keselamatan bilik sains.doc
TRANSCRIPT
KESELAMATAN BILIK SAINS
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Keselamatan bilik sains1. Memastikan keadaan Bilik sins selamat digunakan2. Mendedahkan maklumat keselamatan makmal kepada murid
Pelan laluan kecemasan1. Menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas dan mudah difahami2. Mempamerkan pelan laluan kecemasn di bilik sains3. Mengadakan latihan kecemasan untuk mengenalpasti pelan laluan kecemasan
Alat pemadam api/pondok pemadam api1. Memastikan alat pemadam api tersebut ada ditempat-tempat tertentu2. Memastikan alat tersebut dalam keadaan baik dan selamat digunakan3. Mengadakn latihan untuk memahirkan penggunaan alat pemadam api (selimut penahan api, baldi berisi pasir)
Jika ada kebakaran1. Hebahkan kebakaran kepada umum2. Arahkan murid ke tempat lapang dan selamat mengikut pelan laluan kecemasan.3. Usaha memadam kebakaran dengan alat pemadam api dalam masa yang sama dapatkan perkhidmatan bomba.
PERTOLONGAN CEMAS
Semasa menghadapi kecemasan1. Setiap kemalangan yang berlaku dalam Bilik Sains hendaklah dilaporkan dengan segera.2. Guru mengambil tindakan segera serta mengawal keadaan.3. Memberi bantuan dan rawatan awal jika perlu4. Melaporkan kepada pentadbir sekolah atau pihak-pihak tertentu jika perlu
Mata dimasuki benda asing1. Tegah murid daripada menggosok mata yang dimasuki benda asing2. Arahkan murid supaya membuka dan menutup matanya di dalam air mengalir dan bersih untuk mengeluarkan benda asing.3. Sekiranya gagal, bawa murid ke hospital
Renungan :
“Seseorang guru itu menerusi pemikiran, menjadi seseorang yang lebih terdidik, orientasinya bertukar dan kelakuannya (mengajar) menggambarkan dirinya.”
Reid,L. A. 1962
TAJUK : BULAN SAINS
TEMA: TO KNOW SCIENCE IS TO LOVE SCIENCE
1.0 PENGENALAN
Bulan Sains ini dianjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah
Kebangsaan Sayong dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah
dan juga Panitia Sains. Memandangkan peratus keputusan
peperiksaan PKSR1 tahun 2009 bagi mata pelajaran Sains kurang
memuaskan, Panatia Sains telah merancang beberapa program
untuk meningkatakan peratus kelulusan mata pelajaran tersebut,
salah satunya ialah dengan menganjurkan Bulan Sains yang
dikelolakan oeh Persatuan Sains.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Menarik minat murid kepada matapelajaran Sains.
2.2 Mamantapkan penguasaan Bahasa Ingerís dalam
penggunaan istilah sains dalam Bahasa Inggeris
2.3 Membina keyakinan dan ketrampilan diri dalam sebarang
aktiviti Sains.
2.4 Mengembangkan minda murid dengan aktiviti pertandingan
yang diadakan.
3.0 MATLAMAT
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan
pelajar yang kreatif, kritis dan Inovatif dalam pelbagai bidang,
disamping memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan
Sains dalam kehidupan seharian mereka.
4.0 SASARAN
4.1 Murid prasekolah SK Sayong
4.2 Murid tahap 1 SK Sayong
4.3 Murid tahap 2 SK Sayong
5.0 TARIKH PELAKSANAAN
2 Julai sehingga 2 Ogos 2009
6.0 ANJURAN BERSAMA
6.1 Persatuan Sains SK Sayong.
6.2 Panitia Sains SK Sayong.
6.3 Pusat Sumber SK Sayong.
7.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : En. Abd. Rahaman b. Mohamed Shah
Pengerusi : Tn. Hj. Mat Amin b. Ahmed Halim
Penyelaras : En. Mohd Tajuddin b. Puteh Ariffin
Setiausaha : En Mohd Khairul Naim b Shariff
Bendahari : Cik Norasmidar bt. Mohamed Nasaruddin
AJK : Pn. Rosita bt. Ismail
: Pn. Norhayati bt. Murad
: Cik Salasiah bt. Zainudin
: Pn. Noraini bt. Ibrahim
8.0 JADUAL AKTIVITI
Aktiviti Tarikh Huraian aktiviti Guru yang terlibat
Colour me
(kindergarden)
6-10 Julai
2009
Pertandingan
mewarna khas
untuk
prasekolah.
Pn Azian bt Abd
Rahim
En Mohd Khiri b
Masbol
Hide and seek
(Yr 1)
6-10 Julai
2009
Pertandingan
mencari haiwan
tersembunyi.
Pn Rosita bt
Ismail
Quiz
(Yr 2, Yr 3, Yr 4,
Yr 5 & Yr 6)
13-17 Julai
2009
Kuiz mengenal
sains sebagai
pendedahan
kepada murid
untuk meminati
sains.
Cik Norasmidar
bt Mohd
Nasaruddin
Pn Noraini bt
Ibrahim
Pn Norhayati bt
Murad
Istilah Sains
(yr 3, yr 4, yr 5
& yr 6)
13-17 Julai
2009
Guru bertugas
akan membaca
atau menulis
istilah sains di
perhimpunan
pagi. Murid-
murid akan salin
di dalam buku.
Guru bertugas
En Mohd Khairul
Naim b Sharif
Scrap book
(Yr 4, 5 and 6)
6-31 Julai
2009
Penghasilan
buku Skrap
secara
1- En Mohd
Tajuddin b Puteh
Ariffin.
berkumpulan (5
orang dalam
satu kumpulan)
berdasarkan
kepada tajuk:
solar system
Food chain
and Food
Web
Life
processes
Materials
2- Cik
Norasmidar bt
Mohd
Nasaruddin
3- Pn Norhayati
bt Murad
4- Cik Salasiah bt
Zainuddin
5- Pn Rosita bt
Ismail
6- En Mohd
Khairul Naim b
Sharif
Science’s
exhibition
28-30 Julai
2009
Tema pameran:
To know science is
to love science.
Diadakan di
makmal sains.
Antara
eksperimen yang
akan
dipersembahkan:
acid and alkali
circuit
magnet
measurement
video - planet
slide
presentation
1- En Mohd
Tajuddin b Puteh
Ariffin.
2- Cik
Norasmidar bt
Mohd
Nasaruddin
3- Pn Norhayati
bt Murad
4- Cik Salasiah bt
Zainuddin
5- Pn Rosita bt
Ismail
6- En Mohd
Khairul Naim b
Sharif
Paracut 22 Julai 2009 Pertandingan ini
diadakan pada
1- En Mohd
Tajuddin b Puteh
Competetion
- Terbuka utk
ahli Persatuan
Sains
hari Rabu
semasa
kegiatan
kokurikulum.
Ariffin.
2- Cik
Norasmidar bt
Mohd
Nasaruddin
3- Pn Norhayati
bt Murad
4- Cik Salasiah bt
Zainuddin
5- Pn Rosita bt
Ismail
6- En Mohd
Khairul Naim b
Sharif
Penyampaian
hadiah
3 Ogos 2009 Diadakan pada
hari
perhimpunan
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya Bulan Sains ini dapat
meningkatkan kesedaran murid–murid kepentingan Sains dalam
kehidupan seharian mereka dan seterusnya akan meningkatkan
peratus kelulusan Sains di kalangan murid-murid Sekolah
Kebangsaan Sayong.
Disediakan oleh,
(En. Mohd Tajuddin b. Puteh Ariffin)
Penyelaras Program Bulan Sains 2009,
Persatuan Sains
PENYELENGGARAAN MIKROSKOP
Langkah-Langkah Memelihara Mikroskop:
1. Untuk tujuan pindah memindah, mikroskop haruslah diangkat atau dibawa dengan memegang lengan mikroskop dengan satu tangan dan meletakan satu tangan lagi di bawah mikroskop.
2. Hanya tisu kanta sahaja digunakan bagi tujuan pembersihan kanta-kanta mikroskop. Bahan-bahan lain seperti tisu ‘ Kleenex dan kain’, jika digunakan mungkin akan mencalarkan kanta dan juga meninggalkan serabut dan serbuk halus di atas kanta.
3. Tapak jari dilarang digunakan untuk mengelap sebarang kekotorang atau debu dari permukaan kanta. Perbuatan ini mungkin akan menyebabkan minyak atau gris ( yang terdapat di atas jari kita ) melekat di atas permukaan kanta tersebut dan seterusnya dan mengurangkan kualiti imej.
4. Setiap kali mikroskop digunakan, fokuskan spesimen dengan kanta objetif bermagnifikasi rendah ( 4x dan 10x ) dahulu sebelum menggunakan kanta objetif bermagnifikasi tinggi ( 40x dan 100x ). Jika kanta objektif 40x dan 100x digunakan, jangan menggunakan pemutar fokus kasar untuk tujuan pemfokusan. Perbuatan ini mungkin dengan tidak sengaja mengakibatkan kanta objektif ( 40x dan 100x ) menyentuk atau memecahkan sisip kaca slid. Selain dari kerosakkan pada spesismen, kerosakkan pada kanta objektif juga boleh berlaku.
5. Jangan menggunakan sebarang mminyak rendaman terlekat pada permukaan kanta objektif. Ini akan menhasilkan imej yang kabur. Jika minyak itu menjadi kering di atas kanta objektif, ia sangat susah untuk di hilangkan melaiankan dengan mengguanakan xylene.
6. Pastiakn pentas mikroskop sentiasa dalam keadaan bersih. Jika terdapat sebarang tumpahan di atas pentas,perlulah di bersihkan dengan segera. Tumpahan-tumpahan seperti canada Balsam, dan menyak rendaman perlulah dibersihkan dengan segera supaya tidak menjadi kering di atsa pentas. Xyelene boleh digunakan untuk tujuan pembersihan bahan- bahan ini.
7. Jangan biarkan lubang kanta objektif atau tiub kanta mata dalam keadaan trebuka. Langkah ini adalah untuk tujuan mengelakkan dari debu dan lain-lain kekotoran masuk ke dalam mikroskop. Jika keadan tertutup sentiasa di jaga, bahagian kanta di sebelah dalam mikroskop tidak perlu pembersihan. Sekiranya lubang pemasangan objektif itu lebih dari bilangan objektif yang ada, lubang -2 yang terdedah itu perlu ditutup dengan penutup plastik yang selalaunya dibekalkan bersama-sama dengan mikroskop.
8. Selepas digunakan mikroskop haruslah di simpan di dalam peti atau almari yang di buat khas untuk mikroskop. Langkah ini ialah untuk memastikan kanta-kanta dan cermin-cermin tidak di selaputi debu dan kekotoran. Jika tidak ada tempat tertutup, sekurang-kurangnya mikroskop itu ditutup dengan penutup plastik dengan kemas.
Penbersihan Kanta-Kanta
Bahan yang di perlukan:
a) Kertas tisu kanta
b) Alat peniup ( seperti yang digunakan untuk kamera )
c) Berus lukisan yang lembut dan bersih.
d) Pelarut:
i) Xylene
ii) 7:3 ( eter : alkohol ) atau
iii) 1-3% LOC dalam air/ ( dan diikuti dengan pembersihan menggunakan alkohol muklat sebanyak 3 kali.
iv) Kayu nipis yang lembut ( berbentuk lidi ) ( sila lihat gambarajah )
* Gunakan berus lukisan dan alat peniup untuk menanggalkan debu pada permukaan kanta .
* Sediakan tisu kanta dengan membalutkan kertas tisu itu pada kayu nipis yang lembut tadi.
* Bernafaslah ke dalam kanta supaya terdapat wap air diatas permukaan kanta.
* Kemudian lapkan kantan dengan tisu kanta yang disediakan tadi. Mulakan gerakan mengelap dari pusat(tengah) kanta dan semakin keluar(seperti bulatan yang semakin membesar)
* Tiupkan( dengan alat peniup) ke atas permukaan kanta beberapa kali untuk menanggalkan sebarang serabut tisu di aatas permukaan kanta.
NOTA:
Dalam banyak keadaan lengkah-langkah 1-5 adalah mengkucupi, tetapi langkah-langkah 6-8 harus dilakukan jika pembersihan tambahan diperlukan.
