralisme Kebudayaan
• Tindakan hidup bersama secara aman damai dalam kalangan
pelbagai kumpulan etnik dan setiap kumpulan etnik akan
mengekalkan identiti masing-masing.
• Di Malaysia pluraliti budaya diperkenalkan bagi menyelesaikan
masalah hubungan ras sejajar dengan matlamat kebudayaan
Kebangsaan.
• Kebudayaan kebangsaan bertujuan merapatkan jurang
perbezaan pelbagai kaum agar semua rakyat dapat bersatu padu
bagi membolehkan negara ini muncul dengan identitinya yang
tersendiri.
• Pendekatan pluraliti budaya dikatakan sebagai pendekatan yang
terbaik berbanding teori asimilasi dan amalgamasi.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Banyak konflik yang berlaku kini;
• Masyarakat Melayu tidak benar-benar memahami struktur sosial
dan nilai-nilai masyarakat cina, India dan pribumi lain dan
demikian sebaliknya.
• Tidak semua Cina itu sama.
• Ada yang berpendidikan Inggeris.
• Orang Cina yang bekerja dengan kerajaan dn tentera misalnya
tentulah berlainan sikap, gaya kehidupan, cita rasa dan
impiannya dengan pengusaha kaya yang sibuk berniaga.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh