keselamatan makmal

2
Gambar 6 : Papan kenyataan bilik sains Disebabkan bilik sains ini masih baru digunakan, panitia sains sekolah belum menyediakan notis-notis amaran yang harus ditampalkan di sudut-sudut tertentu dalam bilik sains. Pada pendapat saya, panitia sains sekolah harus menampalkan notis-notis amaran di dalam bilik sains agar sentiasa mengingatkan murid untuk mematuhi peraturan dan mengelakkan berlakunya kemalangan di dalam bilik sains. Ini adalah penting kerana bilik sains merupakan tempat kemalangan berisiko tinggi semasa murid menjalankan eksperimen. Contoh notis amaran adalah seperti dalam rajah 1 berikut, JAGA KESELAMATAN DIRI JANGAN BERLARI DALAM BILIK SAINS BERHATI-HATI SEMASA MENGGUNAKAN PENUNU BUNSEN JANGAN MERASA BAHAN KIMIA JAGA KEBERSIHAN BILIK SAINS DILARANG MAKAN DAN MINUM DALAM BILIK SAINS Rajah 1 : Notis amaran bilik sains Selain notis-notis amaran, saya mendapati bilik sains sekolah ini tidak dilengkapi dengan alat pemadam api, selimut kalis api atau bekas pasir serta kit pertolongan cemas. Kelengkapan ini adalah penting untuk menghadapi sebarang kemalangan atau kecederaan. Kit pertolongan cemas perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan boleh dicapai oleh guru dan murid. Selain itu, ubat dan alatan pertolongan cemas perlu sentiasa diperiksa dan dilengkapkan. Hal ini penting untuk menjaga keselamatan setiap pengguna bilik sains. Sejak bilik sains mula dibuka untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran, didapati ia kurang digunakan oleh guru dan murid. Pada pendapat guru sains, mereka menyatakan keadaan bilik sains

Upload: pachaippan-pachai

Post on 15-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Gambar 6 : Papan kenyataan bilik sains Disebabkan bilik sains ini masih baru digunakan, panitia sains sekolah belummenyediakan notis-notis amaran yang harus ditampalkan di sudut-sudut tertentu dalam bilik sains. Pada pendapat saya, panitia sains sekolah harus menampalkan notis-notis amaran di dalam bilik sains agar sentiasa mengingatkan murid untuk mematuhi peraturan dan mengelakkan berlakunya kemalangan di dalam bilik sains. Ini adalah penting kerana bilik sains merupakan tempat kemalangan berisiko tinggi semasa murid menjalankan eksperimen. Contoh notis amaran adalah seperti dalam rajah 1 berikut,

JAGA KESELAMATAN DIRI

JANGAN BERLARI DALAM BILIK SAINS

BERHATI-HATI SEMASA MENGGUNAKAN PENUNU BUNSEN

JANGAN MERASA BAHAN KIMIA

JAGA KEBERSIHAN BILIK SAINS

DILARANG MAKAN DAN MINUM DALAM BILIK SAINS

Rajah 1 : Notis amaran bilik sains

Selain notis-notis amaran, saya mendapati bilik sains sekolah ini tidak dilengkapi dengan alat pemadam api, selimut kalis api atau bekas pasir serta kit pertolongan cemas. Kelengkapan ini adalah penting untuk menghadapi sebarang kemalangan atau kecederaan. Kit pertolongan cemas perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan boleh dicapai oleh guru dan murid. Selain itu, ubat dan alatan pertolongan cemas perlu sentiasa diperiksa dan dilengkapkan. Hal ini penting untuk menjaga keselamatan setiap pengguna bilik sains.Sejak bilik sains mula dibuka untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran, didapati ia kurang digunakan oleh guru dan murid. Pada pendapat guru sains, mereka menyatakan keadaan bilik sains kurang selesa kerana pencahayaan yang kurang. Walaupun dilengkapi dengan 6 lampu filamen, namun papan kenyataan besar yang digantung pada bahagian tingkap telah menghalang pencahayaan dan pengudaraan bilik sains. Papan kenyataan seharusnya digantung pada bahagian depan ( sebelah papan hitam ) dan dinding belakang bilik sains. Kedua-dua belah bahagian bilik sains seharusnya dilengkapi dengan tingkap untuk meningkatkan pencahayaan dan pengudaraan bilik sains.