* Sediakan satu lagi kertas tisu kanta(langkah 2) sentuh hujungnya dengan sedikit perlarut(Xylene,eter/alkoh atau LOC), kemudian lakukan pembersihan seperti yang diterangkan untuk langkah
* Gunakan tisu yang baru(atau bahagian tiu yang baru)setiap kalai pengelapan dilakukan. Pelarut perlulah digunakan dengan berhati-hati, semasa pengelapan dilakukan, pastikan kayu tidak terlonjak keluar dari tisu dan menyentuh kanta. Jika LOC digunakan untuk pembersihan, selepas itu perlu dibilas dengan alkohol mutlak sebanyak 3 kali.
* Tiupkan (dengan alat peniup) atas permukaan kanta beberapa kali.
* Kanta harus dipasang balaik dan diperiksa. Jika kekotoran masih ada, lakukan pembersihan sekali lagi.
Peringatan:
1. Untuk pembersihan biasa, gunakan hanya wap nafas, iaitu dengan bernafas ke dalam kanta, diikuti dengan pengelapan tisu kanta. Pelarut-pelarut hanya digunakan jikamkekotoran tidak dapat ditanggalkan dengan cara wap nafas tadi.
2. Dalam kebanyakan kanta objektif dan kantamata, kanta-kantanya dipasang atau dilekatkan dangan sejenis simen dan balsam. Jadi semasa pembersihan dengan pelarut-pelarut seperti alkohol.eter dan xylene, ianya perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pelarut-pelarut ini tidak terkena simen atau balsam terlalu lama dan melonggarkan kedudukan kanta-kanta.(satu kanta objektif biasa jenis akromat mungkin mempunyai sehingga 15 kanta yang mana mempunyai kedudukan yang tertentu). Jika tisu yang mengandungi pelarut terkena sempadam kanta(kawasan simen), tisu itu munkin(atau bahagian tisu) tidak seharusnya digunakan lagi. Satu amalan yang baik untuk mengelakkan pebggunaan tisu lebih dari sekali.
3. Semasa pembersihan kantamata(yang biasanya mengandungi 2 set kanta), kanta-kanta mestilah dipastikan supaya tidak tersalah pasang. Amalan yang baik ialah unutk mengeluarkan dan memasang balik kanta-kanta itu satu demi satu.
Masalah-masalah yang munkin dihadapi di dalam penggunaan Mikroskop:
Masalah 1: Pemutar fokus kasar: sangat ketat
Punca: Makanisma gear pergerakan pentas dan sebahagiannya tidak dipasang denga baik.
Penyelesaian : a) Betulkan pemasangan. Dalam kebanyakkan mikroskop ini dapat dibetul kandungan memutarkan kedua-dua pemutar ke arah yang bertentangan.
b) Bersihkan gris yang lama dan sapu gris yang baru.
Masalah 2: Pentas atau tiub menurun sendirir tanpa disentuh (dan menyebabkan fokus spesimen berubah)
Punca : a) Makanisma pemutar fokus atau pentas tidak dipasang dengan baik.
b) Pelinciran denga minyak yang nipis.
Penyelesaian : Seperti dalam masalah 1
Masalah 3 : Pemutar fokus halus ( pemutar fokus mikrometer) tidak dapat diputarkan.
Punca : Pemutar fokus halus telah sampai ke pusingan akhirnya.
Penyelesaian : a) membawa kantan objektif 10x ke medan cahaya
b) pusingkan pemutar fokus halus supaya ia terletak di dalam pertengahan pusingan sepenuhnya. Sebagai contoh jika jumlah pusingan yang boleh dilakukan ialah 10 letakkannya pada pusingan yang kelima.
c) Mengfokuskan spesimen dengan pemutar fokus kasar.
d) Akhir sekali dengan membawa kanta objektif asalnya dan mengfokus dengan pemutar fokus.
Masalah 4 : Fokus imej berubah terlalu lebih walaupun pemutar fokus halus dipusinag sedikit sahaja. ( khususnya penggunaan kanta objektif rendaman minyak)
Punca : a) Objektif tidak diskru keatas dengan sepenuhnya.
B) Sisip kaca telah terlekat pada kanta objektif ( dengan selapisana minyak)
Penyelesaian : a) Pastikan kanta objektif dipasang ( skru) dengan cermat.
B) Pasangkan slid spesimen keatas pentas dengan ketat.
C) Jangan menggunakan minyak rendaman yang kental.
Masalah 5 : Terdapat imej berbintik atau berkabus
Punca : a) Kekotoran atau gris di atas kanta mata ( boleh dikesan jika bintik-bintik itu turun berpusing sewaktu kanta mata dipusingkan.
