keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1
TRANSCRIPT
STATISTIK KEMALANGAN INDUSTRI
ABSTRAK
Industri pembinaan merupakan antara salah satu industri yang terbesar di Malaysia.
Pada hari ini, aspek keprihatinan terhadap keselamatan pekerja-pekerja di tapak bina
telah semakin meningkat. Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan
berusaha secara berterusan untuk mengurangkan kemalangan dan kadar kematian
yang tinggi di kalangan pekerja di tapak bina. Akan tetapi masih terdapat pihak yang
enggan mematuhi peraturan keselamatan dan menyebabkan kemalangan terjadi.
Kemalangan-kemalangan di tapak pembinaan masih lagi menjadi isu yang sangat
besar di media massa. Kertas kerja ini membincangkan persekitaran keselamatan di
tapak bina dan kes-kes yang berlaku di tapak bina akibat kegagalan pematuhan Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Hasil kajian akan memperlihatkan statistik
kemalangan yang berlaku di tapak bina pada tahun 2004 hingga 2008 berdasarkan
statistik yang diperoleh daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan
Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, dan Kementerian Sumber
Manusia.
PENGENALAN
Menurut Helender, 1991, kadar risiko dalam industri pembinaan adalah lebih tinggi
berbanding industri lain. Hal ini sering dikaitkan dengan keadaan kerja yang bahaya
dan lebih mengundang risiko dalam persekitaran seharian. Hayes, 1986; CoVan, 1995;
Mills, 2001; Loosemore et al. 2003; Root, 2005; Goetsch, 2005 pula berpendapat
keadaan ini amat bergantung kepada kecekapan dalam pelaksaan serta
pengurusannya serta dapat memenuhi kehandak pengguna, selain disiapkan dengan
selamat.
Kejadian kemalangan yang sering terjadi dalam sektor pembinaan telah
menyebabkan berlaku banyak kerugian selain kehilangan ramai pekerja dalam sektor
ini (Kheni et al. 2005). Oleh itu, perkara sedemikian perlu dibendung agar dapat
meningkatkan mutu kerja di sektor pembinaan serta membantu dalam pembangunan
Negara untuk mencapai wawasan 2020. Persekitaran kerja yang selamat amat penting
dalam meningkatkan imej industri pembinaan Negara
Menurut Kamus Dewan (1996), keselamatan diertikan sebagai keadaan yang
terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya dan tidak
mendapat apa-apa gangguan. Pejabat Buruh Antarabangsa, 1990 pula mendefinisikan
keselamatan sebagai suatu yang meliputi semua aktiviti yang terlibat dalam
pembangunan dan pelaksanaan program-program menggalakkan keselamatan,
tindakan pencegahan dan pengenalpastian bahaya dan risiko di tempat kerja, di
peringkat kilang dan dalam polosi penjagaan kesihatan kebangsaan.
PERSEKITARAN KESELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN
Kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam
pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program-program
kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi
gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan
yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996; Abdul Rahman, 2003). Menurut Jaselskis
dan Sauazo (1993), di negara sedang membangun, keadaan tidak selamat wujud di
kebanyakan tapak pembinaan, samada besar atau kecil, dan pekerja sentiasa terdedah
kepada pelbagai situasi bahaya.
Teori Faktor Kemanusiaan Kemalangan menyifatkan kemalangan sebagai suatu
rantaian peristiwa yang secara muktamad disebabkan oleh kesilapan manusia. Teori ini
mengandungi tiga faktor umum yang membawa kepada kesilapan manusia: beban
lebih, respon tidak sesuai, dan aktiviti tidak sesuai. Manakala Teori Penyebab
Kemalangan Heinrich, kemalangan adalah disebabkan oleh faktor pusat yang boleh
dijangkakan seperti kesilapan manusia, keadaan tidak selamat, atau bahaya mekanikal.
Menyingkirkan faktor pusat ini dapat menghindarkan daripada terjadinya kemalangan
dan kecederaan (Goetsch, 1996).
Menurut Hinze dan Applegate (1991), pekerja di dalam industri pembinaan
mempunyai risiko yang besar untuk mengalami kemalangan berbanding industri lain.
Industri pembinaan merupakan antara industri yang merekodkan aspek keselamatan
yang terburuk dari semua sektor ekonomi di Britian (Kheni et al. 2005). Melalui OSHA
sememangnya diketahui tanggungjawab majikan untuk menyediakan persekitaran kerja
yang selamat. Kemalangan di tempat kerja merupakan kos yang boleh dielakkan oleh
majikan. Kadar kemalangan yang dilaporkan beberapa tahun ini menjadikan isu
keselamatan sebagai isu penting yang perlu ditangani.