B) Kekotoran atau gris di atas kanta objektif
c) Pemcemaran keatas sisip kaca ( bintik-bintik bergerak jika slid spesimen digerakkan)
d) Kekotoran diatas iluminasi
Penyelesaian : Bersihkan mana-mana yang perlu.
Masalah 6 : Bintik-bintik berada di dalam fokus yang jelas. Ia berubah dan hilang jika kondenser di turunkan atau di naikkan.
Punca : a) Kekotoran di atas mentol atau skrin luaran ( diffusing ) di hadapanya, jika illuminasi kritik digunakan.
B) Kekotoran di atas kaca penutup slid pada lampu siap terpasang, ataupun pada kertas turas kaca di atasnya ( jika illuminasi kholer digunakan ).
Penyelesaian : Bersihkan mana yang perlu. Jika kekotoran tidak dapatdihapuskan dengan segera, ubah kondeser sedikit.
Masah 7 : Terdapat imej yang kabur dan tidak dapat di fokuskan dengan jelas.
Punca : a) Rendaman yang salah, iaitu udara digunakan walaupun minyak harus dugunakan atau sebaliknya.
b) Buih dalam minyak rendaman.
c ) Pencemaran lutsinar ( transperent ) di atas kanta objektif hadapan.
d) Sisip kaca terlalu tebal
e) Lapisan media pelekat yang terlalu tebal.
f ) Minyak rendaman yang tertinggal di atas sisip kaca.
g) Slid spesimen terbalik di atas pentas. Kesan-kesan lebih ternyata bagiobjekti-objektik kuasa besar (40x dan 100x )
Penyelesaian : Untuk masalah 7(a) - 7(c) :
Gunakan rendaman yang betul dan bersihkan kantaobjektif jika perlu.
Untuk masalah 7(d) - 7 (e)
Gunakan objektif dengan ‘collar’ pembetulan atau gunakanobjektrif rendaman yang lebih sesuai .
Untuk masalah 7(g)
Balikkan slid dan pastikan label dilekatkan semula di atas permukaan yang betul.
Masalah 8 : Illuminasi terdapat hanya pada sebahagian imej sahaja.
Punca : a) sebahagian daripada pemegang turas kaca biru terdapat pada laluan cahaya.
b) Objektif tidak terletak pada tempat yang betul.
c) Kundesor atua Kondesor tambahan tidak terdapat pada paksi optik.
Penyelesaian : Betulkan kedudukan yang perlu.
Masalah 9 : Illuminasi cahayanya tidak sekata di medan objek ( suatu ) kawasan lebih terang dari kawasan yang lain.
Punca : a) Kedudukan atau sudut (sendeng) cermin tidak betul.
B) Kedudukan kondesor tidak berada di tengah-tengah paksi oktik ( dengan illuminasi genting ).
C) Punca kuasa illuminasi (mentol dsb) tidak sama rata (dengan illuminasi genting).
Penyelesaian: Untuk masalah 9(a) - 9 (b) :
Betulkan kedudukan bahagian yang berkenaan. Untuk masalah 9 (c):
Naikkan atau turunkan sedikit konesor . Kaca tarik naikkan atau turunkan sedikit kondeser. Kaca tarik (kabus ) boleh digunakan di hadapan mentol.
Masalah 10 : Semasa penggunaan kanta objektif rendaman terdapat pembentukan seperti awan menyeberangi medan dan seterusnya spesimen kehilangan fokus.
Punca: a) Buih dalam minyak rendaman.
B) Minyak sedang digunakan di antara spesimen dan kanta objektif yang digunakan itu bukan objektif rendaman.
Penyelesaian: Bersihkan minyak dari spesimen (slid) dan objektif. Sediakan semula slid untuk dilihat di bawah mikroskop.
Masalah 11 : Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di atas imej.
Punca: Kesan daripada pembalikan-pembalikan cahaya (reflection) di kedalaman mikroskop (biasanya berbentuk bulan sabit atau bulatan).
Penyelesaian : Cuba kantamata yang lain serta illuminasi kohier
Gunakan kanta yang bersalut dengan anti-pembalikan cahaya (anti-reflection coating) atau ditukar kanta
objektif-kantamata.
Masalah 12: Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di
atas imej.
Punca: a) Pencemaran di atas permukaan kanta,
b) Pencemaran di sebelah atas bawah slid,
c) Terdapat udara dalam minyak rendaman di atas kondensor
Penyelesaian: Jika kedudukan pencemaran tidak dapat dikesan,buka diafragma apertur kondensor lebih lebar untuk men gurangkan kesan/pencemaran tersebut.
PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR
A) Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.
B. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
C. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru.
D. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
E. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
F. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.
G. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.
H. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.
I. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru.
J. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.
K. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.
L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
M. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
N. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
O. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
P. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.
Q. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.
R. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.
PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
A. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul.
B. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia.
C. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan.
D. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya.
E. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.
AMARAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.
PANDUAN PENGURUSAN STOK
BORANG-BORANG
(a) Daftar Harta Modal ( Kew 312, 312A)
b) Daftar Inventori (Kew 313)
(c) Daftar Stok Bekalan pejabat (Kew 314)
(d) Daftar pergerakan harta Modal dan Iventori (Kew 315)
DEFINASI HARTA MODAL
- BARANG-BARANG TAKLUAK YANG BERNILAI RM 500 ATAU LEBIH SETIAP UNIT.
(TIDAK TERMASUK PERABOT, PERMAIDANI DAN LANGSIR DSBNYA)
kategori harta Modal
- kenderaan (kereta, van, motorsikal dsbnya)
- Logi (logi pusat hawa dingin, logi pembersihan air dsbnya)
- Mesin, peralatan dan kelengkapan pejabat dsb.
(Kamera, komputer, mesin taip dan sebagainya.)
DEFINASI INVENTORI
- BARANG-BARANG TAKLUAK YANG BERNILAI KURANG DARI RM500 SETIAP UNIT.
(TERMASUK PERABOT, PERMAIDANI DAN LANGSIR DSBNYA TANPA MENGAMBILKIRA KOS)
Kategori Inventori
- peralataan kelangkapan pejabat
(alat pengira, kipas angin dsbnya)
- Perabot, permaidani dan langsir dsbnya.
(Kerusi, meja, kangsir dsbnya)
DEFINASI BEKALAN PEJABATTERMASUK
- Semua barang luak (consumables)
(ball pen, kertas am dsbnya)
- Alatulis serta kelengkapan pejabat takluak (non- consumables) yang rendah nilainya dan tidak ekonomi untuk dikesan penempatannya secara satu persatu.
(gunting, stapler dsbnya)
Pelaksanaan Penggunaan Borang-borang Baru
* Bagi perolehan harta modal, inventori dan bekalan pejabat yang baru, tarikh penguatkuasaan ialah 1 hb mei 1991.
* Bagi harta modal, iventori dan bekalan pejabat yang sedia ada, maklumat mengenainya hendaklah dipindahkan daripada borang lama kepada borang baru dengan secepat mungkin tetapi tidak melebihi satu tahun dari 1 hb mei 1991.
* Borang lama hendaklah disimpan untuk tujuan audit.
PESANAN BORANG
- Kew 312, 312A & 313
(dalam bentuk kad)
- kew, 314 & 315
dalam bentuk buku) - Jabatan Percetakan Negara.
- fail kulit keras
( 2 ring hard cover file) Kontrak Pusat Pek. Kontrak 7/90
NOTA KEGUNAAN BORANG-BORANG KEW 312, 312 A, 313, 314, 315
PENJELASAN TERPERINCI BORANG-BORANG
1. DAFTAR HARTA MODAL ( KEW 312, 312 A)
1.1 Harta modal ialah barang-barang tak luak yang bernilai RM 500 atau lebih setiap satu pada masa perolehan tidak termasuk:
a. Perabot, b. Permaidani c. Langsir
1.2 Daftar harta modal mengandungi 2 bahagian :
i. Bahagian A
- Merekodkan semua maklumat berhubung dengan pembelian, penempatan, pemeriksaan dan pelupusan.
ii. Bahagian B.
- Merekod semua penyelenggaran seperti pembaikian dan pembelian segala alat ganti.
1.3 Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekod penggunaan borang ini.