Pihak pengurusan dalam kerajaan, klien, dan kontraktor menyedari kepentingan
keselamatan dalam industri pembinaan, tetapi tidak mematuhi usaha dengan berkesan
ke arah memaksimumkan pencapaian matlamat keselamatan.
Statistik Kemalangan di Tapak Bina
Kemalangan industri bagi tahun 2004-2008
Industri Tahun
2005 2006 2007 2008 2009
Pertanian, Perhutanan, Pemburuan dan Perikanan 7875 5923 5604 2631 3467
Perikanan 109 72 135 127
Perlombongan dan Kuari 772 615 541 328 368
Pembuatan 31372 28454 27066 19228 19041
Pembinaan 501 469 515 493 524Perdagangan Jual Borong dan Runcit, Baiki Kenderaan Bermotor, Motorsikal, 5066 4973 4500 3931 3814
Barangan Persendirian dan Isi Rumah 13194 12220 11783 12298 9741Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan
4194 3676 3653 3639 3305
Pengantaraan Kewangan 5903 5157 5386 542 718
Hotel dan Restoran 29 53 39 13248 1601
Jumlah
KES YANG BERLAKU DI TAPAK PEMBINAAN
Kegagalan Pepasangan Perancah Di Tapak Bina
:
Sebahagian pepasangan perancah jenis kerangka di
tapak binaan bangunan
Kemalangan berlaku melibatkan kegagalan sebahagian pepasangan perancah
jenis kerangka yang dipasang di kawasan tapak bina bangunan. Perancah jenis
kerangka telah dipasang setinggi lebih dari 30 meter dari aras lantai tanah. Ketika para
pekerja sedang membuat kerja-kerja lepaan simen, tiba-tiba perancah yang digunakan
untuk mendokong pelantar kerja mereka telah runtuh. Penyiasatan JKKP mendapati
bahawa perancah itu dipasang dengan tidak mengikut spesifikasi kelulusan rekabentuk
dan pelan yang diluluskan oleh jurutera bertauliah. Perancah yang runtuh tersebut tidak
dipasang bilangan penambat belakang yang mencukupi sepertimana yang disyaratkan
oleh jurutera bertauliah dan menggunakan komponen-komponen perancah yang sudah
berkarat dan usang . Pin penyambung dan kekunci lengan yang sudah usang juga
masih digunakan semasa pemasangan perancah tersebut. Selain itu, perancah
tersebut juga tidak dijalankan pemeriksaan berkala oleh orang yang berkebolehan
(designated person).
Kemalangan Melibatkan Jentera Cerucuk Hidraulik
Mesin cerucuk hidraulik di kawasan kemalangan
Kemalangan telah berlaku pada 20 Mei 2008 pada lebih kurang jam 8:00 malam
ketika kerja-kerja penanaman cerucuk sedang dijalankan. Ia berlaku di sebuah tapak
projek pembinaan bangunan yang bersebelahan dengan kawasan parking awam.
Penyiasatan mendapati terdapat sebuah jentera cerucuk hidraulik (model YZY 240)
yang dilengkapi dengan kren dan alat penekan cerucuk hidraulik telah digunakan untuk
kerja-kerja penanaman cerucuk konkrit. Pada hari kejadian, sebuah cerucuk konkrit
seberat 2.8 tan dan berukuran 12 meter panjang, 300mm lebar dan 300mm tebal, telah
terjatuh dan menghempap dua buah kenderaan. Hasil penyiasatan di lokasi kejadian
mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan oleh kegagalan pada bahagian rod keluli
cuping mengangkat dan anduh yang digunakan untuk membelit cerucuk.
Kemalangan Melibatkan Kren Bergerak
Kren di kawasan kemalangan
Pada 17/01/2008 lebih kurang jam 3:00 petang,satu laporan kemalangan telah
dibuat melalui telefon yang melibatkan sebuah kren bergerak beroda (Model:
Tadano;PMA 9284) dengan beban kerja selamat maksimum 45 tonnes. Kemalangan itu
berlaku di tapak cadangan projek Putra Square, Kuantan, Pahang. Semasa
kemalangan itu beberapa orang pekerja sedang menjalankan kerja untuk memindahkan
dan mengalihkan dua unit transformer kelokasi yang baru didalam kawasan bangunan.