1.4. Butiran maklumat di dalam daftar harta modal dibahagi dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
KEW 312 (BAHAGIAN A)
a. Kategori
Harta modal dibahagikan kepada tiga kategori
i. Kenderaan ii. Logi
iii. Mesin, peralatan dan kelengkapan pejabat
b. Jenis
Jenis harta modal didalam kategori ‘mesin’ peralatan dan kelengkapan pejabat contohnya:
i. Kamera ii. Komputer
iii. Mesin penyalin iv. TV dan sebagainya
c. Jenama dan model
contohnya “ Proton Saga 1.5I otomatik”
d. Jenis dan nombor enjin
( Jika ia ada kenderaan )
e. No. Casis / siri pembuat
Nombor casis bagi kenderaan atau nombor siri pembuat bagi peralatan pejabat.
F. No. Siri pendaftaran
Contohnya seperti nombor siri pendaftaran kenderaan atau nombor siri rekod pejabat ( SMBAS/TR/ ERT-0001/93 )
g. Kos dan tarikh dibeli / terima
Harga termasuk kos pengakutan / insuran ( jika ada ) dan lain-lain perbelanjaan berkaitan dengan pembelian tersebut.
H. No. Pesanan kerajaan
Rujuk kepada pesanan kerajaan yang dikeluarkan untuk pembelian harta modal berkenaan , contoh ( g181570 ). Jika ia di perolehi melalui cara-cara lain, sila nyatakan contoh “ hadiah” ( Sumbangan wakil rakyat ), dsbnya.
I. Pembekal
Nama pembekal ( Contoh: Guthrie Malaysia Trading Corporion Sdn. Bhd. )
j. No. Rujukan fail
Nombor rujukan fail yang mengandungi rekod-rekod pembelian harta modal ini.
K. Aksesori
Senaraikan aksesori-aksoseri yang dilengkapkan bersama harta modal ini.
L. Tandatangan
Tandatangan pegawai yang bertanggunjawab mengesahkan butiran diatas serta tarikh.
M. Penempatan
Penampatan tetap dan tarikh penempatan harta modal berkenaan. Setiap pindahan penempatan perlu direkodkan dan ditandatangani oleh pegawai bahagian pengguna.Sekiranya borang tersebut telah aktif maka penempatan hendakalah di rekod diborang kew 315 ( dalam bentuk buku ).
Pindahan
Sekiranya ia dipindahkan secara tetap dari pejabat ayng mengawalnya, kad dafta harta modal asal hendakalah didaftakan bersama-sama dengan harta modal berkenaan kepada pejabat yang menerimanya. Satu salinan kad dafta harta modal tersebut hendaklah disimpan dengan menulis perkataan “ Dipindahkan ....................( Ruj. : ........................) didalam fail yang berasingan dengan rekod harta
modal yang dipindah. Selepas butiran itu diisi, pegawai yang bertanggunjawab perlu ditandatangani diruang yang disediakan serta tarikhnya.
N. Pemeriksaan harta modal
Ketua jabatan hendaklah mengatur pemeriksaan keatas harta modal sebagaimana yang dikehendaki dalam TPS para 238, 239, dan 240 ( pegawai pemverifikasi stok dalaman ).
O. Pelupusan
Pegawai berkenaan hendaklah mencatatkan tarikh, no. Fail dan tandatangan, bila sesuatu harta modal itu diluluskan untuk pelupusan oleh pembedaharaan atau pegawai dimana berkenaan. ( adalah menjadi tanggunjawad pegawai yang menjaga stok tersebut untuk melaporkan kepada pegawai atasanyan bagi tujuan hapuskira barang-barang yang telah rosak, usang dan sebagainya ( Format kew 300-v- diisi 5 salinan )
KEW 312 ( BAHAGIAN B )
a. Tarikh servis/pembaikan
b. Butiran servis/pembaikan
Keterangan lanjut mengenai apa yang dibaiki termasuk pembelian alat ganti.
c. No. Pesanan kerajaan / nombor inden
d. Tempatan pembelian / servis / pembaikian
Nama syarikat dimana alat-alat ganti dibeli atau pembaikian dibuat.
E. Kos
Kos alat ganti atau kos pembaikian atau kedua-duanya sekali
f. Tandatangan
Pegawai yang bertanggunjawab hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir penyelenggaran harta modal itu.
KEW 312 A
Borang ini merupakan sambungan kepada borang KEW 312 ( bahagian B )
2. DAFTAR INVENTORI ( KEW 313 )
2.1 Inventori ialah barang-barang tak luak yang bernilai tak kurang daripada RM 500 setiap satu pada masa perolehan
2.2 Walau bagaimanapun barang-barang seperti :
i. Perabut ii. Permaidani
iii. Langsir iv. Pinggan mangkuk
termasuk dalam inventeri tanpa mengira kos
2.3 Kad ini disusun mengikut jenis inventori dan abjad.
2.4 Butiran didalam kad adalah seperti berikut:
a. Kategeri
Inventori dibahagikan kepada ketegori berikut:
i. Peralatan dan kelengkapan pejabat
ii. Perabot , permaidani dan langsirdan sebagainya
b. Jenis
Jenis inventoridi dalam ketegori ‘ peralatan dan kelengkapan pejabat “ misalnya;
i. Kerusi ii. Meja iii. Langsir dan lain-lainnya
c. Bilangan
Bilangan mengikut urutan biasa
d. Butiran
Perihal inventori yang di perolehi misalnya :
i. Kerusi pengetua
ii. Meja kerani.
Iii. Rak bertutup dan sebagainya.
E. Kuantiti
Jumlah unit yang diperolehi.
F. No. Pesanan kerajaan.
G. Tarikh dibeli
Tarikh iventori dibeli mengikut pesanan kerajaan.
H. Kos seunit - termasuk kos pengangkutan dan insuran.
I. No. Siri pendaftaran.
No. Siri pendaftaran seperti nombor siri rekod pejabat.
J. Lokasi
penempatan inventori tersebut.
K. Pelupusan
Nombor rujukan fail ada pelupusan itu diluluskan.
L. Catatan
Apa-apa perkara yang berkaitan.
M. Tandatangan
Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butiran yang dicatatkan itu.
3. DAFTAR STOK BEKALAN PEJABAT (kew 314)
3.1 Bekalan pejabat ialah semua barang luak dan termasuk alat tulis serta kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomik untuk dikesan penempatannya secara satu persatu.
3.2 Daftar ini adalah dalam bentuk buku.
3.3 a. Jenis
jenis bekalan pejabat seperti barangan luak misalnya.
I. Ball pen ii. Kertas am iii, gam
jenis bekalan pejabat seperti barangan tak luak .
i. Gunting ii. Stapler iii. Bulu tangkis (contoh di sekolah)
b. Unit pengukuran
Dikira dalam bentuk batang, kotak rim dan sebagainya.
C. Bil.
Bilangan mengikut urutan biasa.
D. No. Pesanan
e. Diterima daripada/dikeluarkan kepada nama pembekal atau pegawai yang menerima.
F. Tarikh
Tarikh bekalan diterima atau dikeluarkan.
G. Kuantiti terimaan.
h.. Kuantiti keluaran
i. Baki bil, unit yang ada
j. Penerima, nama dan tanadatangan pegawai menerima bekalan.
3.4 Bagi merekod baki stok dari buku lama hendaklah dicatat seperti berikut:
jenis: pen - Ball pen unit: batang
1. Baki dari Buku Daftar/Stok Tarikh Baki
(Alat Tulis (Am 84 pin. 10/66) 1.5.91 170
4. DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL INVENTORI (kew 315)
4.1 Daftar pergerakan harta modal dan iventori bertujuan untuk merekodkan pergerakan sebarang harta modal atau invontori seperti:
i. Pindahan ii, pinjaman iii. Penempatan sementara.
4.2. Ia adalah dalam bentuk buku.
4.3. a. Jenis
jenis harta model atau inventori misalnya “TV”
b. Jenama dan model
model harta modal/inventori misalnya “canon TY 700”
c. No. Siri Pembuat
no. Siri pembuat harta modal/inventori berkenaan.
D. No. Siri pendaftaran
Nombor siri pendaftaran seperti nombor siri rekod pejabat.
E. Bil
Bilangan mengikut urutan biasa.
F. Nama peminjam
g. Tarikh dikeluarkan
Tarikh sebenar harta modal/inventori dikeluarkan atau dipindahkan dari penempatan.
H. Tarikh jangka dipulangkan
tarikh harta modal/inventori berkenaan dijangka dipulangkan.
I. Tandatangan peminjam.
J. Pegawai mengeluar