Semasa proses persediaan untuk mengangkat transformer seberat 4,150 kg, tiba-tiba
culvert yang menampung satu daripada empat kaki kren berkenaan telah pecah dan
mengakibatkan kepingan kayu beserta kaki kren telah terperosok ke dalam culvert.
Siasatan kejuruteraan forensik yang dijalankan ke atas kemalangan itu telah mendapati
bahawa culvert telah pecah kerana tidak dapat menahan beban yang timbul daripada
operasi persediaan untuk pengangkatan transformer. Akibatnya, kren bergerak itu telah
senget dengan serta merta dan blok penyangkuk telah terhayung dan terkena seorang
pekerja. Beliau yang tersepit di antara hayunan blok penyangkuk dan transformer
mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia.
Kemalangan Melibatkan Penggunaan Gondola
Keadaan di kawasan kemalangan
Satu kes kemalangan melibatkan penggunaan gondola telah dilaporkan berlaku
pada 29 Mac 2008 (Sabtu) dan lebih kurang jam 10.00pagi ditapak projek pembinaan
bangunan, Bukit Mulia, Ampang. Semasa kejadian itu, 3 orang pekerja yang bekerja
diatas pelantar kerja gondola pada aras 13, telah dicampak keluar dan terhempap pada
tanah diaras bawah.Mereka mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia.
Penyiasatan kejuruteraan forensik telah dijalankan pada 31 Mac 2008 ditempat
kejadian dan fakta-fakta penemuan yang menjurus kepada kemalangan adalah seperti
berikut:
i. Tali dawai penggantang (suspension wire rope) untuk salah satu daripada dua
buah motor telah terjuntai dibawah gondola disebabkan telah terlucut dari
ikatannya pada tiang penyokong ditingkat 15, menyebabkan pelantar kerja untuk
gondola senget dan tergantung daripada tali penggantang yang satu
lagi.Pelantar kerja itu tidak terus jatuh kearas lantai tanah kerana 'safety lock'
dan brek motor yang ke-2 telah berfungsi dan mencengkam masing-masing
keatas tali dawai keselamatan dan penggantang.
ii. "Safety lock" yang ke-1 yang sepatutnya berfungsi dengan cara mencengkam
keatas tali dawai keselamatan (safety wire rope) berkenaan apabila tali dawai
penggantang terlepas daripada tempat pengikat atau putus telah disyaki tidak
berfungsi.
iii. Terdapat papan yang diletakkan diatas gondola bagi tujuan meletakkan simen
untuk kerja-kerja memplaster.Berat simen pada waktu itu dianggarkan 300kg dan
berat 3 orang pekerja lebih kurang 200kg dan jumlah berat besar ini telah
melebihi had beban kerja selamat gondola yang berdaya hanya 400 kg.
RUMUSAN
Kebanyakan kemalangan seringkali dikenal pasti dengan berpunca oleh
kegagalan sistem pengurusan keselamatan. Banyak usaha telah dilakukan bagi
memperbaiki keadaan tersebut, dan ia kelihatan masih tidak berupaya terlepas dari
kesilapan tersebut. Ini merupakan sebab terbesar kenapa konsep budaya keselamatan
Selain majikan, pekerja juga perlu memainkan peranan mereka dalam memastikan
tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah terkawal. Mengikut Seksyen
24, Akta 1994 mengkehendaki mereka untuk memberi perhatian yang munasabah
semasa bekerja bagi keselamatan dan kesihatan diri orang lain bagi memastikan
masalah yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat diminimumkan.
KESIMPULAN
Industri binaan merupakan salah sebuah industri yang disenaraikan sebagai
penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara. Namun hal ini akan
terjejas dengan berlakunya banyak kemalangan terutamanya di tapak-tapak bina yang
mana turut memberi kesan kepada ekonomi negara.Hal ini terbukti dengan statistik
kemalangan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seperti di atas. Disamping itu, banyak
berita di media massa menyiarkan insiden kemalangan di tapak binaan yang kadang-
kala melibatkan kematian telah memburukkan lagi persepsi rakyat dan sumber manusia
tempatan. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu menjalankan
kewajipan seperti yang telah ditetapkan dalanm Akta bagi meminimumkan kes-kes
yang berlaku.
RUJUKAN
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.
http://www.dosh.gov.my/wps/portal
PERKESO (2010). Statistik Kemalangan Tapak Bina 2005-2008, http://www.perkeso.gov.my